Thursday, May 31, 2012

Selamat Hari Lahir Kawanku !


31 May 2012. Seorang lagi rakan aku menyambut hari lahir yang ke 19 tahun. Alhamdulillah, bersyukur kita sebab masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini. Apa2pun, selamat hari lahir kepada kawan aku, Farhana a.k.a Cik Jelly Chan. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terimalah kad hari lahir ini yang simple dari aku. :) Hadiah tuntut lain kali nuh, aku takdak duit sangat la nih. Ngeh3.

p/s: doodle agak hodoh sebab first time try buat tanpa fikir nak lukis apa. haha..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sayang, Cinta dan Sahabat . :)


Aku memang sayangkan engkau,
mana mungkin untuk aku menipu diri aku,
setiap kali aku berhadapan dengan engkau,
namun aku sedar, aku bukan sesiapa untukmu,
dan aku juga rasa aku takperlu untuk menjadi sesiapa yang untuk bersamamu.

Aku hanya perlu untuk menjadi diri sendiri,
walaupun sukar namun aku gagahkan.
Aku bukan sesiapa pun,
hanya seorang gadis biasa yang dambakan kebahagiaan,
tapi bukan hanya engkau saja yang mampu beriku kebahagiaan,
kerana aku tahu masih ramai lagi yang mampu bahagiakan aku.

Aku bersyukur kerana Allah S.W.T masih sayangkan aku.
masih menerima hambaNya yang lemah ini.
Sayang aku kepadamu tak akan lebih,
dari sayangku kepadaNya,
kerana Dia telah banyak menolong aku kala susah dan senang

Makin lama aku makin sedar,
aku bukan sayangkan kau,
cuma aku rasa selesa tiap kali kita bersama,
bergurau senda dan bergelak ketawa,
berasa selesa di sisi, bagi aku,
bukanlah bermaksud cinta atau sayang,
cuma aku senang engkau berada di sisi
hanya sebagai seorang SAHABAT. :)

#google#

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tak Update Blog ?

Google
Harini aku agak busyy. Aku sendiri tak sure apa yang aku busykan tuu. Haha. Mungkin sebab harini aku kena home alone tadi. So, semua benda kena uruskan sendiri. Lagipun, semester baru dah dekat. Aku sibuk sikit nak packing barang, print lecture notes. Tapi printer pulak buat hal. Macam-macam ragam ada. Adehh. Sabaq ja lah. Ini pun baru ada masa nak update. Nak blogwalking? Takpayah kata laa. Haha. Nanti ada masa aku blogwalking lah yee. Okey, nanti aku update lagi. Babai ~ ~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, May 30, 2012

Arrianshah Akid - Anak Sulung Tomok dan Ayu


Dari Twitter Tomok

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Alhamdulillah, isteri Tomok OIAM, Ayu selamat melahirkan baby sulung mereka pada 0603petang semalam, seberat 3.33kg. Arrianshah Akid bin Shah Indrawan nama diberi. Comel je kan babyyy ni. Bulattt mukaaanyaa. Haha. Geram pulakk aku menengok nyaa. Tiba2 rasa nak kembali bersama segmen Baby Comel yang aku buat dulu. Haha. Apa2pun, tahniah diucapkan kepada Tomok sekeluarga ! :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, May 29, 2012

Random Giveaway by Yana

KLIK BANNER UNTUK JOIN !

Aku tag sesiapa yang baca post ni. Cepatlah join, tarikh tutup 31 Mei 2012 ni !

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Yuhuuuu. Sedapppnyaa.. *Mengidam*

gambar dari FB. ^^

Wuaaaaa.. Aku dah la tengah puasa sekarang ni. Bukak2 FB tadi tengok pulak gambaq ni. Meleleh ayaq liur ni. Dah lama kot tak makan aiskrim macam ni. La nie susah sikit dah nak jumpa orang juai aiskrim macam ni. Oh, tak sabar pulak rasa nak bukak puasa. Hehe. Eh jap, ada ke orang yang tak pernah makan aiskrim macam ni? Tipu3. Haha. Paling kurang mesti pernah rasa kan? Hehe. Tambah-tambah orang yang lahir tahun 90-an. Mesti pernah makan aiskrim ni. Hihi.

Okaylah cakap banyak2 nanti duk berangan makan aiskrim ni pulak, kang terbatal pulak puasa. Haha. Apa2pun, aku memang teringin plus mengidam nak makan aiskrim ni. Best ooo kalau dapat pekena sekali. Haha. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Random Giveaway by Cik Fie

KLIK BANNER UNTUK JOIN !

:)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Bila isu K-Pop Jadi Sebutan !


Okay, sebelum apa2, sila ketepikan semangat politik anda semua ya. Aku nak bercakap hanya sebagai belia masa kini. Lagipun, kita kan rakyat Malaysia, selagi boleh nak bersuara, tetap nak bersuara walaupun takdak siapa nak mendengar rintihan kita. Betul kan. Erm.. Sekarang ni, boleh dikatakan setiap kali aku bukak facebook, aku akan nampak orang dok share2 pasal isu K-Pop yang buat konsert Masa Himpunan Belia Negara 2012 di Putrajaya hari tu dan pakat-pakat nak menyalahkan Perdana Menteri Malaysia sendiri sebab benarkan artis Korea ni masuk Malaysia dan buat konsert. Lepas tu mula nak sabitkan berkaitan dengan politik bagai, mentang-mentanglah PRU dah dekat kan. Okay stop, aku malas nak bincang isu politik ni sebab ini bukan bidang aku dan aku masih belum layak nak berbicara soalnyaa. 

Cuma apa yang aku nak bagitau kat sini, cuba korang renungkan dan fikir balik kenapa PM kita, jemput artis Korea a.k.a K-Pop ni mai Malaysia dan buat konsert masa HBN haritu. Aku kata macam ni bukan bermakna aku sokong tindakan ini dilakukan sebab aku sendiri tak minat korea. Tapi masalahnyaaa, rakyat Malaysia sendiri especially belia remaja sekarang ramai yang meminati K-Pop ni. Korang tak percaya? Cukuplah hanya buat pemerhatian di sekeliling korang. Paling kurang pun mesti akan ada dua tiga orang yang minat dan fanatik dengan K-Pop ni. Itu baru yang di sekeliling korang, tak masuk lagi di sekitar kawasan korang, di sekitar mukim, kampung, daerah, dan juga negeri korang. Paling-paling busuk pun 100+ orang dalam satu negeri tau. Malaysia pulak ada berapa negeri? 14 negeri kan termasuk Wilayah sekali. Hah, cubalah darab tengok dapat berapa. Lepastu, comparekan dengan belia yang hadir pada masa konsert itu dijalankan. Agak-agak lebih kurang atau lebih banyak lagi bilangannyaa? Wallahualam, sebab aku sendiri tak ambik tau pun pasal semua benda ni. Bukan tak cakna, cumanyaa tak rasa perlu. Aku di Penang dan himpunan tu di Putrajaya. So, perlu ke aku nak sibukkan diri ambik tau pasai semua ni kan. Contoh terdekat la aku bagi kat kampus aku tu hah, berapa ramai yang minat Korea, tanyalah artis mana dan nama, mesti diorang kenal. Tapi kalau tanya aku dan geng3 yang tak minat Korea ni, memang taklah kami nak kenai. 

Tapi aku tau, bukan semua orang yang minat dan fanatik gila-gila dengan Korea ni. Ada ja yang saja suka-suka nak melayan cerita-cerita Korea, artis-artis Korea sebabnyaa nak menutup rasa bosan yang membelenggu di jiwa. Aku tau, lagipun ada ja 3,4 orang kawan aku yang layan saja-saja ja. Ok, lagi satu mengenai pemakaian artis Korea masa konsert tu, ramai yang dok cakap2 belakang. Masalahnyaaa kat negara mereka, memang dah cara pemakaian macam tu, nak buat macam mana. Bila dah mai Malaysia, mestilah diorang ikut style diorang tuu. Cuma bila aku tengok gambar atas tu, memanglah terlampau seksi, kalau biasa2 saja macam orang biasa tengok, mungkin boleh terima lagi. 

Rajin pulak orang yg buat jadual ni. Huhu.


Oh ya, bila aku bukak page bahagian gambar atas tu tadi, ada yang comment:
takpayah tengok kat konsert, kat tepi jalan pun banyak yang pakai macam ni. 

Hah, ayat macam sentap, tapi takboleh dinafikan. Ada jugak kebenarannyaa. Apa2pun, aku dah malas nak bukak cerita pasal benda ni. Penat dah nak bercakap isu yang macam ni bila melibatkan satu2 perkara. Ya, ini mungkin salah satu cara mereka untuk tarik minat belia untuk ke himpunan tu serta nak meningkatkan keyakinan pemerintahan mereka terhadap rakyat tapi bukan begini caranyaa. Bila dah isu macam ni ditimbulkan dan dibesar2kan serta pihak yang terlibat hanya berdiam diri, maka masa depan negara nanti akan tergugat. So, bagi aku hanya Allah saja yang tahu apa yang akan terjadi masa akan datang. Mungkin benar yang dunia ni sudah mahu kiamat. Wallahualam. 


Komen Imam Muda mengenai HBN 2012

p/s: entry kedua pasal Korea lepas entry pasal Running Man tuu. Btw, gambar semua import dari FB.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, May 28, 2012

Segmen Review blog by HudaHud


JOIN ! :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

SEGMEN : Bloglist Jun 2012


Berapa kali update entry dalam sehari?

-Bergantung kepada tahap kerajinan. Kalau rajin, dalam 4 hingga 6 entry sehari. Tapi paling kurang pun memang sehari tu akan update jugak walaupun sekali. Biarlah nampak terusik sikit. Hehe-

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Segmen saya nak doodle comel dari Rochelle!


Nickname: Alyaa

Warna baju: Putih + Pink
Warna nama: Hitam/ warna apa2 yang boleh masuk dan nampak jelas di mata penganjur. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Segmen:Misi Mencari Bloglist Jun


Blog yang bagi inspirasi kat aku?

Tengok dekat bloglist C.A aku tu, mostly orang2nya banyak memberi inspirasi dekat aku. Tq. :)


p/s: aku dah join segmen untuk support blogger. korang bila lagi? haha. klik banner untuk join. babai.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, May 27, 2012

Selamat Hari Lahir Sahabatku... ^__^


Pada 27 Mei 1993 iaitu kira-kira 19tahun yang lalu, lahirlah seorang puteri sulung dalam keluarga Ahmad Jani yang diberi nama Farah Adiba. Dia merupakan seorang puteri yang baik lagi menawan. Dan dia juga merupakan kawan, sahabat, teman dan seperti kakak bagi aku. Seringkali berada bersama kami ketika kami runsing dan memerlukan bantuan. Alhamdulillah, sekarang dirinya makin berjaya dalam bidang nyaa yang tersendiri. Bakal pemegang Ijazah Sarjana Muda Senibina (Sains) ini amatlah aku rindui saat ini. Berbual di telefon pun takpuas rasanyaa sebelum ini. Kepada Farah Adiba, selamat hari lahir yang ke 19tahun pada 27 Mei 2012. Semoga awak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Semoga berjaya di dunia dan juga di akhirat. InsyaAllah, amin.. Apa2pun, terimalah kad buatan saya yang tak seberapa ini. Semoga ianyaa terus berada bersama awak. Harapnyaa ikatan persahabatan yang terjalin kekal hingga Jannah. :) 


Saya rindu awak, dib ! :')

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Terasa nak bagi freebies ! :)

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Okey, aku tau aku bukanlah hebat mana buat doodle ni kan. Tapi, tiba2 terasa nak bagi freebies doodle ni. Korang nak ambik atau tak, tak kisah. Tak ambik pun takpa kot. Haha. Sebabnyaa bukannya cantik punn. Aku just nak letak ja dalam blog ni sebagai penghargaan untuk diri aku sendiri sebab mampu buat doodle sendiri yang aku impikan dari dulu lagi walaupun agak susah. Huhu. ~

Silalah jenguk doodle2 yang ada ye. Rasa nak ambik tu, bagitau lah ye. Hehe. Babai. ^__^






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, May 26, 2012

Soal Jawab Mengenai UiTM Pulau Pinang !


Assalamualaikum dan selamat malam semua !

Okay, sepatutnyaa entry ni dah lama aku publish iaitu sejurus sahaja tawaran kemasukan pelajar baru ke UiTM Pulau Pinang ni. Tapi, malangnyaa aku sangatlah takdak masa untuk menaip entry yang panjang2. Jadi, disebabkan sekarang dah pun bermulanyaa cuti sekolah maka kerja aku dah berkurang sikit, so dapatlah menaip entry panjang2 dan menjawab segala persoalan yang sentiasa menghantui pelajar2 baru intake Jun-Nov 2012 ni. Sebelum tu, selamat datang aku ucapkan kepada bakal pelajar yang akan mendaftar di UiTM Pulau Pinang pada 2 dan 3 Jun 2012 nanti. Rasanya masih sempat untuk aku memaklumkan dan berkongsi serba sedikit yang aku tahu sepanjang aku berada di UiTM Pulau Pinang selama setahun ini. :)

Memandangkan aku bukanlah pelajar sastera mahupun penulis buku atau novel, jadi aku tak pandai sangat nak mengatur ayat bagai. Justeru, rasanya baik aku jawab soalan2 common yang selalu bakal2 pelajar baru ni tanya aku kat FB dalam bentuk point dan huraian bagi memudahkan mereka jugak untuk baca. Kalau buat macam karangan BM kang, ada pulak yang taknak baca. Haha. Jadi, mari kita teruskan segala soalan2 biasa yang aku dengar dari orang yang berlainan. Harapnyaa apa yang nak disampaikan nanti, dapat bantu korang serba sedikit. Student UiTM lain pun boleh je kalau nak tahu apa yang aku nak kongsikan ni. :)

1) Mengenai orientasi Minggu Destini Siswa (MDS) serta cara pemakaiannyaa.

Seperti kebiasaannya, korang memang akan melalui satu fasa sebelum disahkan menjadi mahasiswa/ mahasiwa baru UITM iaitu fasa orientasi ataupun terkenal dengan gelaran MDS. Sewaktu MDS ni, pelbagai perkara dan acara yang telah diaturkan oleh pihak UiTM untuk pelajar2 baru ni. Kebanyakan yang korang akan laluinya nanti adalah sesi taklimat bersama HEP, HEA, MPP , KOQ dan sebagainyaa. Jangan risau, ragging dan sebagainya tak wujud di UiTM Penang setakat ni. Kalau ada pun, setakat tidur lewat dan kena bangun awal. Itu saja. InsyaAllah, minggu MDS ni takdalah teruk sangat kalau korang kuat dan kental ! Haha. Lagi satu, make sure korang ada teman paling kurang seorang tau sebab nanti mostly korang kena beratur dalam dua barisan. Kot2lah rasa macam janggal lagi, better cari kawan awal2. Haha. Macam aku dulu, redah ja. Masuk baris buat taktau ja, satgi adalah orang kat sebelah aku tu. Ngeh3. Okay, rasa pasal MDS yang tu saja aku boleh kongsikan, yang lain tunggu dan lihat sendiri. Muehehe. Tak bestlah kalau dah cerita all out kan. Tak menarik nanti korang experience. 

Sekarang kita pergi bab pemakaian waktu MDS ni. Fuh, soalan ni memang glamour tambah2 bila dalam buku panduan tu ada state kena bawak baju putih untuk senam seni kot kalau taksilap aku. Err, sebenarnya kalau korang nak pakai baju warna warni pun boleh. Tak semestinyaa pakai baju warna putih saja. Tapi, apa2pun ikut arahan daripada PM (pemimpin mahasiswa) masa tu. Untuk perempuan, samada nak pakai tshirt ataupun baju kurung, ikut kesesuaian aktiviti. Tapi mostlyy baju kurung pakai waktu malam saja. Lelaki pun begitu, refer biro2 PM yang ada, supaya senang nanti. Ermm. Apa lagi ya? Oh, untuk perempuan, dinasihatkan baju yang korang bawak tu haruslah melebihi paras punggung ! Itu boleh dikatakan wajib untuk sepanjang tempoh 1 minggu ni. Manakala tudung pula berwarna putih jenis bawal dan dipin kebawah. Faham kan pin ke bawah tu macam mana? Tak paham sila tanya okey. Untung tau korang aku jujur cerita pasal baju dan tudung dan blabla ni sebabnya aku dulu masa masuk mana tau semua benda ni. Nasib bawak spare. Jenis aku pulak taksuka pakai baju sipi2 kat punggung. Selamat la jugak. Cuma tudung bawal putih tu la, sehelai ja bawak. Haha. Pakai sajalah seminggu tanpa basuh disertai dengan peluh2 yang ada. Err. Geli memang geli tapi tahan sudaaa. Untuk lelaki pulak, make sure rambut pendek, baju kena pakai baju berkolar, berkasut dan berseluar slack ! Jeans dilarang keras sepanjang minggu orientasi ni, lepas orientasi bolehlah nak pakai pun. Apa lagi hah korang nak tahu? Aku rasa yang ni ja yang aku nak bagitau, tapi kalau ada apa2 nak tanya, tanya kat comment bawah pun boleh, kat FB pun boleh, twitter pun okay. InsyaAllah, aku akan jawab dengan segera. :)

2) Pemakaian di Universiti (selepas minggu orientasi @MDS)

Soalan kedua ni pun boleh tahanlah orang tanya. Biasalah kan baru pertama kali nak menjejakkan kaki di universiti, so masih confius dan pening dengan pemakaian di universiti ni. Macam aku dululah. Haha. Tapi, bagi sesiapa yang biasa dengan kehidupan asrama, insyaAllah takada masalah nak uruskan diri di universiti nanti. Okay, selepas minggu orientasi, pemakaian adalah mengikut sahsiah rupa diri. Sahsiah rupa diri tu macam mana? Meh tengok gambar bawah ni.




Yehaa. Kat atas inilah yang dinamakan mengikut sahsiah rupa diri. Nampak sopann ja kan. Hehe. Kalau masa orientasi kena pakai tudung bawal putih pin kebawah saja, tapi masa nak kelas, ke tutorial, bengkel dan sebagainyaa, korang dah bebas untuk pakai apa saja, tudung pun sama. Syria ka shawl ka bawal ka arianni ka, semuanyaa dah boleh asalkan menutup aurat. :) Baju pun ikut sukalah nak pakai macam mana pun asalkan masih mengikut sahsiah rupa diri. Begitu juga dengan lelaki. Pakailah baju apa pun nak pakai asalkan berkolar dan juga nampak kemas. Iyelah, kita kan nak jadi mahasiswa UiTM, kenalah pakai sopan dan kemas, baru orang pandang tinggi sikit. Hehe. Oh ya, sebelum aku terlupa, dekat UiTM Penang malah di UiTM lain pun rasanya ada hari2 tertentu yang kena ikut pemakaian yang ditetapkan. Di UiTM Penang, hari Isnin adalah Hari Korporat. Jadi lelaki akan berpakaian formal dengan memakai kemeja, tie, berkasut, berstokin manakala perempuan pulak berbaju kurung. Hari Jumaat pun perempuan kena berbaju kurung, lelaki boleh berbaju Melayu namun tiada paksaan. :) Kalau siswi macam aku ni, bawak 3,4 helai baju kurung pun dah cukup. Itu pun kira okey dah la. Nak bawak lebih pun okay. Bergantung pada pemakaian koranglah ye. Macam aku, hari Isnin memang pakai baju kurung, hari Selasa pakai blaus dan seluar, hari Rabu pakai baju korporat Fakulti Farmasi, hari Khamis bergantung pada situasi. Hari Jumaat pakai baju kurung if takda aktiviti yang lasak. Errmm. Nak cerita apa lagi yaaa? Rasanyaa bab2 pemakaian ni ramai kot yang dah paham kan? Macam biasa, kalau nak tau apa2lgi, silalah tanyaa ye. 

3) Barangan Elektrik yang boleh dibawa

Err, kalau taksilap aku takdak lagi yang tanya mengenai ni, tapi takapalah aku bagitau lah sikit2 ye. Untuk barangan elektrik, korang hanya boleh bawak water heater sahaja. Rice cooker, toaster, dan hairdryer dan sewaktu dengannya adalah dilarang sama sekali. Begitu juga dengan extension. Tak dibenarkan. ! Aku mula2 tu bawak ja extension, sebab taktau kan boleh bawak ka dak. Tapi, lepas tu hantaq balik laa. Hehe. Ada sebab kenapa pihak pengurusan tak benarkan student bawak extension ni salah satunyaa boleh menyebabkan litar pintas nanti. Tak percaya, trylah buat. Terutama sekali dekat bahagian kolej lelaki. Selalu sangat berlakunyaa. Once dah jadi tu, memang kena samanlah dengan pihak kolej. Dah kena saman, sem seterusnyaa say goodbyelah to kolej ye. Cepat2 cari rumah sewa. Haha. Oh, lagi satu nak bagitau. Barang2 eletrik yang dibawa mestilah berdaftar dan dikenakan bayaran RM 10 untuk satu barang sepanjang semester. Kira murah okey. Itu pun ada yang complain mahai la apa lah. RM 10 tu bukan untuk sebulan tapi untuk 6 bulan. Itu pun nak berkira. Tak paham betui aku. Laptop, charger, printer, scanner dan aksesorinyaa dikira sebagai satu barang, handphone dan charger satu barang dan water heater satu barang. Jadi total hanya 3 barang sahaja yang dibenarkan. Nak bawak lebih boleh, tapi pandai2lah kongsi dengan roomate nanti. Daftar barang kita bawah nama orang lain pun boleh je asalkan barang tu terjaga dan berdaftar serta berbayar. Faham dak? Haha. Maaf lah kalau berbelit2 aku terangkan. Ngeh3.

4) Kolej/Asrama di UiTM Pulau Pinang


Okey, sebelum tu aku nak tegur sikit nuh, janganlah panggil asrama lagi. Rasa maca duduk kat sekolah saja. Huhu. Bila dah masuk UiTM mahupun uni lain, asrama korang biasanya akan dipanggil kolej. Di UiTM Pulau Pinang, untuk siswa ada 3 blok kolej iaitu kolej Nilam, kolej Zamrud dan kolej Baiduri manakala untuk siswi pula ada banyak blok iaitu Blok Kristal yang ada Kristal A dan Kristal B, Kolej Intan , Kolej Delima yang ada hampir 3 blok di dalamnyaa. Satu bilik ada empat orang, ada meja study, dan almari baju. Untuk siswi yang dapat Kolej Kristal dan Delima, kolejnya macam apartment. Satu apartment ada dua bilik. Satu bilik ada empat orang. Meja study di bahagian luar.

Ruang belajar di Kolej Kristal. Gambar dari pakcik google. :)

Bahagian tandas dalam rumah apartment :)

Rupa kolej Kristal dari luar. Ada 10 tingkat. :)

Kemudahan2 seperti cyber cafe, dobi mesin syiling, food court juga disediakan di sekitar Kolej Kristal ni. Haha. Mesti korang pelik kenapa aku asyik cerita pasal Kolej Kristal kan? Sebabnyaa nak dekat 3 sem dah aku duduk Kristal ni, kira dah terer la kawasan Kristal nih. Haha. Jangan risau siswa pun boleh berada di kawasan sini cuma tak boleh melebihi had yang ditetapkan lah. Kalau pergi foodcourt bawah tu masih dibenarkan, manalah tahu kot2 nak buat 'study group' kan. Hihi. Err, nak cerita apa lagi ya? Oh, mini market a.k.a koperasi pun ada. Macam2 benda yang dijual, tak keluar pun. Tak caya? Trylah pergi tengok. :) Rasanya dah menjawab serba sedikit, tapi kalau nak tau lagi, silalah tanya okey.? Ok, bagi siswa pulak mostly blok kolej mengikut bilik. Satu bilik ada 4 orang, meja study, katil dan almari semuanyaa ada. Cuma tandas saja di bahagian luar. Kolej Intan untuk siswi pun lebih kurang begini jugak. 

5) Jadual kelas mahupun aktiviti harian

Hah, jangan terkejut tau kalau ada yang tanya soalan macam ni kat aku. Ada yang tanya, "Kak, jadual kelas nanti macam mana?", "Aktiviti harian pulak bagaimana?, Petang buat apa, Malam pulak macam mana? ". Pergh, mulamula dengar pun macam lawak tau, tapi kemudian akan terfikir, mungkin diorang takde pengalaman lagi dalam ahli keluarga diorang. Jadi, taksalah kalau aku share dan kongsi apa yang aku tau. Untuk jadual kelas, jangan risau. Nanti akan diberikan untuk student sem 1 ni. Tapi bila dah masuk sem 2 dan ke atas, korang kena buat sendirilah jadual tu. Haha. Mana boleh asyik kena suap saja kan. Ngeh3. Untuk aktiviti harian pulak, ikut koranglah nak buat apa. Kita kan dah besar, dah nak jadi student Uni nanti, jadi tak ada orang nak kongkong aktiviti harian kita. Nak tidur, baring, kentut, keluar, pergi library ke semuanya ikut kita. Tapi pandai2lah korang jaga diri ye. Pengaruh di uni nanti banyak tau. Tetapkan iman, insyaAllah semuanyaa akan okey. Hehe. Untuk UiTM Penang, paling lewat pun kena berada di kampus sebelum pukul 11 malam. Kira okeylah tu, nak balik lambat2 buat apa, cari masalah saja nanti. Haha. Err. aku dah makin blur nak taip apa, macam besalah, kalau confius lagi, tanya balik nanti okey?

6) Cara belajar di UiTM

Ini pun ada yang tanya tau. Banyak benar diorang nak tahu. Haha. Ok, di UiTM mahupun di uni2 lain di Malaysia ni, akan ada course work iaitu melibatkan assignment, quiz, test, presentation, paper work dan sebagainyaa. Tutorial juga penting dalam course work. Mostly hampir 30% course work ni. Lagi 70% untuk paper final. Oh ya, ada juga yang tanya nanti kena guna buku tulis ka apa masa kat uni nanti. Aku jawap boleh ja nak guna buku tulis, kalau rasa2 susah nak simpan foolscap paper tuu. Haha. Ada ja kawan aku yang guna buku tuliss. Err, lagi satu untuk student engine, nanti korang akan banyak masuk bengkel, untuk student kesihatan iaitu farmasi dan sains kesihatan, banyak masuk makmal. So, kena pakai labcoat. If taksilap, student engine pun kena ada labcoat. Labcoat boleh beli di lab nanti. Harga lebih kurang RM 30 kalau xsalah la. Lupa pulak berapa harganyaa. Haha.

7) Kemudahan di UiTM Pulau Pinang dan sekitarnyaa

- Library


-Pusat Islam

-Cyber Cafe

-Mesin ATM 

-Food court

-Gelanggang Futsal

-Unit Kesihatan

-Dobi syiling dan dobi biasa

-Mini market

-Shopping complex [Jusco, Sunway Carnival, Pacific]

- Kedai makan pun ada dekat2 luar kampus

- Pasar malam pun ada.

-Tempat tunggu bas ada, bas Rapid memang selalu ja lalu area situ

-Bak kata Astro, macam2 ada. Haha.


Okay, rasanya entry ni dah makin panjang. Cukup kot apa yang aku kongsikan ni. Kalau ada yang kurang, silalah bertanya ya. Sesungguhnyaa aku hanyalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan. InsyaAllah, sama2 kita betulkan nanti. Untuk Kampus Bertam, aku akan buat entry lain lepas ni. Tak boleh nak campur2 nanti pening sudaa. Apaapa pun, selamat datang sekali lagi aku ucapkan kepada pelajar baru yang akan mendaftar taklama lagi. Sekian...

p/s: lepas menaip, dah tak baca balik. haha. sorry kalau ada silap dan salah dalam proses buat ayat. hehe. :) harap membantu. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Keluarga yang dirindui selalu !


Yehaaaaa.. Inilah keluarga Ibnu Batutah 09/10 yang selalu aku rindui. Entah bila dapat berjumpa lagi aku pun taktau. Rindunyaa kat mereka semua. Maka tercetuslah poster yang indah ini. Hehe. Sebenarnya mereka2 ini adalah sebahagian daripada keluarga angkat aku semasa aku dekat MRSM dulu. Diorang yang banyak tolong aku kalau aku ada masalah dan sebagainyaaa. Alhamdulilah, sekarang semuanya dah makin berjaya. Aku rasa rindu kat mereka bila tengok gambar2 diorang kat Kuala Berang haritu. Huhu. InsyaAllah, ada masa nanti harapnyaa dapatlah aku berjumpa dengan mereka semua. Amin.. ~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, May 25, 2012

Pasar Malam !

#pakcik google bagi pinjam gambaq#

Hai semua.. Assalamualaikum dan selamat malam !

Harini hari Jumaat. Macam biasa, kat taman aku ni kalau hari jumaat ja mesti akan ada pasar malam. Kat tempat korang pasar malam hari apa? Haha. Meh la kongsi2. Sebelum tu, nak tanya. Ada ka orang yang takpernah pergi pasar malam sepanjang hidupnyaa? Hehe. Kalau ada, baguslah. Memang respect.

Aku dulu pun tak berkenan sangat ke pasar malam ni, mana takkknyaa rimaslah dengan orang yang ramai2 ni. Haha. Macam teruk je kan aku nih. Eh, biarlah, sibuk jaa. Haha. Tapi, itu dululah. Sekarang ni, asyik nak pergi pasar malam je. Walaupun tak beli apa2, tapi tetap nak pergi jugak. Haha. Nak tau kenapa? Sebabnyaa kadang2 pasar malam ni bolehh jadi tempat kedua untuk jumpa kawan2 lama. 

Tambah2 kalau pasar malam tu memang glamour kat satu2 tempat tuu. Mesti akan jumpa punyaa. Aku ni selalu lah jugak jumpa kawan2 aku kat pasar malam. Hehe. Aku pun kalau nak keluaq, ajak depa pi pasar malam lah. Ngeh3. Err, tapi kan pasar malam ni kadang2 tak baik sikit makanan nya. Maksud aku banyak cholestrol dan so on. Tapi kata dah besar kan, pandai2 lah pilih makanan yang okey. Hehe.

Oklah, nak cerita yang tu saja. Tiba2 terlintas nak cerita pasai pasar malam. Kalau kat area sini, hari Rabu pasar malam kat Kepala Batas, hari Jumaat kat Bertam Perdana, hari Sabtu kat Kepala Batas balik. Hehe. Jadi, marilah kita beramai2 ke pasar malam ! :)

p/s: semua ni tercetus bila kawan aku yang lelaki yang bertahun tak jumpa tu kata dia jumpa aku kat pasar malam hari Rabu lepas. tak teguq sebab malu ! ceh. hampeh ja. haha.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, May 24, 2012

Spontaneous Thursday #6


Inilah gambar kedua yang aku maksudkan tadi ! Angry bird merah bersama angry bird hijau a.k.a vavi. Hihi. Alhamdulillah, kawan2 aku banyak puji lukisan aku dan suruh aku try benda lain lagi. Hehe. InsyaAllah, ada masa aku akan cuba lukis benda lain lagi. Btw, thankss sangat2 dekat sis Nurdani sebab sudi kongsikan tutorial ni walaupun tutorial ni dah lama, cuma aku saja yang tak perasan. Hehe. Korang semua yang baca entry ni, digalakkan untuk mencuba. Best rasa bila dapat lukis sendiri. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Spontan Hari Khamis.. - Liga Ilmu


Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Ok, disebabkan tajuk entry pun Spontan Hari Khamis jadi apa yang ditaip kebanyakannya keluar dari otak terus dan disampaikan kedalam entry. Haha. Takdak masa nak fikir2 dah ni. Hehe. Oh ya, aku buat entry ni pun curi2 je ni sebabnya sekarang ni aku tengah proses mengemas bilik dan ruang atas rumah dengan kakak aku. Haha. Sambil mengeluarkan peluh yang boleh dikatakan agak banyak. Ok, geli pulak cakap pasal peluh. Muehehe. So, sambung kepada entry. 

Dalam aku dok mengemas dengan kakak aku dekat atas ni, adik aku dengan bahagianya tengah melayan televisyen di bawah. Macam best ceritanya. Aku ingatkan tengok drama Melayu ke hape ke rupa2nya tengok Liga Ilmu di Astro Oasis. Fuh, sejak bila adik aku rajin bukak Astro Oasis pun aku taktau. Haha. Apa2pun, Liga Ilmu ni memang best ! Tajuk malam ni yang aku dengaq ialah Penceraian.. Salah siapa? Lelaki atau Perempuan? Perghh.. Memang berdebat sakan la Imam Muda dengan Ustazah Pilihan ni. Banyak juga ilmu dan manfaat bila tengok debat ni. Hehe. 

Masa dok taip entry ni pun masih dok tengok lagi debat ni. Tak jemu kot dengar diorang debat. Daripada dengar debat lain yang boleh bawak dosaa tuu, baik dengar yang ni. Haha. So, sampai sini dulu. Nak sambung tengok televisyen sambil mengemas ! Hihi. :)

p/s: sekali sekala layan debat ilmu ni apa salahnyaaa kan. hehe. ^^ [gambar dari google]

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM