Wednesday, May 29, 2013

The Apprentice Asia : Team Apex menang, Hanzo dipecat.

Assalamualaikum, selamat malam

Yeayyyy ! Dah habis dah tengok The Apprentice Asia untuk episod 2 hari ni. Sesiapa yang ada Astro, bolehlah bukak channel AXN 701 setiap Rabu pukul 9.10 malam untuk tengok setiap episod. Kalau hari Sabtu 10.00 malam pulak macam ulangan balik lah dekat Astro Ria 104. Haha. 


Task yang diberi episod kali ni adalah untuk membuat video popular untuk mempromosikan Expedia selama 30 saat dan kesemua peserta dihantar ke Singapura untuk menyelesaikan tugasan mereka itu. Kumpulan tetap sama, Team Apex dan Team Mavericks. Untuk task kalini, Dee menjadi pengurus projek bagi Team Apex manakala Sam menjadi pengurus projek bagi Team Mavericks.

Dan seperti yang aku duga, episod kali ni dimenangi sekali lagi oleh Team Apex iaitu team perempuan. Yippi ! Perempuan boleh. Haha. Semangat gituu kan. Episod kalini macam mencabar sikit lah sebab masing masing nak tampil bagi idea untuk team Apex ni. Semuanya asyik nak bercakap sampai naik pening pengurus projek. Kalau aku di situ pun boleh migrain cerita dia. Haha. Apa2pun, tahniah Team Apex ! Walaupun ada sedikit yang tak memuaskan hati Tony Fernandes, but you guys are better than team Mavericks. Wehuuu ~


So, untuk team Mavericks pulak, aku tengok Sam lebih banyak buat kerja. Seolah olah hanya dia dalam pertandingan tu. Kesian pulak aku tengok ahli pasukan yang lain. Sam macam egois sikit la sebab taknak terima idea dan pandangan orang lain. Hmm, mungkin itu cara dia bekerja kot. Entahlah, tapi aku suka jugak dia ni sebab banyak idea yang dikeluarkan olehnya. Tapi, asyik ditentang oleh si Hanzo, last last satu team kalah. Haha.

Itulah, sebab banyak sangat tentangan dan tak profesional sikit, akhirnya Hanzo terkeluar ! Siap bergaduh besar hah dalam bilik mesyuarat tadi, Jonathan dengan Hanzo ni. Sampailah satu masa, Tony pun berkata :

for not being part of the team, Hanzo, you're fired ! - Tony Fernandes, 2013

Itulah sedikit sebanyak The Apprentice Asia untuk episod kali ni. Haha. Terima kasih sudi baca review yang tak berapa nak review. Selamat malam.


Bai Hanzo ! [Gambar semua atas ehsan Google]



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

6 comments:

Teena Tna said...

Serious takut gler time Tony ckp "u're fired" ! Mcm nk mkn org jer

Syaz Wani said...

Root for Nik and Nash!!!!! ^^,

Mieya Atiera said...

tak sempat tengok tadi

AlyaaIBH said...

@Teena Tna

haha. betul tu. dia tegas giler ah. tapi bagus jugak sebab nak cri yg terbaik kan. haha

AlyaaIBH said...

@Syaz Wani

yeahhhh ! Nash terbaik. hehe (:

AlyaaIBH said...

@Mieya Atiera

boleh tengok ulangan nanti. (: hehe. best, serius best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM