Ahad, 7 Julai 2013

Hairul & Leen - Juara Ceria POPSTAR

Assalamualaikum selamat tengahari.


Nampaknya, rancangan nyanyian kanak kanak, Ceria PopStar di Astro Ceria C611 telah pun menutup tirainya sebentar tadi. Juara pun dah diumumkan, begitu juga dengan naib juaranya. Memasing dah dapat habuan yang memuaskan nampaknya.


So, untuk peringkat akhir ini, ada dua pusingan, pusingan pertama terdiri daripada 4 orang peserta yang menyanyikan lagu masing2 dan untuk pusingan kedua, berdasarkan peratusan undi,yang mana meletakkan Trisya, serta Hairul & Leen di pusingan kedua untuk meraih hadiah utama RM 20,000. 

Di pusingan kedua ni, mereka menyanyikan lagu Impianku, iaitu lagu baru yang mana akan dijadikan sebagai single kepada pemenang program kali ni. Dan untuk lagu ni, bagi aku Hairul & Leen nampaknya lebih menonjol daripada Trisya. Sebab Trisya punya suara macam dengar tak dengar dan ada lari sikit lah pitching nya tu. Hehe

Komen daripada juri dan juri jemputan pun nampaknya lebih memihak kepada Hairul dan Leen, dan sememangnya itu yang membuatkan mereka berdua dinobatkan sebagai juara untuk musim kali ni kerana pusingan kedua peringkat akhir ni adalah berdasarkan 100% pemarkahan daripada juri dan juri jemputan.


Tahniah untuk mereka berdua, semoga masa depan yang cerah terus memihak kepada anda berdua. Yang penting, lepas dah menang, dah popular apa semua ni, jangan lupa pelajaran, jangan lupa diri, jangan lupa mak ayah yang banyak menyokong dah yang paling penting jangan lupa agama ya. Cantik manis je tengok adik Leen ni pakai tudung. Sopan nampak, bagus2. Dan jangan lupa jugak orang2 yang banyak menyokong sepanjang career korang nanti.


Dan kepada Trisya, you've done yr best, dik. Suara sedap, okey dan boleh pergi jauh lagi. Muda lagikan umur adik. Goodluck okey untuk semua. Tahniah sekali lagiiiiiiiiiiiii ~ 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Lagu impianku x sdp langsung..siapa la penulis lirik tu...bodoh beyul...

Unknown berkata...

Sape la cipta lirik lagu impianku tu...mcm bodoh je...dh la x bez langsung lirik dia..kesian trisya,hairul and leen kena nyanyi lagu bodoh tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM