Jumaat, 3 Mei 2013

Bahang Makin Terasa. #PRU13





3 Mei 2013

Dah tak lama lagi Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung. Debaran semakin terasa. Adakah kerajaan akan bertukar? Adakah sudah tiba masanya pihak pembangkang menjadi kerajaan pula ? Sama sama lah kita nantikan keputusannya.

Apa apa pun keputusan, semoga ianya adalah keputusan yang terbaik buat Malaysia. Doa aku putuskan moga pemimpin yang baru nanti mampu membawa aku, kami dan Malaysia ke arah yang lebih baik. Kearah agamaku, Islam dan ke jalan yang diredhai Allah. Amin ~

InsyaAllah, kalau PR menang, bolehlah diriku merasa belajar free, toll free, harga kereta diturunkan, air free, PTPTN dimansuhkan dan lain lain lagi. Hehe. Kalau BN menang pula, adalah benda benda tertentu yang akan diriku peroleh manfaat. Dua dua ada pro dan contra. May the best win ! :)

"Ya Allah, apa saja keputusan dan apa saja yang akan berlaku pada 5 Mei 2013 nanti, aku mohon padaMu agar ianya adalah keputusan yang mampu menegakkan agamaku, Islam membela bangsaku, Melayu dan mempertahankan negaraku, Malaysia. Amin ~"

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM