Thursday, May 1, 2014

1 Mei 2014 - Selamat Hari Pekerja



Assalamualaikum.

Sebelum 1 Mei melabuhkan tirainya , sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja termasuklah diri aku sendiri. Hahaha

Alhamdulillah, tahun ni dapat merasa hari pekerja 1 Mei ni untuk yang pertama kalinya. Hekhek. Almaklumlah, sebelum ni kan, hanya sebagai pelajar, jadi bila sampai 1 Mei ni, hanya tau untuk cuti sajalah, gittew.

Tapi bila dah kerja ni, besar sungguh erti cuti 1 Mei ni tambah2 kalau cuti ni jatuh memang pada hari bekerja. Haha. Sebab boleh rehat lebih sikit :P. Sepanjang harini pun, memang aku banyak lepak dekat rumah saja, sambil siapkan kerja2 yang banyak tu.

1 Mei 2014, alhamdulillah, selain sambut Hari Pekerja, sebagai seorang umat Islam juga, kami menyambut sekali kedatangan bulan Rejab. Syukur padaMu Ya Allah kerana kau masih izinkan aku untuk bertemu lagi dengan bulan Rejab, dan moga2 ketemu sekali dengan bulan Ramadhan, insyaAllah amin.

Korang semua yang cuti ni buat apa ? Ada yang dah sambung cuti sampai hujung minggu ka? Amboii, bestnya. Haha. Selamat bercutilah untuk semua. Selamat malam.



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA