Tuesday, August 14, 2012

Pulang berhari raya di rumah. :)


Alhamdulillah, tepat jam 6.00 petang tadi, aku telah pun selamat berada di rumah tercinta. Hehe. Kalini pulang dengan situasi yang sangat best ! Tanpa buku dan nota di sisi. Rasa lain sangat sangat. Hoho. Iyelah, sebelum ni asal balik rumah je kena pegang buku dan notes. Tak tenteram rasa nak berehat, nak tengok tv, nak basuh baju dan sebagainyaa. Haha. Asyik fikir pasal test, quiz, assignment dan sebagainyaa.. Masalah negara, masalah negeri, masalah rakyat lagi. Fuhh, dah macam PM dah nih. Kahkah.

Oh ya, aku baru perasan yang aku jarang jarang update kan sekarang ni. Last update pun Jumaat lepas masa Pandelela menang tu. Hihi. Sorrylah nuh, bila busy memang macam ni. Nak blogwalking pun fikir nanti buang masa, baik study. Hah, sampai macam tu sekali aku fikir. Teruk kan. Haha. Student life. Biasalah. Siapa yang tak lalui course macam kami ni tak akan tahu betapa peritnya belajar. Uhuk3.

Oklah, kepada rakan-rakan taulan dan seperjuangan yang akan memulakan perjalanan pulang ke rumah pada malam ini, aku ucapkan semoga selamat sampai di destinasi yang ditujui. Baca bismillah banyak-banyak sebelum naik tu. Doa naik kenderaan jangan lupa pulak. Jaga diri masa cuti berhari raya ni. Spent time betul2 di rumah, dengan keluarga, adik beradik dan kaum kerabat semua sebab nanti sebulan lebih pulak tak balik rumah. Hehe. Rancang betul2 cuti anda semua supaya tak terbazir macam tu saja. 

So, sampai sini dulu aku taip. InsyaAllah, cuti 2 minggu ni aku akan pergiatkan lagi untuk menaip entry-entry baru terutamanya pasal entry raya since my friend dah request awal-awal lagi untuk aku buat entry raya. Haha. Jumpa lagii nanti..~ Babai.

sumber gambar : Google.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

6 comments:

*zafirah* said...

Untunglaa dah ada di rumah,fira ja blum lagi:'(
Selamat HAri Raya Aildilfitri..

Anonymous said...

ye..la tu busy...busy tido dlm kuliah kat uitm kannn???

AlyaaIBH said...

@*zafirah*

hehe. takpe2. taklama lagi sampailah ye. :)

AlyaaIBH said...

@Anonymous

haha. kalau busy tidur dlm dwn kuliah pun kenapa? ada masalah? normallah tu student kan. best student pun pernah tidur dlm kelas. haha

Anonymous said...


Hahaha....awas ye Cik Alya!!! Anda sedang diperhatikan.....awas.....hahaha....

AlyaaIBH said...

@Anonymous

haha. terimakasih la sbb rajin perhatikan saya. terasa glamour yuuu. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA