Wednesday, October 2, 2013

Kawan ?

Assalamualaikum, selamat malam


Harini aku MC lagi, macam biasa. Sebab harini aku ada appointment dengan doktor pakar. So, takdak pilihan lain, kena MC jugak. InsyaAllah, harapnya ini kali terakhir aku jejakkan kaki di hospital ni sebagai seorang pesakit. Semoga lepasni dapat kerja dekat sini. Aceceh, hihi.

Malam ni malas nak bebel banyak dekat sini. Cumanya, alhamdulillah kita dah pun jejakkan kaki masuk ke bulan Oktober. Bulan yang mana tak kurang juga aku menantikannya sebab tak sabar nak cuti semester. Hihi. Walaupun hanya dua minggu, tapi untuk wanita yang bekerjaya macam aku ni, 2 minggu tu sudah cukup memadai buat kami. 

So, tajuk pun korang dah baca. Taktahu kenapa malam ni rasa nak bincangkan pasal kawan ni. Nak dijadikan kisah, yang bait-bait persahabatan antara aku dengan crush aku dah mula terjalin. Haha. Dulu memang dia crush aku sebab aku suka dia, tapi sekarang rasanya takdah. Sebab jenis aku, bila aku dah crush ataupun ada perasaan kat seseorang ni, aku susah sikit nak jadi peramah, sembang huhahuha macam kawan biasa. Bila automatik aku sembang huhahuha, pi sana pi sini dengan dia, jadinya perasaan itu makin lama makin luntur. Dan rasa ingin berkawan biasa, berkawan rapat tu lebih mudah, lebih mesra. Sebab bagi aku, berkawan lebih baik dari menjalinkaan sebarang hubungan buat masa ni.


Mesti tertanya-tanya kenapa dulu aku boleh crush dengan kawan aku ni kan? Tapi, sekarang tidak. Haha, sebab dulu dulu nampak dia macam smart, segak sangat la, in fact sekarang pun macam tu. Haish, biasalah budak2 remaja macam aku ni, jiwa rasa nak feeling bagai je kan, tapi masa tu takdak lah gigih sangat ambil tahu serba serbi pasal dia hah. Gitu-gitu je tengok sebab sedap mata memandang. Kuikui

Tapi, alhamdulillah, Allah bukak jalan yang mudah bagi aku untuk kenal dia dan seterusnya menjadi kawan aku sekarang. Boleh dikatakan macam kawan baik jugak lah kan sebab satu kepala jugak dengan aku dia ni. Tapi, still aku respect dengan dia sebab dia lebih tua daripada aku, haha. 

Dan sejak jadi kawan ni, serius tak tipu, rasa suka dekat dia, eh taksuka lah, minat tengok ja, lama kelamaan hilang dengan sendirinya. SubhanaAllah, sungguh ajaib rasanya, tapi ini semua aturan Allah, bukan. Sudah itu yang aku mahukan, maka Allah permudahkannya. Bila fikir fikir balik yang aku pernah crush dengan dia, sumpah rasa nak tergelak terbahak bahak. Kenangan beb, semua tu kenangan. Hehe

InsyaAllah, semoga persahabatan antara kami kekal bersama sama dengan yang lain. Aku siap kata, nanti nak kahwin jangan lupa jemput, tersipu sipu dia. Haha. Terimakasih sudi tambah kawan dalam hidup ! :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM