Wednesday, May 22, 2013

Tanda tanya . .

Assalamualaikum, selamat malam.


Yeayyy ! Siapa perasan yang aku tak update blog sangat semalam ? Cepat angkat tangan. Haha. Satu entry pendek je kan aku publish semalam. Ya, semalam aku tak berapa nak sihat sangat. Aku memang asyik berbaring je semalam. Aku pun tak faham kenapa aku rasa lemah semacam je. Haha. Penangan ubat mungkin.

Tapi, alhamdulillah harini aku makin sihat. Bolehlah nak gerak sana sini. So, apa benda yang menjadi tanda tanya dekat aku nih? Ewah, dah macam tajuk lagu tanda tanya pulak kan. Haha. 

So, untuk pengetahuan semua, alhamdulillah aku dah pun dibuka balutan sepenuhnya di luar dan juga di dalam. Maknanya kira macam telinga aku kembali mendapat fresh air gituu. Haha. Syukur padamu Ya Allah. :')

Lebih kurang macam ni lah rupanya bahagian dalam telinga aku. (Google)
Bila dah dibuka semuanya, aku tengok la balik dekat tempat jahitan tu. Perghhh. Panjang jugak tempat jahitan yang doktor buat tu. Yang menjadi tanda tanyanya, macam mana doktor salurkan otot2, cell2 dari bahagian luar telinga aku ni ke dalam telinga aku untuk tutup gegendang telinga aku nih. Aish. Memacam aku fikir nak dapatkan jawapan. Haha. Sebab dulu doktor pernah kata dia nak bukak dekat bahagian cuping telinga tu, tapi bila bukak tengok, macam okey ja, tak ada bekas apa2 pun. 

Jadi sampai sekarang aku tanda tanya macam mana operation ni doktor2 pakar buat 15 hari yang lepas. Haha. Macam bengong jugaklah aku ni fikir fikir benda macam ni tapi benda dah lepas kan, malas ah nak ambik tau lagi. Hehe

Oh ya, 2 hari lepas kan aku ada appointment dengan doktor, kau tahu tak, doktor tu gelakkan aku sebab masa treatment aku macam duduk tak diam, mana taknya geli kot masa doktor buat treatment sedut sedut, korek korek, letak ubat kat dalam. Aish, jangan bayanglah sakitnya tu macam mana. Uhuk3


Jadi sekarang ni, aku kena jaga betul2 since dah takdak balutan di telinga ni. Bahaya jugak kau sebab dah takdak benda nak cover telinga aku ni. Dah la takleh kena air, takut ada infection pulak. Risau aku sekarang ni. Harap2 baik saja lah. Btw, haritu doktor ada suluhkan telinga aku, okey ja nampaknya. Merah2 lagi. Hehe.

Okeylah, nak update yang ni je kot takat ni. Nanti aku update lagi okey ? Xoxo. Bye. Haha


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

Teena Tna said...

Semoga cepat sembuh.. Nak tanya, Ada apa2 masalah berkaitan pendengaran x?

AlyaaIBH said...

@Teena Tna

terima kasih. :) alhamdulillah, tak de masalah pun :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA