Sabtu, 18 Ogos 2012

Iftar terakhir. #29Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat malam..

Dengan pengumuman dari Penyimpan Mohor Raja Raja pada pukul 8.30 malam tadi, bermakna malam ini adalah malam raya sekaligus Maghrib tadi adalah iftar terakhir kita di dalam bulan Ramadhan. Sayu saja rasa harini. Makan pun macam tak berapa nak lalu saja. Mungkin rasa sedih sebab Ramadhan akan meninggalkan kita. Ya, Syawal sudah datang. Semua orang gembira. Kita pun sepatutnya gembira kerana telah berjaya melaksanakan puasa selama sebulan. Syukur alhamdulillah. Namun, berpada-padalah bila menyambut hari raya. Jangan terlampau gembira dan jangan terlampau berduka. :)


Apa makanan iftar korang tadi? Aku makan yang biasa biasa saja sebab mak dengan abah sibuk memasak untuk beraya esok. Haha. Makan saja apa yang ada. Korang punya iftar macam mana pulak? Mesti ada yang meriah kan. Almaklumlah, ramai dah pulang ke kampung bermula Jumaat yang lepas. Hehe. Oklah, yang ni dulu update. Lepas ni, nak taip banyak lagi. Hihi. Excited kan. 




Hah, yang atas itulah makanan iftar aku. Sambal bilis dan ikan goreng. Alhamdulillah. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM