Sunday, June 9, 2013

Alhamdulillah, kesihatan dah makin baik. :')

Assalamualaikum, selamat malam.


Alhamdulillah, harini dah 9 haribulan dan hari Ahad. Maknanya esok dah kena start kerja semula. Wuawua. Tapi, takpe sebab ada banyak lagi benda baru yang nak aku pelajari dalam sebulan pertama ni. Harap2 dapat kutip seberapa banyak pengalaman yang aku mahu. 

Ok, dipendekkan cerita, semalam 8 June 2013, aku ada appointment dengan doktor pakar untuk sebulan selepas pembedahan. Awal bergerak dari rumah takut tak sempat sebab hari Sabtu kan setengah hari ja klinik pakar beroperasi. Haha

So, syukur kepada Allah. Kesihatan makin baik dan baik. Doktor cakap dah tak payah ambik ubat lagi, cumanya masih kena jaga supaya tak masuk air kat tempat pembedahan tu. InsyaAllah, aku cuba untuk jaga sebaiknya. Terima kasih untuk semua yang banyak mendoakan aku agar aku cepat sembuh. Dan semestinya berita ini menggembirakan mak dan abah aku. Doktor pun happy je dengan aku. Appointment pun bukan tiap minggu dah, selang 2 minggu pulak. Hehe.

Semoga aku terus sihat dan sihat sepenuhnya. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah. :')



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM