Jumaat, 31 Mei 2013

Bila sibuk menjengah diri.

Assalamualaikum, selamat tengah hari.

Yeayyy. semalam tak update. Padan muka diri sendiri. Sibuk sangat. Haha. Bukan apa, ini tanda tandanya yang blog ini bakal disisihkan taklama lagi dek kerana kesibukan sudah menjengah sikit demi sedikit. Haha. 

Apa yang aku sibuk sangat ? Okaylah, semalam memang aku agak sibuk, ditambah dengan tak cukup tidur apa semua. Sadis sungguh aku rasa, sampai berjalan jalan pun mata rasa nak pejam. Haha.

Awal pagi semalam lagi, dalam pukul 9 pagi, aku pergi servis kereta Myvi dengan kakak aku dekat Perodua Bertam. Pheww, kalau pergi lambat memang berjambu jugaklah nak tunggu, ini pergi hantar pukul 9 pun, pukul 12 macam tu baru boleh siap hah. Dahsyat sungguh servis kereta ni. Ihiks


Lepas ambik kereta, terus pergi beli makan tengahari dekat adik sebab dari pagi tinggal dia, so balik tu kena lah beli makanan siap siap. Beli makanan dekat Selera Kampung, Bertam. Perghh, kat sini memang lauk2 dia sangat best. Sedap. Haha. Murah pun boleh tahan murah jugak. 

Petang tu, balik rumah sat lepas solat Zohor pergi Tasek Gelugor nak settlekan urusan loan dekat sana. Then, balik Kepala Batas balik nak ke CIMB Bank teman kakak aku bayaq duit pengajian short sem dia. Habis tu, balik rumah ambik adik nak hantaq pi tuisyen. Masa ni lah yang dapat tidur 1,2 jam. Haha. Megantuk benar.

Last destinasi semalam ialah Jusco Perda ! Shopping timeee walaupun rasa mengantuk tak terkata time tu, tapi bila dah sebut shopping, haruslah rasa segar kembali kan. Muehehehe. 

So, begitulah kesimpulan cerita kesibukan aku semalam. Balik Jusco terus tido tak ingat dunia. Letih sesangat kau. Nak update blog pun dah taksempat hah. Kehkeh. Jadi, harini aku kembali ! InsyaAllah boleh update banyak2 lagi. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 29 Mei 2013

The Apprentice Asia : Team Apex menang, Hanzo dipecat.

Assalamualaikum, selamat malam

Yeayyyy ! Dah habis dah tengok The Apprentice Asia untuk episod 2 hari ni. Sesiapa yang ada Astro, bolehlah bukak channel AXN 701 setiap Rabu pukul 9.10 malam untuk tengok setiap episod. Kalau hari Sabtu 10.00 malam pulak macam ulangan balik lah dekat Astro Ria 104. Haha. 


Task yang diberi episod kali ni adalah untuk membuat video popular untuk mempromosikan Expedia selama 30 saat dan kesemua peserta dihantar ke Singapura untuk menyelesaikan tugasan mereka itu. Kumpulan tetap sama, Team Apex dan Team Mavericks. Untuk task kalini, Dee menjadi pengurus projek bagi Team Apex manakala Sam menjadi pengurus projek bagi Team Mavericks.

Dan seperti yang aku duga, episod kali ni dimenangi sekali lagi oleh Team Apex iaitu team perempuan. Yippi ! Perempuan boleh. Haha. Semangat gituu kan. Episod kalini macam mencabar sikit lah sebab masing masing nak tampil bagi idea untuk team Apex ni. Semuanya asyik nak bercakap sampai naik pening pengurus projek. Kalau aku di situ pun boleh migrain cerita dia. Haha. Apa2pun, tahniah Team Apex ! Walaupun ada sedikit yang tak memuaskan hati Tony Fernandes, but you guys are better than team Mavericks. Wehuuu ~


So, untuk team Mavericks pulak, aku tengok Sam lebih banyak buat kerja. Seolah olah hanya dia dalam pertandingan tu. Kesian pulak aku tengok ahli pasukan yang lain. Sam macam egois sikit la sebab taknak terima idea dan pandangan orang lain. Hmm, mungkin itu cara dia bekerja kot. Entahlah, tapi aku suka jugak dia ni sebab banyak idea yang dikeluarkan olehnya. Tapi, asyik ditentang oleh si Hanzo, last last satu team kalah. Haha.

Itulah, sebab banyak sangat tentangan dan tak profesional sikit, akhirnya Hanzo terkeluar ! Siap bergaduh besar hah dalam bilik mesyuarat tadi, Jonathan dengan Hanzo ni. Sampailah satu masa, Tony pun berkata :

for not being part of the team, Hanzo, you're fired ! - Tony Fernandes, 2013

Itulah sedikit sebanyak The Apprentice Asia untuk episod kali ni. Haha. Terima kasih sudi baca review yang tak berapa nak review. Selamat malam.


Bai Hanzo ! [Gambar semua atas ehsan Google]



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN 2013

Assalamualaikum, selamat petang


Semakan keputusan permohonan program khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh dibuat semakan mulai 5.30 petang harini. 

Semakan boleh dibuat di sini



Semoga berjaya kepada adik adik yang akan membuat semakan. Tahniah pada yang berjaya ! :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Bila dah lama tak mendoodle ~

Assalamualaikum, selamat tengahhari


Hai semua. Aku kembali lagi dengan semangat yang baru selepas semalam agak kecewa ! HAHA. Macam apa lagi kecewa. Muehehe. Takapalah, malas nak fikir sangat tentang apa yang dah berlaku. Berserah segalanya dengan ketentuan Allah. :)

So, kita tinggalkan bab bab sedih, tersentap dan sebagainya ni, berbalik kepada tajuk yang nak aku kongsikan harini. Kepada mereka yang rajin stalk aku ataupun blogwalking ke blog aku ni, mesti akan perasan kan yang aku dulu rajin main main doodle ni sejak dah terer sikit kan buat doodle. Haha. Walaupun hodoh semacam doodle yang aku buat, janji aku puas ! Sebab tu hasil usaha aku sendiri. Kihkih.

Nak dijadikan cerita, 2 malam lepas kot kalau tak silap aku, aku takdapat nak tidur malam tu, mungkin akibat aku telan nescafe satu tin pagi tu time dekat hospital time appointment dengan doktor, jadinya malam tu mata ni jadi cerah semacam, takmau lena sampai ke Subuh. Untuk itu, aku pun merajinkan diri untuk try buat doodle, dengan menggunakan saki baki kemahiran yang dah berkarat ni. Haha. 

Aku lukis doodle apaaaa? Meh kita tengok . . . .


1




2




3




4

.


.



.



.



.


.


DOMOKUN !
Taraaaaaa. Nampak sangat aku menipu kan? Haha. Tapi, memang binatang ni lah yang aku lukisnya malam tu, tapi memang hasilnya jauh api dari panggang denga gambar asalnya. Kahkah. Meh tengok aku punya doodle DOMOKUN !

Malas nak letak watermark. Haha
Beginilah rupanya doodle DOMOKUN aku ni. Haha. Macam pelik sikit lah aku tengok tapi rasa puas dapat lukis DOMOKUN ni. Aku nak kata minat dengan DOMOKUN ni takdalah sangat, tapi aku ada beg DOMO ni 2 jenis jugaklah, satu porch satu beg sandang tepi. Hehe. Bantal DOMO pun ada. Haha.

Oklah, nak update tu ja. Nak try lukis benda lain pulak. Tungguuuuu. ~




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Hati tersentap . .

Assalamualaikum dan selamat tengah malam


Hati tersentap, menyentap semuanya ada sekarang ni. Tersentap dengan perangai manusia yang tak habis habis ingin mencari perkara yang salah di pihak sini. Sudahlah, biarkan saja. Acapkali benar aku bersabar dengan telatahnya, kali ni mungkin sudah sampai di paras yang paling atas. Namun begitu, aku bukanlah yang jenis melatah tak tentu hala. Walaupun aku boleh dikatakan bukanlah matang sepenuhnya lagi, tapi Allah kurniakan aku akal dan fikiran untuk berfikir dengan sewarasnya lagi. Tidak akan ku lontarkan kata kata kesat selagi mampu kerana itu bukanlah cara aku. Aku bersabar lagi dan lagi.

Cuma nasihat ku padamu, janganlah kerana amarah sesuatu, orang lain menjadi tempias kemarahanmu itu. Ingatlah, marah itu datang dari siapa. Jangan mudah cepat benar berasa marah. Ya, peringatan ini juga untuk aku yang kadangkala terbabas akibat emosi yang menganggu jiwa.



Doaku ketika ini moga Allah kurniakan setinggi tinggi ketabahan kepadamu untuk terus melayan karenahmu yang satu ini agar sama sama kita dapat mengecapi kebahagiaan yang sejati. Dan doa juga ku panjatkan kepadaNya untuk melembutkan hatimu yang satu itu untuk memaafkan semua orang yang ada di sekelilingmu termasuk diriku walaupun aku tahu aku bukanlah pesalah dalam hal ini tetapi sebagai manusia yang selalu alpa, aku juga memohon maaf padamu. Sayangi dirimu dan orang di sekeliling akan kembali menyanyangi mu. Terima kasih.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 27 Mei 2013

Nak tanya ? Tanyalah di ask.fm

Assalamualaikum dan selamat malam


Hai semua, apa khabar ? Alhamdulillah, aku makin sihat. Okay, entry kali ni nak update pendek saja sebabnya hari ni aku sangat penattt berSHOPPING. Haha. Tak adalah shopping mana sangat pun, sikit sikit ja. Yang tu nanti aku cerita entry seterusnya ya? Nak tau aku shopping apa, kat mana silalah tunggu next entry samada pukul 2,3 pagi ni ataupun esok petang. Haha

Ok, kalini aku nak perkenalkan satu lagi application yang baru aku join baru baru ni. Haha. Bukan aku lah kalau tak join mana mana social network ni. Sajalah nak tambah koleksi kan. So, untuk sesiapa yang ada soalan, nak pekena aku ka apa ka, silalah tanya aku di akaun baru aku di ask.fm . Baru saja nak aktif kat sini, lagipun macam mudah sikit kalau nak tanya dekat sini kan. 


Boleh cari application ni dekat sidebar belah kanan blog ni. Selamat mencuba ! :) Jangan segan silu bertanya kerana kata orang, malu bertanya sesat jalan. Haha. Selamat malam ^-^


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 26 Mei 2013

MasterChef Selebriti Ke 2 - Selamat tinggal Radhi

Assalamualaikum, selamat malam.

Selamat tinggal Radhi...  Itu lah yang terungkap bila Radhi diumumkan keluar dari MasterChef Selebriti harini. 

Radhi sangat cool harini sebab dia macam tau2 ja yang dia akan keluaq kan. Sempoi ja dia bagi ucapan dalam VT tadi. Well said, dia dah buat yang terbaik kan? Jadi top 11 tu bukannya senang tau. Satu pencapaian yang menarik jugaklah untuk dia.


Alhamdulillah, Radhi berjaya menyumbangkan RM 5500 kepada Rumah Pengasih. Lobstar merupakan makanan terakhir Radhi dalam MasterChef Selebriti ni.

LobStar Radhi
So, esok akan ada cabaran luar pulak. Goodluck kepada peserta peserta yang tinggal okayyy. :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sesi makan makan saudara mara . .

Assalamualaikum, selamat malam.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis makan2 bersama saudara mara terdekat. Fuhhh, majlis nya sekejap saja tapi nak prepare dari kemas rumah, susun atur, memasak di dapur lagi, potong sana potong sini tu yang penat sesangat. Haha



Kenapa buat majlis makan makan ni? InsyaAllah, kalau dipanjangkan umur, mak dengan abah akan mengerjakan umrah dalam minggu depan, masa aku start praktikal nanti. Doa2kan semoga perjalanan pergi dan balik mak abah berjalan lancar okey? Taksabar nak tengok gambar Kaabah nanti. Bestnyaa, alhamdulillah ada rezeki mak abah ke sana.




Sekarang, kena berehat dulu. Act, aku tak tolog sangat since tak sihat mana lagi tapi yang ringan2 tu aku still bantu lah. Yang berat2 tu susah sikit, mak pun tak bagi. After all, thank God abang dan kakak is around. Dioranglah yang banyak membantu. Alhamdulillah (:
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 25 Mei 2013

The Apprentice Asia [You're fired !]

Assalamualaikum dan selamat malam. 

Phewwww. Sapa dah tengok The Apprentice Asia ? Best tak ? Best kan. Haha. Menyeramkan jugak detik detik nak tunggu habis program realiti kali ni. Rasanya macam kita pulak yang duduk dalam program tu. Hehe. 

Well, cerita ni nampak macam menarik jugak sebab kat sini kita akan diuji dengan pelbagai cabaran dan halangan yang akan menentukan kelayakan kita untuk meneruskan cabaran seterusnya dalam program ni.


Program ni jugak lah nak tengok ego siapa yang paling tinggi. Haha. Jahat gila aku. Tapi tu lah realitinya. Episod pertama pun dah nampak macam mana kelakuan mereka. Tapi biasalah, kekadang ego tu perlu jugak kan. Haha

So, goodluck kepada semua contestants yang tinggal. Tak sabaq nak tunggu episod yang seterusnya. Yeay ! ! Kepada semua, jangan lupa saksikan The Apperentice Asia di Channel 701 AXN pada Rabu 9.00 pm dan juga di Channel 104 Astro Ria pada Sabtu 10.00 malam. :))

Peserta bersama Tony Fernandes [Google]






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tiada alasan lagi . .

Assalamualaikum, selamat petang . .

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini. Bersyukur padaNya. Harini aku nak kongsikan satu artikel yang aku dapat masa blogwalking tempoh hari. Semoga ianya sama sama memberi manfaat kepada kita semua. :) InsyaALLAH. 



Tahniah kepada anak kepada pembantu pasar raya ni. Semoga terus cemerlang di masa hadapan. Jujur cakap, aku macam jeles sikit sebab tak dapat nak bagi Anugerah Naib Canselor dekat mak abah. Takpelah, harapnya ada rezeki masa degree nanti. Amin ~ ~ :)

Kepada adik adik yang baru masuk belajar, jangan main main dari awal. Usaha sehabis baik okay. Semoga berjaya ! :)) Dan ingatlah tiada alasan lagi untuk berjaya walaupun datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 24 Mei 2013

Takziah . . .



Mendapat berita kematian ayah kepada classmate aku Maghrib tadi sangat memilukan hati ini

Takziah sahabat, kuatkan diri untuk menghadapi semua ujian dari Allah ni. Kami ada bersama denganmu.

"Ya Allah, permudahkan segala urusan sahabatku ini, kuatkan dia, tenangkan dia". Amin ~

posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 23 Mei 2013

Bila mengidam . . .

Assalamualaikum dan selamat petang.

Okay, bila kita dah buat entry berpantang, mesti ada entry mengidam pulak kan. Haha. Takleh blah ayat. Macam orang mengandung pulak.

Actually, bukan aku yang mengidam kali ni. Tapi kakak aku. Dia yang mengidam nak makan nasi kerabu dekat pasar malam tu. Dari minggu lepas lagi. Tapi minggu ni baru dapat makan. Minggu lepas pergi tapi dah habis. Kecewa benar dia. Haha.




Dah alang2 dia makan, aku pun tumpang lah sekaki. Lama tak makan nasi kerabu ni. Nasiblah nasi kerabu ni lauk ikan kan. Tak adalah pening2 nak cari lauk lain kat aku. Haha. Alhamdulillah, kenyang makan sebungkus semalam.

Hah, korang ada tak benda yang korang mengidam kan ? Tipulah kalau tak da. Aku ni boleh dikatakan hari2 mengidam. Muehehe. Oklah, bye.




posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Barang apa yang perlu dibawa ke UiTM ? . .

Assalamualaikum, selamat pagi + malam . . .



Yeah, time2 macam ni memang masa aku untuk melayan bebudak dekat group lepasan SPM tu hah. Sesaja tolong mana yang patut. Yang termampu saja aku tolong, yang sesusah aku bagi orang lain jawabkan

Okey, direct kepada tajuk entry asal. Ada yang tanya aku barang apa yang nak kena bawak kak ke UiTM ? Cuba senaraikan. Perghhhh. Mau nak tercabut tangan kalau taip satu satu bukan. So, aku cadangkan satu blog ni, senang nak buat semakan barang barang kalau ada yang terlepas pandang ka apa ka. Mudah. Tetambah kalau mak atau mama kita jenis yang risaukan kita takut ada tertinggal barang dan sebagainya, hah bagi ja senarai barang2 yang ada dalam blog Kak Mysara ni . Boleh dikatakan lengkap jugak. Haha



So, bagi adik adik yang nak masuk ke UiTM pada 2/3 Jun nanti, bolehlah follow ke blog sini. 


Khususnya, untuk pelajar yang akan mengambil jurusan Diploma Pentadbiran Awam (DPA). Blog ni sangatlah bagus, siap bagitau macam mana nak skor dalam setiap semester. Jangan lupa follow ya ! :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 22 Mei 2013

Tanda tanya . .

Assalamualaikum, selamat malam.


Yeayyy ! Siapa perasan yang aku tak update blog sangat semalam ? Cepat angkat tangan. Haha. Satu entry pendek je kan aku publish semalam. Ya, semalam aku tak berapa nak sihat sangat. Aku memang asyik berbaring je semalam. Aku pun tak faham kenapa aku rasa lemah semacam je. Haha. Penangan ubat mungkin.

Tapi, alhamdulillah harini aku makin sihat. Bolehlah nak gerak sana sini. So, apa benda yang menjadi tanda tanya dekat aku nih? Ewah, dah macam tajuk lagu tanda tanya pulak kan. Haha. 

So, untuk pengetahuan semua, alhamdulillah aku dah pun dibuka balutan sepenuhnya di luar dan juga di dalam. Maknanya kira macam telinga aku kembali mendapat fresh air gituu. Haha. Syukur padamu Ya Allah. :')

Lebih kurang macam ni lah rupanya bahagian dalam telinga aku. (Google)
Bila dah dibuka semuanya, aku tengok la balik dekat tempat jahitan tu. Perghhh. Panjang jugak tempat jahitan yang doktor buat tu. Yang menjadi tanda tanyanya, macam mana doktor salurkan otot2, cell2 dari bahagian luar telinga aku ni ke dalam telinga aku untuk tutup gegendang telinga aku nih. Aish. Memacam aku fikir nak dapatkan jawapan. Haha. Sebab dulu doktor pernah kata dia nak bukak dekat bahagian cuping telinga tu, tapi bila bukak tengok, macam okey ja, tak ada bekas apa2 pun. 

Jadi sampai sekarang aku tanda tanya macam mana operation ni doktor2 pakar buat 15 hari yang lepas. Haha. Macam bengong jugaklah aku ni fikir fikir benda macam ni tapi benda dah lepas kan, malas ah nak ambik tau lagi. Hehe

Oh ya, 2 hari lepas kan aku ada appointment dengan doktor, kau tahu tak, doktor tu gelakkan aku sebab masa treatment aku macam duduk tak diam, mana taknya geli kot masa doktor buat treatment sedut sedut, korek korek, letak ubat kat dalam. Aish, jangan bayanglah sakitnya tu macam mana. Uhuk3


Jadi sekarang ni, aku kena jaga betul2 since dah takdak balutan di telinga ni. Bahaya jugak kau sebab dah takdak benda nak cover telinga aku ni. Dah la takleh kena air, takut ada infection pulak. Risau aku sekarang ni. Harap2 baik saja lah. Btw, haritu doktor ada suluhkan telinga aku, okey ja nampaknya. Merah2 lagi. Hehe.

Okeylah, nak update yang ni je kot takat ni. Nanti aku update lagi okey ? Xoxo. Bye. Haha


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 21 Mei 2013

Perkongsian Bersama #1


Samasamalah kita amalkan, semoga jauh dari perkara yang tak baik. Amin ~


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 20 Mei 2013

Appointment Kedua



Alhamdulillah, petang tadi dah pergi untuk temujanji yang kedua.

Ingatkan nak update tadi, tapi badan tak berapa sihat. Esoklah ya aku cerita apa yang jadi kat hospital petang tadi.

Serius rasa lemah badan, mungkin sebab terlalu banyak berbaring kan. :)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 19 Mei 2013

Itu rezeki namanyaa . . .

Yeayy ! Lebih kurang 30 minit lepas aku publishkan entry 2minggu berpantang tu, tibalah masa untuk aku makan malam dan makan ubat, sebab mak aku baru balik dari beli barang tadi.

Baru tadi aku kata aku teringin nak makan memacam kan, alhamdulillah dapat juga makan sesuatu yang tak terfikir pun dapat makan time sesakit ni. Haha.




Rezeki, rezeki. Dapat makan Pizza Hut. Terima kasih ya Allah. Bersyukur. :) Walaupun ada 4 slice ja, tapi aku rasa best sangat3. Kenyang perut dakuuu. Hehe.



posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 minggu berpantang . . .

Assalamualaikum, selamat malam

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik hampir 2minggu lebih dah aku berpantang. Berpantang demi kesihatan aku. Bukan berpantang orang mengandung, tapi berpantang orang lepas operation. Semuanya berjalan dengan baik sebab setiap makanan aku semua mak yang sediakan.

Tapi kan, jenis yang macam aku ni yang cepat bosan bila pantang, nafsu untuk langgar pantang tu tinggi mencacak tapi aku tahankan juga lah. Cumanya dalam minggu ni, ada juga 2,3 kali yang lubang2 sikit pantang tu. Hehe. Ala, minum ais je pun. Teringin tengok. Haha

So, apa yang aku kena pantang ? Disebabkan aku operation telinga , makanya antara benda yang kena pantang ialah ayam, daging, telur dan segala mak nenek seafood punya makanan dan juga air ais. Nampak simple tapi remeh juga nak pilih nak makan apa. Last2 lauk yang aku makan hampir sama je start dari aku dari dalam wad sampai keluar iaitu IKAN ! Haha. Terpaksa der wa cakap lu. Tapi ialah demi kesihatan aku jugak, ye idok ?






Satu makanan dari hospital, satu makanan masa di rumah. Tengok ? Kan aku cakap sama ja lauk yang aku makan. Hehe. Syukurlah dapat makan kan kan kan ? :P




Hah, kat atas ni antara makanan mewah yang aku dapat kat hospital dulu. Mewah sebab nampak macam wow ! je kan. Haha. Sedap jugaklah makanan ni. Fish n chips rasanya. Entahlah.

Hmm, aku time2 sekarang dok menaip ni rasa macam teringinnnn sesangat nak makan benda2 lain. Aish, nafsu nafsu. Tinggi bebenor. Sabor2 la yop. Tunggu sihat baru boleh makan2 ni. (satu keluarga aku guna ayat ni bila aku mengadu teringin). Haha. But after all, mereka semua sayangkan aku, taknak aku langgar pantang2 ni takut memudaratkan kesihatan aku. Nanti kang aku jugakk yang sakit. :)

Kepada semua, sama2lah doakan agar aku cepat sembuh dan boleh teruskan kerja harian macam biasaaa. Banyak dah ni kerja aku tertangguh bila sakit ni. Takpelah, itu tanda Allah sayang kan. :) Esok ada appointment lagi, semoga aku baik2 saja. :D





posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Drinking Water . . .


Drink water to get one healthy body.

#Facebook#


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 18 Mei 2013

Penang Island ! Good day and time .. . .


Assalamualaikum, selamat malam. 

Entry pendek, ringkas dan padat. Sebab penat sangat harini, malas nak update panjang panjang. Haha. 

USM Penang
Alhamdulillah I'm having a good time at USM Penang pagi tadi. Best jugaklah dapat explore satu kampus USM yang besar ni. Haha. . Ni bukan kali pertama datang sini, selalu dah jugak. Tapi tak habis habis juga explore. Kahkah

Sekitar USM
Naik kereta dengan abah, 3 4 kali round dalam kampus ni. Lebih tu keluaq sat nak tunjukkan jalan balik dekat mak. Tersangkut dalam jam dekat jalan nak hala ke pusat bandar. Sabaq je lah. Haha. Penat3 pusing, singgah makan, tapi makan dalam campus saja. Boleh tahanlah makanan dan harganya

Cheese cake 
Arghhhh. Sukanyaaa cheese cake ni. Sedap sangat tau. Aku makan dua bekas tadi. Haha. Tak puas rasa. Kalau aku sambung belajaq sini, hari hari lah makan kek ni nanti. Haha. Kek ni ada dekat cafeteria Fajar Harapan taksilap aku tadi. 

Cheese Chocolate Cake. Sedappp
Kek ni pun sedap. Tetambah bila makan time pepanas tadi kan. Perghhhh. Cair je cake masuk mulut. Tapi yang ni share dengan mak la. Aku makan sikit je. Hehe

Jambatan Pulau Pinang
Dah atas jambatan on the way nak balik belah sana dah. Hujan sekejap masa atas jambatan tu. Tapi trafik berjalan lancar ja lah

Jambatan Pulau Pinang

Wehuuu
Balik ja dari pulau tadi singgah shopping sat dekat Sunway Carnival Mall. Best kau ! Haha. Dapat beli bag pujaan hatikuuuu. Barang barang yang lain banyak mak punya. Ihiks. Kita tumpang satu barang saja. 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Hai Penang Island ! Hai USM !



Hai. Currently having my good time at Penang Island ! Specifically at USM. Accompany my sister to attend interview hereee. :)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Kenyataan . . .

*Facebook*

Okay, last update before masuk tidur. 

Aku nak tanya, siapa yang pernah alami situasi macam yang dekat atas tu? Seperti yang dalam gambar tu lah. Kalau tanya aku, of course aku pernah jumpa ! Sangat2 familiar dengan situasi yang macam ni tambah2 bila dah masuk universiti ni. Haha. Paling tak tahan, student C tu weh. Pergh, kemain tak dapat jawab soalan, soalan susah la apa lah, sekali result dia atas sekali. Ini namanya GENIUS. Tak payah belajar banyak2 still dapat score terbaik. Tak semua orang dikurniakan nikmat macam ni. Jadi jika anda salah seorangnya, sila rasa bersyukur okey. 

Kalau macam aku ni, mungkin student A kot. Haha. Rasanya lah. Memang jenis aku kena pulun study bebetul. Based on apa orang tengok aku dekat2 last 2 semester ni lah. Sebabnya aku bukan GENIUS, jadi usaha tu kenalah lipat kali ganda sikit kalau nak dapat elok bukan. Hehe :)

Btw, esok kakak aku ada temuduga untuk jawatan SPA- Pembantu Juruaudit. Doakan semoga semuanya berjalan lancar okey. Walaupun aku masih belum sihat sepenuhnya, tapi aku akan ikut mak nak hantar kakak aku esok ni. Semoga perjalanan pergi dan balik selamat. :)

Selamat malam, assalamualaikum. :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 17 Mei 2013

Rezeki

Assalamualaikum. Salam Maghrib

Facebook
Alhamdulillah, keputusan UPU untuk lepasan SPM 2012 dah keluar kan? Aku tahu ada yang kecewa bila tak dapat course pilihan hati bukan ? Tak kurang juga ada yang tak dapat langsung UPU. Sedih, ya aku tahu sedih tu macam mana. Aku pernah juga menangis suatu masa dulu bila mana takdapat course pilihan hati tapi after all still alhamdulillah sebab aku dapat diploma jugak kan. Syukur. :)

Ok, untuk yang tak dapat UPU langsung ni, aku harap kalian sabar dengan ujian Allah ni. Perit memang perit, tapi kuatkan hati ya. Mungkin ada lagi pilihan yang lebih baik Allah sediakan untuk korang semua. Kawan aku pernah ada yang takdapat UPU dengan keputusan SPM 7A tapi nasib baik dapat matrikulasi, dan alhamdulillah sekarang dah sambung Ijazah Farmasi di USM (jeles aku. haha). 

"Janganlah berputus asa dari rahmat Allah." [azZumar:53]

"Seseorang itu tidak dibebani lebih dari kesanggupannya." [alBaqarah:233]

"..(maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak sukakan sesuatu padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya." [anNisa' :19]

Percaya pada rezeki Allah. Banyakkan berdoa memohon agar Allah tetapkan hati untuk buat keputusan yang terbaik untuk masa depan anda. Yang takdapat UPU, buatlah rayuan. InsyaAllah, ada rezeki dapatlah. Untuk yang dapat UPU tapi keliru nak pilih yang mana, istikharah lah. Mohon petunjuk Allah kerana sebagai manusia kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. :)

Yang kata kawan dapat 2A, 3A dapat UPU kita 7A, 8A tak dapat UPU, itu semua rezeki sebenarnya ya. Rezeki kita Allah dah tetapkan yang sebaik baiknya. Apa2pun, semoga berjaya untuk semua ya ! :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Hospital Metro, Sungai Petani



Pagi tadi teman mak pergi hospital untuk appointment dengan doktor. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Aku suka Hospital Metro ni. Kenapa ? Sebab makanan dia sangat awesome gilaa. Takat ni takpernah mengecewakan aku dan keluarga. Berbeza sikit dengan cafeteria di KPJ Penang sana. Kurang awesome sikit makanan kat sana. Tp service di ward sangat awesome dan bagus.

Haha. Orang pergi hospital nak dapatkan rawatan , aku fikir pasal makanan pulak. Biasalah, hantu makan. Lagipun tengah update ni sambil makan nasi goreng cina dari hospital Metro. Haha. Gigih bungkus nasi dari sana sebab sedap banget. Hehe. Oklah, nak update tu je.



P/s : Tahniah untuk lepasan SPM 2012 yang dapat keputusan UPU tadi. :)






posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Diploma Farmasi UiTM . . .

Assalamualaikum dan selamat pagi

Okay, disebabkan tak lama lagi akan keluar keputusan UPU untuk lepasan SPM, makanya aku rasa nak buat entry ni sebagai salah satu panduan untuk mereka iaitu adik adik yang nak masuk dalam bidang Diploma Farmasi dan mendapat tawaran ke UiTM dalam pilihan UPU. 

Sebelum tu, alhamdulillah aku dah pun berjaya menamatkan pengajian untuk tempoh teori dalam diploma farmasi ni dan sekarang, InsyaAllah akan meneruskan pengajian untuk tempoh praktikal di Hospital Seberang Jaya selama setahun bermula awal bulan Jun ni. Sama sama doakan aku agar berjaya dengan jayanya praktikal di sana nanti. Amin.

So, secara kasarnya diploma farmasi ni korang akan belajar banyak sangat pasal ubat ubatan. Sampai kekadang tu rasa nak muntah baca, hafal dan faham ubat ubatan ni. Haha. Serius cakap sampai kekadang tu dah taknak belajar farmasi ni *aku lah tu*. HAHA. Tapi semua tu masa sem 3 dan ke atas lah. Masa sem 2 ni banyak akan belajar basic basic dulu. Tapi basic basic pun mahu mengah jugak belajar. Tak percaya? Tanya sesiapa yang pernah berada dalam field diploma farmasi ni. Apa yang boleh aku gambarkan, Diploma Farmasi ni tak boleh nak disamakan dengan mana mana diploma yang ada yang rata2 akan kata diploma ni rileks, belajar cool, apa semua tu. Tak relak mana pun hah. Penat, tenat semua ada. Tak percaya boleh selongkar entry2 aku yang lepas. Ada jugak yang aku ceritakan. Hehe. But after all, korang still boleh survive jika belajar dan fokus betul betul. 

Ok, dah puas pongpang pongpang, sekarang berbalik kepada tujuan asal entry ni dibuat. InsyaAllah, aku akan cuba kongsikan apa yang boleh aku kongsikan di sini. Kalau tak dapat capai tahap fahaman korang, silakan rajin2kan diri bertanya ya. :) Untuk makluman korang, UiTM adalah satu satunya IPTA yang menawarkan diploma farmasi ni dan ianya berpusat di UiTM Pulau Pinang kampus Bertam. Jadi kalau cek2 keputusan dan dapat diploma farmasi UiTM, memang sini lah tempatnya korang akan sambung belajar. 




Takmau nak panjangkan entry, sekarang teruskan dengan subjek2 yang akan dibelajar sepanjang tempoh di UiTM ni. Macam cliche rasa kan benda2 ni, tapi nanti akan ada yang tanya. Percayalah. Haha. Tak apa, aku faham rasa tu macam mana, aku dulu pun macam tu jugak, merata cari maklumat tapi tak jumpa sangat. Makanya, aku harap entry ni sedikit sebanyak dapatlah bantu adik2 yang baru nak masuk universiti ni. 

Semester 1
Nampak tak gambar kat atas tu? Boleh besarkan untuk nampak dengan lebih jelas. Ya, aku tahu banyak kan. Yessss. Sangat banyak, ada 8 subjek semuanya. Tapiiii jangan risau. Korang masih boleh dan mampu bagi keputusan yang baik kepada parents untuk semester 1 ni. Berdasarkan apa yang aku observe untuk batch aku dan batch junior, alhamdulillah kebanyakannya mampu untuk score 3.5 dan ke atas.

Untuk sem 1 ni, subjek paling senang nak score bagi aku adalah ICT for Pharmacy tu. Serius senang dan aku suka sangat3. Haha. BEL, CTU, HBU itu memang wajib ambik sampai semester 3. MAT 133, Pre Calculus ni bagi aku suam suam kuku lah. Tak susah mana, cumanya kena banyak buat latihan, carry marks kena kumpul betul2 la. PHC 112, Life Sciences ni lebih kurang biology SPM. Boleh score lah kan. PHC 113, Introduction to Pharmaceutics ni macam tough sikit sebab baru nak kenal2 dekat pharmacy kan. Last sekali, PHC 114, Chemistry ni macam lebih kurang Chemistry SPM. Hah, sebab tu aku cakap boleh score sebab mostly banyak basic2 lagi. *menyesal takdapat result mantap dulu. hehe*

Semester 2
Yeahh, welcome to the most nightmare and disaster semester ever ! Semester yang sangat menjadi igauan dulu, kini dan selamanya. Haha. Semester ni boleh dikategorikan sebagai zaman kejatuhan untuk kebanyakan pelajar2 dalam diploma farmasi ni. Sebab apa? Sebab subjek2 dalam semester ni mampu membuatkan anda taktidur malam, mata panda, gangguan emosi dan sebagainya. Dan peringatan awal, terimalah apa saja keputusan yang anda dapat dalam semester ni kerana sesungguhnya di sinilah zaman kejatuhan kita. Hahaha. Rasa macam jahat pulak gelak gelak ni. Ok, to be honest memanglah semester ni menakutkan sikit TETAPI ada je ramai yang boleh score dengan baik dan maintainkan pointernya. Aku bukan nak menakutkan ka apa, cumanya kalau boleh semester dua ni buatlah baik baik. Jangan start akhir2 baru nak belek apa semua. Kes naya tu.

Aku pernah alami semua benda ni dan juga pernah rasa betapa peritnya dan sakitnya bila pointer boleh jatuh keduuubumm macam buah durian yang jatuh di dusun tu. Sampai rasa nak berhenti belajar pun ada. Tak percaya, boleh refer entry lepas2. :) Walaupun aku katakan semester 2 ni zaman kejatuhan, tapi alhamdulillah, ada ja kawan2 aku yang dapat naikkan pointer. Contoh roommates aku, sem 1 tak dapat DL, tapi sem 2 dapat DL. InsyaAllah, kalau usaha, bolehlah buat yang terbaik.

PHC 121, PHC122, PHC123 adalah antara subjek yang boleh buatkan kita menangis sangat2. Haha. Thriller sikitlah subjek2 ni. Kena start study bebetul dari awal. PHC 124 pun lebih kurang boleh menggugurkan jantung kita ni sebabnya subjek ni 4.0 kredit hours. Belajar subjek ni seronok tapi nak score macam tak tercapai mana lah. Diingatkan, kalau nak dapatkan 3.5 ke atas semester ni, subjek ni kenalah score A sekurang kurangnya. Goodluck okay ! :)

Sem 1 dan sem 2 memang ada lab. Jadi jangan lupa lab coat ya adik adik.



Semester 3
Sem 3 ni adalah sem yang agak banyak melibatkan kita dalam lab. Sebab sem ni dah lebih fokus ke arah membentuk kita ke arah seorang pembantu farmasi. Semester ni memang makin mencabar lah . Tapi macam semester2 sebelum ni, memang kena start dari awal sebab anda akan jumpa lebih kurang 50++ nama ubat, brand ubat, MOA, ADR dan sebagainya. Kita jumpa dan semestinyalah kena hafal. Haha. Untuk semester ni memang aku malas nak ulas banyak2 dah, sebab kena alami sendiri baru tahu macam mana. Yang paling mencabar bagi aku semester ni ialah PHC 213, PHC 214 dan PHC 215. Sangat3 mencabar. 

Semester 4
Untuk semester 4 ni aku taknak taip kat sini lagi, sebab memang dah plan nak buat entry lain iaitu entry penghargaan kepada pensyarah pensyarah aku sempena hari guru ni. Memang dalam perancangan tapi aku publishkan entry yang ni dulu. Kalau rajin nanti, godek godek lah blog aku untuk akan datang. Haha. 

Phewwww. Aku rasa macam dah panjang sesangat dah entry ni. Okey, habis part subjek dalam diploma farmasi. Rasanya takat ni benda ni perkara yang penting bagi aku dan korang juga. Kalau ada apa2 soalan lagi, bolehlah tanya aku. Takpun bolehlah search2 lagi pasal diploma farmasi kat UiTM ni. 

Kepada kawan2 aku ataupun junior2 yang baca, janganlah nak condemn lebih lebih ya. Aku buat entry ni main tembak tembak ja. Direct ja main taip2, takmau edit edit dah. Malas sebab panjang benar rasa entry ni. Hahaha. So, jumpa lagi nanti ya. Nak menghupdate entry pasal sem 4 pulak ni.

So, kalau rajin bolehlah jenguk2 entry yang aku attachkan dekat sini untuk makluman tambahan :-












Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM