Saturday, June 22, 2013

Bersin buat kali pertama !

Assalamualaikum, selamat malam


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur pada harini. Harini, seharian aku banyak berehat saja. Tak keluar rumah langsung. Lagipun memang aku yang taknak keluar rumah, malas. Kihkih. Hmm, dah nama pun weekend kan, jadi aku naklah rehat sepuas2nya. Sebab boleh dikatakan minggu ni adalah minggu yang paling kurang aku beradu. Ewah, beradu gitu. Haha. Bahasa mudahnya, tak cukup tiduq lah

So, semalam pun masuk tiduq awal dan bangun pun lewat pagi tadi. Muehehe. Bukan selalu dapat bangun lewat2, biasanya sebelum pukul 6 dah terpacak masuk bilik air kan. Hari2 minggu ni ja nak mengada2 lewat bangun, ini pun sebab takdak appointment atau hal2 lain, kalau tak awal jugak bangun macam minggu2 sebelum ni. 

Ok, aku ni macam dah lari tajuk nampak. Sebenarnya, nak cerita pasal aku dah boleh bersin ! Yeayyy ! Haha. Macam kagum jugak lah bila dapat bersin balik. Sebenarnya, doktor dah lama izinkan aku untuk bersin balik, tapi almaklumlah, aku masih ragu2 lagi dengan tahap kesihatan aku ni. Tapi, nak dijadikan cerita, dan dengan takdir Allah, aku dapat bersin hari Rabu baru ni tanpa mengalami sebarang kesan dan reaksi yang memelikkan sehingga harini. Alhamdulillah. Mula2 takut juga nak bersin tapi sebab dah tak tahan sangat haritu, memang aku bersin ler. Haha. Bayangkan sebulan lebih asyik tahan bersin apa semua, bila dapat bersin balik, rasanya Allahuakbar ! Syukur sangat2. 



Untuk selingan sikit, bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang menganggun mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada jangkitan penyakit [Wikipedia]

Jadi,agak2 atas sebab aku rasa kerap nak bersin? Haha. Alhamdulillah, setelah sekian lama aku tunggu nak bersin sejak hari keluar dari bilik pembedahan tu, akhirnya dapat juga. Keterujaan tu sajalah rasa nak kongsi dekat blog ni. Itu je, okay baiiiii. Haha. Nak sambung buat kerja yang asyik tertangguh. Nanti aku update lagi. 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

Dayana Bahar said...

Kenapa tidak dibenarkan bersin? Huhu azabnya xleh bersin. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA