Sabtu, 29 Jun 2013

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 : JDT atau Kelantan ?

Assalamualaikum, selamat malam


Haiiiii semuaaa. Rindu aku takkkk ? Hmmm, takpayah nak rindu2 sangat okey, baru 2 hari lebih ja aku tak hupdate blog. Kemana aku pergi? Akan ku ceritakan sebentar lagi kerna entry kalini mahu aku fokuskan kepada perlawanan bola sepak Piala FA 2013 yang akan berlangsung beberapa minit lagi. 

Seperti mana ramai yang sedia maklum, perlawanan akhir malam ni adalah di antara Kelantan dan JDT yang masing2 telah mengalahkan Terengganu dan Pahang pada separuh akhir beberapa minggu yang lalu. So, agak2nya malam ni siapa yang bakal menjulang Piala FA 2013 ini? Adakah Kelantan ataupun JDT? 

Semestinya , penyokong2 Kelantan memberikan harapan yang tinggi kepada pasukan bola sepak mereka kerana pada musim lalu mereka telah memenangi piala ni. Takkan nak biarkan musim ni kalah kan? Mesti nak pegang lagi. Haha. Tapiiiiiiii, pasukan JDT pun sudah bersedia untuk merampas piala untuk musim ini, jika ada rezeki, insyaALLAH.


Hah, tunggu apa lagi, pergi duduk depan tv sekarang tengok bola. Haha. Bagi aku, takpayah tengok tv, tapi tengok TL Twitter pun dah boleh tahu macam mana game masa tu. Takpercaya, nanti aku printscreen, okay. Haha. So, sekarang ni hampa sokong mana? JDT atau Kelantan? Mana2 pun yang kita sokong, harapnya tiadalah pergaduhan atau perbalahan bila game dah habis nanti. Ingat, menang kalah tu ADAT pertandingan. Takpayah nak boo sana booo sini. Bola tetap bola, kawan tetap kawan, kerja tetap kerja. Be profesional in whatever you do, okay?

Btw, goodluck untuk kedua2 team malam ni ! #LuaskanKuasamuJohor #GomoKelateGomo. Kalau tanya aku sokong mana, memang korang baru first timer datang blog ni. Kahkah. Of course, I penyokong JDT ! #LuaskanKuasamuJohor. Mengaummmmmmmmmmmm bagi kuat sikit ini malam okey? Bubyeee


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Luaskan kuasamu dh kalh la..hihihi. liga super msh ad lg bt yg trbaek... gomo kelatey gomo....!!gomo jangey tok gomo..!!.. sep kito jangey pecoh..dey pecoh bera hbiz..haha

Unknown berkata...

Luaskan kuasamu dh kalh la..hihihi. liga super msh ad lg bt yg trbaek... gomo kelatey gomo....!!gomo jangey tok gomo..!!.. sep kito jangey pecoh..dey pecoh bera hbiz..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM