Khamis, 4 Julai 2013

The Apprentice Asia : Team Mavericks menang, Celina dipecat

Assalamualaikum, selamat malam.


Ok, rasanya dah boleh agak apa yang nak aku bebelkan dalam entry ni kan, berdasarkan tajuk yang berjela dekat atas tu. Hehe. So, nak dijadikan ceritanya, semalam lagi nak update entry ni sebab semalam kan episod baru The Apprentice Asia dekat AXN C701, namun  begitu di saat saat akhir, ada sesuatu berlaku dan jadinya terpaksa tangguh entry sampailah ke malam ni. 


Untuk tugasan episod kali ini, mereka ditugaskan untuk membuat rekaan baju uniform untuk pekerja pekerja AirAsia yang terdiri daripada pramugara dan pramugari hujung minggu, pekerja khidmat pelanggan dan juga pekerja pengendali darat. Wah, tugasan nampak mudah, tapi mencabar juga sebenarnya bila mana ianya memerlukan mereka untuk menepati ciri ciri, dan kehendak pekerja2 disamping memastikannya rekaan itu adalah praktikal, fleksible, profesional dan yang pentingnya tak lari dari tema AirAsia itu sendiri.

Jadi jika sesiapa perasan, tiap kali aku buat entry pasal The Apprentice Asia ni, mesti Team Apex yang menang kan ? Kali ni , nampaknya Team Mavericks berjaya membuatkan aku untuk menaip entry ni. Muehehe. Dan buat pertama kalinya, aku sukaaaaaaaaaaaa dengan performance Team Mavericks ni. Rekaan mereka memang agak awesome, simple dan praktikal. Sedap mata melihatnya. 

Tahniah team Mavericks dan sebagai habuannya mereka dapat belajar cara menerbangkan pesawat dalam flight stimulator di AirAsia Aviation Academy. Perghhhh, habuan yang sangat sangat menarik okey bagi aku. Bukan senang nak dapat peluang macam ni tetambah jika ianya bukan bidang kita. Kan3?

Dan disebabkan Team Apex kalah, makanya Celina telah dipecat oleh Tony Fernandes atas sebab dia tidak mudah mesra dengan orang ramai dan oleh kerana organisasi Tony Fernandes adalah organisasi orang ramai, makanya Tony Fernandes beranggapan Celina tidak layak menjadi perintisnya disebabkan khuatir akan berlaku masalah berhadapan dengan orang ramai kelak.



Well, untuk kali ini, aku setuju sesangat. Semestinyaaaaa, Celina patut dibuang, sejak dari dulu lagi sebenarnya. Haha. Tapiiii, aku nak Dian juga dipecat, sebab dia sangat nampak memain. Haish, takbest lah macam tu.

So, untuk episod hadapan tinggal 5 orang lagi, 2 di Team Apex dan 3 lagi di Team Mavericks. Episod akhir akan menjelma tak lama lagi. Agak2nya siapakah pemenang The Apprentice Asia kali ini? Adakah Alex ? Sam? Jonathan ? Andrea ? Dian ? Kalau tanya aku, aku sokong Alexis. Go Alex ! Go Alex ! Haha

Oh, sampai sini dulu aku membebel. Nak pergi kemas barang dan golek2 rehat. Harini agak penatsss. Bubye ~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM