Ahad, 21 Disember 2014

Selesai Minggu 14..

Hi semua,

Assalamualaikum selamat malam

Alhamdulillah masih berkesempatan nak update entry untuk harini. Haha. FYI, semua pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM dah pun selamat menamatkan tempoh 14minggu kuliah kecuali untuk pelajar MBBS240 lah sebab diorang punya jadual kuliah tak sama dengan yang lain, hikhik.

Well, apa yang boleh disimpulkan sepanjang tempoh 5 hari dalam minggu ke 14 ni adalah sangat awesome hahaha. Serius tak pernah buat masa diploma dulu tapi waktu degree ni buat. Aku buat apa? Berjaga sampai Subuh semata mata nak siapkan assignment dan esoknya tu ada test pukul 9 pagi. Haha. Memang ke laut habis lah cerita dia ni kan. Tapi after all, bersyukur sangat sangat aku dah berjaya selesaikan semua assignment walaupun dalam tempoh last minute sangat sangat. :P


Report OC yang last sekali HAHA. Paling stress nak buat sebab tak paham experiment
OK, nak dipendekkan cerita, STUDY WEEK pun dah bermula hari Sabtu haritu. Tapi, sampai ke saat ini, aku masih belum mula study apa2. Haha. Kang ada yang nak menangis time jawab final nanti. :') Oleh sebab tu, rasanya sampai sini dulu aku update entry. Maaf sesangat sebab lepasni mungkin dah kurang update sampailah habis paper nanti. Kurang update tak bermaksud tak update langsung, insyaAllah akan update jugak cumanya tak dapat nak bercerita panjanglah macam biasa. Sobsob.

Last test utk semester ni, test Economy. Semoga kita tak berjumpa lagi ok haha
Jumpa lagi dalam next entry kalau aku rajin insyaAllah haha. Maaf atas kelewatan untuk update cerita cerita yang menarik. InsyaAllah habis paper final nanti, akan aku usahakan untuk update jugak cerita yang ada. Apa2pun doakan kejayaan aku dalam final exam sem ni ! Iolls sangat nervous tahu. Haha. Babaii ~ 

Nah, macam biasa, selfiee satu kali ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 15 Disember 2014

Demam dan Sibuk

Assalamualaikum, selamat malam

Update ringkas untuk harini. Pertama sekali, aku susun sepuluh jari sebab tak mampu nak update cerita cerita yang best setakat harini seperti yang dijanjikan sebab sekarang aku berada dalam keadaan yang sangat tidak sihat dan sedikit sibuk. 

Nak dijadikan cerita, lepas update entry yang lepas, terus badan aku macam tak boleh nak cope dengan cuaca dekat sini. Haha, mungkin cuti lama sangat kat tempat lain, balik tempat study, mulalah badan nak meragam bagaikan. Tapi serius, sampai sekarang badan aku masih tak sihat, demam dah nak dekat 5 hari tak silap aku. Aku hanya makan ubat yang dalam simpanan aku saja, malas nak buat checkup dengan doktor. Hehe. Alhamdulillah demam dah kebah sikit cuma selsema masih belum hilang lagi, suara pun serak semacam lagi, sobsob. Nak karok dengan Youtube pun dah tak best, haha.

Selera makan pun kurang hari mula demam tu, dapat telan yang ni saja ;(
Disebalik keadaan tak sihat aku ni, aku jugak sedang sibuk dengan minggu akhir kuliah untuk minggu ni, minggu 14. Ini pun curi2 masa update sekejap sementara nak buat nota untuk quiz dan test yang terakhir minggu ni, haha. Hidup sebagai seorang pelajar farmasi, kenalah terima hendaknya, hohoho. Moga dapat harungi minggu yang penuh kerja nak buat ni dengan jayanyaaa aminn ;)

Oklah, update sampai sini dulu, jumpa lagi di lain entryy insyaAllah. Muah ciked haha  ;*


Peneman malam hariku. Clarinase dan PCM

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 11 Disember 2014

Pulau Pinang

Assalamualaikum selamat malam semua,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip di blog kesayangan hati ini. Haha. Ok, bagi yang masih ingat, dalam entry yang lepas, aku ada bagitau yang aku akan pulang ke Penang bukan? Oh yeahhh, alhamdulillah dapat bertemu sua jua dengan famili tercinta setelah hampir 2 bulan tak berjumpa. ;) Walaupun penuh dengan onak dan duri sebelum tiba di Penang, namun semua itu aku ketepikan dulu, haha. Malas nak cerita dekat sini, kang tak pasal2 aku meroyan lagi pasal cerita bas E ni kat blog. Cukup2lah aku meroyan kat twitter, kahkah. Maaf pada sesiapa yang terpaksa baca ayat meroyan aku haritu yeap ;P

Berbalik pada cerita asal, tujuan aku balik ke Penang hujung minggu lepas bukan saja nak bertemu dengan famili tercinta (ayat skema baq hang, haha) tapi aku ke pulang untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke 81 yang diadakan di UiTM Pulau Pinang. Haha, alhamdulillah aku kini sah pemegang Diploma Farmasi UiTM ;) Sukar nak gambarkan perasaan gembira dan puas tu macam mana, haha. I did it yeayyy ! :P 

Rehearsal Istiadat Konvokesyen UiTM ke 81, UiTM Pulau Pinang
InsyaAllah aku akan ceritakan dengan lebih lanjut berserta dengan gambar yang banyaakk dalam gallery phone aku ni untuk next next entry. Haha. Semangat nak blogging kembali dah meresap sedikit demi sedikit dalam jiwa ini haha tak padan dengan sibuk dengan assignment untuk minggu minggu akhir kuliah ni, hahaha. 

Untuk dipendekkan entry harini, aku sekarang telah selamat berada di UiTM Puncak Alam setelah bercuti hampir 5 hari. Hahaha. Aku rasa aku sorang yang ambik cuti paling lama walaupun ada test Organic Chem masa hari Rabu baru ni, kuikui. Memang masa jawab test tu aku main taram sajalah jawapan, dah dengan tak study dah takpaham topik tu, kahkah. Dah tu aku balik UiTM SEJAM sebelum ambik test, memang tak sempat lah nak khatam semua kan :( Maafkan saya Dr Sadia sekiranya saya gagal dalam test kalini. Janji tak buat lagi, hihi. Saya bukan sengaja nak balik lambat lambat tau, tapi saya ada sebab haha sebab yang nanti lah saya cerita. Harap2 Dr tak baca blog saya ok, hehe.

Salah satu sebab saya nak cuti lama. Penang is good youu knoww. Especially fr the food haha.
Oh sebelum tu nak dipendekkan cerita lagi nya, harini hari Khamis, negeri Selangor cuti sebab harini Hari Keputeraan Sultan Selangor, haha seronoknyewww rasa ditambah lagi dengan esok hari Jumaat kelas dua2 batal, takdak kelas esok. Haha sangat besttt you knowww takdak kelas. Cuma yang tak bestnyaaa, last2 week ni la banyak assignment nak kena submit, sobsob. 

Orait, sampai sini dulu coretan aku. Jumpa lagi di lain entry, bubyeee ! Nah, seperti biasa, belanja selfiee satu kali untuk hampa ;)  Muah ciked :*

Salah satu sebab kenapa aku cuti panjang jugak hahaaha. Nanti aku cerita ok

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 4 Disember 2014

Minggu 12.

Assalamualaikum selamat tengahari


Hai semuaa orang.. Lamanyaaa tak bertemu di blog sendiri. Sorry lah, aku makin sibuk dari hari ke hari, jam ke jam, minit ke minit. Ok, over hahaha. Tapi seerius, aku sibuk sikit dua tiga minggu ni dengan urusan belajar dan lain2 lagi, hihi

Alhamdulillah, apa2 aku masih survive hingga ke saat ini walaupun macam macam halangan dan rintangan yang ada depan aku. Harap harap dapat terus bertahan lagi, amin. Ok aku dah rasa kekok nak taip sebab makin lama makin terabai blog ni, sedihnyaaa rasa. Dulu plan nak buat cerita2 throwback supaya nanti takdalah blog ni bersawang sangat. Tapi itu semua hanyalah khayalan semata-mata sebab taksempat langsung nak menaip dan dek kerana kekurangan internet juga, haha

Btw kan, untuk pengetahuan korang, minggu ni dah masuk minggu ke 12 untuk pelajar2 ijazah sarjana muda untuk seluruh UiTM satu Malaysia. Haha. Maka dalam erti kata lain hanya tinggal dua minggu untuk kuliah dan kemudian akan duduki peperiksaan akhir !!! Wuawua, cepatnya masa berlalu sampai tak sedar dah nak habis dah satu sem. Serius tak rasa apa sangat sebab sibuk sangat kot sampai dah tak toleh ke benda lain dah, haha. 


Minggu ni jugak adalah minggu paling busy aku sebab kan aku ada 2 test dan 2 quiz untuk aku hadam sebelum aku balik Penang. Yeay ! Tak sabaq dah nak balik Penang. Dua bulan dah weh tak balik, tak tau nak gambarkan perasaan teruja nak balik tu macam mana. Dekat 3 tahun lebih dah kot tak pernah berenggang dengan Penang sejak pindah ke sana balik. Haha. Alyaa is over. InsyaAllah, aku akan balik untuk hadiri Istiadat Konvokesyen ke 81 nanti. ;)

Alhamdulillah jugak, setakat sekarang ni aku dah settlekan dua test dan untuk esok lagi dua quiz. Moga dapat jawab dengan baik sebab tak start study lagi. Haha. Test hari Isnin haritu okay tapi untuk test harini, sangatlah tak awesome ditambah dengan ada negative marking, sobsob. 

Ok, nak cerita apa lagi ni? Ya Allah, banyaknyaa benda lagi nak cerita kat sini tapi tak kesampaian :( Berbanding dulu time diploma, ada lah jugak masa nak taip nak update blog walaupun seringkas dan sependek mana entry tu tapi sekarang ni, tak sempat. Wuwu. Kalau sempat pun, mesti kadang2 tu line internet tak berapa awesome, haha. Takpalah moga nanti Alyaa akan terus rajin nak update blog ni. 

Baiklah kiranya jika aku tamatkan dahulu entry ini sebelum lebih banyak benda melalut aku taip dan korang baca. Haha. Jumpa lagi di lain entry ! Oh before that, goodbye November, welcome December ! May Allah ease me all the way from the beginning till the end of the month, amin. Hope for more good news fr this month ;)

Bye !

Wajah kesayangan hamba :) Taksabar mahu ketemu.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 16 November 2014

Cerita satu minggu

Haiii semuaaa, assalamualaikum
Alhamdulillah dapat lagi aku menaip dekat sini harini. Hahaha. Ok, apa yang aku nak ceritakan dalam entry harini? Hmm, aku nak cerita apa yang berlaku sepanjang minggu lepas. Haha.

So, untuk hari Isnin, kelas aku full dari pagi sampai petang. Kelas petang paling stress sebab ada lab Pharm Practice 1 yang mana lab tu nak kena compounding ubat. Wuawua, sedihnya rasa bila nak cerita pasal ni sebab sumpah stress gila rasa tak sempat siapkan on time. Salah diri sendiri mungkin.. Harapnya tak ulangi untuk kesilapan esok hari.


Hari Selasa aku tak pergi kelas sebab tak sihat tapi kelas pagi jelah aku ponteng, kelas petang aku pergi sebab dah rasa sihat sikit, haha.

Hari Rabu aku ada quiz Organic Chem. Sebab tak well prepared, jadinya markahnya taklah dapat dibanggakan, hiks. Tapi alhamdulillah, hari Rabu jugak aku dapat berita gembira, insyaAllah akan aku kongsikan untuk next entry ye, stay tune okk. ;)


Hari Khamis ada lab Anatomy, dan berjalan dengan lancar, dalam banyak2 hari aku paling suka hari Khamis sebab satu kelas saja, haha.

So Jumaat pulak aku ada dua kelas, sampai ke petang dan hari Jumaat adalah hari paling stress kalau ada kelas petang, malas nak pergi, haha.
So, nak cerita sampai sini dulu apa2 nanti aku update lagi ya! Maaf atas entry yang bosan harini. Selamat malamm.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 8 November 2014

November..

Assalamualaikum

Selamat petang, selamat hujung minggu buat semua.

Haiiii, lamanyaaaaa rasa tinggal blog ni tak berupdate, last update 21 Oktober lalu dan sekarang dah masuk bulan November. Oh really? Yes, yes, dah masuk bulan 11, sekejapnya dah masuk bulan 11 dan dah hampir penghujung tahun 2014.

So, harini tiba2 datang mood rajin aku untuk update blog, oh bukan harini tapi dari minggu lepas lagi aku nak update tapi aku tersangatlah sibuk sampai tak menyempat sebab quiz dengan test berderet2, tersusun rapat sangat, haha. 

Di samping sibuk sangat dengan test dan quiz, aku juga sibuk terlibat dengan beberapa program yang ada dekat sini. Biasalah, kehidupan sebagai seorang pelajar kan, kenalah terima realiti yang satu ni, hahaha. Tetapi alhamdulillah so far everything under control walaupun tidur tak cukup, mata panda, badan panas, pening kepala teruk dan lain2 lagi. ;)

Dan sekarang, bulan baru, bulan November muncul. For sure, akan makin sibuk berbanding bulan2 sebelumnya sebab dah masuk minggu ke 8 dan ke atas yang mana aku boleh cakap akan bertambah stress sebab final dah dekat, wuawua. Sekejap sangat 14 minggu dah nak habis sem satu. Moga Allah permudahkan kami semua nanti. InsyaAllah amin. 

Draft jadual utk bulan 11 :/
Ok, aku sebenarnya dah tak tahu nak cerita apa kat sini sebab macam banyak sangat benda nak diceritanya tapi macam blur nak taip semua dekat sini, haha. Mohon maaf kalau macam tak paham apa yang aku tulis harini sebab dah lama tk menaip kat sini jadi ayat pun dah jadi tunggang langgang. Oh I miss blogging so much ! Harapnya bulan ni banyaklah entry dari aku. Dah dua bulan lepas, tapi hanya ada dua entry, sangatlah tak produktif blogger aku ni, hihi. 

Moga ada suntikan semangat buat aku untuk menaip lepasni. Seminggu satu entry pun jadilah Alyaa. Sayang nak tinggal blog ni macam tu saja kannn. Haha. Orait, sampai sini dulu, kalau rajin lagi dan lagi, aku update ya kawan kawan semua ! Muah ciked :*


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 21 Oktober 2014

Bila jari di keyboard ...

Assalamualaikum, selamat malam.

Bila jari di keyboard, mampu meluahkan segalanya. Itulah kata2 yang aku gunakan di header blog aku sampailah ke harini. Aku pun taktau kenapa aku rasa sedap guna ayat ni sampai ke harini. Haha. Oh yeahhh, sebelum tuu hai semua. Apa khabar? Long time no see right? Ya, ya I know. Sorry for that. I've been busy with my life here as a student. 

So, my last update was on 9th Oct and today is 21 Oct already? Pheww, time flies so fast right? Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2014. Sekejap sangat rasa. Al maklumlah tahun 2014 ni tahun paling relax buat aku sebab banyak cuti panjang haha. Tapi itu beberapa bulan yang lepas lah, sekarang ni dah sibuk kembali menjadi seorang pelajar. Wuwu. Oh btw, maaflah kalau ada manglish sikit dalam entry harini, mohon adik2 yang nak SPM tu tak bukak blog ni kang kelaut je korang jawab essay English nanti, haha. 

Orait Alyaa, whats bring you here? Haha. Well, sebab aku sedar aku dah lama tak update, jadinya malam ni tergerak sikit hati nak bukak blog dashboard dan tinggalkan sedikit coretan di sini. Haha. Lagipun, esok kan cuti? Apa salahnya aku luangkan masa dekat sini sekejap malam ni, hekhek. In fact, aku nak bagitau yang aku makin sibukkkkk !!

Ya, ya student life kan, mana pernah tak sibuk melainkan kau tu dah final year. Haha. Start dari naik cuti midsem haritu, aku dah start sibuk sangat2. Susah jugak mula2 nak adapt with this situation but well, whether you like it or not, you must face it. Itu ja yang aku boeh katakan tiap kali aku mengadu this thing mesti aku kena syarahan balikk, haha. Positif Alyaa positif :P

Hah, nak taip apa lagi kat sini nih, macam dah takdak idea pulak. Tadi idea macam berjujuran sangat keluar sampai tak sabar2 nak suruh update. Haish. Oklah, update sampai sini dulu, nanti kalau aku rajin aku up entry pasal aktiviti aku kat sini, apa yang aku buat kat sini selama ni, mesti ada orang nak tau kann? Ewah, perasan pulak aku ni, haha. So blog, see you again after this, be good okkk !

Say Hi to pharmacist to be ! ;)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 9 Oktober 2014

Update entry baru.

Assalamualaikum dan selamat malam


Hai semuaaaaaaaaaaaaa. Allahu, rindunya dekat blog ni sesangatt. Dah lama rasa tak menaip dekat sini tak berkongsi cerita pasal aku, pasal persekitaran aku, pasal isu semasa. Wuwuwu. Haish, sampai dah taktahu nak letak tajuk apa, tajuk itu yang rasa sedap dibaca. Haha. Apa khabar korang semua?? Harap2 sihat seperi sediakala lah ye. Mana tahu tetiba kena serang sakit sebab terlebih makan daging musim Raya Haji ni kan, hehe.


Aku alhamdulillah sihat. Baru sembuh dari demam selsema sebenarnya. Tapi, aku tak telan ubat pun so kebarangkalian nak demam balik tu tinggi sebab antibodi lemah sekarang ni, haha. Nak dipendekkan cerita, aku demam dah seminggu lebih dah sejak dari aku kat Puncak Alam lagi, tapi bila sampai rumah dia jadi makin teruk. Oleh sebab tu, aku tak beraya Aidiladha lah tahun ni. Sedih sungguh rasa. Takpalah, bukan rezeki nak sambut raya Aidiladha tahun ni :(

So, apa yang terjadi sepanjang aku 'menghilang'kan diri dari dunia blogging ni? Haha. Macam2 perkara yang terjadi dan boleh disimpulkan dalam satu entry ni aku rasa. Orait, last aku update aku menceritakan kisah seminggu aku kat Puncak Alam kan? Alhamdulillah, so far aku dah dapat survive untuk sebulan pertama. Mengharapkan agar aku dapat survive untuk bulan2 seterusnya hingga aku berjaya tamatkan pengajian aku, hihi

Oh ya, to be truth, degree life are much more difficult than diploma life. Like seriously tak tipu. Sekarang ni kau kena pandai nak belajar sendiri, cari knowledge sendiri sebab kalau kau nak harap ke orang lain, belum tentu diorang dapat bantu kau. Serius, aku rindu zaman diploma lagi. Ada yang sudi bantu membantu. Wuwuwu. 

Eh, lupa pulak nak bagitau. Aku sekarang ni sebenarnya tengah cuti midsem. Seminggu je hokey, takyah nak lelebih. Haha. Tapi tinggal lagi dua hari ja lagi. Ahad dah balik Puncak Alam. Iolls sedih tahu. Sekejap sangat rasa dapat spend time dekat Penang tercinta :( Apa yang membuatkan iolls rasa malas nak balik adalah kerna naiknya dari cuti midsem ni, iolls punya begitu banyak test dan quiz serta assignment yang menanti. Well, itu bukan mengeluh cuma yesss, itu mengeluh sebenarnya hahaha. Masih dalam mode nak adapt sebenarnya. Setahun lebih kot tinggalkan alam belajar, sibuk dengan kerja dan bercuti sakan, uhuk3


Hah, nak cerita apa lagi? Oh, ada lagi nak cerita pasal induction day FF 3 minggu yang lepas. Eh dah tak ingat bila tak rasa nak up entry pasal induction day tu jugak, tapi entry ringkas je uolls. Iolls dah tak free macam dulu2 dah, sejak2 jadi full tiime student ni. Haha. Mana sempat update, iolls update je, kesah pendek ke panjang. Hoho.

Oklah, malas dah naik taip kang makin melalut aku bercerita. Aku tengah mood cuti kan sekarang ni, bagilah ruang sikit. Nanti payah dah nak dapat balik Penang ni, tahu? Hikhik. So, till the next entryyy ! Babaiiii ~~ Oh, macam biasa, nak hadiah selfiee satu kaliii, hewhew.

Ex housemates, batchmates, gossipmates, classmates, practicalmates, selfiemate, hahaha. 

Disclaimer : Gambar teratas adalah ihsan pakcik Google ;)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 13 September 2014

Seminggu bergelar mahasiswa baru .

Assalamualaikum selamat malam


Alhamdulillah, seminggu berlalu dan nampaknya aku berjaya harungi nya dengan jaya ! Haha. So far so good lah, not that bad and not that too worst, biasa2 saja.

Sabtu lepas, 6hb Sept 2014 aku telah pun selamat mendaftarkan diri di UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor dan insyaAllah bakal melanjutkan pelajaran di sini selama 4 tahun lagi.

Simpang masuk ke UiTM Puncak Alam


First impression? Serius, memang rasa duduk dalam hutan, sama seperti kampus Bertam dulu. Di sekelilingnya ada kelapa sawit penuh, hutan belantara. Haha. Tapi sebab dah biasa masa duduk di Bertam dulu, jadinya malas lah nak banyak bunyi, redha je bila kos2 farmasi ni kena lempar jejauh dalam hutan, acah2 macam tidak sibuk dengan hiruk piruk kotaraya, hihi.

So far, life kat sini masih biasa sebab kelas banyak yang belum start. Kiranya masih ada lagi lah waktu waktu terluang yang banyak sampai kau rasa sangat bosan takdak aktiviti, end up kau tidur. Hah, macam tu lah gayanya nak cerita.

Bangunan fakulti dari kejauhan

Orait, nak cerita sikit pasal tangga kejayaan kat puncak alam ni. Biasalah kan, tak puncak alam lah kalau tak ada kisah pasal tangga kejayaan ni. Seriusly cakap, masa nak turun kau lah yang paling hebat, boleh turun dengan laju, kalah semua orang kan. Tapi bila dah naik, rasa macam kaulah paling loser, paling lembik sebab orang lain dah sampai atas kau masih termengah mengah lagi, siap berhenti kat pit stop. Kahkah. Alhamdulillah, setakat harini aku masih survive lagi bila naik tangga ni. Rasa macam nak naik bas dah lepasni, tak larat engkau nak naik tangga hari2. :P

Tangga kejayaan Puncak Alam

Act, kelas dah start Rabu lepas. First class, first subject belajar dah dapat assignment. Haha, normal sangat rasakan. Nasib baik assingment taklah sesusah manakan, hihi. Masuk pulak second subject iaitu Pharmaceutical Organic Chemistry 1, perghhhhh kelas untuk subject ni memang terkedu sesangat semua orang terutamanya bebudak diploma. Kahkah. Sampai sekarang ni aku takleh lupa suasana krikrik time subject OC ni. Hihi. Kena work harder lah lepas ni untuk subject OC ni.

So, nak cerita apa lagi? Haha. Untuk seminggu pertama ni, aku dah berjaya jejakkan kaki ke Setia City Mall, Shah Alam. Haha, sila percaya hokeyy bukan senang perempuan bernama Alyaa ni nak keluar jenjalan tanpa arah tuju, aceceh.

Dah pergi dua kali dah SCM ni, kira macam dah expert lah ceritanya, kuikui. Aku juga telah jejakkan kaki ke Klang Sentral sebab nak beli tiket balik Penang nanti, yey !

Ok dah, cerita sampai sini dulu nak sambung buat assignment. Lepasni kalau rajin aku update lagi, sebabnya internet connection kat sini agak terhad, jadinya bertambah tambah lah malas aku nak update rasanya lepasni, :P

InsyaAllah doakan aku rajin untuk merepek di sini nanti ya, haha. Baiii, jumpa lagi nantii. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 6 September 2014

Melangkah ke satu peringkat lagi.

Assalamualaikum, selamat pagi.

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab beberapa hari yang lepas, disamping nak buat persediaan untuk sambung belajar, kini aku telah mampu menarik nafas lega dan alhamdulillah aku pun selamat dah mendarat di Shah Alam. Kerja dari 2hb - 4hb dengan kerja yg banyak sangat menguji kekuatan emosi dan mental aku. Manakan tidak, dengan proses untuk packing barang yg tiada kesudahannya sedangkan 5hb sudah nak gerak ke Shah Alam. Tapi apa2pun, dah selamat kat sini dah. Hehe.

InsyaAllah, Jika tiada aral melintang, awal pagi nanti (6.09.2014) aku akan melapor diri di UiTM Kampus Puncak Alam. Sebelum sampai ke Shah Alam tadi, sempat pergi jenguk ke Kampus Puncak Alam dulu, acah2 macam nak ambik mood sangat untuk daftar, hehehe. Jujur cakap, untuk melangkah ke satu peringkat lagi dalam bidang akademik sedikit sebanyak menggugat kekuatan diri aku. Aku sangat nervous untuk mulakan hidup sebagai pelajar semula setelah hampir setahun lebih aku bergelumang dengan alam pekerjaan dan cuti. Serius cakap, bukan benda yg mudah untuk bangkit dari tidur yang lena ni. Harap2 tidur yang lena ni tak berpanjangan lah yeee. Dah degree dah kak oiii, mana boleh memain lagi. Haha.

Buat semua, seribu kemaafan sebab dah jarang update dan mungkin akan lebih jarang update lepasni. Tapi if ada line internet yang cantikk, akan aku cuba untuk upkan juga beberapa entry mengenai kehidupan aku di sini. Dan nampak gayanya blog ni dah rasmi jadi blog personal aku. Blog untuk mnceritakan mengenai aku. Biarlah nampak macam bosan sekali, asalkan aku dapat menaip kat sini. Haha.







Cukup aku update sampai sini dulu. Mohon doakan agar urusanku dan rakan2ku dipermudahkan untuk mendaftar pagi nanti dan semoga kami dapat sama survive, struggle dan berjaya dalam BPharm ini. Hehe. Buat mereka yang sambung belajaq macam aku jugak, selamat maju jaya aku ucapkan. Jaga diri bebaikkk tau. Belajar rajin2 apa semua tau. *nasihat diri sendiri sama ni* Ok, jumpa lagi untuk next entry yang entah bila dapat diupdate lagi. Esok ataupun 2 minggu lagi. Kuikui. Nah, ambik selfieee satu sebelum exit blog :P




posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 31 Ogos 2014

Selamat Hari Merdeka Ke 57

Assalamualaikum, selamat malam.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Alhamdulillah, 31 Ogos sudah pun tiba kembali. Bersyukur masih diberi nikmat kehidupan hingga ke harini. Masih dapat merasa keamanan dan keharmonian negara Malaysia kita yang tercinta dengan penuh kemakmuran dan kesejahteraan ini.

Selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke 57 buatmu, Malaysia tanah tumpah darahku. Semoga terus aman makmur, aman sentoasa aman damai dan bebas dari segala unsur fitnah dan kejahatan. Terimakasih Ya Allah atas nikmatmu yang satu ini. Nikmat yang mana kami masih lagi boleh keluar rumah tanpa perlu takut peluru di atas kepala, pedang di leher, rumah dibakar dan sebagainya. Alhamdulillah. Semoga Kau terus pinjamkan nikmat yang satu ini kepada negara kami yang tercinta, Malaysia.



57 tahun mengorak langkah sebagai sebuah negara yang merdeka, kini kami sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang sedang meningkat maju ini. Semoga terus maju jaya, Malaysia tercinta ! Semoga satu hari nanti nama mu Malaysia tersohor di seluruh dunia dek kerana kebaikan dan keluruhan yang kita punya. InsyaAllah.

Di sini lahirnya sebuah cinta.. Moto kemerdekaan yang dipilih untuk tahun ni. Sungguh membuatkan aku terimbau dengan lagu Warisan nyanyian Allahyarhan Sudirman Hj Arshad. Lagu yang pernah aku laungkan sama2 dengan rakan2 seperjuangan suatu ketika dahulu. Lagu yang penuh dengan maksud tersirat. :')

Oh, tahun ni punya logo aku sangat suka tengok. Rasanya, lagi better dari yang previous years, especially last year punya edition. Sikit tak menarik minat mata sebenarnya, hehe. Jangan ambik serius, perkongsian jujur saja ni. Alhamdulillah, they did improve the quality of the logo every year, and hope to see the great logo for next year, insyaAllah amin.

31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2014 :
57 tahun MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 28 Ogos 2014

Selangkah mencapai cita-cita

Assalamualaikum, selamat petang.

Alhamdulillah, dapat lagi aku menaip untuk entry harini. Hehe. Maaf atas ketidak update an blog ni selama beberapa hari kerna kesibukan yang melanda diri ini sejak akhir2 ini. Biasalah, bila tak sibuk baru aku berpeluang nak taip entry banyak2, ini sibuk makanya selang 4,5 hari baru dapat update, hehe.

Harini dah 26 Ogos 2014. Sekejapnya rasa dah nak hujung bulan 8. Baru sangat rasa masuk bulan 8. Tiba2 dah nak penghujung, begitu juga dengan tahun 2014. Dah tak lama nak masuk 2015. Semoga masih berkesempatan untuk hidup dengan izinNya.

Ok, aku teruskan kepada tajuk utama yang nak ditaip harini. Tajuk harini 'Selangkah mencapai cita-cita', amboi tajuk kemain lagi. Hahaha. Untuk entry harini, aku ingin kongsikan suatu berita gembira buat semua, berita gembira buat aku, buat mak dan abah, buat ahli keluarga dan buat mereka yang mengenali aku. Alhamdulillah, Allah tunaikan dan makbulkan permintaan aku. Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh tak sangka Allah mendengar keluhan dan permintaan hambaNya yang hina ini.

Masih ingat entry aku Sebulan lagi, insyaAllah? Kalau tak ingat, silalah rajin2kan diri godek blog ni, hihi. Alhamdulillah, 2 minggu lepas, 12 Ogos 2014, aku telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, dan aku bersyukur sangat2 Allah makbulkan doaku. InsyaAllah, aku akan menyambung pelajaran ke Bachelor of Pharmacy (Hons) a.k.a Sarjana Muda Farmasi di UiTM Puncak Alam. Alhamdulillah, alhamdulillah sesangat sebab Allah dengar doa aku, doa mak abah aku, doa mereka yang sentiasa mendoakan aku dan lain2, doa semua agar aku dapat sambung ke BPharm.

Sungguh ini nikmat dan anugerah yang terbaik, dan paling menarik Allah kurniakan buat aku dan keluarga. Sungguh aku tak sangka masih berpeluang untuk bersama dalam Fakulti Farmasi UiTM buat kali kedua. Terima kasih Ya Allah kerna Kau mendengar doa hambaMu yang hina ini. Setiap satu yang aku pohon, Kau kurniakan tak kira samada cepat ataupun lambat, Kau tetapkan makbulkan. Allahu, terasa sungguh hina diri ini sekiranya aku masih jauh dariMu. :'(

Bagi mereka yang dekat dengan aku, sangat mengerti dan tahu macam mana nervousnya nak tunggu keputusan penerapan haritu. Menggigil tangan masa nak masukkan IC nombor. Hehehe. Mereka ini tahu betapa aku sangatlah berharap agar dapat BPharm. Dan alhamdulillah, setiap dari mereka yang sentiasa ada bersama aku ni dapat juga peluang untuk sambung belajar. Tahniah buat kawan2 semua. Jumpa time convocation nanti, insyaAllah. :)

Sebelum menutup entry, aku harap agar semua yang baca entry ni dapat mendoakan kejayaan aku dalam BPharm dan seterusnya dapat mencapai cita-cita aku menjadi seorang ahli farmasi yang bertauliah, amin. Dari diploma farmasi aku mengorak langkah selama 3 tahun, insyaAllah melangkah satu tapak lagi ke Sarjana Muda Farmasi selama 4 tahun dan menjadi PRP yang terbaik dan menjadi FRP iaitu cita2 aku yang aku tanam sejak Form4 lagi. Doakan semoga aku dan kawan2 aku dapat tempuh pengajian lagi 4 tahun ni. Amin.

Buat batchmates Diploma Farmasi 11/14, tahniah buat mereka yang dapat sambung BPharm sama dengan aku, insyaAllah jumpa kita di Puncak Alam, untuk struggle sama2 lagi, hehehe. Untuk mereka yang dapat kos selain dari BPharm, seperti Optometri, Fisioterapi, OSHA, Kimia Bioproses, Sains Biologi, Sains Kimia, Pendidikan dan lain2 lagi, aku doakan korang dapat buat pilihan yang terbaik untuk masa depan. Jangan mudah putus asa, yakin perancangan Allah itu yang terbaik. Tak semestinya kami yang dapat sambung BPharm ni akan berjaya dan tak semestinya korang semua akan gagal. No, sebab setiap perkara dan benda yang berlaku, semestinya ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Percaya dan yakin bahawa rezeki Allah itu luas. Apa2pun pilihan yang korang buat dan pilih, jangan risau kami tetap berdiri teguh di belakang korang semua. Jangan pernah rasa terlalu merendah diri dengan kami kerna kami juga kawan kamu semua. Panjang umur, jumpa Hari Konvokesyen nanti. :')

Akhir kata, terimakasih Ya Allah kerana dengan rezeki yang Kau berikan, aku selangkah lagi untuk mencapai cita2 aku. Alhamdulillah =)




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 22 Ogos 2014

Aku dan Blog

Assalamualaikum, selamat tengahari

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur hingga ke harini untuk menghirup udara segar di sini. Aku masih sihat seperti biasa, dan makin bertambah sihat hendaknya, hahaha.Terimakasih kerana masih sudi singgah di sini.

Ok, aku tahu sekarang ni aku dah makin jarang nak update, last update 12 Ogos, harini 22 Ogos. Oh cepatnya masa berlalu tanpa ku sedari. Ikutkan, akan bertambah jarang update untuk selepas ini. Maafkan aku, aku rasa aku tak mampu nak jadi blogger tegar yang sejati dan abadi sebab ini mungkin bukan bidang aku. Aku menaip dan punya blog hanyalah sekadar hobi dan hiburan semata-mata. Aku cuba sedaya upaya untuk update blog macam dulu sehari ada dlam dua tiga entry atau paling kurang pun dalam sehari ada satu hari. Tapi tak boleh. Ada saja kekangan dan halangan tiap kali aku nak taip entry. Banyak tanggunjawab mungkin. Hehehe

Aku malas nak update entry bukan sebab aku kekurangan idea. Tak, sama sekali tak. Idea datang sentiasa mencurah-curah sampaikan kadang2 aku terpaksa expresskan dalam bentuk yang lebih mudah dibaca dan difahami serta cepat boleh disampaikan iaitu melalui facebook ataupun instagram. Kalau tak percaya, silalah follow aku di sana dan tengok setiap gambar tu kalau boleh caption yang aku sikit punya panjang, haha. Penangan blog barangkali ;p


Aku taktau nasib yang akan jadi kepada blog aku ni lepasni. Samada masih berupdate ataupun tidak. Tapi aku harap aku masih punya kerajinan untuk update blog ni, sekurang-kurangnya blog ni masih hidup dan mampu memberi sedikit informasi yang dicari. Tipu kalau aku kata aku tak berhasrat nak menutup blog ni ataupun buatkan ia jadi private, tapi aku rasa sayang sangat2. Memang lah blog ni tak menarik sangat pun, tapi dengan blog ni lah aku kenai macam2 manusia, dengan blog ni jugak minda aku terbuka luas dengan pembacaan di blog2, dapat tambah kenalan baru, dan yang paling penting, blog ni adalah satu-satunya social network aku yang PUBLIC. Social network aku yang lain kebanyakan nya aku PRIVATE atas beberapa sebab keselamatan. Haha. Dengan adanya blog ni, senanglah para stalker aku sekalian nak stalk aku kan. Eh, masalahnya ad aka orang nak stalk hang alyaa? Hehe, mestilah ada kan. *perasan jap*

Kisah perjalanan aku bersama blog ni terlalu banyak, terlampau banyak. Tahun ni jika tak silap aku sudah masuk tahun ke 4 aku berblogging. Tapi bukanlah secara serius sangat cumanya aku suka menaip, suka berkongsi cerita aku yang banyak tu. Al-maklumlah nak cerita dengan kawan pun, bukan semua orang nak dengar cerita aku, alih2 aku sendiri jugak bercerita kat sini, haha. Target aku buat masa sekarang ni sebelum aku melangkah pergi jauh sikit dari sini, adalah aku nak langsaikan hutang hutang entry aku yang tertunggak yang hamper sekian lama iaitu entry mengenai praktikal aku. Aku masih tetap dan ingin abadikan kenangan praktikal aku di blog ni, sekurang-kurangnya dapat juga aku baca kelak bila rasa down dengan bidang yang aku pilih ni, hehe.

Rasanya setakat ni saja yang mampu aku coretkan untuk entry kalini. Sebab aku masih ada beberapa entry yang ingin aku publishkan selepas ni dan hari yang seterusnya. Seperti biasa, doakan aku punya kerajinan yang tinggi, setinggi langit di atas sana. Haha. Oh lagi satu, jangan pelik kenapa aku tiba2 update blog waktu tengahari sebab harini kan hari Jumaat, rehat panjang sikit kan. Jadi gunalah peluang yang ada ni, hehe.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 14 Ogos 2014

Cerita Rumah Terbuka ;)

Assalamualaikum selamat malam

Ingat lagi entry haritu yang aku ada cakap nak update pasal rumah terbuka kat rumah aku hujung minggu lepas? Orait, aku terdetik nak update harini. Haha, silalah baca celoteh aku untuk malam ni. :)

Alhamdulillah, Ahad lepas, 10 Ogos 2014 bersamaan 14 Syawal 2014, kami sekeluarga bersepakat nak buat majlis rumah terbuka untuk jiran2 dan rakan2 terdekat kami. Majlis berjalan agak lancar, cuma agak sedikit tak terkawal sebab tetamu tiba2 jadi ramai, jauh jangkauan dari rancangan asal tapi alhamdulillah, menu cukup untuk semua tetamu yang hadir. Jadi tak terkawal sebabnya datang sekali segerombolan, tak panas punggung lagi datang pulak yang lain, haha. Itu jeee lah yang tak terlayan. Harap maaf yer semua.

Menu pada haritu simple saja, semuanya homemade oleh abah aku. Hehehe. Terimakasih abah, sayang abah ! :* Antaranya bihun goreng, nasi goreng, laksa, ketupat, kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, nasi impit, dadih, agar2, kek coklat. Hehe, semuanya sedapp.




Ok, untuk tetamu yang aku jemput, kebanyakan dari kawan2 sekolah rendah aku, kawan2 yang kenal aku, dan mereka yang free pada hari tu. Haha. Aku jemput semua sebenarnya, siapa yang free datang jeee, macam tu lah kiranya. Tetamu aku tak ramai sangat pun, banyak kawan2 office kakak aku dengan orang kampung jee. Hihi

Persiapan untuk rumah terbuka memang start awal, dari Khamis pagi lagi, bersambung sampai Ahad pagi. Haha, punya lama nak bersiap kan, biasalah tu. Majlis start dalam tengahari, lepas Zohor macam tu. Tetamu paling awal haritu adalah kawan2 adik aku. Pukul 12 dah sampaii hah. Tak menyempatttt, hmm.

Terimakasih sangat2 untuk semua tetamu yang sudi datang memeriahkan majlis dekat rumah aku. Terima kasih sudi memeriahkan hari aku, menceriakan aku. Terimakasih sebab sudi makan masakan abah aku, dan seribu kemaafan aku mohon andai ada yang terkurang. Sesungguhnya kami hanyalah insan yang serba kekurangannya.

InsyaAllah, panjang umur kita ketemu lagi ya, kawan-kawanku. Sekali lagi, terimakasih sesangat, hihi :)))

Bersama geng2 praktikal farmasi HSJ ;)



Kawan sekolah rendah, yang selalu ada dengan aku :')

Kesayanganku ;') Bakal merindui saat2 kita pergi beraya rumah orang, wuu

Selfieeee time bersama kakak tersayang aku. Staff dari HSJ dan HPP. PF dan PPF yang awesome.  Jumpa lagi nanti, insyaAllah.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 12 Ogos 2014

Bila dah kerja ...

Assalamualaikum selamat malam


Waaaaaaaaaaaaaaaah, lamanya tinggalkan blog ni tak berupdate, Ya Allah teruk betul perangai hah. Haritu semangat berkobar-kobar lagi nak jadi blogger tegar ceritanya, tapi update seminggu sekali, hahaha. Maaflah, diri ini terlalu sibuk dan teramat lah sibuk sejak Jumaat lepas, sebab hujung minggu lepas buat rumah terbuka. Persiapan dibuat dari Jumaat lagi, dan sekarang ni pun masih dalam proses mengemas. Sangat letih tau (mak abah lagi letih sebenarnya, hmm). Jadinya, terpaksa abaikan blog ni seketika. Hajat hati nya nak terus update pasal Rumah Terbuka tu tapi tetiba entry ni yang terkeluar ja, haha. Lepasni aku update okey, insyaAllah. 

Ok, terus ke agenda utama aku taip entry ni. Sebenarnya, aku nak maklumkan yang aku ni sudah bekerjaya semula. Masih baru, masih hangat di pasaran lagi ceritanya, hehehe. Alhamdulillah, rezeki Allah curahkan tak pernah henti walaupun sedikit, syukurlah hendaknya. :) Kerja apa Alyaa? Bagi mereka yang follow instagram aku, tahulah kan aku kerja apa dan dimana. Kerja aku biasa saja, lebih kepada kerani kalau orang tanya aku secara jujur, sebab memang itu bidang tugas aku, iaitu perkeranian operasi. Hihi.


Harini baru masuk dua hari. Alhamdulillah, so far so good. Staff semua ramah tamah walaupun aku buat kerja sorang diri dengan bahagian admin fakulti tu, sebabnya semua admin fakulti dah kena transfer pergi HEA. Jadinya, keseorangan aku tanpa ada teman berbual, oh sangatlah sadis, haha. InsyaAllah, semoga semuanya berjalan lancar.

Kerja aku boleh dikatakan agak berat sebab aku masih belum faham workflow yang mereka mahukan. Masih bertatih lagi lah orang cakap. Masih cuba untuk fahami nya secepat yang mungkin. Supervisor yang lantik aku tu selalu takdak, so susah nak tanya dia macam2, aku sendiri yang nak kena figure out memang lambat sikitlah ceritanya. Harini memang dah plan macam2 nak tanya dia, end up bila dia sampai, dimintanya buat kerja lain dulu, urgent kata. Allahu, sabar jelah. Jadinya, dah plan nak serbu dia dengan macam2 soalan. Aku bukan apa, baik banyak tanya dan tahu kerja kita daripada tanya sekali lepastu buat2 tahu, lepastu salah. Oh pedih kot. Harap2 esok semuanya okay. Doakan aku hehe

Oh ya, disebabkan aku dah mula kerja semula lah, blog ni semakin terabai sikit demi sikit sebab taksempat nak update bila belah malamnya sebab khusyuk buat kerja lain, hahaha. InsyaAllah aku akan rajinkan diri, eh paksakan diri untuk taip jugak entry paling kurang seminggu satu atau paling rajin sehari satu entry :P

Oklah, nak updateee cerita ni jeeee, esok kalau rajin kita up entry pasal open house haritu okey? Babaii, selamat malam ;)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 7 Ogos 2014

Puasa Sunat 6 Hari Bulan Syawal

Assalamualaikum selamat malam

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. (Hadis Riwayat Muslim)

Alhamdulillah, harini dah 11 Syawal 1435H, hari Khamis. Syukur, aku berpeluang untuk mengerjakan puasa sunat 6 bulan Syawal harini. Sebenarnya baru mula harini, haha. Orang lain dah nak habis kan puasa 6, aku baru nak bermula. Takpalah, asalkan ada niat nak habiskan puasa 6 bulan Syawal tahun ni, moga Allah permudahkan, amin ;)

Ok, dalam entry ni aku nak bercerita sikit pasal puasa sunat bulan Syawal atau bahasa pasar orang sebut puasa 6. Kiranya selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kita teruskan puasa 6 di bulan Syawal, dan insyaAllah besar ganjaran pahala yang menanti kita, yang mana diibaratkan seperti setahun kita berpuasa. Siapa yang tak mahu bukan? Sungguh, Islam itu indah 

Aku baru start harini, maknanya aku masih berbaki 5 hari. InsyaAllah, rancangnya nak habiskan dalam minggu depan terus 5 hari. Kenapa tak sambung esok dan seterusnya? Sebabnya aku punya tugasan dan kerja yang perlu dilaksanakan. Jangan risau, tak dinyatakan pun untuk kita puasa berturut-turut 6 hari dan para ulama' pun sudah sepakat yang puasa 6 hari bulan Syawal ni dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut). Sebenarnya, lebih afdal dilakukan antara 2 Syawal hingga 7 Syawal. Tapi, almaklumlah terleka dengan program hari raya, jadinya sekarang baru berkesempatan, hihi.


Oh sedikit tambahan, amalan sunat yang kita kerjakan saban hari ni adalah untuk menampung kecacatan atau kecelaan kepada amalan fardhu kita, dan semoga segala amalan kita diterima olehNya, amin. Sebagai penutup entry yang ringkas malam ni, aku menyeru dan menyarankan rakan-rakan seagama dengan aku untuk turut serta dalam mengerjakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal ini, semoga kita dapat sama2 kumpul pahala selagi boleh. =)

Credit- *Kedua-dua gambar ihsan dari Mr Google*

Sumber bacaan : SINI

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 6 Ogos 2014

Aeon Jusco Alma, Bukit Mertajam

Assalamualaikum selamat malam

Bertemu lagi kita untuk entry harini. Ok, harini aku takmau cerita pasal cerita hari raya lagi. Sebab kalau nak cerita, sampai sepuluh entry tak habis, haha. Jadi kita buat slow2 nah, banyak sangat cerita hari raya ni kekdahnya.

Hah, untuk harini aku nak cerita pasal Aeon Jusco Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Untuk orang Penang, mesti tau punya kat mana Jusco ni dan kisah disebaliknya. Haha. Nak dipendekkan cerita, Aeon Jusco dulu bertempat di Bandar Perda, berdekatan KPJ Specialist Hospital dan boleh kira dekat jugak dengan UiTM Penang. Haha.

Disebabkan beberapa masalah yang timbul, Aeon Jusco telah dipindahkan ke Alma, Bukit Mertajam dan telah menjadikan ia lokasi yang agak tak strategik sebab jauhhhh dari segala-galanya. Serius jauh, tak tipu. Jauh dari budak2 UiTM yang selalu lepak kat situ. Sobsob. Ok dah, bukan hang belajaq sana dah pun. Hehe.




Gambaq atas tu merupakan gambar Aeon Jusco di Alma, Bukit Mertajam. Gambaq ni waktu pertama kali jejak kat situ. Aceceh. Haha. Sampai malam hah teroka kawasan situ. Almaklumlah bukan senang nak sampai sini. Ni kira2 sebelum puasa dulu. Dan harini, aku pergi lagi sekali atas niat nak bershopping kononnya, haha. Nasib baik ada yang sudi teman aku, takdak macam lone ranger sangat. Hehehe.

Alhamdulillah, barang2 yang nak dibeli sudahpun dibeli dan ada yang tak rancang nak beli pun dah terbeli. Biasalah, perempuan katakan. Kalau over budget tu kira perkara biasalah kalau perempuan pergi shopping complex ni. Hmm.




Ok, hasil pemerhatian aku setelah dua kali pi sana kan, memang tak dinafikan semuanya adalah tiptop. Memang terbaik lah dia punya kawasan dalam Aeon Jusco tu. Tempat barulah katakan, memang lantai pun shining habis. Haha. Dan dekat sana, ada lagi banyakkk butik baju dan kedai2 berbanding dengan Aeon Jusco yang lama. Kalau yang jenis suka shopping tu memang rasa gila yang amat lah sebab harga pun boleh tahan, affordable lah kiranya.

Fasiliti dekat sana pun tiptop, tandas cantik, bersih, aku suka sangat. Dan nak cari tandas pun senang sebab dalam satu aras tu adalah 2,3 tak silap aku. Senang nak membuang kalau terdesak, kahkah. Setiap aras ada tandas, jangan risau. Surau pun awesome, selesa sesangat. Kalau Aeon Jusco dulu ada satu surau ja dekat aras dua, kat tempat baru ni ada dua surau, aras satu dengan aras dua. Begitu juga dengan ATM. Ada di kedua dua aras. Oh ya, untuk para ibu dan bapa ang masih ada baby, jangan risau jangan khuatir nak datang shopping sini, semuanya lengkap untuk uruskan si anak. Ada baby room yang sangat lengkap dengan segala keperluan yang diperlukan. Air panas pun ada, tempat berehat untuk para bapa tunggu, tempat tukar lampin, mandi baby semua ada. Serius aku sendiri teruja tengok baby room tu sebab cantik sangat, tp tak sempat ambik gambarlah. Hehe




Nak cerita apa lagi? Haha. Pendek kata, rasa berbaloi lah jugak kiranya travel jauh dari Kepala Batas pergi Alma bila tengok semuanya ni. Rasa sejuk sikit mata, dan badan sebab aircond sana sini. Haha. InsyaAllah, aku plan untuk kesana lagi lepasni untuk beli barang2 untuk persediaan belajar nnt. Itupun kalau dapat sambung, sama2 doakan okey? Amin. Ok, untuk penutup entry, nah satu gambar dari aku untuk visit harini. Selamat malam! =)






posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 4 Ogos 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum selamat malam

8 Syawal 1435H.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menaip harini. Seribu kemaafan ku pohonkan sebab baru harini berkesempatan untuk menaip di sini. Diri ini sangatlah sibuk yang teramat sangat sebab terlalu banyak tugasan yang perlu dilakukan disamping menyambut hari raya yang telah hampir seminggu berlalu ini.

InsyaAllah lepas ni akan rajin update mengenai cerita hari raya aku yang sangat banyak untuk diceritakan. Macam biasa lah kan, aku ni ada sangat banyak cerita nak diceritakan dari dulu tapi akhirnya tak cerita2 jugak. Jadinya insyaAllah satu hari aku akan cuba untuk update di sini. Lagipun dah masuk bulan 8 ni, kenalah usaha lebih sikit untuk jadi blogger tegar ni. Haha.

Sebelum tu, rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang sudi melawat blog aku ni walaupun secara silent reader. Sepuluh jari aku susun seandainya ada entry yang mengguris hati korang semua. Terimakasih sebab sudi singgah blog ni. Tanpa ada semua, tiadalah blog ni hidup lagi. Hehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami ;)
Sekarang ni dah 8 Syawal. Macam mana dengan hari raya korang semua? Best, seronok? Menarik tak? Dapat berkumpul semua sanak sedara? Dapat jumpa kawan2 lama? Alhamdulillah. Semoga raya tahun ni beri seribu makna, seribu erti buat kita semua :)

Oh ya, kita pun sudah masuk bulan baru, bulan Ogos. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak dekat hujung tahun. Rasa macam baru sangat masuk 2014, tengok2 dah nak masuk 2015 tak lama lagi. Moga kita dipanjangkan umur oleh Allah untuk terus beribadat kepadaNya. Amin.

Rasanya sampai sini dulu entry untuk harini. Selamat hari raya Aidilfitri semua ! Coming soon entry pasal hari raya 2014, yey !




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM