Khamis, 25 April 2013

Asasi Pintar UKM - Keywords paling banyak

Assalamualaikum dan selamat malam , 

Alhamdulillah, dapat juga aku taip entry ni macam biasa kan. Kihkih. Hah, seperti tajuk yang aku tulis kat atas, memang aku tipu ! Serius ramai betul masuk blog aku ni cari info pasal Asasi Pintar UKM sejak sejak aku buat entry ni :


iaitu lebih kurang setahun yang lalu. Untuk pengetahuan, entry tu aku hanya ambik dari group di FB tu hah. Ingatkan saja lah nak tampal di blog, rupa rupanya jadi hot jugak eh. So, atas rasa tanggungjawab untuk entry tu, aku wujudkan lagi sekali entry mengenai asasi pintar UKM ni. Maaflah kalau entry yang lepas tak memenuhi citarasa pembaca di blog. Setahun lepas, masih belum matang dewasa. Haha



Nuffnang, Blog Stat menunjukkan asasi pintar UKM ranggul carta  paling atas
Lama jugak lah aku fikir nak buat ke tak entry ni. Risau tak dapat nak sediakan maklumat yang cukup kat sini. Tapi insyaAllah aku akan buat yang terbaik. Haha. Rasa macam nak jawab final exam pulak. Kihkih.

Berdasarkan carian aku di google serta baca sana sini, apa yang dapat aku simpulkan Asasi Pintar ini sememangnya untuk orang yang PINTAR sahaja. Haha. Sebab kebanyakan mempunyai latar belakang straight As. Namun begitu, syarat kemasukan yang diletakkan hanyalah 7A. Tapi, biasalah zaman sekarang ni bebudak dah makin pandai, saingan pun mulalah nak sengit bagai kan. Namun begitu, usahalah kuatir, cuba mohon dulu, dapat tak dapat serahkan pada yang Maha Esa. Kalau tak dapat asasi pintar, asasi lain kan ada lagi. Boleh mohon juga. Hehe.

Klik untuk pembesaran

Klik untuk pembesaran

Ok, berkaitan dengan ujian yang kena ambil selepas masuk iaitu UKM2 - Untuk menilai tahap kepintaran dan juga MEQI - profilling ni, ianya hanyalah ujian biasa yang mana tidak meletakkan syarat lulus atau gagal. UKM2 rasanya lebih kurang ujian IQ yang diambil lepas kita memohon untuk masuk ke MRSM. Tahu kan ujian tu ? Tiada betul atau salah , cuma hanya mahu tengok tahap kita sahaja. Manakala MEQI tu untuk profilling bagi simpanan pihak pusat asasi. (Berdasarkan pembacaan yg dilakukan)

Dah habis bab sebelum masuk dan apply, sekarang proceed kepada apa yang anda akan belajar bila dah diterima masuk. Sebelum tu, TAHNIAH diucapkan lah kepada mereka yang berjaya masuk Asasi Pintar ni ya. :)

Sebelum tu, terima kasih saya ucapkan kepada Luqman's Blog kerana ada berkongsi mengenai subjek yang akan pelajar pelajar Asasi Pintar ni belajar semasa semester 1 dan semester 2. Berikut merupakan subjek subjek yang telah pusat asasi tetapkan semasa anda di dalam asasi pintar ini :- 

SEMESTER 1
SUBJEK
JAM KREDIT
BIOLOGI 1
3
FIZIK 1
3
KIMIA 1
3
PENAAKULAN MANTIK
4
STATISTIK
4
KEMAHIRAN PENYELIDIKAN
3
APRESIASI BAHASA DAN KESUSASTERAAN
4
PEMBANGUNAN JATI DIRI KEBANGSAAN
3
JUMLAH
27

SEMESTER 2
SUBJEK
JAM KREDIT
BIOLOGI 2
3
KIMIA 2
3
FIZIK 2
3
KALKULUS VEKTOR
4
PROJEK PENYELIDIKAN
6
ANALISIS KRITIKAL SEMASA
3
KEPIMPINAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
3
JUMLAH
25


Grade yang ditetapkan :-

GRED
NILAI GRED
A
4.00
A-
3.67
B+
3.33
B
3.00
B-
2.67
C+
2.33
C
2.00
C-
1.67
D+
1.33
D
1.00
E
0.00

Okay, berdasarkan apa yang aku baca di blog Luqman, silibus ni adalah berdasarkan silibus AP(Advance Placement) iaitu salah satu exam di US yang diubah suai mengikut kesesuaiannya. Yuran kemasukan ke asasi ni boleh tahan mahalnya. Namun kalau tak silap rata rata yang masuk sini adalah dari tajaan JPA ataupun bursary KPM. 

Last but not least, mengenai penempatan. Katanyaa rata rata pelajar asasi Pintar ni akan ditempatkan di 

Picture credit to Luqman's blog
KOLEJ PENDETA ZA'BA

Picture credit to Luqman's blog

So, rasanya sampai sini saja dulu kot. Harapnya dapat membantu adik adik, ibu bapa atau kakak abang sepupu sepapat yang mencari maklumat mengenai Asasi Pintar UKM di blog ni. Dan kepada penuntut Asasi Pintar UKM sendiri, kalau ada mana mana untuk ditambah, dipersilakan untuk comment di entry ini. Taksalah berkongsi kongsi ilmu kan. :) Semoga memberi manfaat untuk semua. Sekian. ~

:: Maklumat lanjut bolehlah bertanya sendiri kepada Luqman di sini :- http://kelantaner.blogspot.com ::
::Ataupun boleh ke laman web Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. :) ::





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 ulasan:

MeiNa berkata...

huu ape ni kak (;_;)

AlyaaIBH berkata...

@Farina Hunny

asasi untuk lepasan SPM, dear. :)

ilyanarahman1995 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

saya juga merupakan salah sorang student asasipintar n nk btlkn sedikt sbyk info yg diberikan.. 90% betul.. about ujian MEQI tu tak da rasanya.. n about tajaan, kami x ditaja oleh JPA.. kami hanya ditaja oleh KPM or bursary seperti students asasi yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM