Wednesday, July 3, 2013

Jun berlalu pergi, Julai menjengah diri

Assalamualaikum, selamat malam


Wahhh, dah berapa hari tak hupdate entry blog ni? Macam lama ja rasa. Hehe. Hmm, tangan ni memang gedik2 ni nak menaip tapi disebabkan malas nak mengecharge laptop, jadinya tertangguh sampai ke sudah. Padahal rasanya banyak cerita yang nak diceritakan disini. Sobsob.

So, sekarang ni pun aku mencuri curi update. Kenapa mencuri? Sebab aku mencuri waktu tidur aku niiii. Sepatutnya sekarang ni aku dah selamat tidur melayari keindahan di alam lain. Haha. Saja nak hupdate, taknak orang tercari cari aku kemana menghilang. *Eh, ada ka yang mencari?* Muehehe

Dipendekkan cerita, sekarang dah pun masuk 3hb Julai. Wahhhh, cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah hampir sebulan aku berpraktikal di Hospital Seberang Jaya. Macam mimpi pun ada. Iyalah, masa nak masuk mula2 dulu, kemain nervous lagi kan. Haha. Sekarang ni, dah okeyy dah. Seronok juga sebenarnya walaupun penat ya Rabbi. 


Okay, sebenarnya aku ada banyaakkkkk lagi benda nak taip kat sini, nak kongsi dengan semua orang, tapi masa sangatlah terhad tambah2 sejak akhir2 ni, bilamana aku kena uruskan keperluan adik aku sebab mak dengan abah tengah sibuk uruskan hal rumah baru tu. Hmm, dengan penat balik kerja lagi, nak basuh baju, kemas bilik, blablabla, tengok2 jam dah pukul 11 malam. Jadinya, takkan nak berjaga lagi kan, mata pun dah kuyu, jawabnya tidurlah. Haha.

Apa2pun, selamat datang bulan Julai, selamat datang bulan Ramadhan. Arghhhhhhhh, tak sabaqnyaaa nak berpuasa. Kehkeh. First time pulak puasa di tempat baru, a.k.a hospital. Jadi, rasa nervous sikitlah. Dan alhamdulillah, terimakasih ya Allah atas segala urusan yang Kau permudahkan sepanjang bulan Jun. June behave veryy excellent. With all the things happened, i'm glad i'm here, being part of them. :)

So, malas nak memendekkan entry yang semakin merapu dengan mata yang separuh tutup ni, ingin aku maklumkan sekali lagi, silalah rajin2kan jari jemari anda, exercisekan mereka dengan menekan iklan yang ada di blog picisan ku ini. Hihi. Jasa anda amat saya hargai, dan terima kasihhhhhhhhhhhhh ! 

Wassalam, selamat malam. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA