Sunday, June 30, 2013

Piala FA 2013 : Tahniah Kelantan !

Assalamualaikum, selamat petang.


Wahhh, lambatnya update pasal Piala FA ni, kecewa ka Alyaa ? Haha. Idok ler, teman letih benor semalam. Habis game ja terus tidur. Tak fikir pasal benda lain dah, nampak katil saja. Haha. 

So, malas nak panjangkan entry, nampaknya untuk musim ni, Kelantan berjaya mengekalkan piala FA di tempat mereka. Alhamdulillah, tahniah untuk mereka. Tak kecewa ka Alyaa ? Sejujurnya, sedikit kecewalah, TAPI aku tahu ada hikmah disebalik semua ni. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau JDT menang, agak2 boleh bayang tak apa yang akan berlaku, apa yang akan hangat diperkatakan ? Hah, aku ni mungkin paraniod sikit tapi itu semua takmustahil akan berlaku SEKIRANYA JDT menang. Boleh bayang sendiri lah macam mana, takpayah aku explain lelebih. Haha



Apa2pun, memang Kelantan tepati jangkaan aku untuk menang lagi kalini. Almaklumlah, mereka ni 'orang lama', JDT ni masih 'orang baru' lagi. JDT bijak mengawal permainan cumanya masih belum rezeki untuk mereka menjaringkan gol. Dan agak sayang, Safee dikeluarkan awal dalam perlawanan semalam. Aku pun taktahu apa motif nya dia dikeluarkan awal semalam. HAHA

So, sekali lagi TAHNIAH untuk Kelantan , The Red Warriors atas kejayaan mengekalkan Piala FA untuk musim 2013 ini. Semestinya mereka tidak mengecewakan ribuan peminat mereka dari seluruh pelusuk negeri terutamanya Pantai Timur. Kepada JDT, cuba lagi untuk musim akan datang. Jangan mudah mengalah kerana anda masih baru lagi. Dan semestinya sebagai penyokong, kami percaya kepada kekuatan anda, #LuaskanKuasamuJohor ! 

p/s : Nampaknya ERAFm terpaksa akur dengan kekalahan ini lantas kena memainkan lagu lagu dari Kelantan dari 6 pagi hingga 10 pagi. Haha. Itulah, main cabar lagi dengan THR Gegar. Kihkih


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, June 29, 2013

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 : JDT atau Kelantan ?

Assalamualaikum, selamat malam


Haiiiii semuaaa. Rindu aku takkkk ? Hmmm, takpayah nak rindu2 sangat okey, baru 2 hari lebih ja aku tak hupdate blog. Kemana aku pergi? Akan ku ceritakan sebentar lagi kerna entry kalini mahu aku fokuskan kepada perlawanan bola sepak Piala FA 2013 yang akan berlangsung beberapa minit lagi. 

Seperti mana ramai yang sedia maklum, perlawanan akhir malam ni adalah di antara Kelantan dan JDT yang masing2 telah mengalahkan Terengganu dan Pahang pada separuh akhir beberapa minggu yang lalu. So, agak2nya malam ni siapa yang bakal menjulang Piala FA 2013 ini? Adakah Kelantan ataupun JDT? 

Semestinya , penyokong2 Kelantan memberikan harapan yang tinggi kepada pasukan bola sepak mereka kerana pada musim lalu mereka telah memenangi piala ni. Takkan nak biarkan musim ni kalah kan? Mesti nak pegang lagi. Haha. Tapiiiiiiii, pasukan JDT pun sudah bersedia untuk merampas piala untuk musim ini, jika ada rezeki, insyaALLAH.


Hah, tunggu apa lagi, pergi duduk depan tv sekarang tengok bola. Haha. Bagi aku, takpayah tengok tv, tapi tengok TL Twitter pun dah boleh tahu macam mana game masa tu. Takpercaya, nanti aku printscreen, okay. Haha. So, sekarang ni hampa sokong mana? JDT atau Kelantan? Mana2 pun yang kita sokong, harapnya tiadalah pergaduhan atau perbalahan bila game dah habis nanti. Ingat, menang kalah tu ADAT pertandingan. Takpayah nak boo sana booo sini. Bola tetap bola, kawan tetap kawan, kerja tetap kerja. Be profesional in whatever you do, okay?

Btw, goodluck untuk kedua2 team malam ni ! #LuaskanKuasamuJohor #GomoKelateGomo. Kalau tanya aku sokong mana, memang korang baru first timer datang blog ni. Kahkah. Of course, I penyokong JDT ! #LuaskanKuasamuJohor. Mengaummmmmmmmmmmm bagi kuat sikit ini malam okey? Bubyeee


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, June 26, 2013

The Apprentice Asia : Team Apex menang, Nazril dipecat

Assalamualaikum, selamat malam.


Waaaaah, lama kan rasanya tak cerita pasal The Apperentice Asia kat blog ni. Almaklumlah, sibuk katakan. Balik petang, awal malam lepas Maghrib tu memang rasa sayup2 nak tiduq dah. Haha. Tapi, sebab rasa nak tengok sesangat harini, aku gagahkan diri untuk tengok jugak. Kihkih


Dan akhirnyaaaaa, setelah Nik melangkah keluar dari Team Apex minggu lalu, nampaknya kemenagan berpihak kepada mereka untuk minggu ni. Yeayy ! Tahniah3. Entah kenapa aku suka benar dengan Team Apex ni. Aku pun taktau kenapa, padahal Apprentice yang aku takberapa suka iaitu Celina ada di situ tapi aku still support group ni. Kahkah. 

So, minggu ni tugasan mereka ada lah untuk menyediakan hospitaliti untuk pelanggan VIP yang datang ke Hilton Kuala Lumpur. Mereka kena sediakan servis bilik dan housekeeping. Untuk team Apex, Sam dan Alex bertanggungjawab untuk kedua dua tugasan ni. Apa yang boleh aku simpulkan, kedua2 mereka sangatlah bagus dalam menyelesaikan peranan mereka WALAUPUN Sam agak sopan santun dan berhati hati buat kerja walaupun terus didesak oleh Alex. Haha. Kelakar jugak tengok Sam lap satu satu ni. Kehkeh. Untuk team Mavericks, Nazril dan Dian bertanggungjawab untuk peranan ni.

Untuk penyambut tetamu, untuk Team Apex, Celina jadi penyambut tetamu, untuk Team Mavericks Jonathan dan Andrea. Part ni paling tak syok pasai Celina sebab dia selalu sibuk nak call Sam dengan Alex. Memang bila tengok pun rasa rimas ooo. Aku yang tengok rasa menyampah, HAHA. Kat yang jadi pemerhati masa tu pun siap comment kata Celina senyum tak ikhlas. Muehehe. Pandai Kat observe nuh. Untuk team Mavericks, penyambut tetamu mereka kena banyakkk sangat bersabar sebab pelanggan mengeluh terlalu ketara. Mereka sediakan bilik lambat sangat, mana tak mengeluh, dah la tetamu VIP kan. Haha

Dan untuk penyingkiran, sama sekali aku tak sangka yang Nash a.k.a Nazril akan tersingkir untuk minggu ini.  Wuawua, frust jugak sebenarnya tapi dah memang jelas itu salah dan silap Nash, jadinya kenalah terima akibatnya, bukan. Tapi sayangnyaa, semua calon2 dari Malaysia dah terkeluarrrrr. :( Takpelah, dah takada rezeki kan. Macam biasa, bila masuk bilik mesyuarat, mestilah kena bertengkar mulut bagai kan, sampailah Tony berkata :-

I'm enough hearing all this. Therefore, Nash ! You're fired !



Alasan yang diberikan oleh Tony sangat mudah. Nash banyak melakukan kesilapan sejak dari tugasan yang pertama dan dia takmau perintisnya kerap melakukan kesilapan. Hmm. dah nama manusia bukan, silap dan salah tu memang kawan karib lah. Haha

So, sampai sini dulu bebelan aku. Sudah mau berehat dan lena. Masih berbaki dua hari untuk minggu ni. Haha. Aku lupa nak buat post pasal minggu ke 3 kan. Esok , okayyy ? *janji3*

p/s: Test oral dan written dah habissss pagi dengan petang tadi. Yeayyyy ! :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, June 25, 2013

MasterChef Selebriti 2 Akhir : Syura atau Celina ?


Assalamualiakum, selamat malam . . 


Malam ni merupakan malam penentuan, siapakah juara MasterChef Selebriti kali ini. Adakah Syura ataupun Celina? Semoga berjaya aku ucapkan kepada mereka berdua. Semoga masing2 dapat menderma dengan sebanyaknya kepada rumah2 kebajikann yang diwakili. 

So, korang sokong siapa? Kalau tanya aku, aku pilih Celina. Haha. Aku pun taktau kenapa. Tapi, Syura pun okey, boleh memasak, pandai buat olahan dalam masakan. 1 ja aku suka Celina ni, bagi pi lah apa2 binatang, barang pun, semuanya dia boleh masak. Nampak sedap pulak tu. Kahkah. 

Bagi aku, kedua dua ni merupakan yang the best lah antara semua sebab dah berjaya sampai peringkat ni kan. Menang kalah bukan itu perkaranya bagi aku, tapi hasil yang dapat tu nanti nak bagi dekat orang yang memerlukan. Rasanya yang dapat no 2 pun still dapat menderma sebanyak RM10,000 kan? Yang menang pulak RM50,000. Kalau taksilap aku lah kan. Hehe. 

Hmm, btw sekarang ni aku confius nak study ka nak tengok MasterChef ni sebab esok aku ada test. Kuikui. Selamat malamm. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, June 23, 2013

Jerebu oh Jerebu

Assalamualaikum, selamat petang.


Jerebu, oh jerebu. Sememangnya namamu sungguh popular kala ni. Sana sini menyebut namamu, menyerumu, memanggilmu, memarahimu. Oh, sungguh hebat kamu wahai jerebu. Sampaikan di twitter, facebook, instagram malahan blog menceritakan mengenaimu. Mengalahkan artis popular gituu. Hai la jerebu, kenapalah engkau dah merebak sampai Malaysia sekarang ? Kami di sini tidak memerlukanmu wahai jerebu. Kami aman damai di sini dengan udara yang segar bugar sebelum ini.

Oh okay, cukuplah sandiwara aku dekat atas. Haha. Spesial tak spesial jerebu ni, aku boleh menaip puisi hah. Hah, puisi la sangat kan. So, apa khabar semua harini? Macam mana keadaan cuaca dan jerebu di tempat anda semua? Penang setakat ni alhamdulillah, masih okay dan masih maintain seperti sedia kala. Bersyukur hendaknya. Ya, harini memang tidak ku nafikan yang berita mengenai jerebu ni tersebar luas ke sana sini. Dari gambar2 yang aku dapat dan lihat boleh dikatakan di kebanyakan tempat sekarang ni, jerebu semakin menebal. Allah, semoga semuanya baikbaik saja hendaknya. Moga Kau sentiasa melindungi mereka2 yang terlibat, Ya Allah. 


Jarak penglihatan semasa memandu memang agak terhad jugaklah ketika jerebu melanda ni sebab susah nak nampak kereta kereta dekat depan. Jerebu ni sebenarnya boleh jadi salah satu punca berlakunya kemalangan. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 ini hendaknya. Amin. Aku bersyukur sebab jerebu taksampai Penang lagi dan harap2nya taksampailah sebabnya confirm nanti susah nak drive. Dah la kereta dekat jalan tu pun boleh kira banyaknya hah.

Dan, aku juga ada mendengar berita bahawa Kawasan Muar dan Ledang di Johor telah pun diisytiharkan darurat kerana jerebu yang melanda di kawasan sana melebihi API 750 pada pukul 7 pagi tadi. SubhanaAllah, memang di tahap yang sangat tidak sihat kalau dah sampai 700++ ni. Moga rakyat Johor dan rakan2 aku yang sedang menetap mahupun belajar di sana sentiasa menjaga diri kalian dan janganlah keluar rumah kalau tiada perkara yang mustahak. Banyakkan minum air dan pakai mask masa nak keluar rumah. Juga berhati2 semasa memandu. Ayuh kita doakan semoga mereka baik2 saja. 

Jerebu di kawasan Shah Alam, KL, Seremban dan sekitarnya juga boleh tahan teruk aku dengar tadi. Kawan2 yang disana, tolong3 jaga diri okey. Member aku dah ada yang sesak nafas, batuk2 dah ni. Risau pulak aku mendengarnya. Begitu juga di mana2 kawasan yang dilanda jerebu seperti Terengganu dan Kelantan yang dengar khabarnya jerebu dah sampai kesana. 

Dan, waktu ini, sebaiknya sama2lah kita mendoakan agar Allah turunkan hujan untuk mengurangkan masalah jerebu yang melanda Malaysia ni. Ingat, jangan salahkan mana2 pihak akibat jerebu ini, kerana sesungguhnya ini adalah sebahagian dari ujian Allah untuk kita hadapinya. Sama2lah kita panjatkan doa agar masalah jerebu ini dapat diselesaikan dengan secepatnya. 

p/s: [ Gambar ehsan dari uncle Google]

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, June 22, 2013

Bersin buat kali pertama !

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur pada harini. Harini, seharian aku banyak berehat saja. Tak keluar rumah langsung. Lagipun memang aku yang taknak keluar rumah, malas. Kihkih. Hmm, dah nama pun weekend kan, jadi aku naklah rehat sepuas2nya. Sebab boleh dikatakan minggu ni adalah minggu yang paling kurang aku beradu. Ewah, beradu gitu. Haha. Bahasa mudahnya, tak cukup tiduq lah

So, semalam pun masuk tiduq awal dan bangun pun lewat pagi tadi. Muehehe. Bukan selalu dapat bangun lewat2, biasanya sebelum pukul 6 dah terpacak masuk bilik air kan. Hari2 minggu ni ja nak mengada2 lewat bangun, ini pun sebab takdak appointment atau hal2 lain, kalau tak awal jugak bangun macam minggu2 sebelum ni. 

Ok, aku ni macam dah lari tajuk nampak. Sebenarnya, nak cerita pasal aku dah boleh bersin ! Yeayyy ! Haha. Macam kagum jugak lah bila dapat bersin balik. Sebenarnya, doktor dah lama izinkan aku untuk bersin balik, tapi almaklumlah, aku masih ragu2 lagi dengan tahap kesihatan aku ni. Tapi, nak dijadikan cerita, dan dengan takdir Allah, aku dapat bersin hari Rabu baru ni tanpa mengalami sebarang kesan dan reaksi yang memelikkan sehingga harini. Alhamdulillah. Mula2 takut juga nak bersin tapi sebab dah tak tahan sangat haritu, memang aku bersin ler. Haha. Bayangkan sebulan lebih asyik tahan bersin apa semua, bila dapat bersin balik, rasanya Allahuakbar ! Syukur sangat2. 



Untuk selingan sikit, bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang menganggun mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada jangkitan penyakit [Wikipedia]

Jadi,agak2 atas sebab aku rasa kerap nak bersin? Haha. Alhamdulillah, setelah sekian lama aku tunggu nak bersin sejak hari keluar dari bilik pembedahan tu, akhirnya dapat juga. Keterujaan tu sajalah rasa nak kongsi dekat blog ni. Itu je, okay baiiiii. Haha. Nak sambung buat kerja yang asyik tertangguh. Nanti aku update lagi. 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, June 21, 2013

Weekend = Rest day

Assalamualaikum, selamat malam.

Ahhhh, lama tak publish entry dan aku ada berita gembira lagi. Yeay ! Haha, nanti aku kongsikan. Sekarang ni aku rasa penat sesangat dan mengantukkk yang overrr. Minggu ni sangat busy dengan macam2 benda. Takdak mood nak cerita lagi. Nanti2 lah.



Alhamdulillah, lega harini dah hari Jumaat. Esok dah Sabtu, jadinya dapatlah lena lebih sikit. Haha. Hmm, weekend ni tak plan lagi nak buat apa, mungkin nak siapkan proposal dan study untuk test yang aku pernah cerita dulu.

So, weekend korang nanti macam manaaaaa ? Semoga semuanya baik2 saja dan dipermudahkan oleh Nya. :) Jumpa esok jika panjang umur :)



posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, June 19, 2013

Tahniah Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

Assalamualaikum dan selamat malam


Selingan untuk malam ni sebab rasanya macam takdak mood nak update pasal diri sendiri. Haha. So, petang tadi lepas balik kerja sesajalah scroll IG aku tu. Tengok2 Elfira Loy ada update ucapan tahniah untuk kedua pasangan ni , Zahiril Adzim dan Shera Aiyob. 

Rupa2nya Shera Aiyob dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Tahniah aku ucapkan ! :) Akhirnya, cita2 dan impian Shera Aiyob nak beraya bertiga tahun ni tercapai. Hehe. Sebab dulu ada tengok rancangan dekat Astro kalau taksilap pasal kedua pasangan ni time hari raya. Adalah Shera bagitau teringin nak beraya bertiga. Hehe. Tahniah2, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Zahiril Adzim di lawan sosialnya, Twitter. :)


Dan, selamat berpantang kepada Shera Aiyob ! :) Hmm, memang kalau bulan 6 ni musim baby lahir dan musim orang kahwin. Haha. Semoga selamat hendaknya. Ok, aku nak beradu dah kot. Mata sudah letih ma. Selamat malammm.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, June 17, 2013

Rezeki di bulan June. :)

Assalamualaikum, selamat malam.

Eh, aku update blog lah. Haha. Jangan pelik bin ajaib, meh nak cerita kenapa aku tetiba jadi rajin nih. Kihkih

Ingat tak semalam aku cakap nak update 2 hari satu entry kan? Lepastu, tetiba gatal tangan pergi bukak akaun nuffnang. Almaklumlah, lama tak menjenguknya kan. Sibuk sangat. Haha. So, tetiba aku terkejut bila tengok ada benda niiiii . . . .






Mau nak luruh jugak jantung ni mula2 bila tengok ni. Almaklumlah, dah lama tak dapat CPUV. Alhamdulillah, ada rezeki bulan ni walaupun tak banyakk. Yang geramnya, time aktif cuti dulu taknak pulak masuk sekaligus macam ni, bila dah jarang update, baru ada. Haha. Rezeki3.

So, dipendekkan cerita, aku akan cuba update sehari satu entry, walaupun entry yang membosankan korang. Kehkeh. Yang penting, tak ditinggalkan sepi, insyaAllah sama2 kita doakan aku rajin.

Akhir kata kepada mereka yang singgah ke blog ni, rajin2kan jari jemari anda untuk mengclick iklan di blog ni. Jasa anda amat dihargai. Terima kasihh :))

p/s: Kalau aku hupdate pun, pakai bloggeroid sajalah. Sebab kadang2 tak sempat pun nak bukak laptop ni hah. Penat sangat. Haha
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, June 16, 2013

Minggu ke 2 - Outpatient Department (OPD)

Assalamualaikum dan selamat malam


Selamat hari bapa untuk semua bapa bapa di Malaysia termasuk abah aku yang sekarang ni tengah mengerjakan umrah di Mekah. Semoga semua urusan ibadah di sana berjalan dengan lancar. Cepat balik abah, kami dah rindu ni. Hehe. 

So, malas nak panjangkan entry ni, marilah aku kongsikan serba sedikit mengenai liku liku kehidupan aku sebagai seorang pelajar praktikal di HSJ. Pheww, kemain kau ayat. Haha

Alhamdulillah, dah lepas minggu ke dua dan minggu ketiga akan menyusul pada esok hari iaitu Isnin. Apa yang dapat aku simpulkan untuk minggu kedua ni adalah, kerja makin bertambahhhh. Fuh, kalau before ni boleh relax tengok orang buat filling, minggu ni kita sendiri yang kena buat hah. Macam gelabah jugak mula2 sebab takut salah kan, tapi lama2 kira boleh lah jugak. Cumanya aku suka bertanya, hampir setiap kali rasa macam tak kena aku akan bertanya. Kalau benda tu betul pun, still aku nak bertanya untuk dapatkan kepastian. Taknak main pandai2 ja, kang tak pepasal nama kena panggil dengan senior ppf dan pegawai farmasi masa labelling. Kihkih

Bahagian Farmasi Pesakit Luar

Makanya, kerja2 di OPD akan terus-terusan menjadi sibuk especially hari Isnin sampai Rabu. Tapi Selasa kadang2 tak ramai sangat pun. Act, kalau patient tak ramai pun, kami still ada kerja untuk isikan blue card patient tu. Aku suka buat blue card tu kalau tak buat filling sebab bila buat blue card ni, dapat kenai lebih banyak generic generic name ubat yang sumpah banyak gilaaa. Haha. Sampai aku sendiri rasa pening nak ingat walaupun dah banyak kali buat. Haha

Dan perkara yang paling boleh buatkan jantung aku tercabut ialah bila pegawai farmasi panggil kami berdua, aku dengan Nita dan bagitau yang kami akan ada macam pre test minggu tu jugak. Dah la masa bagitau tu hari Khamis, nak buat pre test hari Jumaat. Fuh, mau tak tercabut jantungnya. Dah la banyak benda nak kena ingat dan hafal. Tak percaya? Meh tengok sebahagian nama ubat yang telah kami SALIN masa hari orientasi sebelum ni





Hah, ini takmasuk lagi cara penyiraan untuk syrup, inhaler, insulin. Pheww, dalam satu malam ingat boleh digest semua benda? Haha, memang idok ler. So, malam tu aku prepare mana yang sempat saja sebabnya aku mengantuk dan letih sesangat dah. Itu pun pukul 12 baru naik katil, biasanya pukul 10 dah selamat berada di alam lain. Haha. 

So, esoknya, Jumaat aku memang pasrah sesangat2. Tapi still dalam hati kata tak jadi kot sebab nampak pegawai tu macam busy semacam dengan buat SPUB tu. Haha. Dah dengan bangganya, aku dengan member aku, Nita masuk substor dekat OPD tu untuk susun stok dengan Local Preceptor (LP) sebab stok masuk banyakk sangat. Sebenarnya, LP kami taktau pun kami akan ada test, dia terkejut gila. LP ni orang yang akan bagi markah kat kami setiap kali abes attach dekat OPD ni. Dipendekkan cerita, bila duk dengan dia, dia pun kata test takadalah harini, jangan risau. You all tolong I jer harini. Haha. Syokk gilaa. Senyum terus sampai balik..

Hmm, macam panjang pulak bercerita kan. Almaklumlah, dah lama tak menaip kan. Banyak lagi sebenarnya nak cerita ni, tapi nanti macam bosan pulak kan. Haha. So, aku rasa lepas2 ni dua hari sekali aku akan update. Baruu best. Haha

Sampai sini dulu aku update. Doakan aku untuk hadapi minggu ke tiga ni dengan jayanya. Dan doakan aku untuk test yang akan datang. Kihkih. Selamat malam dan selamat bekerja untuk esok hari.

Kerja aku bila dah bosan dan malas nak filling. Haha 
Aku suka buat yang ni. Kalau sakit kaki, cari yang ni lah buat sebab boleh duduk. Phew ~





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, June 9, 2013

Alhamdulillah, kesihatan dah makin baik. :')

Assalamualaikum, selamat malam.


Alhamdulillah, harini dah 9 haribulan dan hari Ahad. Maknanya esok dah kena start kerja semula. Wuawua. Tapi, takpe sebab ada banyak lagi benda baru yang nak aku pelajari dalam sebulan pertama ni. Harap2 dapat kutip seberapa banyak pengalaman yang aku mahu. 

Ok, dipendekkan cerita, semalam 8 June 2013, aku ada appointment dengan doktor pakar untuk sebulan selepas pembedahan. Awal bergerak dari rumah takut tak sempat sebab hari Sabtu kan setengah hari ja klinik pakar beroperasi. Haha

So, syukur kepada Allah. Kesihatan makin baik dan baik. Doktor cakap dah tak payah ambik ubat lagi, cumanya masih kena jaga supaya tak masuk air kat tempat pembedahan tu. InsyaAllah, aku cuba untuk jaga sebaiknya. Terima kasih untuk semua yang banyak mendoakan aku agar aku cepat sembuh. Dan semestinya berita ini menggembirakan mak dan abah aku. Doktor pun happy je dengan aku. Appointment pun bukan tiap minggu dah, selang 2 minggu pulak. Hehe.

Semoga aku terus sihat dan sihat sepenuhnya. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah. :')



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, June 8, 2013

Seminggu berPRAKTIKAL di Hospital Seberang Jaya

Assalamulaikum, selamat malam.

Apa khabar semuaaaa ?? Rindu aku takk? Baik mengaku kata rindu. Haha. Ok, tetiba rasa kekok pulak nak menaip kat sini. Almaklumlah, dah lama tak menaip panjang panjang ni. Aceh, padahal baru seminggu tak menaip. Kahkah.

Ok, mula2 sekali, alhamdulillah, aku telah pun selamat menjadi sebahagian daripada 'staff' Hospital Seberang Jaya pada 3 Jun 2013 yang lepas. Dan harini hari Sabtu, jadi aku tak kerja dan boleh rehat. Nikmat baq hang ! Haha.

So, apa pengalaman aku sepanjang di Jabatan Farmasi Hospital Seberang Jaya ? Untuk seminggu ni, boleh dikatakan agak banyak juga pengalaman yang aku dapat. Itu baru seminggu, belum sebulan dan setahun lagi. Haha. Sabaq je lah awak eh. Haha. Untuk memudahkan pembacaan, moh la kita baca dari hari ke hari. Actually, aku memang nak menaip masa hari pertama aku masuk praktikal haritu, tapi disebabkan letih amat tersangat, makanya aku tangguhkan dulu, dan cerita sekaligus dalam satu entry ni. Senang. *pemalas*

Hari Pertama :

Hari pertama masuk HSJ, memang rasa awkward teramat sangat sangat. Sumpah tak tipu. Dengan pakai baju uniform praktikal nya lagi, nak pergi cari pintu masuk nya lagi. Haha. Memasing orang yang dalam hospital tu, tengok ja kami sebab jalan satu group kan, baju semua sama pulak tu. Muehehe. Tapi, ada aku kisah? Redah ja masuk kat farmasi tu. Bukannya pi redah sorang2. Jadi, nak dipendekkan ceritanya, Local Preceptor (LP) kami takdak haritu mungkin atas sebab salah komunikasi macam mana tah aku pun malas nak ambik port. Katanya madam kami a.k.a lecturer tak maklumkan yang kami akan masuk haritu. Maka, menadah telingalah kami hari berikutnya. 

Disebabkan itu, kami 1 group berpecah dan diletakkan di lain lain unit buat sementara waktu sementara menunggu hari orientasi hari berikutnya. Agak nasib tak baik utk aku, sebab kena attach sorang2 masa hari pertama tu. Yang lain semua kena pasang-pasangan. Redha jelah. Kat mana aku kena? Dekat Unit Farmaseutikal dan Pengeluaran ataupun lebih dikenali sebagai Galenikal. Perghhh, mulamula masuk sini ingatkan kena observe saja, rupa2nya dah kena buat kerja bagai. Penat tu takpayah kata lah tetambah kita ni traineer baru pulak. Haha. Tapi, apa2pun, ianya satu pengalaman yang baru buat aku dan aku sangatlah seronok kat sana walaupun sehari je sebab staff2 dalam tu sangatlah teramat peramah. Dekat jabatan ni buat apa? Haish, macam tak thrill cerita awal2. Nanti bila aku dah kena attach betul2 aku cerita details, okay?

Tempat kerja untuk external preparation

Prepacking, masuk ubat, buat ubat semua dekat area ni. 
Attach dekat sini lepas kurang kena attach dekat OPD. Sakit kaki takpayah cerita. Balik balik rumah rasa macam nak cari tukang urut saja. Haha

Buat prepacking sodium dihydrogen phosphate. 
Tempat menimbang 

Buat prepacking cream

Hydrocortisone cream

Lap peluh. Haha. Banyak juga buat

Department ni kena pakai selipar, takboleh pakai kasut dalam ni

PPE penting dalam kawasan galenikal ni.

Okay, sudah cerita pasal Galenikal Department ni. Nanti aku dah attach di sana, bolehlah baca selanjutnya.

p/s: Satu ja taksuka duk sini, ppf suka tanya banyak. Haha

Hari Kedua :

Hari ni kami hanya ada orientasi. Dengaq taklimat dari semua department yang ada dalam hospital. Dari OPD [Outpatient Department], IPD[WardSupply], TDM[Therapeutic Drug Monitoring], TPN[Total Parentaral Nutrition], CDR[Lupa nama penuh. Haha] . Kami dibawa pusing setiap department yang ada. Emm, taksemua jugaklah tapi adalah buat lawatan tu. Haha

Kami juga diperkenalkan dekat semua orang yang kami jumpa. Rasa macam femes sekejap. Kahkah. Alhamdulillah, hari kedua ni rasa tak teruk sangatlah. Kami juga jumpa dengan preceptor kami, Madam VJ. Kena bagi warning siap siap suruh buat elok2 praktikal ni. Masa ni rasa macam takmau masuk praktikal dah. Seram waa cakap lu. Dalam hati berbisik, "Kenapalah aku masuk bidang ni. Hmm.". Serius rasa nak lari diri dari bidang ni lepas lalui hari orientasi. Haha

Hari Ketiga, Keempat, Kelima :

Masa ni jadual dah keluar dan aku kena attach di OPD. Di OPD ni, macam aku kata lah, hati kena kental, kaki kena kuat. Kalau rasa2 tak kuat, mohon jangan masuk farmasi. Haha. Masuk department ni juga, otak kena kuat, dan pantas sebab nak ingat kedudukan ubat ubat dengan pantas dan cepat. InsyaAllah, aku akan ditempatkan di sini selama sebulan. Ok, aku taknak cerita pepanjang dalam entry ni sebab entry ni pun dah panjang sangat kan. So, tunggu esok. Aku akan cerita dengan lebih details dan emosi. Haha. *Aku tau aku hutang 1 entry pasal semester 4 aku kan* Nanti aku buat lah ya. Buat auto publish lah kut. Hehe

So, sampai sini dululah aku cerita ya. Maaf kalau rasa annoying dengan entry aku lepas2 ni sebab semuanya akan berkisar tentang praktikal dan hidup aku saja. Haha. Selamat malammmm ~





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, June 3, 2013

Selamat mendaftar dan selamat berMDS kepada pelajar UiTM

Assalamualaikum, selamat pagi.

Ya, semalam tak update blog. Haha. Sebab semalam aku balik Perak, jadi macam sibuk sikit tak sempat nak mencoret coret di sini hah. So, straight to the point. Selamat mendaftar aku ucapkan kepada semua pelajar pelajar baru intake 2013/2014 di seluruh UiTM di Malaysia. 

Tak kira sama ada mendaftar untuk asasi mahupun diploma, selamat mendaftar dan menghadapi Minggu Destini Siswa a.k.a Minggu Derita Siswa. Haha. Bertahanlah selama seminggu ni dengan pekikan dan makian dari pemimpin2 mahasiswa/i anda semua. Aku dah pernah laluinya dan ya MDS adalah sangat 'awesome' especially MDS di UiTM Pulau Pinang. 


Junior aku dekat twitter pun dah nampak cara cara nak bengang dengan MDS ni. Rilek lah dikkk, ini baru permulaan. Tahan lah sikit. Nanti dah lepas, confirm akan rindu punya MDS ni. Haha.

Okay, malas nak sembang banyak banyak kat sini sebab aku nak prepare barang nak tinggal dengan makcik aku nanti dan nak bersiap untuk praktikal yang tinggal lagi berapa jam saja ni. Pasal dua benda ni nanti aku buat entry lain nuh. Babai ~~



Selamat datang semuaaaa. Kampus aku ni. Haha


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, June 1, 2013

Tahniah JDT. Bertemu Kelantan di Final !

Assalamualaikum, selamat malam



Hai, siapa yang tengok perlawanan pukul 8.45 malam tadi antara Pahang Darul Makmur dengan Johor Darul Takzim? Oh, aku semestinya tengok perlawanan yang dinantikan nantikan ini setelah timbul kekecohan pada hari yang mana sepatutnya berlawanan berlangung tapi telah ditunda pada hari ini. Haha.

Nak salahkan mana mana pihak pun tak boleh. Lagipun, aku nak kata lelebih pun bukan aku yang berada di stadium pada malam tu. Jadi hanya mereka yang ada di sana saja tahu apa yang berlaku dan hanya Allah saja tahu siapa salah, siapa betul. 

Apa2pun, perlawanan dah pun tamat sebentar tadi. Walaupun separuh masa pertama agak mencemaskan, dengan Pahang muncul memberi 2 jaringan gol dan JDT ketinggalan tanpa satu pun jaringan gol. Akhirnya, pada separuh masa kedua, JDT bangkit dan menjaringkan satu gol untuk menjadikan perlawanan terikat kepada aggregat 2-2. Sampai akhir perlawanan, keputusan diumumkan bahawa JDT layak ke final setelah kelebihan gol di tempat lawan.

So, tahniah Johor Darul Takzim ! I'm soooo proud of youu walaupun tadi aku macam merajuk sikit time separuh masa pertama. Haha. Padahal badan tengah letih, mengantuk penat apa semua. Tengok game macam mengejutkan juga tadi. Dalam hati, still menaruh harapan agar JDT menang. Aceceh. Haha

Kepada Pahang, you've done yr best. Kalah menang adat pertandingan kan. Aku tau member2 aku ramai sokong Pahang kat Twitter tu. Tapi aku buat dunno je bila memasing nak kata JDT main kotor lah , pengadil bias la itulah inilah. Hah, memacam lagi. Ibarat rumah dah siap, pahat masih berbunyi.

Maaf kalau ada yang terasa dengan aku. Selamat malam. (: Tahniah sekali lagi JDT. Semoga berjaya berjumpa dengan Kelantan nanti. ^__^


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Cuti yang masih berbaki sehari.

Assalamualaikum, selamat petang


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur hingga ke harini. Masih dapat menghirup udara yang nyaman ini. Syukur. 

So, harini dah pun masuk hari Sabtu. Bermakna plus minus tinggal lebih kurang 48jam saja lagi untuk aku memulakan sesi praktikal aku di Hospital Seberang Jaya. Ya Allah, takut tu tak payah katalah. Seram sejuk kaki ni hah. Dah lah tak prepare sangat ni. Study pun tak untuk praktikal ni. Aku sememangnya mencari nahas. Haha. Kalau rajin nanti, malam ni lah aku belek2 nota sikit. Jadi, mohon doakan aku rajin sikit nanti ya. :)

Tapi lega sikit sebab baju semua dah basuh dan kering semalam, nametag pun dah cari balik dan jumpa, kasut, stoking, tudung semua dah siap. Alhamdulillah, takpayah pening2 sangat lagi. Hehe. Cuma tulah, ilmu di dada masih kurang. Perlu polish juga malam ni. Semoga aku rajin. (:

Jadi untuk mereka yang akan memulakan semester baru macam aku ni tak lama lagi, silalah manfaatkan cuti anda dengan sebaiknya okey? Lepas ni susah dah la nak dapat cuti lelama macam ni. Sobsob. 




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

MANIFESTO - Juara VersusMY

Assalamualaikum dan selamat tengah malam.


Alhamdulillah, habis juga VersusMY untuk musim ke 2. Keputusan dah pun diumumkan lebih kurang pukul 12.15 tengah malam tadi. Kumpulan Manifesto dan Kyoto Protocol telah layak ke battle malam tadi dan akhirnya kemenangan berpihak kepada MANIFESTO. Yeayyy ! Tahniah3.



Tak sia2 Tomok promote suruh rakyat Malaysia vote Manifesto dekat Twitter, Instagram semua. Hehe. Performance diorang pun awesome sangat, jadi diorang memang berhak lah untuk menang malam tadi. Haha. Kuat gilaaa aku jeritt masa host umumkan yang Manifesto menang. I suka uolls. Rezeki mereka setelah usaha dengan sehabis baik. Btw, Tomok pun pandai guna gambar Arrian, anaknya untuk kaih undi. Haha.

So, dah boleh tidur lena lah semua peserta malam ni kan. Pengundi pengundi pun sama. So, tahniah sekali lagi kepada MANIFESTO, Tomok + Modred. :)




Gambar sepanjang konsert malam tadi. [via Instagram Tomok by Project2PI].











Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM