Rabu, 2 Januari 2013

Selamat kembali ke sekolah !


Assalamualaikum, hai kawan kawan !

Esok dah 2.1.2013 kan? So, masanya untuk adik adik semua kembali ke sekolah ! Yeayyy ! HAHA. Kepada sepupu2 aku yang dah pun pulang ke asrama, selamat kembali kepada kehidupan dan rutin harian yang lama. Haha. Rilex k, pengalaman duduk asrama memang tiada galang gantinya. Sangat best, so sila enjoy, nanti dah tua mesti teringat kembali. Kuikui. Dan kepada mereka yang sekolah harian, terutamanya adik gendut aku, Ami selamat masuk ke Tingkatan 4. Pilih pakej mata pelajaran elok2. Jangan nanti menyesal pulak. Ingat, pilih kombinasi yang betul. Kalau rasa takboleh carry, bincang elok2 dengan emak dan abah. InsyaAllah, mereka sokong apa yang hang nak buat nanti. :) 

Dan kepada tiga orang sepupu aku, yang dua daripadanya berada di sekolah asrama penuh, SMS Kepala Batas dan SMSTSSS, Izzati dan Yana, serta Ashraf di SMK Pokok Sena, semoga berjaya menempuh sesi pembelajaran sebagai pelajar Tingkatan 5. Selamat meniti hari sebagai calon SPM 2013. Ingat, SPM tu sangat sangat lah penting. Even nak masuk degree nanti pun, SPM akan ditengok juga. (melalui pengalaman okey). Buat yang terbaik, kalahkan kakak Alyaa dan maksu Ila. Untuk Yana dan Izzati, kak Alyaa tau hampa dua boleh dapat straight As. Usaha lebih lagi okey. Come on lah, baka SBP kan hebat2 semuanya. Hehe. Dan kepada Ashraf, whatever it is, you know yourself better than us, right? Buat yang terbaik. Even takdapat straight As pun takpa, its okay. As long as you pass all the subjects so that you can further studies. Come on, jadi anak sulung yang terbaik, tunjukkan kepada mama dan abah yang Ashraf pun boleh berjaya walaupun Ashraf ni nakal. Lagipun, Ashraf kan lelaki. Dapat 5As pun dah boleh pergi jauh. InsyaAllah. :)

Kepada rakan2 degree, selamat menempuh peperiksaan akhir kalian. Semoga berjaya aku ucapkan. Korang mesti boleh punyaa. Haha. Dan kepada rakan2 seperjuangan aku, selamat menyibukkan diri untuk kita kerana test, quiz dan assignment menanti untuk kita melangsaikan mereka. Semoga Allah sentiasa bersama kita untuk menghabiskan semester akhir di UiTM ini. :) Amin..

p.s : selamat bekerja juga untuk mereka yang akan berkerja esok. buat kerja elok2 hokey. 






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

Unknown berkata...

Selamat tahun baru 2013, moga semuanya berjalan lancar, sekolah, kerja, kuliah dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM