Rabu, 24 April 2013

Pahit Manis Semester 4 Bahagian IV


Assalamualaikum dan selamat malam !


Apa khabar semuaaa ? Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T. So, untuk entry kalini aku nak sambung entry aku mengenai Pahit Manis Semester 4 untuk bahagian seterusnya  seperti yang dijanjikan . 

Rasanya entry pahit manis semester 4 yang ini adalah yang terakhir sebab macam aku cakap lah kan tak kan lah aku nak letak semua event yang aku hadiri dalam blog ni. InsyaAllah, untuk next2 entry nanti aku akan cuba selitkan beberapa lagi gambar untuk aktiviti yang ada dan aku join. Hehe.

16 Mac 2013 : Pre Graduation Night / Malam Pra Graduan Fakulti Farmasi

Seperti yang dirancang oleh ahli jawatankuasa, lebih kurang pukul 8.30 malam (asalnya 7.45 malam) kami bergerak dari kampus Permatang Pauh ke Sunway Hotel menaiki 2 buah bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Well, disebabkan tiada budget sangat, so terpaksa lah buat dekat dekat saja dengan kampus. Hehe. Tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. And yes, for sure i did enjoy myself that night. But as usual, you will feel awkward first with the situation and by time goes, you will get to used with it. Mula mula macam kurang yakin sikit nak bangun , nak gi ambik gambar apa semua, al maklumlah baju kita sendiri tak cantik, orang lain semua gojes2 hah baju. Hehe

Malam yang senantiasa di hati. :)
Disebabkan aku cuba untuk memendekkan entry kali ni, jadinya aku akan masukkan gambar, lepas tu baru cerita serba sedikit. Hehe. Untuk kedudukan meja, ya meja kami meja no 11. Belah kiri pentas utama, belah hujung jugak lah. Port yang okey jugak nak snap pictures semua nih. Haha


Makan sambil menikmati persembahan dari band yang terdiri daripada 3 orang iaitu Raja, Faiz dan Farhan. Hah, si Farhan a.k.a Paan ni housemate aku. Dari sem 2 lagi. Dia memang suka main muzik, almaklumlah budak pancaragam dulu. Eh, pancaragam ka? Entahlah tapi katanya main trumpet yang tiup tiup tu. Haha. Makanan kat sana ? Alhamdulillah, dah namanya hotel kan. Syukur, makanan sedap sangat sangat. Cuma aku frust sikit lah sebabnya makan sikit saja. Padahal dari dalam bilik lagi sebelum pergi tu dah bertekad nak makan banyak banyak (sebab bayar mahal kan), hehe tapi bila pergi perut macam nak tak nak je terima makanan. Sedap tau, main dishes depa sangat sangat sedap hokey, tak tipu punya. Side dishes? Pergh, jilat jari waa cakap lu ! Berlambak dia punya side dishes hah. Hmm, lagi satu sebabnya aku makan sikit, aku duk pi sana sini ambik gambaq. Sat duk sana, sat duk sini. Mana nak melekat kat mejanya. Haha. Cuma sayang sikit, aku tak pi belah kanan dewan, jadi tak snap pictures dari mereka yang arah sana. Aku asyik duk kat tengah dengan kiri dengan dekat tempat makanan tu. Haha.

Wajah wajah kerinduan aku. :')
Inilah hah kerja akunya time malam tu. Asyik sangat bergambaq sampai lupa nak makan. Haha. Lupa lupa pun habis juga sepinggan nasi aku bedal. Kehkeh. Dear Madam Suraya, terimakasih sebab sudi datang side meja saya. Tak yah saya susah ke bahagian depan VIP nak ambik gambaq dengan Madam. Hehe. Madam, terimakasih untuk segalanya, terimakasih sebab sayang saya, terima saya sebagai student Madam. Saya sayang Madam sangat sangat . Untuk kawan kawan juga ya. :)

Band yang awesome ! Nice job Farhan, Faiz, Raja. :)

Next, kita ada lagi persembahan dari band yang sama. Kalau tadi mereka mendendangkan lagu Yuna - Terukir di Bintang diiringi oleh petikan gitar oleh Faiz dan keyboard oleh Farhan, kalini mereka mendendangkan lagu Manbai - Kau Ilhamku. Farhan duet dengan Raja. Sedap mak aii suara depa dua. Suara Farhan tu takpayah kata memang sedap, selalu nyanyi dalam bilik, siap pernah pi karaoke sekali dengan dia, memang sedap kebaboom hah. *sila kembang kalau baca*. Haha. Sampai ada yang tergoda kau. Muehehe. *gelak jahat* Btw, thanks untuk persembahan malam tu. Sangat terbaik ! Walaupun praktis kurang, almaklumlah sibuk dengan test, quiz, assignment yang tak sudah sudah masa tu kan, tapi mereka cuba yang sebaiknya untuk malam tu. Thanks ya. :)

"Choral Speaking" lead by Safirah Hanum
Ok next punya persembahan adalah 'choral speaking' yang mengisahkan tentang kami kami yang melalui hari hari di kuliah, naik turun bas apa semua. Best ! Thumbs up girlsss ! :) Ada video ni tapi malas lah nak upload dalam blog ni. Hehe. Oh btw, bukan sepanjang malam tu ada persembahan yer. Persembahan ni selingan saja antara penyampaian anugerah dekan dengan penyampaian yang lain lain. Tapi tak ada gambar lah. Haha


Abu Musa. 
Yang ni pulak, Abu Musa, Drama King malam tu yang secara spontan diminta oleh rakan rakan untuk buat persembahan nyanyian. Abu is so awesome, selamba ja ambik mic dan nyanyi. Hehe. Your voice great, Abu ! Thanks for the night. Abu nyanyi lagu Diamond. Alaaa yang shine bright like a diamond, shine bright like a diamond .  Haha. Best.

Sir Nadzri, Sir Fauzi
Dan tidak dilupakan juga persembahan dari pensyarah pensyarah iaitu Sir Fauzi, Sir Nadzri, Miss Ainun dan juga Madam Maryam. Woot. Woot. Madam Maryam nyanyi lagu Hindustan kau. Lupa nak ambik gambar masa tu. Sibuk cari makanan lah. Haha. Sir Fauzi berduet dengan Miss Ainun nyanyi lagu Apa Kono Eh Jang. Sampai sekarang kalau dengaq lagu ni, mesti ingat sir dengan miss. Hehe

Awesomenesss lecturerrssss ~

3 years and still counting. ~ :)

Kawan kawan yang vogue gituuuu.. :)

Roomate dan housemate. Thanks girls for the memoriesss.  Love
Wajah wajah yang aku ku rindui selama setahun jarak perpisahan kita. Sayangg semuaa. 
Ok, rasanya yang ni sajalah aku kongsi. Sebenarnya banyak lagi nak cerita. Termasuk part aku dinobatkan sebagai Drama Queen malam tu. Eh Drama Queen ? Yessss. Aku pun tak tahulah siapa punya kerja menobatkan aku tuu. Act, benda ni macam undian ABPBH tuu. Undian paling banyak menang. Pheww.. Dah rasa macam Shaheizy Sam gituu. Muehehe. Terimakasihlah kawan kawan yang calonkan aku dan menangkan aku malam tu. Sampai sekarang, still ada yang tanya kenapa aku menang Drama Queen ? Aku sendiri kelu jugak taktau nak bagi jawapan apa. Hanya mereka yang "baik" bagi aku menang saja yang tau. Haha. 

So, till meet then. Thank you for spending your time with all my entry here. Wassalam ~








:: Alhamdulillah, selesai juga update entry entry ni walaupun agak busy sikit cuti ni. Kihkih. Untuk entry entry seterusnya, aku akan update macam biasa saja. Tiada lagi Pahit Manis Semester 4 ni. Haha. ::








Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM