Sunday, August 18, 2013

Makin hari , makin malas.

Assalamualaikum, selamat malam semuaaa . . .


Wahhh, aku rasa aku ni dah macam chipsmore ! Sekejap ada , sekejap hilang. Haha. Aku pun taktahu lah apa nak jadi dengan aku ni. Makin hari makin liat dan malas jadinya. Tetambah bila nak kena pergi kerja. Hmm, bukan malas apa, masih mood raya katakan. Tapi, insyaAllah minggu ni dah start stabil balik semua emosi dan semangat kemalasan itu. Cewaaaah ! Kita tengoklah nanti macam mana.

Nak tau kenapa aku kata aku pemalas sikit jadinnya minggu yang baru lepas ni? Sebabnya pukul 7 pagi aku baru siap2 nak pi kerja. Fuh, tak pernah2 aku siap lewat macam tu. Ada sekali tu, pukul 7 baru terjaga, seee bajet2 macam tengah cuti raya lagi taknak bangun kan. Haha. Nasib sempat sampai hospital sebelum pukul 8. Lagipun kan, time2 orang cuti raya ni, jalan dah clearrrrr, so 20minit dari rumah, aku dah sampai hospital. Pheww ~ Cepat kan. Sebab tu berani2 pukul 7.26 pagi baru nak keluaq rumah. Kalau tak, hareem aku mengamuk. Haha. 
Jumpa dekat google images, macam awesome wording dia. Haha

Tapi, minggu ni sekolah pun dah start bukak balik, orang2 pun dah banyak start kerja dah, so kebarangkalian untuk jalan sesak kembali menjadi mimpi ngeri aku tiap2 pagi. Haha. Start esok, aku dah kena keluaq awai lah. Takleh buat2 eksperimen lagi nak kuaq lambat2, kang sampai lambat, parah aku. 

Selain itu (dah macam taip karangan BM pulak), aku juga makin malassss untuk menaip entry di blog. Wuawuawua, aku pun taktahu kenapa. Nak kata tak on9, aku on9 ja, tapi bila time nak menaip tu, zassss idea hilang. Padahal time sebelum bukak dashboard blogger tu kemain idea mencurah2. Haha. Nak menaip di bloggeroid pun macam masalah sikit sebab broadband ada masalah. Soo, sangat complicated ceritanya. Hehe. 

Ini belum masuk cerita aku kena attach di department baru dah minggu lepas raya ni. Macam2 dugaan hah yang menimpa aku dan member2 minggu pertama kena attach kat sana. Teringin jugaklah nak bercerita kat sini pengalaman minggu pertama yang agak tragis kat tempat attach aku tu. Haha. But after all, still alhamdulillah, aku dah berjaya harungi minggu pertama , tinggal lagi dua minggu. Yippi ! Semoga semuanya berjalan lancar sampai ke hujungnya, insyaAllah amin :)

Peringatan untuk diri sendiri. Hehe



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

hana hadi said...

hana pun malas setelah 2 minggu cuti.huhu

the tempo of life said...

awak praktikal kt mana? bhgian apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA