Friday, June 27, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (:

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, sudah diumumkan kepada seluruh dunia tentang tarikh mula puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja tadi di kaca televisyen. 

InsyaAllah, kita akan mula berpuasa pada hari Ahad, 29 Jun 2014. Terimakasih Ya Allah kerna izinkan kami untuk terus berpuasa di bulan Ramadhan kali ini. Allahuakbar, tak sangka masih dipanjangkan umur, syukur alhamdulillah.



Semoga dengan kedatangan Ramadhan kalini memberi sinar buat aku dan seisi keluarga aku. InsyaAllah. Sama sama kita doakan. Tahun ni rasa seronok sikit sebab dapat puasa penuh di rumah dan beraya di rumah. Tak macam tahun tahun sebelum ni yang kebanyakannya berada di asrama. Tahun lepas pun puasa penuh kat rumah jugak tapi masa tu masih berpraktikal tapi kalini aku sudah bercuti panjang, hihi. 

Bulan Ramadhan, bulan yang mulia.. Aku harap dengan kedatangan bulan ni, aku mampu dan masih boleh membuat lebih banyak ibadah. InsyaAllah. Semoga kita sama-sama dapat mengimarahkan bulan yang baik ini. :) Kawan-kawan semua, jangan lupa BERPUASA PENUH ye, terutamanya bagi kaum lelaki. Hehe. Kaum wanita takpa, ada alasan lagi untuk tidak berpuasa. Haha.


Sebagai penutup entry, aku nak ucapkan . . .

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA