Thursday, June 28, 2012

Lama tak update blog.


Selamat malam.
Makin hari aku makin sibuk. Dengan training bowling untuk SAF lagi. Fuh, memang mengah jugak laa. Study macam biasa. Makin lama makin susah. Otak dh kena aktif balik dah lepas ni. Kalau tak, habislah aku. Oh ya, harini aku ada dua lab. Letih tu jangan tanyalah. Tak terkata kot. Lab pertama, Sterile boleh tahan lagilah. Lab kedua, SDF tu yang mencabarnyaa. Aku rasa cramp habis satu badan ni hah.
Erm. Sebenarnya, aku banyak benda lagi nak bercerita kat korang. Mungkin esok kot, lepas aku dah free sikit sebab malam ni kena cover study. Esok ada first quiz. Hoho. Mencabar habisla. Doakan aku boleh jawab ye.
Oklah, nanti aku update lain. Ada sebab jugak kenapa aku update malam ni. Saja nak try bloggeroid kat phone ni hah. Haha... Terkantoi sudaa. Oklah, jumpa nanti.. Babai...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Spontan Hari Khamis. :)

Terpaksa curang denganmu wahai Nokia.
Selamat tinggal juga untukmu, wahai Samsung Wonder.
Blackberry? Masih belum rezeki.
Jadi, ucapkanlah hai dan hello kepada Sony Ericson Xperia. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, June 23, 2012

Ceramah Modul 4 dan Gegaran !

KUALA LUMPUR 23 Jun - Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada pukul 12.34 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini melaporkan pusat gempa itu terletak di 118km barat daya Medan, Indonesia, dan 375km di barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Menurut jabatan itu, gegaran dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA
sumber: utusan.com.my

FB#
Siapa yang duduk di kawasan sekitar yang dinyatakan di atas tu? Ada rasa gegaran tak? Perghhh.. First time kot aku dapat rasa gegaran ni sendiri. Yang sebelum ni tak rasa, sebab seronok dok pi main bowling. Bila first time rasa gegar tadi, mulalah gelabah. Dalam hati ni, duk pikiaq macam2 dah. Dah la masa tengah rasa gegaran tu, ada dalam dewan kuliah tiingkat 3. Macam mana aku rasa? Kerusi kat dewan tu bergegar. Aku ingatkan ada orang dok goyang2 kerusi, tengok2 semua static ja kat tempat masing2. Aku pun static jalah sebab risau aku yang duduk tak diam. Tengok2 still bergegar lepas tu kepala jadi pening. Sah ! Memang sah yang ni gegaran. Balik dari ceramah, terus on9 FB, Twitter nak tau apa yang terjadi. Tapi, tak ramai pun yang updatenya. Last2 pakcik google yang membantu dan kat atas tulah pengesahannyaa. Rasa macam trauma sikit nak naik tempat tinggi2. Haha. 

Oh ya, harini kan aku kena pi ceramah untuk PPKP untuk modul 4. Eh, memang lah aku baru part 3, tapi kos aku nih special sikit. Malas lah aku nak cerita, bukan ada yang nak tau pun. Haha. Program harini dari 11pagi sampai 1 petang. Lepastu, sambung hari Ahad pulak dari 8.00 pagi sampai 11.30 pagi. Fuh, weekend ni memang takleh dok diamlah. Minggu depan punya weekend ada lagi aktiviti. Ermmmm.. Ok, aku malas nak cakap panjang2, sebab takdak benda pun nak cerita sebenarnya. Haha

Err. Sorry sangat2 kepada mereka yang datang blog aku dan tinggalkan comment, tapi aku tak balas lagi. Aku sibuk ni. Nanti dah free, aku balas balik kunjungan korang ye. Thank youuu. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jadual penuh dan padat !

Assalamualaikum dan selamat petang semua. 

Apa khabaq? Maaflah ye, aku baru dapat update blog sekarang. Macam yang aku tulis tajuk tu lah, minggu ni dan hujung minggu ni aku sangat lah sibuk dengan program-program yang ada. Susah dah nak blogwalking bagai ni. Study pun tak mula-mula lagi. Adoi. Ni nak update cepat2.



Oh ya, aku rasa aku pernah mention kot yang hari Jumaat, iaitu semalam aku ada program dari pagi sampai malam. Fuh, hari Jumaat kali ni sangat menyeksakan okeyy. Penat dan sakit tu masih terasa sampai sekarang. Teruklah kalau tiap-tiap minggu macam ni.

Apa yang teruk sangat kami buat hari Jumaat? Pagi tu, kami ada program Burn Your Calories anjuran SOPHYS. Fuh, memang burn betul lah kan semua anggota badan ni. Bukan calori yang burn, tapi sunburn ! Habis muka jadi kemerahan dan gelap. Wuawuaa. Aku pulak gatai-gatai nak pi main netball semalam, match friendly saja lah ! Tapi, menang kot. Haha. Main bawah sinaran matahari yang amatlah terik, sebabtu lah burn habis. Ngeh3. Dan, alhamdulillah, kelas aku jadi juara keseluruhan untuk semua game semalam. Tak sia-sia aku jadi manager tak bertauliah semalam sebab uruskan player2 kelas aku tuh. Haha

Petang tu pulak kan, macam biasa ada Kesatria Negara 3. Hah, part ni lah yang membuatkan anggota badan kami menjadi totally sakit. Pagi tu, separuh ja baru. Petang dah kira fully pain ! Tahan sajalah. Nak tau kenapa? Satu sebab masa kami kena berkumpul dekat padang kawad depan PI tu. Ada yang mai lambat, tapi taknak buat denda yang jurulatih suruh. End up, semua platun kena denda kecuali komander. Kena pumping kot ! Sakit betui hati. Pumping atas tar pulak tuu, dengan surface yang berbatu lagi. Sakit tangan masa tu tak payah ceritalah kan. 

Lepastu, kami dah nak start belajar TTS. Tapi, sebab apa tah, aku lupa dah, kami kena denda jugak. Pumping lagi. :( Cuma tempat ja lain sikit. Dan kali ni, matahari tu memang betul2 terpacak atas kepala aku. Bahang masa tu hanya Allah saja yang tau. Memang betul-betul rasa kena dera masa tu. Dah habis kena denda, jurulatih terus buat warm up. Warm up yang memang betul2 cara TTS. Susah kot. Aku follow dari pumping sampai push up ja, yang belakang2 lepas tu, aku tak follow dah sebab banyak gunakan pergerakan di bahagian lutut, Aku kalau bab -bab exercise guna lutut ni aku problem sikit. Sebab aku pernah jatuh tangga dulu, then macam effects sikit lah. Tapi, aku tak pi jumpa doktor pun lagi. Haha. Malas tau tak.

Dan kami akhiri TTS dengan muka yang sangat layuuu. Aku tak join pun padahal. Komander panggil rehat tepi khemah sebab muka nampak pucat. Hoho. Tapi, aku dapat merasai keletihan member-member aku rasa. Perit kot TTS kali ni. Aish, macam manalah nk hadapi lagi 12 minggu? Sabar jelah.. :(

Malam pulak, sepatutnya ada program. Tapi, atas sebab-sebab tertentu, kami tak jadi join. Ingatkan boleh rehat, tapi ada kerja lain menanti aku. Betapa busynyaaa aku sekarang ni. Uhuk3.

Okeylah, nak update pasal harini pulak. Tapi, kat entry lainlah ye. Malam ni pulaklah aku cerita. Itupun kalau rajin. Haha. Babai...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, June 21, 2012

Harini .. (21 Jun 2012)


Disebabkan aku tak tau nak letak tajuk apa, jadi makanyaa inilah tajuk yang aku letak, Harini... (21 Jun 2012).. Haha.. Mungkin tajuk ini yang sesuai kot. Ngeh3. Okay, aku nak cerita pasai life aku yang makin busy. Harini, kelas aku full dari pagi sampailah ke petang. Nak balik ke main campus, kena berebut bas sebab bas tak cukup. Itu memang sangat menguji dah kesabaran aku. Untuk kelas pagi tu, CTU 221, Sains Kesihatan dan Farmasi dalam Islam, kelas ada masalah pulak dengan aircond. Fuh, panas jugak lah masa aku sampai kelas tadi. Dan sebagai class rep a.k.a ketua kelas, makanya dah jadi kerja aku untuk cari kelas lain yang aircondnya okey dan kelas tu takde kos lain yang gunakan dua jam tu. Mula-mula aku ingatkan ustaz taknak tukar kelas, tapi lepas aku balik dari ambik remote control untuk LCD, tiba-tiba ustaz keluar dari kelas yang panas tu. Aku tanyalah, 'Ustaz, nak tukar kelas ke?. Ustaz cakap, ada kelas kosong ke? Aku katalah kalau dekat depan pintu takdak jadual, kelas tu memang akan kosong. Bincang sana-sini, bukak kelas-kelas yang ada, last sekali ustaz decide nak pindah kelas lain. Takut tak selesa nak belajar dalam keadaan panas-panas nanti. 

Habis CTU, ada gap sejam sebelum kelas BEL 311. Masa ni aku pi lepak-lepak dengan exco SOPHYS untuk buat sesi luahan perasaan. Haha. Luahan perasaan lah sangat kan. Sejam jugak la borak-borak, luah apa yang patut. Masuk kelas BEL 311, aku memang susah nak tiduq. Sebab Miss Nora, lecturer aku.. pandai gila control kelas kot. Kelas BEL yang terbaiklah yang pernah aku masuk sepanjang aku kat UiTM ni. Haha. Yang sebelum-sebelum ni okey je, cumanya tak seceria kelas sem ni. Dan BEL 311 ni, aku terpaksa buat-buat suka. Pasai pa? Sebab BEL sem ni kena banyak writing. Oh, benda paling aku tak suka masa belajaq English adalah writing. Bila sem ni kena writing, terpaksa menguatkan hati dan jiwa untuk bertahan. Hoho. Miss aku cakap, eventhough you don't like it, you have to face it. Never let your CGPA down just because you don't like this subject. Oh, my English ! Haha.

Dan kelas yang terakhir, PHC 215, first class in week 2. Pharmacotherapy of the Cardiovascular System and Respiratory System. Kelas ni memang aku dah agak banyak benda yang kena cover. 3 jam okey dalam dewan kuliah. Sakit punggung jugak la duduk lama-lama dalam tu. Haha. Input banyak sangat yang dapat harini. Habis semua benda disumbat oleh Madam Maryam. Malas nak cerita banyak pasal kelas ni, cumanyaa nak bagitau, PHC 215 ni adalah salah satu subjek yang aku paling takut sem ni. Sebab apa? Banyak membaca dan menghafal okeyy. Hafal nak ubat yang relate dengan penyakit. Dan yang bestnyaaa, next week dah ada quiz ! Sangat cepat bagi kami. :(

Okeylah, panjang lebaq gila aku taip. Semangat pegang keyboard balik. Lepas ni, aku dah jarang kot update pakai laptop. Jarang kot, kot ja lah. Haha. Jumpa lagi nanti, babai....

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

BEN ASHAARI DAN SAYA

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaa..

Oh yeah ! Apa khabar semua harini? Aku, alhamdulillah masih dapat menghirup udara segar lagi pada hari ini. Harini agak memenatkan sebab jadual yang full dari pagi sampai petang. Okey, aku takmau cerita dalam cerita ni pasal apa yang aku buat harini, esok, lusa dan so on. Malam ni biaq aku join segmen dululah yee.

Kalini aku nak join segmen Ben Ashaari. Oh, begitu lama aku rasa Abg Ben tak buat segmen. Al-maklumlah busy sekarang sejak dah bekerja sendiri sambil menjaga Qhaliff Iman. Dah besar dah Qhaliff, comel tetap maintain. Haha.


Soalan yang perlu dijawab.

Blog macammana aku suka baca dan kenapa?

Well, macam kebanyakan blogger lain berkata. Kami suka singgah blog yang ringan, loading laju, widget tak berterabur dan juga sedap mata memandang. Blog yang simple namun penuh bermakna apa yang ditulis. Buat blog yang ada turun salji-salji, tulisan warna warna, susah jugak nak baca entry. So, bagi aku serta untuk memudahkan aku yang selalu susah nak dapat connection yang laju, hanya bila blog yg ringan2 ja, aku singgah. Senang. Haha. Tapi, kalau connection laju, blog korang ringan ke berat ke aku singgah je. Nak baca entry kan. Oh, blog personal pun aku suka baca. Manalah tahu,boleh share-share apa yang berlaku pada dia pernah jadi macam kita kan. Hehe. Oklah, yang tu saja kot. Babai.

Thanks pada sesiapa yang sudi singgah blog personal unofficially ni. Haha.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday #18

sumber: Facebook

p/s: nak hilangkan stress kejap. nasib baik wifi dah dapat connect. hoho...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, June 19, 2012

Hectic Day. =-=

Harini merupakan hari yang agak meletihkan. Oh ya, hari yang aku maksudkan adalah hari Isnin ye. Bila dah update blog dah masuk hari Selasa, so kenalah mention kan aku tengah cerita pasal hari apa nih. Err, apa yang menyebabkan aku letih adalah kerana jadual kelas kami utk harini yang memaksa kami untuk berada selama 5 jam dalam dewan kuliah. Fuh, penat tau duduk dalam dewan kuliah selama 5 jam tanpa bergerak ke mana mana. GMP, Disinfection, Nasal Preps, Capsules... Semuanyaa disumbat kepada kami dalam tempoh 5 jam tuu. Bayangkanlah keadaan kami untuk sejam yang terakhir tu. Semua pakat dah lentok kiri kanan depan belakang dah. Haha. Aku pun sama ja, terlelap juga kadang kadang tuu. Hikhik. Tapi most of the time aku ada ja fokus dekat lecturer tu. Bukan itu je, ada lagi pulak benda yang berlaku lepas tu. Bas yang ditempah sepatutnya datang pukul 2.30 petang, tapi bas tu datang awal pulak. So, macam kelam kabut sikit. Last last, aku tertinggal ke belakang dan terpaksa naik bas belakang sekali. Bila bas belakanh ni, paham paham jelah, nak bagi penuh 40 orang bukannya senang. Pakcik bas tu taknak jalan selagi tak cukup. Perghh. Ingat senang nak cari orang dari kos lain untuk join kami? Lama jugak lah tunggu. Kalau bas tu sejuk macam peti ais tak pa jugak, ni panas macam oven! Berpeluh habis baju sementara tunggu bas nak gerak. Yang xbestnya, dua buah bas depan kami yang dah nak sampai main campus, bas kami baru nak gerak dari Bertam. Stress aku.. Lepastu, sampai main campus pulak lambat. Aku yang bengang terus tertido bila sampai bilik sambil mulut dok berleter sorang2. Haha. Time baik punyaa aku dok beradu, tiba tiba kawan baik aku kejutkan kata ada orang call dia nak cakap dengan aku. Aku peliklah kenapa x call aku je. Rupa2nya, aku yang xsedar diorang call. Kemain sedap tidur kan. Haha. Bila dapat call, kena turun bawah pulak nak settlekan pasal lecture notes dan sebagainyaa. Aku takdan nak mandi kot, terus blah pergi jumpa classmates. Habis habis bincang, terus gerak balik kolej sebab lapaq gilaaa ar. Xmakan dari pagi. Masa tu dah pukui 5 lebih dah. Huhu. So, begitulah serba sedikit perkara yang berlaku harini hingga menyebabkan aku tersangatlah letih. Oklah, gerak dulu. Babai.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, June 17, 2012

Semester 3 Diploma Farmasi. ^__^


Assalamualaikum dan selamat tengahari !

Apa khabar korang harini? Aku alhamdulillah masih lagi sihat seperti biasa. Hehe. Okeh, seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas lepas, aku ada bagitau yang aku nak kongsikan subjek dalam Semester 3 aku ni kan. Jadi sekarang meh aku tunjukkan dekat korang subjek-subjek yang aku akan ambil dalam semester yang mencabar ini. 

Klik untuk tumbesaran...
Hah, dah nampak kan? Banyaakk kot subject tuu. Haha. Sebenarnyaa, sama je dengan sem sem lepas bilangan subject tu. Cuma yang bezanyaa ialah semester ni subject banyak sangattt yang membaca ! Aduh-aduh. Lembik lutut aku rasa. Sabar sajalah. Okeh, meh nak tunjuk jadual sem ni pulakk.


Jadual sem ni agak heaven sikitlah. Kelas tak banyak waktu petang. Hoho. Itu aku suka. Namun begitu, waktu-waktu kosong begitulah aku kena isi kan dengan betul. Harapnyaa semester ni aku dapat fight balik semua kesalahan yang aku pernah lakukan sebelum ni. Aku dah taknak menyesal lagi nanti. Aku tau semester ni susah sikit dengan subject yang banyak2 tu kan, tapi kalau orang lain boleh, kenapa tidak aku kan? InsyaAllah aku hanya mampu merancang dan berusaha, Allah yang tentukan segala-galanyaaa. Aminn. 

Oklah, yang ni je yang nak update dan bagitau. Lagipun, aku dah start sibuk sekarang ni. Haha. So, jumpa lagi nanti. Babai. ~

p/s: untuk esok, 18/6/12, jadual aku full dari pagi sampai petang atas kehendak pensyarah. uhuk3



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, June 16, 2012

Filem Aku Ada, Kau Ada..


Hai semua. Assalamualaikum dan selamat tengahari.. 

Hari ni hari Sabtu. Hujung minggu kan. Jadi, macam biasalah hujung minggu mesti nak berehat sajakan. So, hari ni aku lepak-lepak dalam bilik sahaja. Walaupun ramai member-member aku keluar jejalan sana sini, roomate dan housemate pun banyak yang takdak kat rumah, tapi aku buat relax saja. Malas kot nak kuar dengan cuaca yang panas ni. Haha. Tapi, tengoklah kot-kot sekejap lagi aku rajin nak kuaq ka macam mana. Tunggu redup sikit kot cuaca nih. 

Oh yeahh! Disebabkan hari ni hujung minggu.. So, aku rasa hari ini adalah hari yang terbaik untuk aku berblogwalking ke blog korang semuaa. Yipppi ! Seronok sebab dapat jugak nak tinggal jejak kat blog korang. Hehe. Tapi aku tak boleh nak bukak sekali 5, 6 blog sebabnyaa nak akan ada problem kat sini. So, step by steplah aku tinggal jejak kat blog korang ye.

Ok, macam dah panjang saja intro aku nih. Sebenaqnya, aku nak bagitau pasal Filem Aku Ada, Kau Ada ni. Aku tahu ramai yang dah tengok filem ni. Aku saja yang ketinggalan sikit. Almaklumlah, filem ni keluaq masa aku tengah cuti semester haritu, so memang tak dapek la nak jejak kaki ke panggung wayang kan. So, aku mencari inisiatif lain untuk tengok filem ni. Btw, aku dah lama kot nak tengok filem ni since aku update entry ...Begini Caranyaa... ^__^ tu. Jadi, aku godek sana sini, cari kat blog, Youtube dan sebagainyaa. Akhirnyaa dapat jugak aku tengok filem ni kat Youtube. Hikhik. Syok tak terkata lah. Nasib baiklah loading Youtube laju. Haha. Youtube loading lagi laju dari FB kot. Menyampah jugak rasa time nak bukak FB tu. Haha.

Sebenaqnya, masa aku taip entry ni, aku baru saja habis tengok filem ni. Dan sekarang ni tengah nak download sebabnya roomate mintak nak tengok. Macam mana filem ni? Boleh tahanlah. Aku tengok pun sebab ada Shaheizy Sam. Haha. Buruk benor perangai. Erm, takdelah sangat sebab Shaheizy Sam, tapi memang sebab aku nak tengok. Ngeh3. Jalan cerita agak menarik cumanyaa ending macam tak seronok sangat. Aku dok expect ending yang best-best. Hihi. Tapi, malangnyaa tak menarik sangat. 

So, korang semua dah tengok belum? Kalau tak tengok lagi, pi kat Youtube dan search lah nama filem ni. Yang dah tengok, meh la gitau kat aku pendapat korang tentang filem tuh. Haha. Btw, aku malas nak buat review keseluruhannya sebab aku bukanlah penreview yang baik. Hakhak.Okeylah, aku nak pergi memanjakan diri sat. Haha. :) Babai....

sumber gambar: Google



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, June 15, 2012

Seminggu sebagai pelajar SENIOR !


Assalamualaikum dan selamat malam semuaa.

Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan berjaya menempuh koku petang ni, iaitu KESATRIA NEGARA. Penat tu memang lah kan, tapi minggu first ni memang bestlah. Tak banyak aktiviti lagi. Haha. 

Okey, harini dah cukup seminggu aku menjadi seorang pelajar SENIOR ! Haha. Senior lah sangatt kan. Macam-macam yang berlaku dalam minggu ni. Maaf ye, jangan tanya aku pasal JUNIOR yang baru, sebabnyaa aku tak kenal sorang pun lagi. Haha. Bukankah aku ni SENIOR yang teruk? Puiiih, takde maknanyaa. Aku sibuk sikit lah. Ngeh3. Ala, lagipun malam esok ada majlis BBQ antara JUNIOR dengan SENIOR. So, esoklah ye aku kenal dengan diorang. Haha. Actually, ada ja yang tegur aku kat Bertam sana tu, nak tanya itu dan ini. Aku jawab jelah tapi aku taktau depa dari kos mana. Hoho.

Dan sudah semestinyaa bila kita menjadi seorang pelajar yang menuntut di universiti, mesti kita akan dapat assignment kan bila kuliah dah bermulaa. Hah, itu yang aku nak cakapkan nih. Baru first week dah dapat assignment dari Ustaz Adlan ! Terima kasih Ustaz sebab bagi assignment awal-awal ye. Sains Kesihatan dan Farmasi dalam Islam, sila berbaik dengan aku okeh? Haha. :)

So, next nak cerita pasal cuaca sepanjang seminggu aku berada di kolej dan kampus Permatang Pauh serta Bertam. Fuhhh. Fuhhh. Sepanjang seminggu ni, aku taktau dah berapa banyak peluh aku keluar dari badan ni. Panas yang teramat kot cuaca sekarang. Baju pulak kalau dalam bilik nih, sehari pakai sehelai ja. Mana taknyaa, panas sangat masa tiduq tu. Berpeluh habis pagi keesokannyaa. Jadi, kenalah tukaq. Tak kan nak pakai yang busuk-busuk kot. Uhuk3. Nasiblah aku ini jenis yang rajin membasuh baju. Haha.

Disebabkan panas yang teramat dan aku asyik sangat berpeluh, makanyaa aku akan dehydrated. Dehyrated tu apa? Pi la search google nuh. Lebih kurangg aku akan kehilangan banyak air dalam badan lah. Sebab peluh banyak keluaq kan. Hehe. Makanyaa, aku sangat perlukan air, dalam loghat Penang, aku nak ayaq hampir setiap masa. Kalau tak minum ayaq, satgi mulalah pening la itu lah inilah. Jenis aku yang suka minum ayaq ni, memang bazirlah kan kalau asyik nak beli jaa. Last2, aku guna dispenser ja. Dispenser ni aku dah beli masa last2 sem lepas lagi. Eh, taktau dispenser tu apa? Meh nak tunjuk...

Spritzer Dispenser.
Begitulah rupanyaa dispenser aku yang berada di atas meja study aku ni yang berada di sudut tepi. Fuh, memang puas lah minum ayaq ni. Tadah ja dalam botoi, lepastu teguk. Senang. Hehe. Oh ya, walaupun ini adalah Spritzer Dispenser, namun untuk menjimatkan budjet, aku guna ayaq mineral Carrefour saja. Haha. Susah sangat kot nak cari botoi Spritzer yang besaq ni. Ini pun kakak aku yang belikan. Hari kedua kat kolej dah habis sebotol besaq ni. Bayangkan lah betapa panasnyaa kat sini. Huhu. Itu dah masuk botol ketiga tau. Haha. Tinggal sebotoi lagi kat aku. Masa mai first night tu, bawak sebotol. Lepastu, second day tu kakak aku bawak mai lagi 3 botoi. Hoho. Sukaaanyaaa dapat banyak botoi. Hehe

Tinggal sebotoi saja lagii. :(
Dah habis dua botoi. Hehe.
Botoi ayaq peneman aku. Blur kot gambaq. Haha


Oklah, rasanyaa sampai sini dululah kot. Nanti kalau aku rajin, aku update lagi laaaa. InsyaAllah. Eh awak awak tu, terima kasih lah ye sebab sudi follow blog picisan ni. Sorry xdapat lagi nak blogwalking kat blog korang. T___T.

Jumpa lagi nanti, babai. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Hari Jumaat yang bahagia !


Hari yang paling bahagia kepada aku sebagai pelajar Semester 3 adalah hari Jumaat. Ini kerana aku dan rakan2 sekelas malahan satu batch takpayah ke Bertam sebab kami takde kelassss ! Oh yeah! Penat dah selama baru 4 hari ulang alik dari Bertam ke Permatang Pauh disebabkan kesilapan kelas dibatalkan dan sebagainyaa. Minggu ni saja, 2 hari pergi Bertam semata-mata untuk attend kelas dari 8 pagi hingga 10 pagi, tapi bas yang bawak pulang kami ke main campus hanya akan ada pada pukul 12.30 tengah hari. Fuh, sabar jelah sepanjang minggu ni.

Dan harini, Hari Jumaat... Akhirnyaaa, kami dapat meluangkan full day di Permatang Pauh. Tapi, ada satu benda yang juga membuatkan aku sangat tak suka bila kami takdak kelas, tapi ada benda lain yang mengacau. Haha. Apakah itu? Oh no ! Sudah tentulah Kokurikulum untuk Semester 3 ni. Kesatria Negara Part 3 hari Jumaat ! Sumpah sakit hati bila tengok jadual koku ni. Wuawuaaaa~ Dah lah petang pukul 5 baru start. Dan di buat di hadapan Pusat Islam di main campus, Permatang Pauh niii. Arggggh!! Stress lagi kot. Sebabnyaaa kami dari platun kat Bertam sangat tak suka diadakan koku di sini kerana ada KOMANDER ! 

Maaflah ye wahai komader semuaa. Dah dua sem kami di kampus Bertam untuk koku, kami rasa aman tanpa kalian yang memekik2 dan sebagainyaa. Kami tak anti, cuma takleh nak ngam saja bila ada orang suka jerit2, tempik2, tambah2 kalau perempuan. Buruk kot.! Haha. Dah2, kang lagi banyak aku cakap pasal komander ni, banyak pulak benda yang tak baik aku semburkan. Haha.

Oklah, aku dah nak gerak ni. Nak uruskan pasal hal kolej dan nak buat persediaan untuk menyibukkan diri dengan assignment dan segala bagai. Haha. Jumpa lagi petang nanti ! :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, June 14, 2012

Spontan Hari Khamiss. ~


Semua orang ingin berubah. Begitu juga dengan diri aku. Namun begitu, aku terkilan dengan beberapa orang rakan terdekat aku yang sukar ingin menerima perubahan yang berlaku pada diri aku. Ya, aku mengaku yang sebelum ni aku bukanlah baik sangat, tapi tak salah kan kalau kita cuba untuk jadi baik dan cuba rasa ingin dihormati dengan cara yang lebih mulia. Memang aku dikenali ramai di sini dan orang hormatkan aku sebagai seorang ketua. Namun, bukan begitu yang aku mahukan. Aku mahu orang pandang dan hormat aku sebagai seorang perempuan juga. Dulu aku memang kasar sebab aku yang berbadan agak chubby ni dikatakan kurang sesuai untuk berkelakuan lemah lembut. Namun, aku sedar sebesar mana pun fizikal kita, keayuan dan kelembutan sebagai seorang gadis perlu dipertahankan. InsyaAllah, sama-samalah kita perbetulkan mana yang salah. :)

p/s: dah nama pun spontan hari khamis, jadi yang ditaip ni semuanyaa spontan dari otak. fresh lagi ni. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, June 13, 2012

Segmen : Mari Berhijab


Cuba nasib walaupun tahu dah penuh dah orang join kan. Haha.

Nama: Alyaa

Warna: Pink + Putih

p/s: online dan update pakai laptop baru boleh join segmen. Huhu.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, June 12, 2012

Semester Baru, Azam Baru. InsyaAllah. ^-^

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa.

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur pada hari ini. Okey, sekarang ni seperti semua yang sedia bahawa aku dah pun masuk belajar kembali dan hari ni merupakan hari kedua kuliah aku bermula. Macam mana kuliah? Boleh tahan lah, walaupun kami ada masalah dengan dewan kuliah. Masalah yang kami sendiri tidak menyangkakan langsung. Perlu ke aku bercerita? InsyaAllah, ada masa aku akan update dengan lebih lanjut.

Erm, kalini aku nak cakap pasal Azam Baru sempena Semester Baru aku nih. Mungkin ada yang pelik kenapa tiba2 aku nak bercakap pasal azam azam ni. Pagi tadi, semasa kelas Sir Nadzri, aku terasa seperti dapat motivasi diri bila Sir bercerita tentang rakan-rakan beliau yang tak pernah menyerah kalah untuk belajar walaupun mendapat pointer yang sederhana pada waktu belajar dulu, tapi sekarang dah berjaya dalam kerjayanyaa yg tersendiri. Banyak jugak la contoh2 yang Sir Nadzri bagi masa class tadi. Dan buat pertama kalinyaa, aku rasa kelas Sir Nadzri sangatlahhh best. Haha..

Ok, lepas tu masa perjumpaan group dengan PA pulak, Madam Wong. Madam bincang masalah masalah yang kitorang ada sem lepas dan cuba bagi nasihat yang terbaik untuk kami semua. Entah kenapa, aku rasa Madam dah bagi motivasi yang cukup baik untuk aku dan rakan rakan yang lain.

Oleh sebab tu, aku rasa aku perlu buat azam baru sempena semester baru aku yang baru je bukak tirai ni. Bukan apa, sekurang kurangnyaa aku tahu ke mana arah tuju aku sepanjang semester ini. Tidaklah main studyy je kan. Hehe. Dan rasanyaa takperlulah kot kan aku mention azam azam aku tuu. Haha. Maluu. >-<

So, sampai sini dululah ye. Maaf kalau ayat berterabur semacam je. Main taip je apa yang terlintas kat otak ni. Haha. Babaii. :')

p/s: harini aku rasa tenang bila dapat pakai pakaian yang aku ingin pakai selama ni. :)
Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Berhenti blogging untuk sementara.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar harini dan semalam? Harapnyaaa sihat sihat la nuh. Amacam, rindu aku tak? Haha. Sorrylah, aku dah tinggal blog ni macam tu semalam dan sebelum ni. Bukannyaa apa, sejak aku checkin balik kat kolej ni, aku taktau pasaipa takboleh nak connect wifi. Mungkin masalah dengan teknikal wifi kot. Entahlah, lagipun dah biasa dah. Macam sem lepas masa final tuu. Haha.. Jadi, macam biasa tablet jadi peneman aku untuk update blog. Hanya dapat update sajalah supaya blog ni tak bersawang, kalau nak blogwalking tu jangan haraplah. Uhuk3.

Oh ya, berbalik kepada tajuk asalnyaa, aku nak umumkan dan bagitau yang aku nak berhenti kejap dalam dunia blogging ni. Bukan nak berhenti terus lah, cumanyaa nak kurangkan saja memandangkan aku sekarang dah masuk belajar balik ditambah dengan takdak internet connection, so rasa macam susah sikit nak aktif macam biasa. Huhu. Harapnyaa korang fahamlah ye. Aku pun sedih jugak bila nak tinggalkan blogging ni, tapi nak buat macam mana. Banyak halangan untuk aku meneruskannyaa. Tapi jangan risau, aku akan tetap update macam biasa, namun hanya berkisar tentang kehidupan aku sebagai pelajar semester 3 Diploma.Farmasi di UiTM Pulau Pinang. Dan kebanyakan entry nanti memang aku takleh nak letak gambar dan sebagainyaa, almaklumlah, update pakai tablet saja. Ermmm. Oklah, yang tu saja aku nak bagitau dan maklumkan. Supaya orang tak tertanya tanya kemana aku hilangkan kalau aku tak update. Hihi.

Jumpa lagi nanti di entry seterusnyaaa. :)
Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, June 10, 2012

" Saya nak masuk blogslist cheese + cheese "


Yuhuuuu. Join segmen di pagi hari. Mungkin segmen yang terakhir dari aku. Oh, tak sanggup rasa nak berhenti dari blogging ni. Huhu. Okelah, kepada sis Yui, saya nak masuk dalam bloglist cheese + cheese. Hehe. Thankyou ! :)

p/s: klik banner untuk join.... ^^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Demam EURO 2012


Gambar tiada kaitan dengan entry okey. Haha. Memandangkan EURO 2012 pun dah start, makanyaaa kaum-kaum lelaki akan sibuklah dengan pasukan masingmasing yang disokongnyaaa. Perempuan pun tak kurang hebatnyaa nak sama naik dengan lelaki. Haha. Aku? Minat la jugak. Tapi takdelah over sangat. Minat macam tu, macam tu saja. Tengok jelah sapa masuk final nanti, baru aku pilih nak sokong sapa. Hakhak. 

Erm.. Disebabkan demam EURO 2012 ni lah, emak aku selamber je cakap nak subscribe Astro yang tayangkan siaran bola ni. Astro Supersport ke ape tah. Aku pun lupa dah. Haha. Demi adik aku serta abah aku dan juga abang aku yang nak balik nanti. Aku terkejut jugak dengaq semalam. Haha. Hebat betul penangan EURO 2012 ni. Oklah, aku nak sambung kemas barang ni. Manyak mau susun2 lahh. Jumpa lagi nanti.

p/s: doodle dari FizGraphic.com. dari segmen yang dianjurkan ! :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Fakta yang tak dapat disangkal lagi !


Hah, inilah yang aku maksudkan dari tajuk di atas itu

Fakta yang memang aku tak dapat sangkal kan lagi !

Kerana sememangnyaaaa betul sangat. T___T

Siapa yang tak setuju? Cepat bagitau. Haha.

#Facebook#


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selamat mendaftar sudah !


Alhamdulillah, semalam aku dah selamat mendaftar di Kolej Kristal B, UiTM Pulau Pinang sebagai pelajar semester 3 Diploma Farmasi. Semester yang rasanya akan memberikan lebih banyak cabaran dari yang sebelumnya kerana semester ini kami dah jadi SENIOR ! Hoho. Kami memang akan menjadi tumpuan adik2 MB nanti sebab nak cari buku dan sebagainyaaa. Haha. Tak percaya? Tunggu saja nanti. Oh ya, aku sebenarnya masih di rumah ni dan baju belum packing sepenuhnyaa lagi. Nampak tak disitu yang aku amat malas nak balik sanaaa. Haha. Nanti2lah aku packing. Tak banyak dah. Sikit je lagi tuu. 

Erm, pasal housemate dan roomate, alhamdulillah masih sama dari semester lepass. Cumanyaa kali ni aku dapat tingkat bawah sikit dari sem lepas. Sem lepas tingkat 9, sem ni tingkat 5. Dan, classmates aku banyak dapat tingkat atas dari aku. So, aku dah gitau awal2 yang apa2 datang cari aku kat bawah. Aku malas nak naik atas. Haha. Biarlah. Selama ni asyik aku ja cari mereka, pergi ke bilik mereka, turun bawah. Jadi, kali ni diorang pulak kena datang kat aku. Lagipun, sem ni aku nak banyak fokus pada pelajaran. Aku ada Farah dan Aiman yang boleh tolong aku. Pah pun ada. So, aku rasa sem ni aku kena fight balik semua benda yang aku tertinggal walaupun aku tau susahh sangat subjek semester ni. Semester ni aku belajar apa? Nantilah kalau aku rajin, aku update balik. Oklah, nak bagitau yang tu je memandangkan semalam memang aku tak update kan? Manyaak busy laa. Lepasni, takde dah la aktiviti blogwalking aku. Uhuk3. Babai. ~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, June 8, 2012

Segmen : Doodle Jersey Euro Saya


Pasukan EURO : Germany

No Jersey: 3(eh, ada ka? haha)

Warna kasut: Kuning boleh? (macam pelik ja. haha)

OK, dah join. Korang bila lagi? Cepatlah join !

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selesai buat masa ini... :)



Alhamdulillah, buat masa sekarang ni boleh dikatakan kebanyakan kerja aku hampir selesai. Kerja apa? Kerja mengemas dan membeli barang barang keperluan untuk dibawa balik ke kolej esok. Esok? Eh, awalnyaa. Haha. Itulah, rancangan asalnyaa memang begitu. Aku dengan kawan aku, Aqilah nak pergi mendaftar dulu pada pagi esok sebelum pergi ke kenduri kahwin abang kawan aku esok. Mungkin dalam pukul 10 pagi aku keluar dari rumah, dan pergi daftar. Harapnyaa sebelum tengahari selesailah sesi mendaftar semua sebab nak balik makan kenduri. Nanti kang orang ramai susah pulak. Hoho. Oh ya, mungkin aku drive sendiri kot esok. Apa2pun, tunggu dululah macam mana. Takut kakak aku nak guna kereta pulak kan. Dan hari Ahad baru aku pergi kolej dengan mak dengan abah aku. Bukan apa, aku taktau dapat bilik mana dengann roomate sapa. Buatnya diorang buat macam sem 1 dulu, tak ka naya. Tak mau ar aku duduk dengan orang yang aku tak kenai sangat. Memanglah boleh get along nanti, tapi take time kot. Kalau satu fakulti aku tapi kelas lain2, aku boleh lagi kot terima. Haha. Tengoklah dulu macam mana. Lagipun memang dah plan dengan classmate nak daftar sekali. Harap2nyaa bilik dah ditentukan. Aku ni jenis susah sikit kalau nak kena main pilih2 ni. Maklumlah, aku ni tak glamour. Sapa yang nak duduk sekali dengan aku. Haha. Lagi satu, aku dah fobia dengan konsep 'boleh pilih roomate' ni. Tak guna nak cerita kat sini dan ungkit kisah dulu. Takut hati ni terluka balik. Hoho.

Oh ya, aku dah lama tak buat doodle ni. Mungkin berehat dulu buat masa ni. Nanti kalau aku dah bosan balik, baru aku start lukis semula. Hehe. Err, lepas ni dah masuk balik susah lah aku nak update pakai laptop balik. Mungkin pakai tablet saja kot lepas ini. Sebenarnyaa kan, aku kan, banyaakk sangat idea nak taip entry ni tapi aku tak punya banyak waktu hari ini dan selepas ni. Nantilah aku karang dulu, then aku publish terus. Kalau tak pun, aku buat auto publish. Doa2kan lah aku ada masa nak buat entry hasil penulisan aku sendiri. Hehe. Oklah, aku nak gerak dulu. Ada kerja yang masih belum selesai. Sikit2 saja lagi mau tengok. InsyaAllah, petang ni ada kenduri tahlil arwah nenek belah mak. Harap dapat pergi. Hehe. Babai semua. 

p/s: terimakasih pada yang sudi singgah blog aku dan tinggalkan jejak serta komen. maaf takdapat blogwalking balik dan balas comment tu semua. nanti aku free, aku balas semua nuh. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, June 7, 2012

Minggu akhir makin sibuk !


Minggu minggu akhir di rumah yang memenatkan ! Macam2 nak kena buat.

Dengan kad bank tiba-tiba rosak. Sumpah sakit hati. Huhu. 

Dengan keadaan cuaca yang asyik nak hujan memanjang.

Habis baju tak dapat nak dikeringkan.

Hanya mampu bersabar.

Nak taip entry pun curi-curi masa saja ni.

Nak blogwalking takpayah cakaplah. Mana yang sempat ja pergi.

Oklah, nanti update lagi. Babai. ~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, June 6, 2012

Selamat Hari Lahir Alya Aisyah !


6 Jun 2012. 

Selamat Hari Lahir Alya Aisyah ! :)

Last minute buat kad hari lahir. Sorry sayang kalau tak cantik. Hehe.

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ! :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selamat Pagi !


Hai semua. Assalamualaikum. Selamat pagi !

Apa khabar harini? Aku dah sihat sikitlaah. Alhamdulillah. Pagi ni takdak apa2 lagi yang nak aku taip dan bagitau. Saja nak share gambaq atas yang buruk tu. Haha. Lepas ni baru aku tulis entry kot. Haha. Babai. ~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, June 5, 2012

Assalamualaikum dan selamat malam.

Fuh.. fuh.. sejak dah semakin baik ni.. Aku dah mula sibuk pulak. Terpaksa cover kakak aku untuk hantar adik aku ke Pusat Tuisyen. Dan harini aku memang over sibuklah. Pagi2 hantar adik, pergi beli makanan kt kakak, beli surat khabar, basuh baju, pergi balik ambik adik. *err, perlu ke aku bagitau semuanyaa? haha* Sila abaikan perkara itu ye. Jadi, bila malam ni baru dapat update sat. Itupun nak share benda yang aku buat sepanjang aku menyepi dari blogging tadi. Aku try lukis dan warna benda yang paling menguji kesabaran aku. Nak tengok benda apa? Sat nak tunjuk. Tapi, jangan gelak. Senyummm sajaa. Haha. Sebab sangat burukk . >,< 


Ok, tau lah buruk. Jangan over sangat gelak tuu ye. Wuawua~ Penat tau try buat. Lepas ni aku nak try lagi buat. Mungkin makin better. Hehe. Oklah, nanti aku update lagi.  Thankyou kepada yang singgah blog aku dan comment tentang doodle aku. Really appreciate it! :') Nanti aku akan reply semua comment korang dan lawat blog korang balik. :) Babai...


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, June 4, 2012

Makin Sihat. :')

Alhamdulillah, hari ini aku makin sihat dan dapat lah buat kerja2 yang banyak tertangguh sebelum ni. Esok akan bersambung kerja2 mengemas barang. Malam ni rasa malas pulak. Hihi. Sebelum tu, terima kasih sangat2 aku ucapkan kepada mereka yang rajin datang dan comment entry aku terutamanya pasal entry first doodle from photoshop tu.. Hihi. Errr..Rasa nak buat sesuatu je untuk orang yang selalu datang comment tu. InsyaAllah, ada masa nanti aku buat sesuatu eh.: ) Okay, atas tu satu lagi doodle yang aku buat. Doodle yang ketiga aku. Yang kedua, yang bawah ni. Haha. Mesti pelik kenapa ada muka saja. Memang lah, sebab baru belajar sampai muka. Badan dan baju belum lagi. 
Haha. Mesti pelik kenapa ada muka saja. Memang lah, sebab baru belajar sampai muka. Badan dan baju belum lagi. Haha. Nanti-nantilah ye aku belajar lagi. Aku dah takdak masa dah sekarang. Sibuk nak prepare masuk universiti balik dah hujung minggu ni.

Okaylah, just buat entry nak bagitau yang aku MAKIN SIHAT ! Jadilah, bolehlah aku menghabiskan sisa2 cuti ni dengan jayanyaa. Hehe. Nak blogwalking pun senang dah. :) Maka, tunggulah aku di blog korang ye ! Babai. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

First Doodle from Photoshop. :)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Yeah, apa khabar harini? Aku alhamdulillah makin sihat selepas mendapat rehat yang panjang iaitu TIDUR ! Hehe. Semalam aku tidur awal kot, saja nak rehatkan diri yang letih dan sakit ni. Perut dah makin okayy cumanya rasa sakit2 tu masih ada lah. Huhu. Bila aku dah tidur terlampau awal, makanya aku akan bangun pun awallah. Haha. Itulah aku. Nak bangun awal, kena tidur awal. Hihi. So, aku bangun lebih kurang pukul 5.00 pagi tadi. *awalkan. hoho* lepastu, aku try install Adobe Photoshop ke dalam laptop aku nih. Fuh, gigih betui kot aku nak belajaq pakai Adobe Photoshop ni sampaikan dah banyak kali aku cuba download dan install. Masa nak download no problem, okey ja smooth jalan. Masa nak install masuk komputer, itu yang masalahnyaa. Sampaikan nak dekat tujuh kali download benda yang sama, last sekali boleh juga aku install masuk yang last sekali punya download. Seronok, gumbira tak terkatalah. Bersyukur sangat2lah. Dapatlah aku main2 dengan Adobe pulak lepas ni. Hehe.

Jadi, lepas godek sana sini, bukak tutorial yang sememangnyaa dah aku jumpa di http://alieff.com, makanyaa aku mencuba membuat doodle pertama aku dari photoshop. Lagipun, orang yang biasa datang blog aku mesti tahu kan yang sebelum ni aku hanya melukis doodle menggunakan Microsoft Excel 2007. Tapi kan, susah oo nak buat pakai Adobe Photoshop ni kalau tak pandai godek. Macam aku ni pun, bedal je lah apa yang aku tau. Asalkan nampak okay dan jadi sudahlah. So, doodle yang aku buat pertama kalinyaa menggunakan tutorial yang sedia ada itu amatlah berbeza sekali dengan apa yang diajarkan. Haha. Takpelah, first try aku kan buat doodle guna Adobe Photoshop ni. Hehe. Nak tengok? Meh nak tunjuk. Err, aku tau tarak cantik, jadi jangan gelak over sangat k. *Malu kot nak tunjuk*


Hahah. Amacam? Comment dialu2kan. Nak kritik pun tarak hal. Aku terima saja. Ermm. Lepas ni kalau aku ada masa lagi, aku ingat nak explore lebih lagi Adobe ni. InsyaAllah, nak try buat doodle macam2 lagi dari sini. Hehe. Oklah, aku nak pi buat kerja lain lagi ni. Barang tak packing lagi. Tinggal beberapa hari saja ooo mau duduk di rumah. Sangat lah tak sanggup mau masuk belajar kembali. Huhu. Errrr, babai. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, June 3, 2012


Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Korang mesti ada baca kan pasal entry Tak bermayaa. :'( ni kan. Hoho. Dukacita nak maklumkan yang aku masih lagi belum pulih sepenuhnyaa. Entahlah, aku sendiri pun taktau kenapa perut aku ni asyik nak sakit saja. Tiap kali nak buang air besar, keluarnyaa hanya sedikit tapi berulang kali. Waduh, penat jugaklah berulang alik ke tandas. Huhu. Cuma yang bezanya harini dengan semalam, ialah aku dapat menaip dengan baik jugak harini. Semalam tu, nak angkat tangan tekan keyboard pun jenuh paksa. Huhu. Jadi, mungkin boleh update macam biasa harini dan esok2. 

Ohya, berbalik kepada tajuk asal, ni hah aku nak tanya korang. Pernah tak bawak orang sakit pergi jalan2 or paling kurang tengok wayang? Err, mestilah ada kan? Perangai diorang macam mana? Banyak meragam atau senyaap saja. Haha. Umum mengetahui yang aku memang sakit perut sehari dua ni kan, family aku pun tau especially kakak aku lah kan. Memandangkan hari ini hari terakhir aku puasa dalam minggu ni, kiranya cukuplah seminggu aku puasa tak dak gap, aku pun teringinlah nak pi tengok wayang after almost 2months i did'nt get any chances because of work. So, plan awal2 lagi dari malam sebelum tu. Kakak aku tanya, takpa ka hang nak puasa tapi pi tengok wayang? Larat kah? Aku buat taktau ja, nak sangat kan tengok wayang . Bukan takleh pi esok lusa, tapi adik aku ada tuisyen, susah sikit. Takdak orang nak jaga dia satgi.

Planning punya planning, dapat jugak pi tadi. Haha. Pi tengok wayang ja pun kan nak planning bagai. Muehehe. Makanya, petang tadi dapatlah juga menebus rasa gian yang membuak2 nak tengok wayang. Haha. Aku bedallah cerita Man Sewel Datang KL hasil cadangan kakak aku tu. Hajat di hati nak tengok Hoore ! Hoore !. Sobsss. :(


Cerita ni bolehlah tahan. Layan jugaklah. Muehehe. Cumanya aku rasa pelik, perlu ke nak bersusah payah demi seorang perempuan? Sampai habis beribu-ribu tuu. Kalau sayang dan cinta sekalipun, takperlulah kot. Kan3? Tapi, biasalah.. Cerita kan, filem.. Kalau realiti, memang hampehlah kalau jumpa orang macamm ni. 

Okey, nak tau lebih lanjut, carilah kat blog lain, rasa macam malas nak review sebab takberapa nak ingat sangat. Nak tau kenapa? Al-maklumlah, dh namanya pun sakit kan, sakit perut pulak tu, tambah-tambah tengah puasa, memang makin pedih la perut aku ni. Duduk dalam hall wayang tu, asyik nak berkalih tempat duduk ja. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, sampai adik dengan kakak aku pelik dengan aku. Haha. Sakit kot perut aku, tiba-tiba ja. Nak taknak, tahan ja. Malas nak keluar. Hehe. Jadi, fokus pada cerita ni dah lari sikit bila tak duduk senyap. Dan lepastu ja memang emosi aku terus tak stabil lah. Rasa moody ja. Haha. Nasiblah takdak orang cuba nak cari pasal, kalau tak memang kenyanglah makan amarah aku. Hehe.

Serius cakap, duduk dalam hall petang tadi tak tenteram kot. Dengan sakitnya, dengann orang belakang dok tendang2 kerusinyaa, adoi yaa. Memang nak maki dah, tapi time nak marah ja, dia berhenti sepak. Nasib baik gak. Haha. Aku ni bukanlah jenis pemarah sangat, cuma kadang2 bila emosi terganggu sikit, mulalah nk hangin ja memanjang. Kihkih. 

Err, macam dah makin panjang pulak ye aku menaip. Biasalah seronok dapat menaik kembali walaupun masih rasa sakit perut di bahagian belah kiri. So, aku nak rehat dulu. Babai..

p/s: gambar ehsan uncle Google. :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, June 2, 2012

Tak Bermayaa. :'(

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Okay, nampaknyaa aku dah makin kurang buat entry hari ni ye. Maaflah sebabnyaa aku sangatlah rasa tak larat sekarang ni sebab rasa sakit di bahagian perut. Jenis aku ni pulak, kalau sakit perut, satu badan rasa lemah. Nak bergerak pun susah. Adoi yaa. Tak taulah nak kata apa. Nak kata salah makan, aku cuma makan time bukak puasa ja. Makan makanan yang kakak dan abang aku belikan. So, takboleh nak buat kesimpulan sangat. Apa2pun, alhamdulillah aku masih lagi kuat untuk puasa harini. Sakit perut ni start dari semalam. Dalam pukul 2,3 pagi. Memang takboleh nak lelapkan matalah. Huhu. Tahan saja sakit sambil letak minyak kat perut. Sakit perut pulak rasa selalu nak membuang saja. Tandas tu dah jadi macam tempat wajib masuklah sekarang ni. Cirit pulak tu, bukannya membuang macam biasa. *maaf, hanya ingin memberitahu, bukan untuk tujuan lain* Harapnyaa esok dapatlah baik perut ni. Aku ada banyak lagi benda kena buat ni. Packing apa semua tak lagi. Next week dah mula semester baru dah. Hoho. Oh ya, disebabkan rasa lemah dan tak bermaya ni, jadi aku hanya mampu berblogwalking saja ke blog orang lain sambil baca entry. Nak menaip pun dah tak larat ni. Gagahkan lah juga. Huhu. Oklah, jumpa lagi nanti. Babai...

google


google

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, June 1, 2012

Saya Nak Header by AkmaDanira


Tajuk header : Chubby Itu Menarik

Description/Ayat: ...Jari di keyboard mampu meluahkan segalanyaa...

Warna/Kod warna: Kalau boleh buat gabungan warna putih + pink /hitam macam dlm blog ni. :)

Saiz: Bebas

Doodle : Bebas

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Bulan baru menjengah sudah !

Hai, saya budak baru dilukis. Hehe.

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, bersyukur kita pada hadrat Illahi sebab masih diberi kesihatan yang baik untuk hari ini. Juga masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar dimuka bumi Tuhan ini.  Makin lama, umur kita makin menginjak dewasa. Begitu jua aku. Namun adakah pernah kita terfikir, di manakah kita pada masa akan datang? Takpayah bertahun. Cukuplah sekadar bertanya, " Sempatkah aku hidup lagi 5 saat akan datang?"  Ya, persoalan yang kerap kali bermain di benak fikiran aku. Setiap saat aku berfikir, adakah akan ada peluang kedua tiap kali aku melakukan dosa? Kali itu terus aku bermusahabah diri. Memang aku bukan sempurna kerana yang sempurna hanyalah Dia Maha Pencipta. Tapi, aku masih lagi belajar. Belajar mengenal dunia yang nyata di samping akhirat yang menunggu aku. InsyaAllah, aku berharap aku akan berubah sikit pada masa akan datang. InsyaAllah, aminn. 

Oh ya, macam dah lari tajuk pulak yaa. Huhu. Okey, hari ini dah pun masuk 1 Jun 2012. Jadi, kita pun dah meninggalkan bulan May dengann bangganyaa. Haha. Ermm. Masuk saja bulan Jun, bermakna masa untuk kembali ke universiti ! Oh, tidakk, rasa macam tak percaya saja yang cuti ni dah nak habis. Err, lepas ni dah takleh nak on9 lama-lama dah. Sebabtu rasa lain tuu. Huhu. Naik semester baru nanti mungkin dah kurangkan penggunaan internet. Al-maklumlah, nak cari fokus baru. Nak buat yang terbaik. Serik dah dengan kesilapan yang lalu. Hoho. Kan tadi dah cakap nak berubah sudaah. Hehe. Harapnyaa perubahan yang berlaku mampu menaikkan semangat aku untuk belajar lagi. InsyaAllah, aminn.. :)

Apa2pun, selamat datang bulan Jun dan bulan Rejab(baru saja bukak tirai) ! Semoga kita boleh jadi baik start bulan ini dan akan datanggg. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Simple GiveAway by Chocolate-Vochelle Blog.Jum join !

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hyep ! Join GA lagi untuk ke berapa kali pun aku taktau. Takpernah ada luck pun. Haha. Saja-saja mencuba. Sebelum ni, aku pernah join segmen dari Rochelle ni. Segmen doodle yang comel-comel tu. Haha. Masih belum sempat nak buat entry pasal dapat doodle free ni. Nanti nanti lah ye. Ok, kali ni join GA dari Rochelle jugak. Korang-korang yang baca pun, rajin2 kanlah join ye. Hadiah agak menarik ! Hehe. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA