Khamis, 2 Januari 2014

Selamat tahun baru 2014.

Assalamualaikum selamat pagi 2014.

Alhamdulillah, rasanya masih belum terlambat buat aku untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua.

Terima kasih 2013 untuk segala memori indah yang terlakar dan juga untuk segala duka yang pernah ada. Sungguh, 2013 banyak membawa kisah2 suka dan lara untuk aku bawa hingga akhir hayat ini.

Tahun 2013 juga banyak mengajar aku tentang aspek2 dalam hidup, mengajar aku untuk mengenali dunia sebenar di luar sana. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerna Kau masih izinkan aku untuk terus bernafas di bumiMu ini. Syukur.



01012014, hari Rabu. Seharian aku hanya berehat di rumah akibat tidak sihat. Haha. Tapi menjengah ke petang, aku sudah kembali pulih. Hehe. Dah nama cuti kan, badan ni memang senang ja nak sakit2. Mindset cuti sangatt niii. Ish3.

Haha, aku akhiri 01012014 dengan dinner awal dengan Kak Sakinah, dan Ika - mereka yang sentiasa ada time aku sedih dan gembira. ;-)
[tapi mereka susah nak detect bila masa aku sedih, hehe] Terimakasih utk segalanya, selamat tahun baru 2014 !




P/s : Azam tahun baru hampa semua macam mana ? Aku still azam yang sama dari tahun2 lepas, harap2 tahun ni tercapai, hikhik.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM