Sabtu, 1 Disember 2012

Menghitung hari.

Mengitung hari....
Detik demi detik...

Oh, pejam celik pejam celik dah hampir sebulan aku bercuti rupanya. Sekejap sungguh rasanya waktu berlalu. Tidak sedar rasa waktu berlalu, pergi begitu saja. Perasaan sangat gundah gulana.

Apa yang berlaku dalam sebulan ni ? Banyak, sangat banyak. Yang pahit, manis, masin, tawar, semua ada. Pelbagai cerita, genre yang aku ingin luahkan untuk setiap kejadian yg berlaku pada diri ini.

Namun, aku hanyalah insan biasa yg seringkali tidak pandai membahagikan masa. Aku sibuk, terlalu sibuk dgn dunia ini hingga tiada masa untuk m'coret saban hari di sini. Namun, dlm kesibukan dunia, akhirat tidak aku lupakan. Bekalan sentiasa inginku update. InsyaAllah. ;-)

Oh, nampaknya seperti panjang pula coretan aku ini. Menghitung hari asalnya tajuk di atas. So, aku menghitung hari untuk apakah ? Haha. Perkahwinan? Pertunangan kah ? Tidak2. Semestinya aku menghitung hari untuk pulang ke 'sarang' a.k.a kolej Kristal B di UiTM Pulau Pinang. :-)

Setelah berehat lama, kini tiba masanya untuk aku kembali. Bangun dari mimpi yang lena. Tiada lagi istilah tidur lewat, bangun tengahari, main game, on 24/7. Oh, tidak. Apa2pun bulan baru, semester baru, azam baru. InsyaAllah. Sampai sini dulu. Nanti aku coretkan lagi. Banyak cerita yg t'tangguh. Uhuk3.





*Google Images*

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM