Sabtu, 3 November 2012

Kalau dah jodoh, tak kemana ! Tahniah Farid K. dan Diana D. :)




Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, Farid Kamil dan Diana Danielle yang baru sahaja selamat diijabkabulkan pada 9.15pagi tadi di Hotel Flamingo By The Lake Ampang. Mereka telah dinikahkan oleh Ustaz Haji Daim iaitu Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak.

Benarlah kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Selama hampir 3tahun menjalinkan hubungan, pasangan ini bersetuju untuk mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dan memberi khabar gembira bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini.

Majlis resepsi untuk pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012 manakala untuk pihak lelaki diadakan pada 12 Disember 2012. Semoga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar ! ^___^

Tahniah lagi sekali kepada pasangan baru ini. Semoga cepat dapat baby yang comel dan selamat meneruskan pengajian kepada Diana D. :)

Gambar dulang hantaran :






Yang selebihnyaa boleh lihat di  SINI

Kad perkahwinan Farid K. dan Diana D.



Yang selebihnyaa boleh tengok di  SINI



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM