Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri. :)


Assalamualaikum dan selamat pagi !

Alhamdulillah, hari yang dinanti nanti telah tiba. Bersyukur kita kerana masih dipanjangkan umur untuk meraikan bulan Syawal ini. Di kesempatan ini,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN 

Aku ucapkan kepada semua followers aku tak kira lah di blog ini, twitter dan juga FB. Tidak lupa juga kepada stalker stalker aku. Terimakasih kerana rajin stalk aku. Haha. Aku ingin memohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata, terlanjur bicara dan tersilap laku sepanjang kita berkenalan tidak kira di alam maya mahupun di alam realiti. 

Masa aku dok taip entry ini, aku baru sahaja pulang dari solat sunat Aidilfitri. Syukur masih dapat mengerjakannya pada tahun ini. Dengan memakai baju baru, aku pun menyusun langkah bersama keluarga tersayang ke masjid. Hehe.

Oh ya, baju raya. Tema keluarga kami kali ni ialah MAROON. Lebih kurang la. Yang lelaki warna maroon, yang perempuan kecuali mak aku warna maroon + hitam. Haha. Menarik kan gabungan kami? Well, tahun ni kami adik beradik serahkan bulat bulat pilihan warna, kain dan corak kepada emak dan abah. Maklumlah, abah lebih pandai memilih kain kain ni daripada kami semua. Haha. Nasib baik, kami semua berkenan dengan pilihan. 

Macam mana dengan baju raya korang? Warna apa tahun ni? Warna warni atau ikut tema? Ermmm. Family aku memang every year akan ikut tema. Setakat ni tak pernah lagi pakai warna warni. Sebab kami selalu ambik kami satu keluarga. Bila pakai warna lebih kurang, baru nampak comel dan cantik. Hehe.

Oklah, sampai sini dulu aku taip. Perut dah berbunyi ni. Laparr. Tak makan lagi. Ketupat, rendang, ayam semuanyaa menanti untuk dimakan. Ngeh3. Jumpa lagi nanti. Babai.~

p/s: Lepas ni mungkin akan banyak update pakai handphone sebab aktiviti banyak dilakukan di luar. So, paham paham sajalah kalau entry aku berterabur nanti. Hehe. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

3 ulasan:

RIZZNA berkata...

Salam Aidilfitri dari CiM and Family di JB...

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari raya....well, sebagai kuntilanak bertam, wajib la baju raya warna putih....

Kuntilanak bertam

Que Achmad berkata...

Salam Lebaran. Alhamdulillah Abe sempat singgah & akan menjadi Sahabat Setia Blog ni, InsyaAllah... Abe singgah dari Blog Abe: www.queachmad.com

Abe masih baru lagi dalam Dunia Maya ni, harap jasabaik untuk support Abe, bantu Abe. Kalau tak keberatan, mohon pautkan Blog Abe di sini dalam Bloglist sini supaya dapat Abe sama2 berjuang MEMERIAHKAN DUNIA MAYA NI... Terima Kasih, Jasamu Dikenang... Jika ada rezeki Abe dipautkan ke Bloglist, harap dapat maklumkan pada Abe tentangnya, InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM