Saturday, June 1, 2013

Cuti yang masih berbaki sehari.

Assalamualaikum, selamat petang


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur hingga ke harini. Masih dapat menghirup udara yang nyaman ini. Syukur. 

So, harini dah pun masuk hari Sabtu. Bermakna plus minus tinggal lebih kurang 48jam saja lagi untuk aku memulakan sesi praktikal aku di Hospital Seberang Jaya. Ya Allah, takut tu tak payah katalah. Seram sejuk kaki ni hah. Dah lah tak prepare sangat ni. Study pun tak untuk praktikal ni. Aku sememangnya mencari nahas. Haha. Kalau rajin nanti, malam ni lah aku belek2 nota sikit. Jadi, mohon doakan aku rajin sikit nanti ya. :)

Tapi lega sikit sebab baju semua dah basuh dan kering semalam, nametag pun dah cari balik dan jumpa, kasut, stoking, tudung semua dah siap. Alhamdulillah, takpayah pening2 sangat lagi. Hehe. Cuma tulah, ilmu di dada masih kurang. Perlu polish juga malam ni. Semoga aku rajin. (:

Jadi untuk mereka yang akan memulakan semester baru macam aku ni tak lama lagi, silalah manfaatkan cuti anda dengan sebaiknya okey? Lepas ni susah dah la nak dapat cuti lelama macam ni. Sobsob. 




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

Teena Tna said...

Same la kita, nie bru jer lps iron bju prakt, nota mmg x bce lg...excited+nervous..

AlyaaIBH said...

@Teena Tna

haha. kan? benda yang xpenting cepat je siap, ilmu di dada tak tambah2 lagi. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA