Isnin, 31 Mac 2014

Alhamdulillah, rezeki :')

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu ;)

Bersyukur atas rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan kepada aku harini. Serius rasa tak sangka bila fikir2kan balik. Hehehe

Apa yang aku dapat ?

Alhamdulillah, aku dapat niiii . .




Alhamdulillah, aku dapat kerja dah. Jadi guru ganti. :) Yup, aku tahu guru bukanlah profession aku, tapi tak salah jika mencuba bukan ?

Lagipun, aku dah tawar hati nak kerja dalam bidang kesihatan dekat area Kepala Batas ni, sebab kebanyakan takdak kekosongan. Sedih hati ni hanya Allah yang tahu.

Pagi ni saja aku pusing satu Kepala Batas dengan abah semata2 nak cari kerja tak kisah lah dekat klinik ka, farmasi retail ka tapi semuanya macam krik krik krik saja tau.

Pasrah sangat dengan tu, terus balik rumah tiduq tak sedaq diri. Then, bangun nak solat Zohor. After solat, tengok ada missed call dari no tak dikenali, teruslah aku try call balik manatau ada kecemasan kan.

Alhamdulillah, dah rezeki namanya bukan. Rupa2nya panggilan tu dari PPDSPU. Mintak aku hadir ke sana untuk ambil surat yang atas tu, hehe. Macam tu rasa macam Allahuakbar ! Rezeki dari Allah. Baru saja hilang frust bila tkdapat kerja dalam profesion yang diminati, tapi Allah bagi kerja yang ni. Syukur :')

InsyaAllah, aku harap aku mampu sumbangkan sesuatu di sekolah ini. Doakan moga aku kuat hadapi segala2nya. Hehe, gementar amat ni nak mengajar ! Hahhaha ;)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM