Ahad, 29 September 2013

Makan-makan @ The Mahi Mahi Restaurant & Clubhouse

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di ruang merapu meraban bersama Alyaa. Haha. Ok, disebabkan sekarang ni dah macam larut malam sikit, jadinya aku nak update secepat yang mungkin laa. Sebabnya esok dah kerja meh. Cukup2 sudah berehat selama dua hari ni. 

Ok, seperti biasa, kerja aku memang akan bercerita tentang aktiviti yang aku buat saja kan. Hehe. Untuk hujung minggu kalini, alhamdulillah well spent together with beloved ones ! :) Untuk hari Sabtu, kami ada tournament badminton. Aku tak main sangat pun sebab jadi pemain simpanan sajee. Haha. Tapi, penat jugak sebab sempat main satu set jugak dengan kawan aku ni hah. Game habis lebih kurang pukul 2. Team menang satu, kalah satu. Overall, mereka sangat awesome ! 

Game di Dewan Pangsapuri Pesona, Taman Pauh :)
Ok, sekarang nak cerita pasal makan makan yang kami join harini. Lebih kurang pukul 3 petang lebh, tetiba Kak Sakinah, PRP di HSJ whatsapp aku tanya nak join tak diorang makan2 dekat Mahi Mahi. Katanya Mahi Mahi ni dekat Kepala Batas je. Sumpah ooh, masa mula2 Kak Kinah bagitau ni, aku macam blank kat mana lah Mahi Mahi nii. Haha. Rupa2nya dekat Kiosk Bertam jee. Nampak sangat aku macam tak familiar kawasan sendirii. Kihkih

Macam biasa, kalau ada aku, mesti kembar aku, si Ika ni ada jugaa. Haha. Bestlah dapat kumpul ramai2, makan sekali kan. Lagipun, Kak Kinah yang suruh ajak student ramai2, aku pun ajaklah mereka kan. Sekali dengan adik beradik, Si Bedah dengan Hajar. Ajaib jugak mereka nak ikut sesama. Hihi. 

Mesti ada yang tertanya kan, Mahi Mahi tu apa ? Sebenarnya, kami sendiri pun taktahu hah Mahi - Mahi tu apa. So, Kak Kinah terus pergi tanya waiter yang sangat kelakar tu, Mahi Mahi tu apa. Rupa2nya, Mahi Mahi tu macam sejenis ikan lah. Sangat sesuailah dekat tempat diorang yang ada jual makanan seafood, ada steamboat dan macam2 lagi.

Hidangan istimewa dekat sini : Nasi Goreng Mahi Mahi

Seriusly cakap, memang berbaloi baloi sangat makan dekat sini. Sedaaaaapppp dan menarik. Lepasni, bolehlah nak recommend dekat siapasiapa tempat ni. Memang kenyang sangattt ohh makan steambot size L ni. Walaupun hanya untuk makan 4-5 orang, tapi kami ber 7 susah untuk habiskan. Tapi, habis jugaaa lah sebab macam membazir pulak kan. Hihi

Antara isi steamboat untuk size L :) Banyakkk kan?

Hidangan petang Ahad kami :)
Harini jugak, kami dapat rasa satu jenis makanan yang cara hidupnya ala ala kerang sikit, iaitu mentarang. Eh, aku pun tak pasti mentarang ke menterang tapi lebih kurang gitulah namanya. Memula nak makan kerang bakar, tapi kerang tak sampai lagi masa ni, so kitorang trylah makan menterang ni. Sedap jugak rupanya. Haha. Hmm, menterang tu apa ? Meh nak tunjuk

Mentarang yang sedap !

Nampak menyelerakan bukan? Sangaaattt
Ok, nak makan mentarang ni pun ada cara2nya jugak tau. Bukan macam kerang, bukak sarung terus makan. Haha. Alhamdulillah, tekak boleh terima rasanya ini. Terimakasih Kak Ain ajar kami cara makan. Hehe.

So, nampaknyaa aku lebih mudah untuk buat review pasal makanan sebab tangan ni lajuuu je nak menaip pasal benda ni. Sampai rasa dah panjang entry kitee nii. Haha. 

Kepada sesiapa yang nak rasa makan kat sini, silalah yaa. Sangat berbaloi dengan harga yang dibayar, tak tipuuu punyaa. Makan sangat kena dengan citarasa kami lah setakat niii. Lepasni, nak buat food hunting kat lain pulak. Almaklumlah, Penang ni kan 'syurga makanan'. Haha

Hujung minggu Ahad yang membahagiakan ! :)
Oh, last but not least, terimakasih Kak Diha sebab belanja Red Velvet cake Secret Recipe tadiii. Saya anggap sebagai hadiah birthday saya okey? Haha. Red velvet tu pun sedap sangat, bak kata orang, orang belanja memang semuanya sedap kan ! Haha.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM