Wednesday, June 25, 2014

CPUV bulan Jun dari Nuffnang..

Assalamualaikum selamat malam


Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk taip entry harini. Ok harini nak taip pasal CPUV dari Nuffnang yang terlekat di blog ni. Alhamdulillah tak sangka masih ada rezeki untuk dapat CPUV walaupun sekarang ni macam dah jarang update blog disebabkan kesibukan aktiviti harian. 

Untuk tahun 2014, boleh dikatakan setiap bulan akan ada satu CPUV yang Nuffnang nak bagi, alhamdulillah ada jugak rezeki sikit bila berblogging ni kan. Haha. Untuk entry harini, aku nak kongsi CPUV yang aku dapat dari Nuffnang untuk bulan Jun.

Setakat 25hb Jun ni, aku dah dapat 3 CPUV dari Nuffnang. Alhamdulillah bolehlah daripada tak dak kan. Hihi. CPUV yang pertama dapat pada 11 Jun 2014 iaitu Huawei Ascend P7.


CPUV yang ni merupakan CPUV untuk smartphone. Aku antara orang yang gilakan gadget suatu masa dulu. Hampir setiap kali ada model baru mesti aku akan update. Tapi itu dululah sekarang ni dah jarang sikit. Masih uptodate jugak cumanya takdaklah advance macam dulu. Haha. Tak terkejar kau nak review semua, busy kerja hah, hihi. 

Huawei Ascend P7 merupakan antara model terbaru yang dikeluarkan oleh Huawei untuk para penggunanya. Setakat yang aku ushar pasal phone ni adalah mengenai kamera dia, kamera depan 8MP, memang jadi kegilaan untuk orang yang suka selfie, haha dan kamera belakang pulak dalam 13MP, memang wow sangat dah hampir sama dengan smartphone Sony.

Untuk segala features mengenai Huawei Ascend P7 ni, bolehlah baca di SINI.

Ok, bergerak ke CPUV yang kedua iaitu Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurant. Untuk CPUV yang ni aku dapat pada 18 Jun yang lalu. Masa dapat tak perasan pun yang ni, bila tengok balik benda apa ni kan, rupa2nya restoran. Haha. Terimakasih En Google sebab banyak bantu kalini. :)


Bagi peminat Korea, semestinya tahu tentang kewujudan restoran ni yang tak silap aku sudah ada 3 cawangan di Malaysia dan salah satunya di MidValley. Tapi bagi bukan peminat Korea seperti diriku ini, ini merupakan sesuatu yang baru untuk aku. Terimakasih Nuffnang untuk CPUV ni sekurang2nya satu tau juga mengenai kewujudan restoran ni, haha

Dekat restoran ni macam macam menu ada disediakan, daripada yang menu yang ringan sehinggalah yang berat. Antara contoh menu yang aku dapat daripada Google ialah :



Jadi, untuk mereka yang nak cuba, bolehlah pergi ke website Bulgogi Brothers untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai lokasi mereka. Selamat menjamu selera ! ;)

Dan akhirnyaaaa, untuk CPUV yang paling last aku dapat untuk bulan ni (setakat entry dipublishkan) adalah Stadium Astro World Cup iaitu pada 23 Jun haritu. Tak sangka pun nak dapat lagi sebab dah ada dua yang sedang on going kan. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi, kita terima sajalah. Haha

Well, sekarang kan memang musim demam piala dunia, jadinya memang lah akan ada CPUV yang macam ni. Kan3? Ok, untuk itu, bagi peminat bola sepak yang tegar bersama dengan pasukan pilihannya, bolehlah menonton siaran secara langsung dan juga siaran tertunda perlawanan bola sepak yang diadakan di Brazil pada tahun ini bersama Astro. Jadual perlawanan juga boleh didapati di sana. 

Semoga tahun ni Germany atau Brazil dapat jadi juara World Cup, haha. InsyaAllah. ;)


Ok, sampai sini saja entry mengenai CPUV yang aku dapat. Untuk hangpa semua yang nampak ketiga tiga CPUV ni berlegar legar di kawasan sekitar blog ni, silalah ringankan tangan untuk klik ya. Jangan lupa ! Selamat malam :))

p/s: Nuffnang dah bertukar wajah dah. Makin cantikkk Thumbs up Nuffnang's team !



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA