Khamis, 1 November 2012

Karnival Peningkatan Sains dan Teknologi (PESAT) 2012

Assalamualaikum dan selamat malam

Alhamdulillah, pada 30/10/2012 aku dan tiga rakan yang lain diberi peluang untuk bersama sama menjayakan Karnival Peningkatan Sains dan Teknologi ( PESAT) 2012. Bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada penyertaan PESAT kali ni. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang aku dapat sepanjang berada di PESAT kali ni. 

Cerita mulanya, lecturer aku mencari student pharmacy yang stay kat Penang untuk tolong beliau di booth masa PESAT tu. Dan daripada budak2 Penang yang ada, Muner pilih aku untuk bertanggungjawab memilih rakan2 yang lain. Terima kasih Muner sebab teringat aku ni orang Penang. Hewhew. Dan hasilnyaa setelah berbincang dan berSMS dengan Sir Fauzi, lecturer aku, beliau mintak 4 orang kesemuanya sekali. Nasib menyebelahi aku, dalam beberapa jam lepas tu ja, aku dah dapat cari 3 orang. Dan orang terakhir, dapat hari yang seterusnya. Allah permudahkan kerja aku. Syukur. 

Disebabkan masa Sir Fauzi mintak cari orang tu kami tengah sibuk nak final exam part 3, makanya Sir Fauzi kata lepas habis paper 19/10 baru dia contact aku balik untuk makluman seterusnyaa. Beliau tak mahu nganggu kami study. Bagus benar beliau. Haha.

Hai ! Selamat berkenalan semua.. Saya comel kan? Hewhew.

So, habis paper ja terus Sir contact aku bincang blablabla dan sampailah pada 29/10/2012. Rancangan asalnya, kami tak terlibat pun untuk settings up booth farmasi petang Isnin tu. Memang malam tu aku ada tanya Sir tentang penyediaan booth ni, tapi dah Sir tak reply, aku buat taktau jelah. Dah tu, sedang aku diulit mimpi waktu pagi tu, tuptup dapat mesej dari Sir mintak datang dewan petang nanti untuk setup booth. Masa baca mesej baru perasan yang Sir ada call aku sebelum tu. Haha, sorry lah Sir, memang tak sedaq pun masa Sir call tu. Syok tidoq. Haha.

Makanya, petang tu pun aku ajak sekali Paan a.k.a Nurfarhan untuk join aku. Segan meh nak pi sorangsorang ni. Ajak Paan syok sikit, boleh usik2 dia. Haha. Dan yang takbestnyaa petang tu, Sir Fauzi Dali mai lambat gilaaaaaaaaa. Sejam jugaklah kan tunggu Sir.. Gggrrr. Sabaq jelah. Haha

Jadi, kita layan jelah gambaq masa 29/10/2012 & 30/12/2012 nih. :)

Sir mintak kami susun ubatubat yang ada ikut route of administration. Nganga ayaq liuq gaklah masa ni. Haha. Oh ya, aku baru tau ubat yang packet purple tu ubat Parkinson. =,= Aish, nyesai tak tanya sir. Bila orang tanya, senyap jelah. Haha. Balik selak balik, rupa2nya Parkinson tak belajaq lagi ooi ! Haha. Selamat.
Ini bahagian oral administration. Tablets, capsules, divided powder, Syrup/Suspension semua ada duk tang sini. Haha. Dan nampak kah anda benda yg segi tiga tu? Hah, itulah tablet counting. Ilmu baru weh. Taktau pun benda apa tu. Rupa2nya nak mengira tabs dgn cepat. Ngeh3

Yang ada macam botoi ayaq tu, tu bahagian injection, infusion.  Sekali dengan vials dan ampoules semua kat situ. Syringe pun ada aih. Sebelah tu, bahagian inhaler. Ubat untuk pesakit asthma mostly.

Sini bahagian lab aka makmal. Tempat coumpounding emulsion. Dua kali buat dengan Paan tapi tak jadi, last sekali fed up tunggu Sir. Haha.

Fuhhh ! Tempat ni paling laku. Blood group test ! Ramai teramat. Lenguh nak melayannyaa. Sampai tak sempat nak sembang dengan Madam Suraya. :(

Bahagian depan pameran ubat. Sumpah pening masa nak susun benda ni.
Inilah kami ! Bertungkus lumus membantu lecturer2 di booth. :)

Rasanya sampai sini lah dulu aku update. Apa2pun, memang enjoy masa PESAT ni walaupun letih sampai tak terkata masa kat blood test tu. Aishhh. Terimakasih pada semua yg terlibat. Kepada rakan2 yg sudi menerima perlawaaan aku. Hehe. Kepada Sir Fauzi, yang melayan mesej aku malam2 hari. Isk2. Dan untuk lecturer2 semua serta pembantu makmal. Sangat2 happening time haritu. Thankss a lot !

Harap dapat join lagi nanti. Hehe. Bye, Assalamualaikum.

p/s: Gambaq ada lagi. Tapi dekat FB lah. Malas nak letak banyakbanyak kat blog. :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bestnye...memang Sir Fauzi terbaek...

Kuntilanak bertam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM