Monday, April 30, 2012

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

Assalamualaikum dan selamat malam.

Aku tahu berita ni macam dah basi dalam kalangan pelajar lepasan SPM 2011, tapi aku tetap juga nak update. Lagipun dari tahun lepas lagi memang aku rajin update benda2 macam ni. So, biar pun dah lambat, aku tetap nak update. :)


Kepada semua pelajar lepasan SPM 2011 ataupun kepada sesiapa yang ada memohon untuk program KPLSPM 2012 ini bolehlah membuat semakan pada hari ini, 30 April 2012 di laman web 


KLIK BANNER ATAS PUN BOLEH. :)

Kepada semua yang berjaya mendapat panggilan temuduga ini, TAHNIAH diucapkan. Yang tak dapat, jangan kecewa. Banyak lagi peluang yang ada. Dan kepada yang dapat dan rasa2 ada soalan macam mana nak face penemuduga, bolehlah tanya aku. Tapi bukan aku lah yang jawab, kawan2 aku kan ramai yang teacher-to-be. So, aku rujuk diorang lah. Haha. :)

p/s:

Temuduga dan ujian Insak: 7-18 Mei 2012 (Bergantung pada surat panggilan)
Keputusan temuduga: 5 Jun 2012
Pendaftaran pelajar baru: 18 Jun 2012


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jika itu yang terbaik.

Makin lama hati aku makin pedih. Sungguh, aku sendiri taktahu kenapa. Mungkin bila aku dapat tahu result exam dia. Kecewa? Adalah. Aku nampak perbezaan sewaktu study antara aku dan dia. Aku nampak yang dia lebih ke arah lain sewaktu study week. Tapi, kenapa dia lebih cemerlang resultnya dari aku. Entahlah, mungkin dia antara golongan genius yang dikurniakan oleh Allah. Bukan macam aku yang kena study hard sangaat. Mulamula rasa macam dah recover sikit, tapi tadi bila whatsapp dengan dia, terus aku jadi lemah dan longlai. Air mata mula mengalir perlahan-lahan. Setitik demi setitik dan seterusnya banjir muka aku dek air mata. 


Aku jadi lemah tibatiba. Lemah sangat. Aku mengadu dengan ex roomate masa sem 1 dulu. Dia pun hadapi situasi yang sama. Tapi, sekurang2nya result dia takdelah seteruk aku. Dan kami berbeza course. Entahlah, dia kata kalau aku terusan macam ni, makin lama aku boleh dianggap melawan takdir. Tidak, bukan itu yang aku inginkan. Mana mungkin aku nak melawan takdir. Cuma hati ini terlalu nipis rasanya. Mudah sangat terguris bila soal itu dibangkitkan. Ya, mungkin salah aku sebab bertanyakan resultnya. Tapi, tak sangka pulak begitu hebat keputusannya. Dan ya, sekali lagi aku kecewa. Dan kali ni memang teruk kecewanya. Teruk sehinggakan aku rasa aku ingin sekali menamatkan pengajian aku dalam bidang ini. Mungkin bidang farmasi ini bukan bidang aku. Jika itu yang terbaik buatku, mungkin aku patut undur diri. Aku dah tak sanggup. Tak sanggup nak malukan diri sendiri, malukan mak dan abah, malukan keluarga lagi. Sampai saat ni aku masih rahsiakan result aku dari mak dan abah. Aku taknak mereka kecewa dengan aku. Mereka terlalu mengharapkan aku untuk berikan yang terbaik. Tapi aku gagal. Bukan sekali aku gagal. Tapi dua kali. Dua kali... Dua kali. Cukuplah aku dah menguris hati mereka bila dua kali gagal memberikan yang terbaik.


Aku cuba.. Aku dah cuba sangat2. Mungkin bukan rezeki aku kali ni. Lagipun, aku dah penat kecewa. Penat sangat-sangat. Mungkin lepas ni, aku bukan lagi aku. Aku bukan lagi Alyaa yang boleh dibawa bergurau, gelak sana sini, bukan lagi Alyaa yang mudah nak tolong orang bila diperlukan, bukan lagi Alyaa yang boleh senyum2 bagai walaupun apa pun situasi. Ya, mungkin begitu lebih baik. Lebih baik untuk mencapai kejayaan. Entah, tapi aku sukar untuk berubah begitu kerana aku sememangnya yang mudah mesra dan cepat rasa ingin menolong orang. Jadi, sangat mustahil untuk berubah begitu. Entahlah, mungkin aku perlukan lebih banyak masa untuk diri sendiri ini.

Keputusan untuk menamatkan pengajian pun masih dalam pertimbangan lagi. Kalau dah rasa feeling better lepas ni, mungkin akan teruskan. Kalau tak, aku akan berbincang balik dengan parents aku macam mana. Oklah, dah penat la pulak taip panjang. Terimakasih blog sebab berikan ruang untuk aku lepaskan segalanya di sini. :'(




sumber gambar: Mr. Google

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, April 29, 2012

Segmen : Miss Z Cari Blogger

Assalamualaikum dan selamat malam. 


Malam ni nak join segmen pulak. Ya, aku tau aku dah makin kurang update sekarang. Mungkin aku masih perlukan masa lagi untuk pulihkan keadaan diri aku ini. So, buat sementara ni aku hanya akan update untuk join join segmen atau GA kalau ada.

So, ayuh kita teruskan. Kali ni join segmen dari Miss Z Berceloteh. Segmen yang bertujuan untuk mengumpul seramai mana blogger yang ada selain nak menambah kenalan. Okay, segmen yang terbaikk sebab tujuan yang simple dan padat. Nak join pun tak banyak kerenah. Senang saja syaratnya.

Jadi, kepada mereka yang singgah blog Chubby Itu Menarik ni, selamat datang diucapkan. Semoga senang berada di kawasan blog ini. Blog ini mungkin tak sehebat blog yang lain, tapi blog ni mempunyai ciri2nya yang tersendiri. :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, April 28, 2012

Giveaway Header , Banner ,Blogger Card




:: Saya nak BLOGGER CARD! :) ::

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, April 27, 2012

...Nukilan Biasa...

Facebook share. 
Ya, ilmu bukan pada pointer, tapi zaman sekarang ni dengan pointerlah yang menentukan tahap keilmuan kita. Sama ada kita mampu kecapi kesemua ilmu ataupun tidak. Dengan pointer jugak lah menentukan sama ada kita mampu atau tak meneruskan pengajian dalam bidang yang diminati. Semuanya memerlukan POINTER~ Mungkin buat sesetengah orang dia tak kisah dengan resultnya janji dapat teruskan pengajian dengan jayanya, tapi bagi yang lain pulak, sukar untuk menerima segala keputusan yang telah ditetapkan. Dan ya, mungkin aku salah seorang yang xmampu nak menerima segala keputusan itu. Perit, perit sangat. Diam tidak berkata bila mellihatkan result aku. Aku takpernah terbayang yang aku akan dapat seteruk begini. Seteruk yang takdapat nak bayangkan. Tapi aku tahu, ada lagi yang lebih teruk dari aku. Cuma, aku perlukan masa. Perlukan masa untuk pulih dari semua ini. Pulih dari ingatan yang menghantui aku. 

Gagal sekali tak bermakna gagal selama2nya. Ya, katakata semangat yang sering kawan aku bagi bila aku down macam ni. Tapi, dulu mungkin aku boleh terima. Tapi kali ni? Entahlah, dua kali gagal bukan satu benda yang senang nak terima.Susah sangat. Dua kali aku kecewa. Dua kali aku merana. Semester lepas merana gembira, semester ini merana duka. Susah untuk gambarkan.

Nukilan yang ditaip secara spontan ni sedikit sebanyak dah meringankan otak yang semakin lemah ni. Semoga aku terus kuat dan kuat dan kuat. Terima kasih kawankawan kerana banyak menyokong aku bila time aku down macam ni. :'(

Jumpa lagi.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Be Strong, Dear! :'(





Sometimes, pictures can describe the things that we want to say. Although it is hard enough for me, but life must go on. Well said, it is nightmare for all of us. Whatever it is, still got chance to continue my studies without repeat any paper. Please, don't ask anything about my result because it's hurt. I need to be strong enough to face another 2 semester after this. Pray for me ya! Goodbye. :'(
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, April 26, 2012

Mari Melawat UiTM Kampus Bertam. ^__^

Assalamualaikum semuaaa..

UiTM Dihatiku <3
Oh ya, gambar dekat atas tu gambar pintu gerbang depan UiTM Kampus Bertam. Gambar ni diambil ketika aku bawak kawan terbaikkk aku, CJC jalan2 area kampus ni. Erm.. Nak cerita apa ye pasal kampus aku ni? Well, kampus ni memang baru saja lagi dibuka. Aku dan lain2 dah sempat 2 sem dekat kampus sini tapi sampai sekarang masih belum perasmian lagi. Dan aku sendiri pun taktau lah bila perasmian tu. Pernah jugak la aku tanya lecturer2 aku, tapi diorang pun banyak geleng2 ja. So, aku dah malas nak tanya-tanya lagi. Hihi. Tunggu sajalah ye bila diumumkan nanti. :) Err. Dah alang-alang aku buat entry pasal jalan2 area kampus ni, so rasanya better aku cerita semualah pasal kampus Bertam ni sebab ada orang pernah request kt fanpage FB haritu untuk buat pasal kampus ni. 

Okey, seperti yang sedia maklum kampus Bertam ni merupakan salah satu cawangan daripada kampus induk, UiTM Pulau Pinang selain dari kampus Balik Pulau. Di kampus Balik Pulau, tak besar sangat sebabnya hanya untuk penempatan para pelajar Pra-Diploma. Manakala untuk kampus Bertam ni pula merupakan penempatan untuk para pelajar dari Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan. Setakat ini, memang hanya ada dua buah fakulti ini sahaja. Taktau la ke hadapan ni nak tambah pulak kan. Dalam 2 buah fakulti ni, ada 3 course kesemuanya iaitu Diploma Farmasi, Diploma Kesihatan Persekitaran, dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan. InsyaAllah, dengar kata tak lama lagi akan ada lagi course2 yang akan turun ke Bertam ni. Just wait and see, okay? ^__^

Err. Nak tahu apa lagi ye? Rasanya tak banyak sangat lagi yang boleh cerita sebab aku pun baru dua sem duduk di sini. Dan satu yang perlu tahu, kami semua tak tinggal di Bertam. Kolej kami a.k.a asrama kami di Permatang Pauh. Jadi kiranya pagipagi kami akan naik bas pergi Bertam yang akan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Nak kata letih kena ulang alik tu memanglaah, tapi itu bukannya alasan untuk kita tak leh berjaya. Kawan aku boleh ja dapat 4 flat ulang alik dari Permatang Pauh ke Bertam. Itu dah cukup membuktikan yang semua ini bukanlah halangan untuk score yang the best punya. Hihi. Oh, bas pukul berapa? Bas paling awal pukul 6.50 pagi. Kalau rasa2 macam malas nak berebut akhir2 nanti, silalah get ready awal2. Haha. Erm, dah penat bebel2 panjang2, jadi kita tengok dululah gambar2 yang ada sekitar kampus ni. 

Tempat menunggu bas di UiTM Bertam.
p/s: bas ni dah kurang dah since UiTM dah ada bas baru. :p
Blok Pentadbirang yang agak jauh dari Blok Akademik. 
Depan bahagian Library. ^_^
Bangunan Makmal. Makmal kat sini banyak, so siap buat bangunan lagi. :)


Jalan nak masuk bangunan makmal.
Area ni banyak budak2 pharmacy punya lab.
Keadaan dalam lab. Barang2 memang terbaikk la. Haha
Jalan raya di dalam kampuss. :)
Dalam dewan kuliah. Sejukk ooo. Haha
Oklah, rasanya gambar2 yang itu saja yang boleh letak sebab yang lainlain masih dalam carian. Entah, lupa dah letak kat mana. Yang ni pun banyak sumbangan dari rakan2 FB dan blog. Erm.. Kalau nak tanya apa2 lagi, just comment kat bawah. InsyaAllah, kalau ada pa2 yang aku boleh jawab, aku jawab. :)

Oooops, sebelum terlupa, kalau2 lah kan ada junior2 yang dapat tawaran untuk Diploma Farmasi, selamat datang aku ucapkan. Jangan risau, belajaq farmasi ni best. To be honest, memanglah susah tapi biasalah nama pun belajaq kan. Mana tak susah. Don't worry okay? ^__^ Apa yang penting, kuatkan diri, betulkan niat, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar. So, dak takdak apa2 kot nak cerita. Jumpa lagi. Babai. :)

... Exco SOPHYS ...
p/s: SOPHYS stands for Society of Pharmacy Students. 
p/s: Aiman, pinjam gambaq nuh. Jangan marah. =)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #13


InsyaAllah. Amin... :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Siapa nak, Angkat tangan ! ^__^ [Header dan Edit Blog ]

Assalamualaikum semua.

Haha.. Nampaknya hari ini lewat pulak aku update blog. Erm, hari ni takdak mood sangat la awak2 semua eh. Taktau pi mana semua mood aku hari ini. Oh ya, semalam petang aku keluaq dengan member baikk aku kat sini. Pi pusing2 matrik, lepas tu aku bawak dia jalan2 tengok kampus aku. Hah, nanti aku cerita kat entry lain sbb macam banyak jugak yang aku nak cerita kat entry tu. Entry ni ingat nak buat pendek2 saja. Hihi.

Ok, berbalik kepada tajuk. Siapa nak, Angkat tangan ! Hah, nak apa? Jom baca dulu. Muehehe. Erm.. Sebenarnya, aku ni macam tengah bosan cuti2 ni. Bukan bosan lagi dah, memang bosan pun. Lepastu, nak cari kerja pulak, macam dah lewat semacam ja. Tinggal sebulan lebih ja lagi cuti nih. Haha. Pemalas tu namanya. Kihkih. Jadi aku ingat aku nak try benda baru. Oh, dah try lama dah pun sebenarnya. Cuma nak asah-asah balik saja. Asah apa? Haha. Asah bakat aku la. Act, aku ni tak berbakat sangat, cumanya bolehlah tahan. Kali ni aku ingat aku nak try buat header untuk orang or untuk edit2 blog orang. Err. Rasa2 ada yang nak join tak eh. Aku nak buat suka2 ja, kalau lah ada orang yang sudi nak blognya diedit dan diletakkan header yang dibuat oleh aku. Haha. *kalau takdak tak apalah, aku paham. aku tak kreatif. hihi.

Aku nak buat saja2 ja, manalah tau kot2 blog tu jadi lawa or cantik tertarik debooom mcm blog aku ni hah. *perasan*. Erm, tapi kalau tang header tu aku tak berani nak kata la aku ni terer sebab aku boleh buat header yang simple2 saja macam kat blog aku ni. Oh ya, lagipun aku ada pernah buat untuk 2 blog ni. Simple je lah. Nak tengok? Meh aku letak header tu kat sini.



Amacam? Simple je kan. Err. Kalau macam ni boleh lagilah aku nak buat. Edit2 blog pun insyaAllah blog lagi. So, aku tunggu respond dulu. Kalau rasa ada ja yang nak, aku boleh buat. :)

Oklah, dah panjang ni. Gerak dulu. Babai. :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, April 24, 2012

...Begini Caranya... ^__^

Aku tak bisa mengatakan perasaan
Kelu lidah bila berdepan denganmu..

Oh.. startingg lagu pun dah macam lagu Indonesia kan. Haha. That's why la aku mulamula dengaq tu ingatkan lagu Indonesia. Lepas dah lama sangat aku tak dengaq, alihalih masa drive petang tadi aku dengaq DJ HotFM announce kata lagu seterusnya nyanyian Yana Shamsudin dengan Shaheizy Sam. Aku pun pelik semacam. Eh, sejak bila pulak diorang ni menyanyi. Haha. Kat sini boleh nampak yang aku memang jarang dengaq radio. Okey, itu memang fakta. Bila drive ja, aku dengaq lagu. Kalau tak, haremmm la nak dengaq. So, bila diamati balik lirik lagu yang ke udara tu, aku pun terdetik 'eh, macam pernah dengaq ja lagu ni.. *sambil mulut ikut nyanyi sekali* Sampai la lagu ni sampai kat korus....

Yana Samsudin ft Shaheizy Sam-Begini Caranya

Aku tahu di mana nak cari cintamu
Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang


Fuhh. Bila sampai kat sini memang confirm2 aku ingat lagu ni. Haha. Sedap melalak lagu ni tiap kali naik kat radio tapi takpernah tau sapa penyanyi nya. Hampeh betui la aku ni. Isk2.. Bila balik rumah ja, mulalah cari kat Youtube. Nasib jumpa. Hihi. Btw, nice songg. Sedap juga suara diorang ni berduet. I like 100%. Muehehe.

p/s: aku tau lagu ni dah lama. tapi paham2la orang 'kerjaya' macam aku ni. mana sempat layan lagu2. hihi.

Begini Caranya ialah OST untuk cerita ni. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jom Singgah Blog Saya


Join segmen lagi sekali. Segmen Jom Singgah Blog Saya. 


Jemputlah singgah dan jenguk2 blog yang tak seberapa ni. 

Semoga dapat jadi kawan di alam maya. 

Salam perkenalan untuk semua. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jom Join Bloglist Mieya Atiera !


Assalamualaikum. 

Macam biasa, pagipagi ni kita join segmen dulu. :) Pagi ni nak join segmen Bloglist Mieya Atiera. Terjumpa segmen ni masa tengah blogwalking. Dah alangalang kan, join sajalah. Haha. So, jom teruskan..


.NAK JOIN KLIK BANNER DI ATAS.

Tak ada apa yang nak dikatakan, cuma kepada sesiapa yang datang melawat blog ni, terima kasih diucapkan. :) Babai.. Jumpa lagi..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, April 23, 2012

...Akibat bosan teramat...

Assalamualaikum.

Waah. Tajuk tu yang tak tahan tuuu. Yaaaa.. Yaaa. Sesungguhnya diri ini amat kebosanan di kala ini. Bosan bukan tahap biasa. Tapi tahap yang agak luar biasa sampai dah boleh kira peluhpeluh di dahi untuk mengisi masa lapang. Haha. Ohh, itulah bahana akibat cuti yang agak lama ini. Erm. Masalahnya, cuti sat saja pun tak boleh, lama sangat pun tak boleh. Sedangsedang tu kira okey lah lagi.

Errr. Kadangkadang rasa macam forever alone pun ada bila duduk rumah ni. Sorangsorang dalam bilik sambil layan internet, orang lain semua tak dak kat rumah. Dalam bilik pasang lagu jiwangjiwang bagai. Haha. Nak buat macam mana, parents tak balikbalik lagi, adik pi tuisyen, abang hilang entah ke mana, kakak masih lagi belajaq di KL. So, end up aku sendirian di rumah. Well, bukannya tak biasa kan. Everyday aku face benda yang sama. Macam dah lali dah. Haha.

So, berbalik kepada isu yang asal, disebabkan dah bosan sampai taktau nak buat apa... Aku pun decide la nak edit2 blog kesayangan ni. Rasanya macam dah kusam sikit. Haha. Kalau tang header tak payah kata lah, banyak kali dah tukaq tuuu. Kalau ikut mood rajin nak buat dan nak tukaq, buat masa tuu jugakk. Haha. So, abaikan header, perhatikan yang lainlain. Hihi.

Sebelum diedit sepenuhnyaa..
Haha. Gambaq yang atas tu sebenaqnya dah edit dah sikitsikit tambah2 tang menu tab tuu. Tapi tak sempat print screen pulak. Haha. So, bila dah editedit bagai kan. *sikit baru edit*.. Taraaaaaaaaaaaaaa...


Jeng...

*
*

Jeng...

*
*


Jeng...



Itulah hasilnya seperti mana yang korang semua tengok di blog nilah. Apa? Tak cantik? Aaaaaargh, ada aku kisah. Cantik tak cantik lain kira, yang penting aku buat sendiri. Berpeluhpeluh jugak tau buat. Muehehe. Itu baru sikit aku edit. Slow2 laa nak bagi elok semuanya. Aku ni kalau buat kerjakerja macam ni memang take time sikitlah. Hihi. Well, aku memang tak kreatif macam orangorang lain. Tapi, kalau dah ada tutorial tuu, gunakan jelah. Mudah dan pantas! Haha. So, itu sajalah yang nak ceritakan. Babai. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Congratulations on your engagement.. ^_^

Assalamualaikummm..

Fuhhh. Fuhh... Berbelit-belit dak lidah nak baca tajuk kat atas tu? Haha. Maaf la. Saja ja nak try test speaking London. Hihi. Bukan selalu. So, semua orang apa khabaq? Harap sihatsihat nuh. Okey semua, hari ini aku nak update pasai seorang kawan aku ni. Nak kata rapat, tak lah jugak tapi aku kenal dia. One of my batchmates during PMR 2008. Barubaru ni dia dah bertunang. Tu yang rasa nak buat entry ni untuk dia. Hihi. Biarlah dia tak baca pun. At least, i have my own ways to appreciate her as my friend. :)



Well, aku ni takdak lah tau the exact date yang dia bertunang sebabnya she's very secretive tau. Aku dan lainlain kecuali yang rapat dengannya pun tau lepas dia dah tunang. Itupun sebab ada gambar yang upload kat FB. Kalau tak, sampai ke sudah taktau. Haha. Oohh. Dia sebaya dengan aku dan dah langkau satu fasa baru. Dahsyatt. Sweet gila lah. Haha. Jadi, kepada 


...Siti Noor Fariha...


TAHNIAH ATAS PERTUNANGAN AWAK DAN SI DIA..

SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE JINJANG PELAMIN...


SAYA DOAKAN AWAK DAN SI DIA BERBAHAGIA UNTUK SELAMANYA... ^__^

KENDURI NANTI JANGAN LUPA JEMPUT, OKEY? :)

Jom jamu mata tengok gambar pertunangan Fehaa. :)

Fariha + Azmizan
Cantik betul diri mu kawan. :)
Dengan salah sorang rakan baiknya, Tengku Solehah. :)
Rakanrakan yang terdekat. :)
Farihah dan keluarga.
Oklah, banyak ni saja gambar boleh letak. Nanti kang ada pulak yang berkenan dengan kawan aku yang cantik ni. Haha. Babai. :)

sumber gambar : Farah Nabila, Fehaa Shii

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, April 22, 2012

Baby Muhammad Akmal Fakhruddin Mohd Farhan

Assalamualaikum semuaa.

Okeh, kembali lagi kita dengan segmen Baby Comel. Haha. Dah bersegmen bagai pulak. Eh, gurau je lah. Ermm. Kali ni nak share cerita tentang baby Muhammad Akmal Fakhruddin Mohd Farhan

Nak kata baby pun tak dah rasanya sebab dah umur setahun lebih ka dah dua tahun. Hihi. Entahlah. Nanti aku confirmkan balik. Oh, macam mana aku kenal baby ni? Baby ni sebenarnya anak kepada bonda homeroom aku dulu, Bonda Aida Khairani. Homeroom tu apa? Ahhh, lain kali aku cerita. Well, to be honest bonda sangatttlahh baik dengan anakanak homeroom nya. Tapi.. jodoh takpanjang. Lepas setahun lebih, bonda mintak tukar ke MRSM lain. Adalah sebabsebab kenapa bonda mintak pindah. Huhu. *tibatiba rasa rindu kat bonda* 

Masa bonda pindah tu, bonda tak kahwin lagi tau. Kalau tak salah, dalam Disember 2010 baru bonda kahwin. Kad jemputan kahwin aku dapat masa nak hantar buku teks Form 5. Abang long yang bagi. Tapi, sedihh. Walaupun masa tu dah habis SPM, tapi tkdapat datang sebab dah duduk jauh. Johor uuu. So, takdapat attend wedding tu. Opps, macam dah lari topik. Haha. So, setelah beberapa bulan lamanya, lahirlah  


Akmal Fakhruddin
Selepas 2 hari kalau taksalah.
Akmal bersama ayahnya. Oh, lupa. Itulah suami bonda. ^-^
Akmal bersama bonda tersayang. :)
Selepas sebulan. :)
Akmal Fakhruddin sekarang. ^__^
So, rasanya sampai sini dulu. Lepas ni nak cerita pasal baby lain pulak. Oh.. sukanyaa aku tengok babybaby yaang comel ni. Hihi. Jumpa lagi. Babai.

p/s: Presiden BWP batch aku dulu, 09/10, namanya Muhammad Fakhruddin Hassan Hilmi kalau tak silap. So, perasan la yang bonda bagi nama ni sebab dia. Haha. Well, mungkin betul sebab dia ni hebat. Hihi. :)

sumber gambar :  Akmal Fakhruddin Mohd Farhan


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Perkahwinan: Bukan mudah nak lepaskan...

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka terutamanya untuk anak perempuan mereka ataupun anak dara yang telah mereka pelihara sejak dari kecil. Anak lelaki pula bagi mereka sudah cukup besar untuk buat keputusan berbanding dgn anak perempuan. Oleh sebab itu, dlm banyak2 perkara tambah2 bila bercakap tentang perkahwinan, ibu bapa lebih mementingkan hal anak perempuan. Ini kerana, kelak mereka akan berjauhan dengan anak perempuan yang mana akan ikut suami bila dah kahwin..

Jujur cakap, berjauhan dengan parents untuk menuntut ilmu tak akan sama dengan berjauhan dengan parents untuk ikut suami. Biarpun aku masih tiada pengalaman tentang ini, tapi hasil soal selidik dan pemerhatian aku, itulah kenyataannya. Nak tau kenapa? Sebabnya saat kita melangkah keluar dari rumah, kita telah pun memegang title sebagai isteri dan masa tu kita wajib taat pada suami kita dan saat tu jugak syurga kita telah beralih dari bawah tapak kaki ibu ke bawah tapak kaki suami. Berbanding dengan anak lelaki, mereka akan menjadi ketua keluarga kelak dan memimpin isteri. Namun begitu, anak lelaki tidak boleh melebihkan isteri dari ibu sendiri dalam apa jua keadaan sekalipun sebabnya ia merupakan tuntutan dalam Islam.

Jadi,berbalik kepada tajuk asal, ibu bapa khususnya ibu akan berasa sedih dan sayu bila nak lepaskan anak mereka ke tangan orang lain. Normal kita lihat bila majlis akad nikah, di sisi pengantin perempuan mesti akan ada si ibu (bagi yang ada) dan bila pengantin lelaki dah melafazkan akad nikah, air mata ibu akan menitiskan dengan sendirinyaa tanpa dipinta. Begitu juga dengan si ayah, namun si ayah ni kadang2 pandai menyembunyikan air muka mereka. Betul.. Hihi.

Disebabkan ini juga kaum ibu akan lebih memandang serius bila anak2 perempuan ambik keputusan nak dirikan rumah tangga. Sampai ada tu parents nakkan bakal menantu yang kaya raya supaya hidup anak mereka senang lenang. Tak kurang juga yang mahukan bakal menantu ada pendidikan yang tinggi serta kerja yang bagus. Well, bagi aku cukuplah seseorang itu ada pendidikan agama yang cukup dan mampu menanggung keluarga yang dibina kelak. Oh, rasanya macam dah over pulak bercerita pasal kahwin ni. Dah2, nanti aku sambung lagi. Sapa yang nak baca lagi, tunggu next next entry laa. Haha

Babai.. :)


...duadua google..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Segmen : Signature by Putry

KLIK BANNER KALAU NAK JOIN. 

Pagipagi join segmen macam biasa. Haha. :)

Nama panggilan : Alyaa

Warna : Purple. 

p/s: Terima kasih kalau sudi buatkan. Hihi..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, April 21, 2012

New Ad Codes [Nuffnang]


We are always looking to make your blogging experience smooth, flawless and of course much much better. ;)
With the constant need to be better, we are launching brand new Ad Codes! These new Ad Codes are optimized to load without affecting the rest of your blog’s content to load. You can find these new codes at the Add Ad page in the blogger area at http://www.nuffnang.com.my/blogger/add-ads/.
The existing Ad Codes will be functioning as per usual but we do suggest to all Nuffnangers to change to these new codes.
If you ever need any help from any of us, please feel free to use our Nuffnang Help Desk and we will be responding to your issues quicker and more effectively than ever.
Switch to the new ad codes today to make your blogging experience better than ever! :)
footnote: direct copy from HERE
p/s: moh la kita tukar coding baru. dengar kata loading iklan kali ni lebih awesome. manalah tahu murah rezeki lagi lepas ni. hihi. :)
#googleimage#


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA