Monday, May 6, 2013

Operation ENT in the next 12hours.



Aku tahu agak lambat untuk aku update berita ni sebab sekarang aku dah pun selamat men'check in' kan diri ke dalam wad untuk 3,4 hari mungkin.

InsyaAllah, aku akan menjalani pembedahan ENT pada esok hari. Mohon doa dari kalian semua , semoga pembedahan berjalan dengan lancar atas izinNya. Amin.

Sekarang aku keseorangan, merenung nasib diri yang bakal sakit pada esok hari. Sobsob. Risau ? Takut ? Semuanya bercampur baur sekarang ni. Sudahlah waktu admission aku diawalkan tadi, lagi rasa nebes tau. Haha

Alhamdulillah, test darah dah ambil, doktor dah datang check, dah jumpa pakar bius apa semua. Jika tiada halang dan dengan izin dariNya, akan ku masuk ke Operation Theatre 12 jam dari sekarang.






Btw, dinner tadi mak beli makanan dari luar. Sedap baq hang. Haha. Almaklumlah, lepas operate nanti kena pantang teluq, ayam, seafood apa semua tu, so kita bedal lah puas2. Kihkih.

Di kala aku tiap entry ini, aku masih memikirkan kata2 doktor pada pertemuan lepas tentang operasi operation aku. Ya, memang kita tak sedar time operate tu dek kerana bius, tapi sekarang ni hah, kemain otak menerawang jauh.

Oh ya, aku dah kena start puasa mulai tengah malam ni. No water, no food. Haila, baru berangan taknak pakai drip, nak taknak kena jugak. Haha.

So, sampai sini dulu. Terima kasih sudi baca. Doakan aku okey ? Mintak maaf jika ada salah silap. Jumpa lagi di lain entry. :)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM