Sunday, September 8, 2013

Mimpi

Assalamualaikum, selamat malam.


Mimpi, 

Kata orang mimpi tu mainan tidur. Bukan sorang dua yang kata begitu. Semua orang, semua orang akan berkata benda yang sama bila kita bercerita yang kita ni mimpi sekian, sekian. Malah, kalau orang cerita dekat aku yang dia mimpi yang cantik dan indah, aku pun akan kata mimpi tu mainan tidur. Hihi

Hmm, aku sendiri taktau kenapa tangan ni rasa ringan jeee nak buat entry pasal mimpi. Lagipun, bagi aku semua orang pernah bermimpi, betul tak? Tak kiralah mimpi yang baik2 ke, yang buruk2 ke, yang penting mesti semua orang pernah rasai mimpi dan tahu apa itu mimpi. Jadi, tkperlulah aku nak terangkan seketul ketul kan. 

Sama juga macam aku, ya aku bermimpi. Bukan sehari dua, tapi setiap kali tidurlah. Haha. Tapi, bukan itu yang aku ingin ceritakan kali ni. Aku nak kongsikan cerita mimpi yang mana aku tak ceritakan dekat sesiapa pun malah kawan baik aku sendiri. Sebab aku tau nanti dia mesti gelakkan aku sebab boleh mimpi macam tu. Haha. Jadi rasanya dekat blog ni lah tempat yang aku rasa terbaik yang aku boleh luahkan. Mana tahu, nanti2 kala mimpi jadi realiti ke, boleh aku baca balik apa yang aku merapu meraban sekarang ni. Haha

So, apa benda yang hang mimpi Alyaa oiiii ? Ok, sebenarnya, aku rasa mimpi aku ni macam berturutan cerita dia. 2 minggu lepas tak silap aku, aku dah start bermimpi pasal dia. Siapa dia ? Dia yang berjaya buat aku gelak tiap kali aku rasa moody, haha. Untuk memudahkan aku cerita, si dia ni ialah MK. Singkatan yang biasa aku gunakanlah. Hoho. Ok, sambung. Lepas daripada tu, aku dah tak mimpi pasal dia dah. Aku pun macam okey, rilek lah sebab tk sangka boleh mimpi dia kan. 


Dipendekkan cerita, dua malam lepas, Jumaat malam Sabtu baru ni, aku mimpi MK lagi. Dan kalini, muka MK sangatlah jelas, aku nampak figure dia, nampak senyum tawa dia, dia punya suara, serta usikan dia pada aku. Semuanya sama, seolah2 mimpi itu memang real. Dalam mimpi tu, MK datang pujuk aku sebab aku macam tengah bersedih, aku sendiri tkpasti apa sebabnya aku sedih tapi memang aku mengalirkan air matalah. Haha. Dia datang dekat aku, sambil buat lawak dan cuba pujuk. Dan ya, aku terkejut sebenarnya macam mana dia boleh ada di situ, sebabnya suasana masa tu di hospital tempat aku praktikal ! Senyum, ya aku memang senyum bila tengok cara dia pujuk aku, sebab dia memang boleh buat aku senyum, gelak walaupun tengah moody sangat2. Hai, kenapalah aku kenal kau dan pernah kenal kau MK. Hmm

Ok, tkkanlah aku nak cerita the whole mimpi aku tu kan kat sini. Ada lah drama2 sikit dalam mimpi tuh. Aku tersedar bila mana azan Subuh berkumandang dan masa tu mimpi berhenti dengan aku bermesra dengan MK sebagai sepasang suami isteri. Sangat tak cukup nafas aku jadinya masa tu. Haha

Nak pendekkan lagi cerita ni, malam semalam, aku mimpi keluarga MK datang meminang aku. Sumpah sangat terkejut. Sebab aku kenal MK taklama sangat pun dalam dunia realiti ni. Haha. Memacam lah aku ni nak bermimpi kan. Mungkin kesan daripada bergambar atas pelamin pagi tu. Haha. Sampai sekarang pun sebenarnya aku pelik kenapa dia yang muncul dalam mimpi aku. Kenapa diaaa ? Ikutkan, aku cuba nak lupakan si MK ni, tapi makin teringat pulak jadinya. Uhuk3


Fuhh, makin panjang jadinya entry aku ni. Cerita pasal mimpi saja kan. Hihi. Aku pun taktau lah petanda apa aku dapat mimpi2 macam ni. To be truth, memang dah lama aku tak jumpa dia ni. Rindu memang rindu tapi bila tiap kali jumpa, takde nya lah aku nak cakap aku rindu dia. Haha. Lepas ni memang aku takkan dapat jumpa MK dah, itu yang pastinya. Kalau ada jodoh, ada kesempatan, dengan izin Allah mungkinlah aku boleh jumpa dia lagi. Hekhek. 

Aaaa, sampai sini dululah aku nak merepek2, kena sambung study dan buat kerja lain dah. Sorry kalau rasa annoying dengan post kali ni. Hikhik. Selamat malam dan selamat bekerja esok ! :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

the tempo of life said...

orang kata kalau dah kerap mimpikan orang yang sama, ada maksud tu. lagi2 kalau 3 hari berturut-turut.

hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA