Friday, July 26, 2013

I'm backkkk !

Assalamualaikum, selamat malam semua.


Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini. Mesti ramai yang singgah sini tertanya kemana aku menghilang kan? Last update pun pada 14 July yang lalu. Wahhh, maknanya, dah 10 hari lebih lah kan aku tak menghupdate blog ni? Awesome, awesome. Haha. 

Maafkan saya wahai readers sekalian seandainya saya tidak membalas komen kalian tepat pada waktunya. Lagipun, sekarang ni aku memang sibuk. Sangat sibuk sebenarnya. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu akhir2 ini. Jadi, aku terpaksa abaikan blog ni seketika. Bukan blog saja, malah twitter, facebook dan juga instagram, kerap juga tidak berupdate. 

Bercakap mengenai kesihatan aku, aku pun taktahu nak simpulkan yang aku ni dah betul2 sihat ke belum. Rasanya entry sebelum ni pun aku bagitau yang aku tak sihat kan? Hmm, minggu lepas lagi aku dah dapat sehari MC. Itu pun terpaksa ambik, ikutkan dah malas nak ambiknya. Hehe. Nak kata sihat tak juga, tapi bolehlah digagahkan juga badan ini untuk bekerja dan buat tugasan harian seperti biasa. Masalah aku sekarang ni ialah hidung aku ! Asyik nak bersin saja kerjanya. Bersin saja takpa, tapi siap selsema bagai lepas tu. Hah, itu yang aku lemah sikit tu. Aku ni bukan nya boleh kena selsema sangat, sat lagi benda lain pula kena jangkitan sekali. 

Dan esok, aku kena pergi jumpa doktor lagi. Ikutkan sebelum aku kena demam ni, aku dah takpayah jumpa doktor sampai bulan 8 ni untuk buat hearing test, tapi disebabkan demam dan telinga rasa tak sedap, makanya terpaksa pergi jumpa doktor tu. Sendiri pulak tu pergi, tanpa mak dan abah. Pheww, dah rasa macam orang dewasa dah ni. Kehkeh

Sakit macam mana pun, senyum tetap senyum. :)
So, nak dipendekkan ceritanya, kini aku kembali ! Kembali untuk menaip dan terus menaip. *Ayat yang sama guna tiap kali menghilang, haha* InsyaAllah, kalau kesihatan makin okey, aku akan teruskan menaip di sini. Serius rasaa lain kalau sehari tak update. Lepas ni nak update jugak walaupun satu entry sehari walaupun update pakai bloggeroid saja. At least, menaip jugak kan. Nak mengharap bukak laptop tiap2 hari, memang idok ler aku nak update blog ni. Haha


Btw, mengenai praktikal aku, aku dah pun berjaya menamatkan attachment di unit TPN selama 3 minggu ni. Dan sekarang, akan attach di unit CDR selama 3 minggu juga. Hmm, duduk CDR seminggu minggu ni pun, aku kena transfer pergi TPN jugak sebab CDR takdak kerja sangat, dan TPN memerlukan traineer sebab minggu ni masih belum ada mana2 traineer yang attach lepas aku. Minggu depan, member research aku, Nita baru masuk sana. Dan semestinya, aku kena turun lagi untuk ajar segalanya. Haha. 

Oklah, penat merapu panjang2, jumpa lagi di entry yang lain ! Babaiiii ~



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 comments:

::CIK LYNN:: said...

bakal pharmacist ni...boleh la cik dietitian tanya pape nanti...hehe

Teena Tna said...

Byk tak procedure kt TPN & CDR? Sy minggu ni last kt inpatient, best + rileks jer kt situ.

AlyaaIBH said...

@Teena Tna

hmm, takdalah banyak sangat. biasa2 ja. best la jugak. hehe (:

AlyaaIBH said...

@::CIK LYNN::

boleh, apa2 saja cik dietitian, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM