Tuesday, April 22, 2014

Sibuk kah ?

Assalamualaikum dan selamat malam semua.


Alhamdulillah, aku masih mampu nak menaip kat sini telah hampir seminggu lebih menghilangkan diri dari dunia blogging ni. Ya Allah, rindunya rasa. Apa bendalah yang aku sampai sibuk sangat hingga abaikan blog kesayangan aku ni ? Haha

Aku pun sekarang ni seolah olah hilang dalam dunia sendiri, baru perlahan2 nak munculkan diri sekarang ni. Entahlah kemana tenggelam aku pun taktau, haha. Untuk berlaku jujur, aku sekarang ni memang agak sedikit sibuk dengan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru ganti di sebuah sekolah menengah dekat2 sini. 

Hah, sebut ja jadi guru mesti orang ingat kerja senang, mai kerja 7.30 pagi balik rumah pukul 2.00 petang. Oh, sesungguhnya itu semua hanyalah dusta semata mata. Silalah jangan percaya. Aku dulu pun sebelum terima tawaran sebagai guru ganti ni pun, percaya lah bulat2 yang nak jadi cikgu ni senang. Padahal, realiti nya punyalah susah dan agak mencabar terutamanya jika kita tak ada basic pendidikan langsung. Serius aku cakap, bukan senang. 

[Google Images]

Sebab aku sendiri pun bukannya berlatar belakangkan pendidikan, ataupun daripada maktab perguruan, NO ! Kerjaya aku yang sebenar lain, lebih menuntut kepada berhadapan dengan ubat ubatan dan pesakit. Tapi alhamdulillah, aku terima semua ni sebagai satu cabaran hidup buat aku. Sekurang2nya aku dapat cari pengalaman sebanyak yang mungkin dan sekurang2nya aku dah buat didedahkan kepada kehidupan sebenar seorang pekerja kerajaan. Haha. 

Aku masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri walaupun dah hampir sebulan aku bertugas. Mana taknya, jadual kerja aku takmenentu masa pulangnya. Dipendekkan cerita pulak, aku ni pi kerja berhantar dan berambil oleh hero aku yang satu ni. Jarak dari rumah ke sekolah pula dalam 20-25minit perjalanan. Jika aku dimaklumkan awal yang aku akan ada program pada petang harinya, aku takdak masalah. Ni dah last2 minit yang terakhir, barulah kata ada perjumpaan segala bagai. Huwaa, kekadang hangin jugak, haha

Oklah, macam dah panjang pulak aku merapu meraban dekat entry yang satu ni kan. Oh sebelum terlupa, sepuluh jari aku susuun mohon ampun dan maaf kalau ada pertanyaan2 yang tak sempat di respons oleh aku dalam keadaan segera. Kalau urgent sangat, PM saja di pages aku okeh? InsyaAllah akan cuba direply secepatnya ;)

Sekian saja dari cikgu garang Alyaa.  





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM