Friday, January 25, 2013

25 Jan 2013. Rumah manis rumah.



Alhamdulilah, aku selamat sampai rumah. Bajet macam jauh tuu. Kahkah. Hmph, aku sebenarnya dah start cuti hari Rabu tu lagi, sehari sebelum Maulud. Tapi, atas desakan kerja dan alasan2 yg lain, aku ambik keputusan taknak balik lagi. Too much works and too much to think. So, berada bersama rakan2 bilik dapat tenangkan aku sementara. Dan aku juga turut mohon ketenangan dariNya, agar dikuatkan hati ini untuk teruskan kehidupan.

So, balik kepada cerita asal. Hari Selasa malam, mak call tanya Jumaat cuti tak. Aku cakaplah esok, Rabu tu dah cuti. Then, aku tunggulah kot2 ada orang nak mai ambik aku kan. Tapi takda pun. Aku ignorekan jelah, mungkin orang2 kat rumah sibuk an. Sampailah Khamis petang masa aku tengah hangout dgn roomates kat Jusco mak mesej tanya ada kelas tak esok, Jumaat lah kan. Aku reply kan, dah cakap cuti dari Rabu kan. So, lepas Isyak masa aku sampai bilik mak call. Tanya blabla, taknak balik ka and so on. Dari hari Selasa lagi tanya nak balik ke tak.

So, untuk memudahkan dan sebagainyaa, aku pun baliklah hari ni which is hari Jumaat. Itupun setelah diminta kerana esok birthday adik. Well, ada beberapa reason jugak sebenarnya aku taknak balik disamping sibuk dgn kerja kan.

Dan, yeah. Now, i'm already at home and in my room. Alone. Urghhh. Hate it. Hmph, apa lagi ? Yang tu saja kot. Ada masa nanti2 aku post entry lagi. Bye, night. :-)
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul. 12 Rabiulawal 1434H



Hari kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W. Selawat dan salam kepada baginda, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sama2lah kita berselawat kepada baginda, bukan sahaja harini malah hari2 lain jugak. InsyaAllah.

Kepada yang bercuti sempena Maulidur Rasul, selamat berehat. :-)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Kepenatan berakhir seketika. ;-)



Alhamdulillah, kesengsaraan untuk minggu ni dah berakhir. Cuti dah mula hari ni. Jadi, aku bolehlah berehat sikit. Argh, rehat lah sangat. Takdak cuti pun hah aku rasa. Asignment berlambak gila nak mati. Lepas balik Pauh tengahari tadi, lepak2 kejap tengok movie then tidur. Bangun terjaga sebab member nak print. Then, tak tidur sampai ke Maghrib. Niat asalnya nak basuh baju kemas2 tempat yang serabai teramat tuh. Tapi, last minute nak discuss operational plan untuk projek keusahawan. Bapak susah lar.

Sampai pukul 10 jugaklah discussion tu. Lepas tu, roomate pulak nak print nota. Aku pun tolonglah print kan, customer tu. Hehe Pastu dah settle, nak photostat pulak. Kebetulan, nota tu aku takdak. Join sekali ler. Haha. Banyak bhai nota2 tu. Nak print penat, nak baca lagilah hah.

Nak dijadikan cerita, memang ada nota2 aku yang still taklengkap ibarat kehadiran aku tu, makanya aku decide nak print , photostat dan sebagainya utk lengkapkan nota aku tu. Ikutkan nak buat esok, tapi tukar plan. Maklumlah, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. :-)

Btw, selamat bercuti untuk kawan2 dan sahabat handai. Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui. :-)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, January 21, 2013

Memohon maaf adalah yang terbaik. :')



Memang sukar untuk kita memohon maaf bila berlaku pergaduhan samada kecil ataupun besar. Tapi, itulah yang sebaik baiknya. Aku pernah dengar pepatah mengatakan, orang yang memohon maaf adalah baik dan yang memaafkan adalah yang mulia. Tapi, takpasti sangat, lebih kurang cenggitulah maksudnya.

Makanya, minta maaflah walaupun ianya bukanlah salah kita. Tiada orang yang mati pun akibat memohon maaf kan. Walaupun kadangkala rasa malu begitu tebal, namun teruskan niatmu itu untuk memohon maaf kerana kelak hatimu akan berasa lebih tenang.

Samada maafmu itu diterima ataupun tidak, usahlah kau gusarkan kerana kita telah pun menjalankan tanggungjawab kita yang seadanya. Dan berdoalah agar Allah bukakan hati yang satu lagi untuk memaafkan kita. :')

Salam sayang dari Penang, Alyaa. Selamat hari Isnin kepada semua. :-)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, January 19, 2013

Memendam lebih baik dari meluahkan . :')



Mungkin ramai yang tak setuju, tapi inilah aku. Susah untuk meluahkan apa yang aku rasa dekat orang, walaupun dekat parents. Mungkin lebih senang begituu. In fact, itu sebab aku buat blog. Sebab kat blog memacam aku boleh cerita. Kisah apa aku orang nak baca. Haha. Oklah, nk sambung buat kerja. Bye ! Selamat berhujung minggu. :-)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, January 18, 2013

Fitting baju praktikal untuk next semester !!!



Alhamdulillah, settle juga sesi fitting baju untuk praktikal semester depan. Fuh, nebes pulak rasa nak praktikal ni. Macam tak berapa nak readyy ja lagi. Sobsob. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan kelak. Elaun untuk praktikal khabarnya berdasarkan CGPA akhir semester nih. Fuhhh, kena pulun kuat lagi nih. Hehe. Dan kalau tiada aral melintang, mungkin aku akan berpraktikal di Hospital Seberang Jaya. InsyaAllah. :-)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, January 17, 2013

Spontaneous Thursday.



Katakata semangat amat aku perlukan sekarang ini. Dengan menaip di textgram, sekurang2nya lega sikit apa yang aku ingin luahkan dan sampaikan. :-)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tragedi 16.1.2013



Andai itu takdirnya. Siapalah kita untuk menghalangnyaa. Tanggal 16 Januari telah menyaksikan satu peristiwa hitam dalam hidup aku. Lihat saja gambar di atas. Cukup unruk menyelesaikan segala tanda tanya korang.

Ya, untuk berlaku jujur. Memang aku accident semalam. Sangat tragis selama 20 tahun hidup aku. Aku pun takpasti kejadian tu berlaku macam mana. Sedar sedar orang dah hentam aku. Kemek habis kereta Myvi tu hah. Nasib badan sungguh la kan.

Laporan polis dah pun selesai dibuat pagi tadi. Legaa. Sekarang takpasti lagi keadaan tu macam mana. Kat mana aku accident ? Dekat jalan belakang pintu UiTM tu hah. Aku pun taksangka sebenarnya, tiba2 saja kan. Terkejut tu masih ada. Fobia drive kereta memang sangat2 terasa lah kan. Act, aku masih trauma sekarang. Memang takboleh nak tengok motor yang duduk dekat2 dengan kereta atau sebagainya. Huhu

Hmmph, aku update sampai sini dululah. Takdak mood nak update pepanjang. Macam tak seronok ja nak baca kan. Aku nak taip pun rasa tak best. Sobsobs. Semoga kejadian ini memberi pengajaran yg setimpal buat aku. InsyaAllah. :')

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, January 15, 2013

Roadtour Fear Factor Selebriti Malaysia [Pulau Pinang] _ 12,13Jan 2013













Hanya gambar sebagai hiasan entry kalini. Ada masa nanti, aku update versi cerita ya. Mungkin selepas test PHC 222 Rabu ni. Hehe. Doakan semoga aku berjaya test kalini. Aminn.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, January 9, 2013

Hectic week gonna end soon !

*laplap blog* Phewww. Dah lama jugak terabai blog ni. Last post pasal kembali ke sekolah, minggu ni dah masuk minggu ke dua dah pun budak2 bersekolah. Macam manalah gamaknyaa mereka ya. Haha. Oh ya, Assalamualaikum, selamat petang. 

Harini curi curi masa sikit untuk update blog usang ini. Oh, rindunya nak menaip pepanjang, mengadu kat blog ni. Bukannya takdak internet connection, cumanya masa yang ada amat terhad untuk aku menaip dengan gembira dan sukanyaa. Almaklumlah, dah jadi pelajar semester akhir kat sini ni, memang banyak benda nak kena settlekan. Kuikui.

*Google Images*
So, apa benda yang hecticnya minggu ni ? Ermm, first of all, minggu ni aku ada 2 TEST dan satu QUIZ dan perghhh, sangatlah awesom bagi aku. 2 test tu pulak memerlukan aku untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada lecture notes yang tidak setebal yang korang bayangkan. Cukuplah bayangkan notes yang mengandungi beberapa jenis ubat, mechanism, side effects, pathophysiology dan lain2. Memang juling lah mata kan baca semua benda , dengan banyaknyaa penyakit yang tak silap hampir ada 10 disease kot. *banyak tak, banyak tak* Kiranya tiap2 hari akan aku belek notes tu semua selagi belum tiba hari testnya. HAHA. dan yeahhhhhhhhhhhhh.. semuanyaa dah berakhir dua hari yang lalu. dua hari yang penuh penderitaan, tekanan perasaan, sakit, menangis dan sebagainyaa. itu baru test ah, belum final lagi. Memang tak buleh nak bayang ah kan nant. Mohon jangan bayang bagaiman keadaan aku masa tu, memang terrible sesangat. Kahkah. 

Apa yang mampu aku rumuskan setelah kesemuanya selesai, adalah sangat TERRIBLE. sangatlah sedih dan teramat sedih bila benda yang selama ni kena hafal, hafal dan hafal, akhirnya bila masuk exam, kita jadi BLANK. sedih weh, sedih. tapi apa2 pun aku ingatkan diri aku yang apa2pun yang terjadi, mesti ada hikmahNya. mungkin ada hikmah kenapa Allah tak jelmakan jawapan kepada aku kala aku jawab test tu. Mungkin Dia taknak aku score bebanyak, nanti dapat markah banyak, lepastu aku jadi bongkak, sombong dan sebagainya. *mintakdijauhkan* So, aku ambik the positive side of it on the first day punya test. Then, come the second test. Night before, malam lepas habis first test tu, aku sangatlah letih dan akibat keciwa teramat time tu kan, lepas Maghrib terus pup! tidur. Sampai pukul 11 malam kao ! HAHA. So, bangun tidur, terus solat Isyak then bukak notes. Malam tu berjaga sampai 3.45 a.m then bangun balik pukul 6.15 a.m.  Memang seriuslyy tak cukup tidur but i manage to go through all the notes. Such a succes to me ! Kahkah.

*GI*

*GI*

Namun, malangnyaaa, perkara yang sama berlaku pada aku iaitu aku tak mampu nak ingat apa yang dah aku hafal dengan baik. Bayangan jawapan tu mai sekerat sekerat saja. Sangat menyakitkan hati, tapi aku pasrah. Tapi, compared to first paper tu, paper second ni senang sedikit. Ya, aku memang dapat jawab. Tapi, banyak yang salah kau ! Sadis sangat bila teringat balik. Tp ianya satu pengajaran buat aku. Jangan confident lelebih time jawab tu. Dan sekali lagi, aku ambik positive side just like the first paper before. :)

Dan sekarang ni, setelah habis semua benda ni, aku hanya perlukan TIDUR yang cukup. Maknanya malam ni memang akan ku tidur awal lah. Kehkeh. Almaklumlah, lepas habis test2 tu, aku ada kerja lain yang menanti di belakang seperti lab dan juga assignment. See ? Banyakk busyy ma. Huhu. So, aku rasa sampai sini dulu aku taip dan tulis. Nanti2 ada masa, aku update lagi ya. Kalau banyak masa free, banyak entry akan terhasil. Kalau busy, tiada langsung ataupun only one short entry. Lagipun, just taknak biarkan blog ni sepi tanpa kata. Kesian dia. Haha. Biarlah orang tidak sudi untuk membaca dan menjenguknyaa. Kuikui.

Akhir kata, jagalah diri, kesihatan, akhlak dan juga jagalah iman. :) Babai. Jumpa lagi. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, January 2, 2013

Selamat kembali ke sekolah !


Assalamualaikum, hai kawan kawan !

Esok dah 2.1.2013 kan? So, masanya untuk adik adik semua kembali ke sekolah ! Yeayyy ! HAHA. Kepada sepupu2 aku yang dah pun pulang ke asrama, selamat kembali kepada kehidupan dan rutin harian yang lama. Haha. Rilex k, pengalaman duduk asrama memang tiada galang gantinya. Sangat best, so sila enjoy, nanti dah tua mesti teringat kembali. Kuikui. Dan kepada mereka yang sekolah harian, terutamanya adik gendut aku, Ami selamat masuk ke Tingkatan 4. Pilih pakej mata pelajaran elok2. Jangan nanti menyesal pulak. Ingat, pilih kombinasi yang betul. Kalau rasa takboleh carry, bincang elok2 dengan emak dan abah. InsyaAllah, mereka sokong apa yang hang nak buat nanti. :) 

Dan kepada tiga orang sepupu aku, yang dua daripadanya berada di sekolah asrama penuh, SMS Kepala Batas dan SMSTSSS, Izzati dan Yana, serta Ashraf di SMK Pokok Sena, semoga berjaya menempuh sesi pembelajaran sebagai pelajar Tingkatan 5. Selamat meniti hari sebagai calon SPM 2013. Ingat, SPM tu sangat sangat lah penting. Even nak masuk degree nanti pun, SPM akan ditengok juga. (melalui pengalaman okey). Buat yang terbaik, kalahkan kakak Alyaa dan maksu Ila. Untuk Yana dan Izzati, kak Alyaa tau hampa dua boleh dapat straight As. Usaha lebih lagi okey. Come on lah, baka SBP kan hebat2 semuanya. Hehe. Dan kepada Ashraf, whatever it is, you know yourself better than us, right? Buat yang terbaik. Even takdapat straight As pun takpa, its okay. As long as you pass all the subjects so that you can further studies. Come on, jadi anak sulung yang terbaik, tunjukkan kepada mama dan abah yang Ashraf pun boleh berjaya walaupun Ashraf ni nakal. Lagipun, Ashraf kan lelaki. Dapat 5As pun dah boleh pergi jauh. InsyaAllah. :)

Kepada rakan2 degree, selamat menempuh peperiksaan akhir kalian. Semoga berjaya aku ucapkan. Korang mesti boleh punyaa. Haha. Dan kepada rakan2 seperjuangan aku, selamat menyibukkan diri untuk kita kerana test, quiz dan assignment menanti untuk kita melangsaikan mereka. Semoga Allah sentiasa bersama kita untuk menghabiskan semester akhir di UiTM ini. :) Amin..

p.s : selamat bekerja juga untuk mereka yang akan berkerja esok. buat kerja elok2 hokey. 






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, January 1, 2013

Goodbye 2012, Welcome 2013.


Hyep everyone !

Just one short entry to welcome 2013 !

What a surprise ! 

It's happened ! 2013 is coming.. :)

Btw, thank youuu so much 2012.

You have give the best memories for me and friends ! 

:)

Well, i really wish i can list all the sweet memories along 2012.

But, i can't. There are so much to be remember about 2012.

So guys, see you soon. I promised to update more about this after i've done all the works. 

See you soon guyss.

Happy New Year 2013 ! :))


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA