Monday, May 13, 2013

Oh My English !

Assalamualaikum , selamat malam.

Apa khabar semua hari ni? Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur untuk bernafas pada hari ini. Aku makin hari boleh dikatakan makin okey. InsyaAllah, esok akan ke hospital untuk buka balutan. :)

So, nak dipendekkan cerita, sebenarnya isi kandungan*pergh, skema habis* entry ni tak dak kaitan pun dengan cerita Oh My English ! tu hah. Bagi aku, entry ni memang dah basi sebasinya dah. Tahap tak boleh nak digambarkan kebasiannya tu macam mana. Haha. Over kemain ayat aku.

Saja lah aku buat entry ni sebab haritu aku tetiba terbaca balik post yang aku pernah buat pasal MUET. Ingat tak ? Ingat tak ? Haha. Kalau tak ingat, meh nak tunjuk bagi . .


Hah, entry yang tu lah. Macam mana lah aku tak kata entry ni basi. Tengok lah tajuk entry tu. November punya mari. Berzaman dah hah. Act, result MUET November tu baru ja keluaq bulan Januari 2013 haritu. 8 Januari 2013 seingat aku. Tudiaaa aih, dekat 4 bulan lebih jugak aku peram result MUET ni. Haha. Lupa lah nak kongsi kat sini. 

Alhamdulillah, banyak tu yang diusahakan, banyak tu lah yang dapatnya. Sekiranya usaha itu lebih, maka hasilnya pun akan lebih la akan. Bersyukur seadanya dengan band yang aku dapat ni. Tak sangka juga sebenarnya.

So, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim . . .


Band 3 ni dah lebih dari cukup untuk aku. Pada siapa yang pernah baca prev entry yang aku bagi kat atas tu, tahulah macam mana keadaan dan situasi aku selepas jawab semua paper MUET ni. Seram baq hang ! Haha. Siap bagitau lagi nak repeat lagi sekali. Tapi syukur, aku dapat band ni. Well said, aku tak malu pun dapat band 3 sebab aku tau usaha aku banyak mana time nak exam MUET ni. Kalau aku usaha lagi dan lagi tapi dapat band ni memang kecewa lah jugak. Hehe. Betul lah orang kata Allah tak bagi apa yang kita hendak Allah bagi apa yang kita perlu. :)

Dan aku juga nak ucap tahniah dekat kawan kawan seperjuangan aku tak kiralah dari kos mana sekali pun yang dah ambik MUET untuk Sesi November dan juga Sesi March yang baru saja dapat result tu. Tahniah walau apa pun band yang kita dapat, kita dah usaha. Kalau ada rezeki lebih dan yakin, bolehlah mengulang kembali pada yang tidak puas hati itu. Tapi untuk mereka yang belum cukup syarat band MUET ni, aku sarankan repeat lah balik walaupun perit sikit. Aku tau seksanya MUET ni macam mana sampai boleh pengaruhi emosi orang kekadang tu (untuk student yang biasa2 macam aku lah kan. haha). Namun, ianya untuk kebaikan hampa jugak. Jangan disebabkan MUET, harapan dan cita2 hampa nak sambung ke satu satu bidang tersekat walhal result anda dah cukup cemerlang. InsyaAllah, Allah bantu kita bila kita mohon padaNya. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA