Friday, August 30, 2013

Kamu saja . .

Assalamualaikum , selamat malam.


Taktahu kenapa mood malam ni macam kelaut sikit. Mungkin sebab rindu pada AM sudah bercambah sikit sikit. Entah kenapalah dengan aku ni pun lah. Memacam hal. Haha. Saja nak melayan perasaan yang makin lama makin ke arah pelik. Pelik lah sangatttt kan, haha

Ok, disebabkan mood jiwang2, nak gatal saja, so pergilah layan lagu Ainan Tasneem - Kamu Saja ni. Kemain milih lagu hah. Eh, sebenarnya lagu ni ja tetiba macam sweet gitu. Muehehe. Mula2 dengar macam hape lagi, lelama dah suka pulak. MTV pun macam best, bagi aku lah. 


Oh btw, aku dah habis attach untuk bahagian clinical pharmacy practice ! I'm sooo happy being with them so far. Nice people around me, thank God ! Dan rasa paling bahagia bila dapat 'abang' baru masa minggu ke dua di TDM. Kuasa Allah, entah macam mana kami jadi rapat sangat, tak sampai dua minggu kenal pun, memasing dah boleh join satu kepala, mesra kemain dengan aku dan juga Ika. Disebabkan dia pangkat 'abang' so, hati ini masih kebal takmau crush2 bagai, kahkah. Overrrrr kau !

Dan sepanjang kenal dengan dia lah, TL twitter aku rajin benar aku cerita pasal dia. Haish, takdalah rajin sangat, cubalah adalah dalam sehari tu empat, lima tweet. Haha. Sajaa aaaa, kot2 nanti tetiba rindu, boleh bukak balik tweet2 yang lama tu, ihiks. Takdak maknanya nak rindu2 bagai. Haish, tetiba tetiba teringat yang dia macam jeles bila aku bagitau aku rindu kawan dia yang pernah attach sebelum ni tu. *gelak jahat*

Hah , sudah. Aku ni kalau dapat menaip ni kemain lagi nak bercerita bagai, baik stop sebelum entry menjadi bertambah panjang lebar. Terima kasih sudi baca bebelan aku untuk harini. Selamat malam. Semoga mimpi yang indah2 saja untuk aku dan semuaaa. :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

Sheila Eiman said...

kita pun suka dengar lagu ni. hehhee

the tempo of life said...

pheewiiit.. berbunga2 la hati alyaa pasni :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM