Wednesday, January 22, 2014

Confess. . .

Hai, assalamualaikum selamat malam

Alhamdulillah, masih sihat, masih diberikan kekuatan untuk teruskan kerja.

Ok, harini nak buat entry random pasal confession. Taktau confession tu apa ? Ok, boleh google translate sekarang. Hekhek.

Hah, nak dijadikan ceritanya harini ada visiting lecturer dekat hospital. Jadinya, kami yang dari KK ni pun mintaklah pelepasan untuk turut serta dalam meeting ni.

Dipendekkan cerita, masa lecturer kami dah nak balik, nak pergi HPP pulak kan, tetiba lecturer kesayangan aku, eh, kesayangan ramai ni cakaplah :

"Alyaa, saya nak confess dekat awak ni ".

Aku ni dalam hati, hah sudah apa benda pulak lah sir ni (yes, lecturer aku ni lelaki, sekian) .

"Apa dia sir ?"

"Saya dah baca blog awak, Chubby Itu Menarik"


Zasss, bagai halilintar menyambar muka ! Terkedu baq hang.

Speechless habis. Last last aku senyum saja. Itu ja yang mampu buat masa tu. Member2 yang lain yang tau aku ada blog ni lagi sakan lah gelak2kan aku.

Malu weh, sumpah malu. Aku ni dah lah jenis taip entry yang merapu2. Tak berilmiah langsung. Nak pulak lecturer sendiri yang baca pulak kan, mau tercabut jantung ni.

Masa tu, dalam hati tekad nak delete blog ni. Tapi bila dah sampai rumah ni, rasa macam sayang sesangat nak delete. Biaq sajalah kan. Redha habis, haha.

Nasib baiklah confess time dah habis discussion fyp apa semua, kalau tak aku memang jadi pendiam habis lah kan, takmau tanya apa2 langsung. Malu terlebih orang kata, memang jadi pendiam lah, haha

Dahtu dekat HPP tadi, tak habis2 nak usik saya ya sir. Suka sangat ya sebut pasal blog saya yang nampak hebat tapi hampeh ni, hihi.

Dah la bila kena usik tadi muka blushing macam ngapa lagi. Hekhek. Saya memang pemalu sikit bab2 ni. :)

So, untuk akhiri random post ni,

Kepada sir kesayanganku, (anda tahu siapa anda). Selamat datang ke blog picisan saya. Blog yang penuh dengan kemerapuan yang dahsyat. Blog yang pernah menyimpan 1001cerita pasal diri saya. Maaflah kalau tulisan blog ni pelik2 sangat, hewhew.

Btw, alhamdulillah, selesai visiting lecturer untuk semester terakhir ni. Syukur yang amat sangat walaupun agak tertekan dengan fyp kami.

Selamat malam. !



posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM