Rabu, 5 Disember 2012

Selesai sudah sesi penyerahan jawatan class rep. :')

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

*Ini entry yg patut dipublish pada 4.12.2012*

Well, harini dah masuk hari kedua aku masuk belajaq balik. Keadaan masih macam biasa, tiada apa yang berubah. Mass lecture dah pun bermula. Setakat ni apa yang boleh aku gambarkan ialah sem 4 semakin susah dan mencabar. Sangat dan sangat. Sudahlah tu, kami dimaklumkan pula bahawa format final exam telah diubah. Kena main peringkat2 bagai. Senak jugak la denqaq kan. Tapi insyaAllah, semuanya akan okey nanti. Hmmmphh.


Sekarang ni bukan itu isunya. Apa yang aku nak kongsikan di sini kali ini ialah tentang apa yang berlaku sebentar tadi  iaitu sesi penyerahan jawatan classrep baru. Ya, gambar lelaki yang kat atas tu adalah class rep yang baru (yang tengah) Siapa classrep yang lama ? Hmmphh. Mestilah aku. Hehe. Namun atas sebab yg tersendiri, sem kali ni aku tarik diri untuk jadi class rep. Cukuplah hampir setahun aku pegang tampuk pemerintahan itu. Banyak kenangan pahit dan manis yang aku dapat sepanjang bergelar class rep. Sem ni aku rasa biarlah orang baru pula yg jadi class rep, dia lagi berhak rasanya. Lagipun tak salah bagi peluang dan ruang kepada mereka yang lebih berkelayakan, bukan?

InsyaAllah, dengan tampuk pemerintahan yang baru ini, mampu memberi impak yang baik kepada kelas. Dengan bantuan Kak Sayy(sebelah tu), kakak yang paling ceria dalam kelas sebagai bendahari, aku yakin seyakin yakinnya yang semuanya akan berjalan dengan baik. Dan rasanya dah sampai masa untuk aku berehat daripada memikirkan hal hal kelas ni. Aku nak rasa kehidupan biasa, yang tugas hanya untuk belajar dan belajar saja. Kehidupan yang mana takperlu fikir pasal duit kelas, duit itu duit ini, nota nota lagi. Ya, semua itu bukannya senang. Susah sebenarnya.
So, its time for me to know the real world with my friends in the last semester ! Harapnya dapat menikmati semester2 akhir dengan baiknya. InsyaAllah.

Ok, sampai sini dulu aku melalut. Malas nak cakap banyak, serabut kepala meh. Haha. See you soon. :)

*Google Images*



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM