Monday, September 16, 2013

Rainbow Paradise Beach Resort : Bahagian I

Assalamualaikum, selamat petang, salam 1Malaysia !


Apa khabar semua harini? Wahh, semua nampaknya macam seronok ya harini cuti ? Haha. Samalah aku, seronok juga dapat bercuti panjang sikit kalini. Dapat rehat lebih2 sikit. Hihi

Tapi, rehat2 aku pun kena buat kerja jugak meh. Kena study untuk post test manufacturing nanti. Wuawua, aku masih belum bersedia untuk test Jumaat ni. Sobsob. Harap2 dapat cover untuk semua nanti. Nervous2.

Ok, malas nak cerita panjang, cuma nak kongsikan yang hari Sabtu baru ni aku ada ikut family day company mak aku. Family day ni diadakan di Rainbow Paradise Beach Resort dekat Tanjung Bungah. Siapa2 orang Pulau Pinang atau pernah datang Pulau Pinang ni, taulah tempat ni kat mana. Tak susah sangat pun sebenarnya nak cari. 

Tempat ni best, sangat best. Tapi ada dua benda saja aku takpuas hati kt tempat ni, iaitu dia punya parking lot dan juga kemudahan lif yang disediakan. Aaaa, dua benda ni boleh bikin gaduh ooo. Aku harap pihak pengurusan dapat ambik benda ni sebagai sesuatu yang serius untuk keselesaan pengguna2 nya nanti.

Nak cerita panjang pasal family day ni pun rasa macam boring jugak, sebabnya tak banyak aktiviti pun yang ada. Tetambah untuk kami yang dah besar panjang ni kan. Lagilah rasa pelik sangat. Haha. So, kerja kami bila orang bermain, kami berphotoshoot ! Sempat la jugak posing2 sini sana bagai. Hehe.







Atas ni antara gambar pemandangan yang sempat kami capture pada petang hari hari Sabtu tu. Sangat best tempat ni sebab nya ada pantai ! Aaaa, aku sangat sukakan pantai. Kedamaian, ketenangan aku dapat dari melihat kebesaran Allah ini. Rasa macam dapat lepaskan semua tekanan yang pernah ada dalam diri ini. Hah, gituu. Haha. Ok, itu baru gambar pemandangan, gambar view petang2 kan, nanti untuk next entry aku masukkan gambar kami2 pulak dan untuk aktiviti hari Ahad pula. Hari Sabtu ni sebab dah sampai agak lewat atas faktor2 tertentu, so sempat buat aktiviti sikit2 saja. Hihi. 

Selamat bercuti semua ! :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM