Sunday, September 29, 2013

Makan-makan @ The Mahi Mahi Restaurant & Clubhouse

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di ruang merapu meraban bersama Alyaa. Haha. Ok, disebabkan sekarang ni dah macam larut malam sikit, jadinya aku nak update secepat yang mungkin laa. Sebabnya esok dah kerja meh. Cukup2 sudah berehat selama dua hari ni. 

Ok, seperti biasa, kerja aku memang akan bercerita tentang aktiviti yang aku buat saja kan. Hehe. Untuk hujung minggu kalini, alhamdulillah well spent together with beloved ones ! :) Untuk hari Sabtu, kami ada tournament badminton. Aku tak main sangat pun sebab jadi pemain simpanan sajee. Haha. Tapi, penat jugak sebab sempat main satu set jugak dengan kawan aku ni hah. Game habis lebih kurang pukul 2. Team menang satu, kalah satu. Overall, mereka sangat awesome ! 

Game di Dewan Pangsapuri Pesona, Taman Pauh :)
Ok, sekarang nak cerita pasal makan makan yang kami join harini. Lebih kurang pukul 3 petang lebh, tetiba Kak Sakinah, PRP di HSJ whatsapp aku tanya nak join tak diorang makan2 dekat Mahi Mahi. Katanya Mahi Mahi ni dekat Kepala Batas je. Sumpah ooh, masa mula2 Kak Kinah bagitau ni, aku macam blank kat mana lah Mahi Mahi nii. Haha. Rupa2nya dekat Kiosk Bertam jee. Nampak sangat aku macam tak familiar kawasan sendirii. Kihkih

Macam biasa, kalau ada aku, mesti kembar aku, si Ika ni ada jugaa. Haha. Bestlah dapat kumpul ramai2, makan sekali kan. Lagipun, Kak Kinah yang suruh ajak student ramai2, aku pun ajaklah mereka kan. Sekali dengan adik beradik, Si Bedah dengan Hajar. Ajaib jugak mereka nak ikut sesama. Hihi. 

Mesti ada yang tertanya kan, Mahi Mahi tu apa ? Sebenarnya, kami sendiri pun taktahu hah Mahi - Mahi tu apa. So, Kak Kinah terus pergi tanya waiter yang sangat kelakar tu, Mahi Mahi tu apa. Rupa2nya, Mahi Mahi tu macam sejenis ikan lah. Sangat sesuailah dekat tempat diorang yang ada jual makanan seafood, ada steamboat dan macam2 lagi.

Hidangan istimewa dekat sini : Nasi Goreng Mahi Mahi

Seriusly cakap, memang berbaloi baloi sangat makan dekat sini. Sedaaaaapppp dan menarik. Lepasni, bolehlah nak recommend dekat siapasiapa tempat ni. Memang kenyang sangattt ohh makan steambot size L ni. Walaupun hanya untuk makan 4-5 orang, tapi kami ber 7 susah untuk habiskan. Tapi, habis jugaaa lah sebab macam membazir pulak kan. Hihi

Antara isi steamboat untuk size L :) Banyakkk kan?

Hidangan petang Ahad kami :)
Harini jugak, kami dapat rasa satu jenis makanan yang cara hidupnya ala ala kerang sikit, iaitu mentarang. Eh, aku pun tak pasti mentarang ke menterang tapi lebih kurang gitulah namanya. Memula nak makan kerang bakar, tapi kerang tak sampai lagi masa ni, so kitorang trylah makan menterang ni. Sedap jugak rupanya. Haha. Hmm, menterang tu apa ? Meh nak tunjuk

Mentarang yang sedap !

Nampak menyelerakan bukan? Sangaaattt
Ok, nak makan mentarang ni pun ada cara2nya jugak tau. Bukan macam kerang, bukak sarung terus makan. Haha. Alhamdulillah, tekak boleh terima rasanya ini. Terimakasih Kak Ain ajar kami cara makan. Hehe.

So, nampaknyaa aku lebih mudah untuk buat review pasal makanan sebab tangan ni lajuuu je nak menaip pasal benda ni. Sampai rasa dah panjang entry kitee nii. Haha. 

Kepada sesiapa yang nak rasa makan kat sini, silalah yaa. Sangat berbaloi dengan harga yang dibayar, tak tipuuu punyaa. Makan sangat kena dengan citarasa kami lah setakat niii. Lepasni, nak buat food hunting kat lain pulak. Almaklumlah, Penang ni kan 'syurga makanan'. Haha

Hujung minggu Ahad yang membahagiakan ! :)
Oh, last but not least, terimakasih Kak Diha sebab belanja Red Velvet cake Secret Recipe tadiii. Saya anggap sebagai hadiah birthday saya okey? Haha. Red velvet tu pun sedap sangat, bak kata orang, orang belanja memang semuanya sedap kan ! Haha.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, September 25, 2013

Sakit itu ujian.

Assalamualaikum, selamat malam.

Aaaa, sakit datang menyerang aku lagiii. Well, sebenarnya aku memang tak sihat sejak minggu lepas lagi. Asyik demam tak henti2 sampai harini. Tapi, alhamdulillah Allah pinjamkan jugak kekuatan buat aku untuk aku harungi hari2 aku sebelum ni, untuk aku pergi bekerja di hospital.

So, disebabkan dah hampir seminggu aku demam, dan selsema aku pun tak hilang2, aku terpaksa serah diri kat hospital pakar harini. Memang itu jeee pilihan yang aku ada sebab mak aku dah risau takut aku kena infection dekat tempat pembedahan aku harituu. Biasalah, benda ni saling berkaitan antara satu sama lain, sini sakit, sana pun kemungkinan akan sakit. Hihi




Dipendekkan cerita, aku memang lemahhhh sesangat minggu ni. Hari Isnin haritu aku hampir rempuh rumah aku sendiri bila nak park kereta dekat porch kereta, nasib baik sempat sedar diri balik. Semalam pulak aku drive hampir langgaq orang, memang tiap kali lepas balik kerja, terus aku lemah semacam. Dengan sakit hidung, suara macam Awieee , lagilah emosi lain kan. Haha

Harini aku MC. Harapnya dah cukup rehat aku dapat. InsyaAllah, amin. Moga aku terus bersemangat untuk esok dan seterusnyaa. Amin. Btw, doakan aku untuk test viva unit manufact Jumaat nii. Aku tk ready lagi, sobsob :(




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, September 24, 2013

Visiting lecturer to Hospital Seberang Jaya

Assalamualaikum ,


Oooh, i'm proud of myself since now I can update my blog even it is working days ! Yeay ! Big clap for me, yeah ! Haha. Well, actually it requires so many forces for me to update this blog since I've no one to express my feeling and my thought to my friends since we are so busy adapting ourselves with work environment.

Hell yeah, i'm telling you the truth ! Work session is so different, many different than the theories one. Sigh. Even staff here said that, even you are good enough in theories, doesn't mean that you are good in practical. That is so true, because some people does not have ethics in their work, hmm. 

Oh, i'm nagging too much now. So, let's proceed to the main point why i'm writing this post today. Actually, every semester, when it comes to the end, our lecturer from Faculty of Pharmacy , either from Bertam campus or Puncak Alam campus will give us a visit to monitor our performance during practical session here. Technically, our session is today, 24th September 2013

Our lecturer informed us a week earlier so that we can book a place for meeting and informed our local preceptor first. As for now, i'm being attached at Outpatient Department, so i'm having a bit difficulties to escape myself from here. Haha. But yeah, who cares ? Miss my lecturer too much and it's important meeting la. Hehe. 

Us, and the lecturers ! :)
Seriously, we're so grateful to have Sir Fauzi and Sir Nadzri to come and visit us. Please guys, be jealous with us. Haha. Sporting as usual, great advices also ! Truthly, most all of us miss our beloved lecturer. Thankyou so much to come and visit us, for you also Sir Kurshid even we didn't know you well. :) Aaaa, i still want to have long chat with you, Sir. Hope we can catch up later ? Hehe.

Oh btw, thankyou girlsss for teasing me in front of sir just now. Blushing day ever for me. Not once, but twice. During lunch , they tease me in front of pharmacy assistant. But yeah, that is 'karma' since i also love to tease them before ! Haha. 

To sir, i'm sorry if i'm being too serious during the meeting. "Amboi, seriousnya" said Sir Fauzi during my explanation about our research. Kahkah. Not that too serious la, Sir. Just my voice is too bad, need to talk quite loud and serious so that you hear it clearly. :)

Last but not least, i'm enjoyinggg my day meeting with all of you, sir ! See youuu lateer :) 




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, September 23, 2013

Terima kasih Nuffnang !

Assalamualaikum, selamat pagi


Ok, aku tahu macam pelik bila aku update blog masa hari bekerja kan, tapi disebabkan weekend haritu aku macam sibuk sedikit, so masa yang ada dan terluang ni aku curi sekejap untuk update blog. Haha


So, disebabkan entry ni entry di hari bekerja, makanya entry ini pun akan jadi ringkas, padat dan mutakkhir lah. Haha. Ok, rasanya semua dah baca tajuk yang penat aku perah otak tu, so baiklah kiranya aku bercerita terus tanpa memutar belitkan lagi ayat.

Haha, sebenarnya aku cuma nak cakap yang aku sayangggggg sangattt Nuffnang ni. Hikhik. Sebabnya Nuffnang rajin jugak bagi BE kat aku. Alhamdulillah, walaupun earning taklah sehebat mana, tapi still bersyukur atas rezeki yang Allah bagi ni.

Dannn walaupun aku jarang update blog, tapi Nuffnang still baik hati nak bagi BE kat aku. Walaupun aku dah jarang blogwalking sekarang, followers pun banyak tu jee tapi still dapat jugak satu dua BE. 

Alhamdulillah, BE untuk Q3 Prepaid Roaming tu still berjalan walaupun dah sebulan lebih dan juga BE untuk Escape-Teaser ni. Ok, sebenarnya cuma nak cakap pasal BE yang terbaru ni Ford MCA Launch (SEPT) ni. Haha. Baru je lagi masuk semalam. Tak perasan jugak aku sebenarnya, sebab sebelum ni macam merajuk jugak aaa lama BE tak masuk. Tengok2 masa log in Nuffnang tadi, ada jugak satu. Yeay ! Alhamdulillah. :)

Hah, sampai sini dululah, nanti aku sambung merepek lagi dekat entry lain. Nantikannn yer ! Btw, lepasni aku kena rerajin jugak ah update blog ni, baru masyuk Nuffnang kan. Haha. Ok, byeee




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, September 22, 2013

Hujung minggu . . .

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur sampai harini. Aaaa, aku terlalu rindukan blog ni. Rindu nak cerita semua benda kat sini. Aku ada banyakkkk sangat pending post kat draft blogger ni. Entah bila dapat aku releasekan dekat sini

InsyaAllah, aku cadang nak buat auto publish entry. Sekurang2nya blog aku ni hidup la jugak kan kalau sehari satu entry. Haha.

Ok, sekarang pun dah lewat malam, aku pun dah letih sebab harini seharian buat kerja rumah, buat kerja hospital yang tertangguh tu, so aku hanya nak pendekkan saja entry ni.




Hujung minggu aku untuk minggu ni boleh kira awesome jugak walaupun nampak macam bukanlah hebat sangat kan. Haha. Well said, weekend baru ni iaitu Sabtu, semalam aku dapat dating dengan baby girlsss aku yang tengah rindu dekat akuuu. Haha.

Sebenarnya, aku pun macam stresss sangat kerja, so bila dia ajak aku lepak pantai, aku on jeee. Haha. Dah dua kali tanya aku, so aku ikut jeee, alang2 boleh lepaskan tekanan aku nii. Haha




Terimakasih girlfriend sebab belanja ais kacang ! Ya, walaupun tk sedap tapi boleh tahan lah kan rasanya. Untuk hadiah birthday katanya. Yeyy, hihi. Oh btw, cakap pasal hadiah birthday ni, aku tk sabaq nak cerita pasal celebration aku untuk tahun ni. Nanti aku cerita kat siniii okeyyy. Haha. Tunggguuu.

Dan untuk kawanku, girlfriend ku ni, best of luck for your upcoming final exam ! Do your very best ok, we are here to support you ! Goodluck bankers ! :)



posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, September 16, 2013

Officially 20's.

Assalamualaikum , selamat malam, salam 1 Malaysia !


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur hingga ke harini. Harini, 16September 2013, hari lahirku yang ke 20. Alhamdulillah, alhamdulillah, syukur ku panjatkan pada Illahi kerana masih izinkan aku untuk menghirup udara segar milikNya di muka bumi ini. 

Tiada lain yang aku mahukan sedari dulu selain menjadi seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Selain menjadi anak yang baik, kakak yang mithali, adik yang sempurna, dan juga pelajar yang cemerlang. Dan semua ni aku berharap agar terus berjalan seiring dengan usiaku yang makin meningkat.

Makin tua, orang kata makin dekat kita dengan kematian. Harapnya, dengan pertambahan umur ini, makin bertambahlah amal ibadat ku ini. InsyaAllah, sama sama kita doakan ya. :)


Dan apa2pun, jutaan terimakasih aku ucapkan kepada semua rakan2 aku yang tak putus2 bagi ucapan hari lahir, yang tak putus2 bagi semangat masa aku down, masa aku sakit, especially masa aku operation haritu dan lain2 lagi. Terimakasih sangat3 ! Hanya Allah yang mampu balas semuanya itu. Aku sayang korang semua !
September babies ! :)

Kawan baik yang takpernah lupa birthday aku ! :)

Pagi2 bangun harini, rasa macam tak percaya, harini aku dah 20 tahun. Oh, maka berakhirlah sudah zaman kebelasan aku. Wuawuawua. Macam tak percaya, serius, tapi ini kenyataan yang perlu dihadapi. Hehe. Start dari tengah malam semalam dah ramai yang wish, tapi malas lagi nak reply bajet2 taknak masuk 20tahun. Haha.

Dah ready memasing ni. Haha. Thanks Paan, Nita sebab tak lupa birthday aku ! :)

Dan terimakasih juga untuk Facebook sebab ingatkan semua kawan2 dalam friendlist aku tentang birthday aku harini ! Haha. Macam terharu bila reramai post dekat FB then PM FB. And yes, feel truly bless, for this year with all of you here. Thanks guys ! :)

Soooo by now, i'm officially 20's. Be matured please, Alyaa. Be yourself and most important become good caliph , obey to your religion and goodluck for your future ! :) 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rainbow Paradise Beach Resort : Bahagian I

Assalamualaikum, selamat petang, salam 1Malaysia !


Apa khabar semua harini? Wahh, semua nampaknya macam seronok ya harini cuti ? Haha. Samalah aku, seronok juga dapat bercuti panjang sikit kalini. Dapat rehat lebih2 sikit. Hihi

Tapi, rehat2 aku pun kena buat kerja jugak meh. Kena study untuk post test manufacturing nanti. Wuawua, aku masih belum bersedia untuk test Jumaat ni. Sobsob. Harap2 dapat cover untuk semua nanti. Nervous2.

Ok, malas nak cerita panjang, cuma nak kongsikan yang hari Sabtu baru ni aku ada ikut family day company mak aku. Family day ni diadakan di Rainbow Paradise Beach Resort dekat Tanjung Bungah. Siapa2 orang Pulau Pinang atau pernah datang Pulau Pinang ni, taulah tempat ni kat mana. Tak susah sangat pun sebenarnya nak cari. 

Tempat ni best, sangat best. Tapi ada dua benda saja aku takpuas hati kt tempat ni, iaitu dia punya parking lot dan juga kemudahan lif yang disediakan. Aaaa, dua benda ni boleh bikin gaduh ooo. Aku harap pihak pengurusan dapat ambik benda ni sebagai sesuatu yang serius untuk keselesaan pengguna2 nya nanti.

Nak cerita panjang pasal family day ni pun rasa macam boring jugak, sebabnya tak banyak aktiviti pun yang ada. Tetambah untuk kami yang dah besar panjang ni kan. Lagilah rasa pelik sangat. Haha. So, kerja kami bila orang bermain, kami berphotoshoot ! Sempat la jugak posing2 sini sana bagai. Hehe.







Atas ni antara gambar pemandangan yang sempat kami capture pada petang hari hari Sabtu tu. Sangat best tempat ni sebab nya ada pantai ! Aaaa, aku sangat sukakan pantai. Kedamaian, ketenangan aku dapat dari melihat kebesaran Allah ini. Rasa macam dapat lepaskan semua tekanan yang pernah ada dalam diri ini. Hah, gituu. Haha. Ok, itu baru gambar pemandangan, gambar view petang2 kan, nanti untuk next entry aku masukkan gambar kami2 pulak dan untuk aktiviti hari Ahad pula. Hari Sabtu ni sebab dah sampai agak lewat atas faktor2 tertentu, so sempat buat aktiviti sikit2 saja. Hihi. 

Selamat bercuti semua ! :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, September 8, 2013

Mimpi

Assalamualaikum, selamat malam.


Mimpi, 

Kata orang mimpi tu mainan tidur. Bukan sorang dua yang kata begitu. Semua orang, semua orang akan berkata benda yang sama bila kita bercerita yang kita ni mimpi sekian, sekian. Malah, kalau orang cerita dekat aku yang dia mimpi yang cantik dan indah, aku pun akan kata mimpi tu mainan tidur. Hihi

Hmm, aku sendiri taktau kenapa tangan ni rasa ringan jeee nak buat entry pasal mimpi. Lagipun, bagi aku semua orang pernah bermimpi, betul tak? Tak kiralah mimpi yang baik2 ke, yang buruk2 ke, yang penting mesti semua orang pernah rasai mimpi dan tahu apa itu mimpi. Jadi, tkperlulah aku nak terangkan seketul ketul kan. 

Sama juga macam aku, ya aku bermimpi. Bukan sehari dua, tapi setiap kali tidurlah. Haha. Tapi, bukan itu yang aku ingin ceritakan kali ni. Aku nak kongsikan cerita mimpi yang mana aku tak ceritakan dekat sesiapa pun malah kawan baik aku sendiri. Sebab aku tau nanti dia mesti gelakkan aku sebab boleh mimpi macam tu. Haha. Jadi rasanya dekat blog ni lah tempat yang aku rasa terbaik yang aku boleh luahkan. Mana tahu, nanti2 kala mimpi jadi realiti ke, boleh aku baca balik apa yang aku merapu meraban sekarang ni. Haha

So, apa benda yang hang mimpi Alyaa oiiii ? Ok, sebenarnya, aku rasa mimpi aku ni macam berturutan cerita dia. 2 minggu lepas tak silap aku, aku dah start bermimpi pasal dia. Siapa dia ? Dia yang berjaya buat aku gelak tiap kali aku rasa moody, haha. Untuk memudahkan aku cerita, si dia ni ialah MK. Singkatan yang biasa aku gunakanlah. Hoho. Ok, sambung. Lepas daripada tu, aku dah tak mimpi pasal dia dah. Aku pun macam okey, rilek lah sebab tk sangka boleh mimpi dia kan. 


Dipendekkan cerita, dua malam lepas, Jumaat malam Sabtu baru ni, aku mimpi MK lagi. Dan kalini, muka MK sangatlah jelas, aku nampak figure dia, nampak senyum tawa dia, dia punya suara, serta usikan dia pada aku. Semuanya sama, seolah2 mimpi itu memang real. Dalam mimpi tu, MK datang pujuk aku sebab aku macam tengah bersedih, aku sendiri tkpasti apa sebabnya aku sedih tapi memang aku mengalirkan air matalah. Haha. Dia datang dekat aku, sambil buat lawak dan cuba pujuk. Dan ya, aku terkejut sebenarnya macam mana dia boleh ada di situ, sebabnya suasana masa tu di hospital tempat aku praktikal ! Senyum, ya aku memang senyum bila tengok cara dia pujuk aku, sebab dia memang boleh buat aku senyum, gelak walaupun tengah moody sangat2. Hai, kenapalah aku kenal kau dan pernah kenal kau MK. Hmm

Ok, tkkanlah aku nak cerita the whole mimpi aku tu kan kat sini. Ada lah drama2 sikit dalam mimpi tuh. Aku tersedar bila mana azan Subuh berkumandang dan masa tu mimpi berhenti dengan aku bermesra dengan MK sebagai sepasang suami isteri. Sangat tak cukup nafas aku jadinya masa tu. Haha

Nak pendekkan lagi cerita ni, malam semalam, aku mimpi keluarga MK datang meminang aku. Sumpah sangat terkejut. Sebab aku kenal MK taklama sangat pun dalam dunia realiti ni. Haha. Memacam lah aku ni nak bermimpi kan. Mungkin kesan daripada bergambar atas pelamin pagi tu. Haha. Sampai sekarang pun sebenarnya aku pelik kenapa dia yang muncul dalam mimpi aku. Kenapa diaaa ? Ikutkan, aku cuba nak lupakan si MK ni, tapi makin teringat pulak jadinya. Uhuk3


Fuhh, makin panjang jadinya entry aku ni. Cerita pasal mimpi saja kan. Hihi. Aku pun taktau lah petanda apa aku dapat mimpi2 macam ni. To be truth, memang dah lama aku tak jumpa dia ni. Rindu memang rindu tapi bila tiap kali jumpa, takde nya lah aku nak cakap aku rindu dia. Haha. Lepas ni memang aku takkan dapat jumpa MK dah, itu yang pastinya. Kalau ada jodoh, ada kesempatan, dengan izin Allah mungkinlah aku boleh jumpa dia lagi. Hekhek. 

Aaaa, sampai sini dululah aku nak merepek2, kena sambung study dan buat kerja lain dah. Sorry kalau rasa annoying dengan post kali ni. Hikhik. Selamat malam dan selamat bekerja esok ! :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, September 1, 2013

It's September !

Assalamualaikum,



Oh yeah, its 1 September baby ! Honestly, i still can't believe September is hereeee ! Haha. Excuse me for my annoying behaviour , kuikui. Yeah, just want to let you know, i'm waiting for September to come again and again every year and insyaAllah, i hope my life will be better for this month. Let's pray hardly for this guys ! :)

Oh btw, Happy Independence day, Malaysia ! 56th for this year. I feel so blessed to be part of Malaysian and stay here. Thank God for everything, Alhamdulillah for the peaceful we earn today. And i really hope for the freedom to stay forever and everr ! 

So, nothing much I want to say in this post. Just a warm wishes to welcome September to me and others. And yess, we still in RAYAAAA mode, even it will last for one more week, HAHA. Ehem, still got so many open house to attend , and to fill in our tummy with raya dishes until bloated ! Hehe. Well, exactly, i have so many stories about open house, (especially my open house) to share here, but i did'nt get any chances yet. Maybe later, when i'm bored with my daily stuff. Haha

Ok, till meet then. Sorry if there any broken English here, i don't know why, but just feel like want to publish this post in English version. Forgive me for my numbness. Haha. Bye :)





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA