Sabtu, 25 Ogos 2012

Syawal di Pulau Pinang.

Assalamualaikum dan selamat pagi.



Alhamdulillah, hari ni dah masuk raya ke 7 sudah. Kejap saja raya berlalu kan. Pejam celik pejam celik dah nak habis cuti. Waduhh. Malas sungguh rasa nak masuk belajar balik. Hehe.

Oklah, kali ni aku nak bercerita tentang sambutan Syawal di tempat aku ni, di Pulau Pinang. Alhamdulillah, tahun ni dapat beraya dan berpuasa di Pulau Pinang di rumah sendiri. :) Sebelum sebelum ni kena ulang alik dari jauh untuk balik ke Pulau Pinang, lepastu kena menumpang rumah bapa saudara. Sekarang, sambut raya di rumah dan di bilik sendiri okeyy. Hehe.

Macam biasa, pagi pagi raya kami sekeluarga akan pergi Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Pajak Song, Kepala Batas. Around pukul 10 pagi, dah balik rumah untuk siap siap bagi lawa sikit, betul betulkan baju, makan, lepastu get readyy nak gi tangkap gambar satu familyy. Erm, tahun ni dapat juga bergambar satu keluarga. Syukur sangat2. 
Lama tak tepek muka sendiri kat sini. Itu aku dan kakak. >,<
Oh, ya. Nak cerita apa lagi ya? Aku rasa tiap tiap tahun, tiap tiap tempat, tiap tiap negeri, sama ja tiap kali rayaaa. Takde beza manapunn. So, aku pun taktau nak cerita apa sangat. Cumanya tahun ni masa sembahyang raya macam surprise sikit bila jumpa classmate kat masjid. Almaklumlah, kawan tu dok tang lain, tiba tiba mai sembahyang tang sini. Rupa2nya dia mai beraya kat rumah maksu dia kat Kepala Batas tu hah. 

So, sampai sini saja kot. Yang lain lain aku dah cerita dekat entry2 lepas. Baju warna apa, hidangan raya apa, tema warna apa, dan sebagainyaa. Kalau rajin, silalah godek godek ya. Btw, raya tahun ni agak meriah la jugak. Entah kenapa. Mungkin sebab banyak jemputan sangat nak dipenuhi kot. Kat kampung belah mak pun, banyak rumah pergi ziarah. Tahun tahun sebelum ni jarang or takpernah langsung buat rasanya. Hehe. Dan raya kali ni jugak, aku rasa aku makan banyaakkk sekali. Tahuun lepas pun tak banyaak macam ni tau. Mungkin tempoh masa di Pulau Pinang tahun lepas sekejap je, almaklumlah masa tu dalam proses nak balik barang ke Penang.

Jadi, rasanya aku tutup sampai sini dulu. Kalau ada tambahan, nanti aku buatlah entry baru ya. Moh la tengok gambaq2 yang ada. Bak kata orang, "di setiap gambar, ada maknanyaaa". HAHA.


Abah dan adik palingg gebuuu~ HAHA

Sama tapi tak serupaaa. >,<

Beloved father and mother. :))
Abang dan adik terchintaa.
Di rumah wan sebelah mak.
Nampaknya, banyak ni saja gambaq yang buleh nak ditayangkan. Gambaq lain nanti nanti kalau jumpa lagi ada, kita masukkan lain nuh. So, selamat hari rayaaaaaaaaaaa untuk semua ! Mintak maaf kalau ada salah dan silapp. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

RIZZNA berkata...

Sekejap ajerkannnn...mcm tak puas jer raya. lagi 2 hari dah nak start balik tugas seperti biasa.

Salam Aidilfitri dari Johor Bahru :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM