Sabtu, 4 Ogos 2012

Rindu blogging teramat.

Assalamualaikum semua. Selamat pagi.



Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk 15 Ramadhan dah harini. Kejap je rasa kan. Erm, aku masih lagi macam ni. Sihat seperti biasa. Dan sibuk juga seperti biasa. 

Ermm.. Sejak sejak dah masuk belajar balik kan, aku dapat rasa yang aku makin kurang menaip di blog ni. Visitors pun dah makin kurang. Viewers pun dah menjunam. Entahlah, aku bukannya malas. Cuma kadang-kadang tu ada saja halangan untuk aku update ni. Lagipun, aku kenalah dahulukan tanggungjawab aku sebagai pelajar kan. Satu lagi problemnya, tiap kali kalau ada idea nak menaip, mesti internet buat hal. Itu yang kadang2 macam malas tu. 

google
Aku update ni pun sebabnya aku rasaaa rindu sangat dekat blogging ni. Rindu nak taip banyak banyak entry, comment entry orang, blogwalking ke sana ke mari, join segmen itu dan ini. Aish.. Bilalah aku dapat buat semua ni lagi. Mungkin lagi tiga empat bulan kot. Sebab sekarang ni, aku rasa ingin fokus pada belajar dulu. Tapi insyaAllah, ada masa aku akan cuba update lepas ni. Paling kurang pun sehari satu entry. InsyaAllah. :)

Oklah, yang ni je dulu yang aku nak bercerita. Kejap lagi kalau ada lagi yang aku nak update, aku taip kat entry baru. Haha. Misi membanyakkan entry yang ada. Hihi. :) So, babai. Selamat berpuasa dan bersahur. ^^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM