Ahad, 19 Mei 2013

2 minggu berpantang . . .

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik hampir 2minggu lebih dah aku berpantang. Berpantang demi kesihatan aku. Bukan berpantang orang mengandung, tapi berpantang orang lepas operation. Semuanya berjalan dengan baik sebab setiap makanan aku semua mak yang sediakan.

Tapi kan, jenis yang macam aku ni yang cepat bosan bila pantang, nafsu untuk langgar pantang tu tinggi mencacak tapi aku tahankan juga lah. Cumanya dalam minggu ni, ada juga 2,3 kali yang lubang2 sikit pantang tu. Hehe. Ala, minum ais je pun. Teringin tengok. Haha

So, apa yang aku kena pantang ? Disebabkan aku operation telinga , makanya antara benda yang kena pantang ialah ayam, daging, telur dan segala mak nenek seafood punya makanan dan juga air ais. Nampak simple tapi remeh juga nak pilih nak makan apa. Last2 lauk yang aku makan hampir sama je start dari aku dari dalam wad sampai keluar iaitu IKAN ! Haha. Terpaksa der wa cakap lu. Tapi ialah demi kesihatan aku jugak, ye idok ?






Satu makanan dari hospital, satu makanan masa di rumah. Tengok ? Kan aku cakap sama ja lauk yang aku makan. Hehe. Syukurlah dapat makan kan kan kan ? :P




Hah, kat atas ni antara makanan mewah yang aku dapat kat hospital dulu. Mewah sebab nampak macam wow ! je kan. Haha. Sedap jugaklah makanan ni. Fish n chips rasanya. Entahlah.

Hmm, aku time2 sekarang dok menaip ni rasa macam teringinnnn sesangat nak makan benda2 lain. Aish, nafsu nafsu. Tinggi bebenor. Sabor2 la yop. Tunggu sihat baru boleh makan2 ni. (satu keluarga aku guna ayat ni bila aku mengadu teringin). Haha. But after all, mereka semua sayangkan aku, taknak aku langgar pantang2 ni takut memudaratkan kesihatan aku. Nanti kang aku jugakk yang sakit. :)

Kepada semua, sama2lah doakan agar aku cepat sembuh dan boleh teruskan kerja harian macam biasaaa. Banyak dah ni kerja aku tertangguh bila sakit ni. Takpelah, itu tanda Allah sayang kan. :) Esok ada appointment lagi, semoga aku baik2 saja. :D





posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM