Ahad, 23 Disember 2012

Peristiwa 20122012

Assalamualaikum, selamat malam.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk harini. Fuh, rasa macam lama gila tak update blog kan. Padahal baru beberapa hari. Kuikui. Ok, sebelum tu, nak habaq jelah. Aku update ni pakai phone saja. Tak larat meh nak bukak laptop dan update. Dah la kerja2 lain pun tak settle lagi. Huhu

So, kalini aku nak cerita pasal tragedi yang berlaku pada 20122012. Tarikh yang sangat cantik bagi aku. Nak dijadikan cerita, malam sebelum tu kami sekeluarga pi makan ikan bakar sebab nak raikan adik aku. Nanti aku cerita lain pasai tu. Jadi, pagi tu macam biasalah mak dgn ayah aku nak pergi kerja kan.

Tapi tiba2 masa pukul bapa tah, dapat panggilan dari doktor klinik suruh pi ambik mak kat klinik. Mak tak leh nak drive. Ok, aku rasa part ni pun nak skip dulu. Nak aku cerita whole part ni kat entry lain. Sb mostly kisah flashback dimana aku tiada d tmpat kejadian.

Dlm pukul 3 petang macam tu, aku call kakak aku. Tanya dia ada kat mana. Kot2 pi makan ka. Pastu dia habaq kata mak masuk hospital. Hospital Metro. Aku dalam hati kata, 'amboi, jauhnyaa pi hospital'. Dah tu, kakak aku kata pulak mak aku masuk ICU. Hah sudah. Aku jadi tak sedap hati terus. Risau pulak sebab aku ja tak ikut pi sana. Pelik juga sebab malam tu elok ja gelak2 dgn kami. Huhu.




*ICU Hospital Metro*

Memang masa tu, aku tak tenang duduk lah kan. Every 30minutes akan call kakak aku mintak update macam mana kesihatan mak aku. Tanya apa yang dah jadi. Dah la tu, lama pulak depa pi. Maghrib baru balik. Gila tak risau ah kan.

Lepas depa balik Maghrib, kakak aku pun cerita lah dari A-Z apa yang berlaku. Huhu. Masa tu rasa syukur sangat2 sebab tak da apa yang terjadi pada mak aku waktu dia sorang2 tu.

Erm.. Nak cerita apa lagi ya? Aku penat sangat dah ni. Macam2 benda aku buat. Kecuali study dengan buat assignment la. Haha. Oh ya, harini dah masuk hari keempat mak aku di ICU. Masih belum boleh dipindahkan di wad biasa. Huhu. Mohon semua doakan mak aku ya.

Nak update yang ni dulu kot. Apa2 nanti aku update lain. Bila dah busy ni, memang blog terpaksalah diabaikan kejap. Layan twitter dengan FB ja lebih. Hoho. So, jumpa lagi nanti. Salam. :)
posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum alya....kesian nyer...:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM