Ahad, 24 Februari 2013

Will update so sooon ! :)



Hai. Hai you olls. Hmmph rindunya nak update kat blog ni. Update pepanjang. Tapi sekarang busy yang amatlah busy. Lepas satu satu kerja datang menyengah. Biasalah, student kan. Lagipun dah semester akhir kat UiTM ni, lagi lah banyak hah kerjanya. Hehe. Tapi jangan risau, aku akan cuba jugak curi2 update blog ni. So, nantikan ya. :)

Selamat malam, assalamualaikum. Mohon maaf salah dan silap. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 19 Februari 2013

Monday is not a good starting day for me. :-[



Luahan perasaan yg ku lemparkan di FB. Haha. Hai semua, assalamualaikum. Wahhhh, dah mcm pengacara uolls. Haha. So, alhamdulillah masih dipanjangkan umur sehingga ke harini.
Sibuk masih seperti biasa. Selagi bergelar student, sibuk itu sebati sangat. Jd, takperlu nak mengeluh lelebih. Hehe.

Oh, kauuu. Tajuk entry kemain lagi #OhMyEnglish, tp taip entry bahasa ibunda jugak. Kahkah. Lantak ah. Bukan campur pun. Bahagian lain2. ;-) Asalkan orang faham sudeh. Kan3 ?

So, berbalik kepada cerita asal yg nak dikongsikan di sini, iaitu mengenai hari semalam, hari Isnin merupakan hari yg agak teruk bagi aku. Buat pertama kalinya aku pergi Bertam campus dgn kepala yg berat. Sgt berat, sampaikan rasa nak hempuk dengan dinding bas tu pun ada. Taktahan sesangat. Act, malam sebelum tu pun kepala aku dh start sakit, takleh tiduq langsung smp pukul 5.30pg. Hanya dpt 1 jam tidur yg berkualiti. Mmg tambah tingtong ar cerita dia pagi tu. Dan utk pengetahuan, aku rasa caffeine yg triggerkan sakit kepala aku tu. Sb malam tu aku minum 3 tin nescafe sb nak berjaga malam. Sb petang esoknya iaitu petang semalam, aku ada test 2 PHC 223. Mmg pagi tu pasrah sepasrah2nya sb mmg xsempat nak cover habis pun. 9




Ok, nak dipendekkan cerita, sesampai kampus terus rasa nak muntah tu membuak2. Kalau dak, rasa loya tekak ja. So, aku ada gap lebih kurang 40mins sblum pukul 9pg, sb kelas start pukul 9. Dgn penuh tekad, aku membawa diri yg sakit ke Unit Kesihatan Bertam yg hanya selang beberapa bilik dr bilik kuliah aku. Masa sampai tu, tak pikiaq apa dh. Nak ubat, nak ubat. Lembik wa cakap lu. Sb 5,6kali jugak muntah hah. Then, mengadu kat nurse tu, itu lah inilah , masa tu jawap apa yg terlintas ja bila nurse tanya. Sb mmg takleh fokus apa2 dh. Rasa nak pitam woi. Haha.

Lepas cek itu ini, nurse tu suruh rehat kat sickbay sebab dia tengok aku dah lain macam. Berpeluh tapi tangan sejuk.. Zuuupppp ! Dapat katil terus baring walaupun xboleh lelap sangat. Lega sikit masa tu bila kepala sentuh bantal.

Dan alhamdulillah, setelah beberapa jam rehat disana, kepala ansur2 baik, hilang sakitnya. Terima kasih Ya Allah. ;-) Test petang tu macam mana ? Biasalah, tawakal jelah, doa agar dipermudahkan utk ingat apa semua. Tp ya, bila dh sakit, takleh lah expect nak ingat semua benda. Apa2pun, aku dah lakukan yg terbaikkk. ;-) InsyaAllah, adalah hasilnya sikit.

So, harini dah Selasa. Sibuk tu kurang sikit. Tp esok akan naik balik level sibuk tu. Haha. Hmph, nk hupdate yg tu jelah. Lepasni nk update lagi. Yehaaaa. ;-) Bye.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 15 Februari 2013

Cuti dah nak habis. T___T

Cuti dah nak habis



Tinggal lagi beberapa hari

Assignment tak siap, semalam baru dapat yang baru

Sedih, pedih 

Susah nak terima yang cuti dah nak habis

Lepasni confirm akan jadi sibuk yang teramat sangat.

Aku yakin sesangat lah.

Tetambah dah nak dekat hujung2 semester, 1 bulan lebih tinggal ni

Ya Allah , kejapnyaaaa rasa. Sobsobs

Entry kat blog ni pun dah asyik tertangguh je.

Bila nak updatenya.

Since balik dari Kelantan tu, aku sesangat lah banyak kerja. 

On9 selalu jugak, tapi nak update tu lah susah sikit. HAHA

Mungkin ada masa free nanti aku update. 4 entry rasanya tak buat lagi

Okay2, lepas lepas ni eh

Sekarang kena study dulu. Test Isnin nanti. Serabut. T__T

Oklah, saja nak taip buat luahan perasaaan ku. Hewhew

Jumpaaa lagiii ahhh. Bubyee. ~

~FB~


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 13 Februari 2013

Safely arrived Penang. :-)



Alhamdulillah, safely arrived Penang semalam pada pukul 5.30 petang. Oh,perjalanan yg sungguh lama ku rasakan. Namun, syukur Allah permudahkan perjalanan kami. :-)

So, aku nak update pasal Kuala Lumpur dan Kelantan nanti. Arghhh. Percutian yg best aku rasakan. Sangat2. Terimakasih Ya Allah kerana eratkan kasih antara kami sekeluarga. Syukur2, kerana doaku termakbul malah lebih dri apa yg aku doakan. Alhamdulillah. :-)

Okey, aku taknak update banyak2 lagi sebabnyaa aku ada kerja yg perlu dilangsaikan dulu. Pastu, nanti aku update ya. Nak update paling lambat pun petang nanti ah, sebabnya malam nanti dan hari2 seterusnya kena study. Sobsob. Banyak dah tertinggal, org lain dah habis study dah pun. Uhuk3.

Babai, jumpa lagi nanti. :-P


posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 8 Februari 2013

Mulanyaaa cuti seminggu daku. ^_____^



Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur hingga ke harini. Assalamualaikum, selamat malam semua. Apa khabar ?

Mulanya, syukur sesangat kepada Allah kerana telah kuatkan aku untuk menempuh minggu yang penuh dengan keletihan yang teramat sangat. Jujur aku kata, sepanjang tempoh 2 tahun ni, minggu ni adalah yang paling penat buat aku. Sangat, teramat. Tp Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang. Dia tolong, bantu hambaNya yang perlukan bantuan. Syukur. :-)

Aku kalau boleh ingin sekali cerita tentang perkara yg berlaku dlm tempoh minggu aku yg super sibuk start dr minggu cuti Maulidur Rasul. Di entry lain mungkin. Hehe. Banyak dah ni entry tertangguh2. Zzz.

So, kalini aku update just nak bagitau yang cuti seminggu sempena CNY dah pun bermulaaaaaa. Wuaaa. Seronok gila baq hang. Lega rasa dapat tiduq lelama. Hehe. Oh, aku sebenaqnya dh habis kelas Khamis, tapi teman housemates punya pasal, aku balik hari ni which is Jumaat. Balik dalam pkul 11, dekat2 pukul 12 sampai rumah. Erm, kebetulan aku tgh tunggu barang dr citylink. Xsampai2 pun. Uhuk3. Last2, lepas Jumaat aku ajak abang aku gi Butterworth punya center. Cari punya cari, susah gila nak jumpa, tengok2 barang dah delivered kat UiTM. Oh, kecewanyaa rasa. Patah balik pi UiTM, kesian gila ah kat abang aku kena drive gi merata2.

Balik dekat nak dekat pukui 6ptg, then rushing siap2 nak gi KL. Aku taktau pun weh nak bertolak petang ni jugak, sb last dengaq mak kata nak bertolak pagi Sabtu. Hmmph, nasiblah aku dah packing3 dari semalam kat kolej. So, takde ah nak kelam kabut. Solat Asar, angkat beg terus gerak. Hehe.

So, dikala ini aku tengah ada atas highwayy. Otw nak ke Kuala Lumpur untuk pickup kakak aku. Lepas tu, Kelantan, here i come !!! Yehaaaa. Cuti woiii ! Sat ja nak pi bercuti pun, tapi okey ah boleh release ketensionan aku ni hah. Hewhew. So, bubye ! Nanti aku update lagi ya ! Bye, Happy CNY ! Happy holidays! :-)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 4 Februari 2013

Page 35 of 365. Hello February ! :-P



Its been a while since my last post. Hello, and assalamualaikum guys and girls out there ! Pheww. Intro baru dah macam mat saleh gituu. Haha.

So, yeah lama pulak rasa tak menaip, pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan February 2013. Rasanya bagaikan hari2 yang lalu ditiup laju dek angin. Pergh, kemain ayat. Haha. Okay, kali ni nak update sikit to welcome February to my life which will become most and ever buziest month for me and friends.

Kenapa aku cakap bulan paling busy ? Haha. Sebabnya awal2 bulan lagi, 1.2.2013 aku dah start sibuk tak menang tangan program sana sini, test, quiz, business proposal yg urghh sakitkan hati dan memacam hal lagi. Ya Rabbi, kali ni memang betul2 tak cukp rest baq hang. Paksa diri sesangat. Caffeine takyah cerita, hampir setiap malam consume sb nak stay up utk habiskan kerja2 yg ada plus nak study lagi.

Well, it is student life, friends. Like or not, you have to face it. No matter what happens. Just pray that you will be the strongest person to go through it.

So, now we're in February, thats mean i only have about one and half month to spend time with my beloved friends and housemates. Sobsobs, i can 't imagine my life without them, which always cheer me up whenever i feel like what to go far far away for all those things.

Hmmph, actually i really what to story about 2 programmes that i've attend during this weekend. Next post, maybe ? Sebab sekarang aku tengah fokus untuk test ENT a.k.a Keusahawanan yang agak mencabar bagiku. Wuawua. Penat weh baca semua tu.

Ada dua program yg aku akan cerita nanti, satu berlaku hari Jumaat iaitu Deworming Program dan satu lagi berlaku semalam, Ahad iaitu Rx Family Day 2013. Kalau nak tau, tunggu jelah yo ! :-P

Rasanya sampai sini dulu kot. Dah panjang semacam pulak rasa kan. Haha. Maaf atas kecampuran bahasa rojak dlm entry ni. Hewhew. Jumpa lagi next entry, bye ! :-)



*ENTmodule, so many wording. :O *

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM