Friday, August 31, 2012

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55 !


Alhamdulilah, hari ni dah pun 31 Ogos 2012. Dan kita telah pun menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55. Semoga negara kita, Malaysia akan terus maju dan aman makmur seperti sediakala. Sama samalah kita berdoa agar kesejahteraan negara ini dapat diteruskan. Dan berdoa agar tiada anasir anasir jahat yang cuba nak merosakkan negara kita ini.

Oh btw, batchmates aku pernah tweet macam ni tau, 

Ahems, kalau hari ni org dah wish Happy Birthday Malaysia, yang 16 Sept tu apa?

Ehemm, tersentap jugak masa aku baca tweet ni. Haha. Well, memang ikut sejarah 31 Ogos ni hanyalah kemerdekaan untuk Tanah Melayu saja. Masa ni Malaysia masih belum terbentuk lagi. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 yang merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Rasanya semua tahukan. Itulah sebabnya 16 September telah diisytihar sebagai Hari Malaysia. 

Mengikut apa yang aku pernah belajar dulu, memang pemerintah dulu cuba untuk menyamakan tarikh kemerdekaan ini dengan tarikh pembentukan Malaysia. Namun, ada beberapa halangan, makanya 16 September dipilih untuk pembentukan Malaysia. Dussshhh. Tiba tiba rasa rindu nak belajar Sejarah balik. Kalaulah aku masih dalam bidang Sejarah, kan seronok. Huhu. Itulah dulu sombong kata Sejarah bosan. Aishh.

So, apa2pun, kita patut bersyukur kerana negara kita masih lagi aman damai dan makmur dengan rakyatnya yang tersendiri. Ingat, jangan tanya apa yang negara buat untuk awak, tapi apa yang awak dah buat untuk negara. Hehe. Jumpa lagi, jangan mengeluh, still cool. :)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 TAHUN! 



doodle credit to: FizGraphic.com




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, August 30, 2012

Makan makan di Pizza Hut

Aku tak ingat bila kami pi makan makan di Pizza Hut ni. Tapi masa raya jugak la. Baru baru ni. Kami makan satu keluarga. Banyak juga lah order sebab abah dapat voucher percuma untuk Pizza Hut. Hehe. Kemain lagi lah order.

Alhamdulillah, merasai jugak makanan yang takpernah rasa kat Pizza Hut. Almaklumlah, mahal kan. Tak mampu. Haha. Oklah, nak update yang ini saja. Babaii.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, August 29, 2012

Kuliah telah bermula kembali !

Raya tak puas lagi. Dah kena masuk kuliah balik. Aish, jangan mengeluh ya. Dah lumrah sebagai seorang pelajar bukan. Well, minggu ni aku masih lagi di rumah walaupun kuliah telah bermula. Bukannya taknak balik kolej, tapi dah alang alang rumah dekat dengan kampus daripada kolej, so minggu ni aku prefer untuk stay di rumah dulu, dan ulang alik ke kelas dari rumah. Nasib lah abah dan mak memahami kehendak hati anak mereka ini. HAHA.


Bila kuliah bermula, yang bestnyaa bila dapat jumpa balik kawan kawan satu batch selepas dua minggu bercuti raya. Yang tak bestnyaa, bila dapat markah test test yang dijawab sebelum raya haritu. Aish, part ni yang eden lomah sikit ni. Sebab tahu, tak perform dengan baik masa test tu. Dan sememangnyaa, firasat aku tak pernah yang salah setakat ni. Aku dapat markah teruk sangat wehh. Malu rasa dengan diri sendiri. Aku rasa macam aku takpernah belajar apa apa, padahal pulun kemain lagi. Ermmm.. Mungkin bukan rezeki aku kan buat masa ini, so aku cuba untuk pasrah. 
Dan dengan ni, aku dah bertekad ! Untuk buat yang terbaik lagi masa test 2 yang akan datang tak lama lagi dan juga FINAL EXAM yang tak sampai sebulan sahaja lagi. Oh, lemah rasa lutut lutut ni. Tak percaya yang semester 3 akan berakhir tak lama lagi. Kadang kadang terfikir, bersediakah aku untuk FINAL EXAM kali ni? Ermmmm. Berserah dan pasrah serta tawakal je dengan apa yang akan berlaku nanti. Semoga semuanya baik baik belaka. 

Aku juga akan jadi anti social bila nak deactivate semua network socials lepas ni termasuklah blog. Mungkin ambik masa untuk seorang yang tegar internet macam aku ni. Tapi, aku cuba slow2 dulu. Blog aku mungkin lah akan terabai sikit lepas ni. Macam biasalah kan. HAHA. Tapi, aku kena update pasal Syawal di Perak lepas ni sebelum officially deactive blog. InsyaAllah, nanti akan ku update. So, babai. Nak muhasabah diri lagi. Hehe.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, August 25, 2012

Penat sungguh beraya ! :)

Alhamdulillah, hari ni dah masuk seminggu kita beraya. Kejap je rasa kan. Rasa tak puas lagi nak raya. Hehe. Oklah, kalini just nak update yang biasa biasa saja. Lagipun, penat beraya tak habis lagi. So, kita cerita pasal beraya jelah eh. Tahun ni punya beraya macam meriah sikit la, sebab banyak jemputan dari kawan kawan. Dan setakat ni masih dapat dipenuhi semuanya. Itu yang rasa letih, tak cukup nafas tu. Hahaha. 

Rumah mana yang aku pi beraya? Erm, meh nak cerita aktiviti aku dari raya pertama haritu. Hehe. Raya pertama macam aku cerita kat entry lepas, raya kedua balik kampung kat Perak, yg ni nanti aku cerita lain, raya ketiga pulak saudara dari Perak datang rumah, main dengan sepuput sepapat yang kecik comel lote tu, raya keempat aku pi tengok wayang dengan adik aku kat Jusco sebab takdak jemputan lagi. Haha. Start hari Khamis, raya kelima baru aku start dapat jemputan. Mula dengan rumah kawan sek rendah aku, Amira Nazneen kat rumah dia. Hari Jumaat pulak rumah Cikgu Azman, dan hari ni tiga rumah aku pi. Rumah Aqilah, rumah kembar ah dan adik, dengan rumah makcik aku.. Fuh, penuh perut aku harini. Bihun sup sekali, mee kari dua kali. Mampat, padat dan penuh. Haha.. Dan last sekali, esok. Rumah aku sendiri. Yang ni lepas habis majlis baru aku update okeh? Hehe. So, aku gerak dulu lah. Banyak lagi benda tak settle kat rumah aku ni. Nak kemas sikit sikit dengan susun apa yang patut. Babaii. ~
Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Syawal di Pulau Pinang.

Assalamualaikum dan selamat pagi.



Alhamdulillah, hari ni dah masuk raya ke 7 sudah. Kejap saja raya berlalu kan. Pejam celik pejam celik dah nak habis cuti. Waduhh. Malas sungguh rasa nak masuk belajar balik. Hehe.

Oklah, kali ni aku nak bercerita tentang sambutan Syawal di tempat aku ni, di Pulau Pinang. Alhamdulillah, tahun ni dapat beraya dan berpuasa di Pulau Pinang di rumah sendiri. :) Sebelum sebelum ni kena ulang alik dari jauh untuk balik ke Pulau Pinang, lepastu kena menumpang rumah bapa saudara. Sekarang, sambut raya di rumah dan di bilik sendiri okeyy. Hehe.

Macam biasa, pagi pagi raya kami sekeluarga akan pergi Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Pajak Song, Kepala Batas. Around pukul 10 pagi, dah balik rumah untuk siap siap bagi lawa sikit, betul betulkan baju, makan, lepastu get readyy nak gi tangkap gambar satu familyy. Erm, tahun ni dapat juga bergambar satu keluarga. Syukur sangat2. 
Lama tak tepek muka sendiri kat sini. Itu aku dan kakak. >,<
Oh, ya. Nak cerita apa lagi ya? Aku rasa tiap tiap tahun, tiap tiap tempat, tiap tiap negeri, sama ja tiap kali rayaaa. Takde beza manapunn. So, aku pun taktau nak cerita apa sangat. Cumanya tahun ni masa sembahyang raya macam surprise sikit bila jumpa classmate kat masjid. Almaklumlah, kawan tu dok tang lain, tiba tiba mai sembahyang tang sini. Rupa2nya dia mai beraya kat rumah maksu dia kat Kepala Batas tu hah. 

So, sampai sini saja kot. Yang lain lain aku dah cerita dekat entry2 lepas. Baju warna apa, hidangan raya apa, tema warna apa, dan sebagainyaa. Kalau rajin, silalah godek godek ya. Btw, raya tahun ni agak meriah la jugak. Entah kenapa. Mungkin sebab banyak jemputan sangat nak dipenuhi kot. Kat kampung belah mak pun, banyak rumah pergi ziarah. Tahun tahun sebelum ni jarang or takpernah langsung buat rasanya. Hehe. Dan raya kali ni jugak, aku rasa aku makan banyaakkk sekali. Tahuun lepas pun tak banyaak macam ni tau. Mungkin tempoh masa di Pulau Pinang tahun lepas sekejap je, almaklumlah masa tu dalam proses nak balik barang ke Penang.

Jadi, rasanya aku tutup sampai sini dulu. Kalau ada tambahan, nanti aku buatlah entry baru ya. Moh la tengok gambaq2 yang ada. Bak kata orang, "di setiap gambar, ada maknanyaaa". HAHA.


Abah dan adik palingg gebuuu~ HAHA

Sama tapi tak serupaaa. >,<

Beloved father and mother. :))
Abang dan adik terchintaa.
Di rumah wan sebelah mak.
Nampaknya, banyak ni saja gambaq yang buleh nak ditayangkan. Gambaq lain nanti nanti kalau jumpa lagi ada, kita masukkan lain nuh. So, selamat hari rayaaaaaaaaaaa untuk semua ! Mintak maaf kalau ada salah dan silapp. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, August 24, 2012

Samsung Galaxy Nexus ! Welcome Home ~


Nice to hold, nice to see. Once broken, consider sold ~

Haha. Nice quote right? Everyone seems to familiar with this quote. So do I. And, this quote sometimes remind me on something. What it is? Let it be secret to you. HAHA.


Well, nothing much to say. Just want to share that SAMSUNG GALAXY NEXUS ! just arrived home yesterday.  Oh, not mine. T____T My sister's phone. So jealous you know. Very nice and great phone to me ! It is Android 4.0. Like seriuslyyy, Burssst~ HAHA. Actually, my sister want Samsung Galaxy S2 as her new babyphone, but after having huge discussion among us, then she prefer this compared to S2. 

So guys, let me know if you are using Samsung Galaxy S2 or S3 and also Iphone 4S because I need to know what are the advantages and disadvantages of these phone compared to my sister's phone since I want new babyphone also ! HAHA.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, August 23, 2012

Spontaneous Thursday #4

Rendang ayammm.

Rendang daginggg..

Kerangggg.

Lemangg..

HIDANGAN HARI RAYA

Alhamdulillah, dah raya ke 5 sudah, Sekarang, tengah dalam proses nak bercerita tentang HARI RAYA PERTAMA haritu. InsyaAllah, esok siap. Hehe. Nantikan lah kalau sesiapa nak baca. Hoho. Orang lain dah lama siap, aku baru nak taip. Haha. ~ Babai..


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, August 22, 2012

Wordless Wednesday #20


Lama tak melukis. Harini cuba jugak nak melukis. Alhamdulillah, walaupun macam comot comot ja, tapi ada jugak yang sudi kata cantik lukisan. HAHA.

p/s: Nak buat entry raya nanti.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Indah sungguh pemandangan ini.

Nampak tak gambar kat atas? Apa yang korang nampak dan perasan? Cantik kan nampak bulatan tu? SubhanaAllah, terkedu jugak masa ambik gambar ni sehari sebelum raya hari tu. Sesungguhnyaa, ciptaan Allah itu indah indah belaka. Tak kira kepada sesiapa pun, semuanya baik baik belaka. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri. :)


Assalamualaikum dan selamat pagi !

Alhamdulillah, hari yang dinanti nanti telah tiba. Bersyukur kita kerana masih dipanjangkan umur untuk meraikan bulan Syawal ini. Di kesempatan ini,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN 

Aku ucapkan kepada semua followers aku tak kira lah di blog ini, twitter dan juga FB. Tidak lupa juga kepada stalker stalker aku. Terimakasih kerana rajin stalk aku. Haha. Aku ingin memohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata, terlanjur bicara dan tersilap laku sepanjang kita berkenalan tidak kira di alam maya mahupun di alam realiti. 

Masa aku dok taip entry ini, aku baru sahaja pulang dari solat sunat Aidilfitri. Syukur masih dapat mengerjakannya pada tahun ini. Dengan memakai baju baru, aku pun menyusun langkah bersama keluarga tersayang ke masjid. Hehe.

Oh ya, baju raya. Tema keluarga kami kali ni ialah MAROON. Lebih kurang la. Yang lelaki warna maroon, yang perempuan kecuali mak aku warna maroon + hitam. Haha. Menarik kan gabungan kami? Well, tahun ni kami adik beradik serahkan bulat bulat pilihan warna, kain dan corak kepada emak dan abah. Maklumlah, abah lebih pandai memilih kain kain ni daripada kami semua. Haha. Nasib baik, kami semua berkenan dengan pilihan. 

Macam mana dengan baju raya korang? Warna apa tahun ni? Warna warni atau ikut tema? Ermmm. Family aku memang every year akan ikut tema. Setakat ni tak pernah lagi pakai warna warni. Sebab kami selalu ambik kami satu keluarga. Bila pakai warna lebih kurang, baru nampak comel dan cantik. Hehe.

Oklah, sampai sini dulu aku taip. Perut dah berbunyi ni. Laparr. Tak makan lagi. Ketupat, rendang, ayam semuanyaa menanti untuk dimakan. Ngeh3. Jumpa lagi nanti. Babai.~

p/s: Lepas ni mungkin akan banyak update pakai handphone sebab aktiviti banyak dilakukan di luar. So, paham paham sajalah kalau entry aku berterabur nanti. Hehe. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, August 18, 2012

Iftar terakhir. #29Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat malam..

Dengan pengumuman dari Penyimpan Mohor Raja Raja pada pukul 8.30 malam tadi, bermakna malam ini adalah malam raya sekaligus Maghrib tadi adalah iftar terakhir kita di dalam bulan Ramadhan. Sayu saja rasa harini. Makan pun macam tak berapa nak lalu saja. Mungkin rasa sedih sebab Ramadhan akan meninggalkan kita. Ya, Syawal sudah datang. Semua orang gembira. Kita pun sepatutnya gembira kerana telah berjaya melaksanakan puasa selama sebulan. Syukur alhamdulillah. Namun, berpada-padalah bila menyambut hari raya. Jangan terlampau gembira dan jangan terlampau berduka. :)


Apa makanan iftar korang tadi? Aku makan yang biasa biasa saja sebab mak dengan abah sibuk memasak untuk beraya esok. Haha. Makan saja apa yang ada. Korang punya iftar macam mana pulak? Mesti ada yang meriah kan. Almaklumlah, ramai dah pulang ke kampung bermula Jumaat yang lepas. Hehe. Oklah, yang ni dulu update. Lepas ni, nak taip banyak lagi. Hihi. Excited kan. 




Hah, yang atas itulah makanan iftar aku. Sambal bilis dan ikan goreng. Alhamdulillah. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sahur terakhir.

Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk 29 Ramadhan. Dan pagi tadi merupakan sahur yang terakhir untuk umat Islam. Sayu ja sahur harini. Sahur aku harini macam biasa. Makan sosej dengan daging burger. Alhamdulillah. Semoga dapat bertahan macam biasa. InsyaAllah. Macam mana pulak dengan sahur korang yang kalini? Harap semua masih bangun ye. Hehe. Manalah tahu kan semua letih pi shopping raya. Kahkah. Erm, harini sahur terakhir. Harapnya bukanlah Ramadhan terakhir untuk aku dan kita semua. Semoga kita berjumpa lagi ya, wahai Ramadhan. :')
Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, August 16, 2012

Gonna miss you, Ramadhan. :'(


Malam ni dah masuk 28 Ramadhan. SubhanaAllah. Kejapnyaa aku rasa. Pejam celik pejam celik dah nak berakhir Ramadhan kalini. Entahlah, rasa macam sayu sikit bila nak habis bulan puasa ni. Mungkin risau tidak ketemu lagi Ramadhan akan datang. :'( Manalah tahu, umur tak panjang kan. Wallahualam. Harapnya masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang. InsyaAllah.

Harini dah hari Khamis, maknanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri. InsyaAllah, harapnya Aidilfitri kalini membawa seribu satu makna buat kita semua terutamanya bagi mereka yang akan merayakan raya tahun ni tanpa orang tersayang di sisi. Sayu pulak rasa taip entry kalini sebab tiba2 teringat dekat dua orang kawan satu course kat UiTM yang telah kehilangan ibu tersayang mereka. Tak tahu macam mana keadaan mereka raya nanti. Hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan urusan mereka dan mohon agar mereka diberi kekuatan untuk teruskan hidup. :')

Kepada mereka yang masih mempunyai kedua dua ibu bapa, hargailah mereka selagi boleh. Aku pun banyak ambil pengajaran atas apa yang terjadi kepada rakan2 aku selama ni. Insaf rasanya. Aku bersyukur ibu bapa aku masih ada di sisi aku kala ini. Dan aku berdoa agar mereka terus berada di sisi aku masa aku berjaya kelak. Amin~

sumber gambar : Facebook


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday #19

#Facebook#

Nothing else I can say, Alhamdulillah. :')


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, August 14, 2012

Pulang berhari raya di rumah. :)


Alhamdulillah, tepat jam 6.00 petang tadi, aku telah pun selamat berada di rumah tercinta. Hehe. Kalini pulang dengan situasi yang sangat best ! Tanpa buku dan nota di sisi. Rasa lain sangat sangat. Hoho. Iyelah, sebelum ni asal balik rumah je kena pegang buku dan notes. Tak tenteram rasa nak berehat, nak tengok tv, nak basuh baju dan sebagainyaa. Haha. Asyik fikir pasal test, quiz, assignment dan sebagainyaa.. Masalah negara, masalah negeri, masalah rakyat lagi. Fuhh, dah macam PM dah nih. Kahkah.

Oh ya, aku baru perasan yang aku jarang jarang update kan sekarang ni. Last update pun Jumaat lepas masa Pandelela menang tu. Hihi. Sorrylah nuh, bila busy memang macam ni. Nak blogwalking pun fikir nanti buang masa, baik study. Hah, sampai macam tu sekali aku fikir. Teruk kan. Haha. Student life. Biasalah. Siapa yang tak lalui course macam kami ni tak akan tahu betapa peritnya belajar. Uhuk3.

Oklah, kepada rakan-rakan taulan dan seperjuangan yang akan memulakan perjalanan pulang ke rumah pada malam ini, aku ucapkan semoga selamat sampai di destinasi yang ditujui. Baca bismillah banyak-banyak sebelum naik tu. Doa naik kenderaan jangan lupa pulak. Jaga diri masa cuti berhari raya ni. Spent time betul2 di rumah, dengan keluarga, adik beradik dan kaum kerabat semua sebab nanti sebulan lebih pulak tak balik rumah. Hehe. Rancang betul2 cuti anda semua supaya tak terbazir macam tu saja. 

So, sampai sini dulu aku taip. InsyaAllah, cuti 2 minggu ni aku akan pergiatkan lagi untuk menaip entry-entry baru terutamanya pasal entry raya since my friend dah request awal-awal lagi untuk aku buat entry raya. Haha. Jumpa lagii nanti..~ Babai.

sumber gambar : Google.


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, August 10, 2012

Congratulations Pandelela. Bronze medal for Malaysia. :')

#Twitter Tomok#

A big respect from me to Pandelela for her great spirit and achievement during final Olympics just now. Starting from the first round at 10th place from 12, second round at 9th place, 3rd round 10th place again,  4th round at 7th place. She never give up till the end of her dive and proudly said that she bring back Bronze Medal for Malaysia. Congratulations Pandelela !

Info :
 Pandelela dive : 58.50 78.30 64.00 81.60 76.80=359.20(total) for bronze medal Women 10M Platform

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, August 9, 2012

20 Ramadhan. :')

Assalamualaikum dan selamat pagi.



Pejam celik, pejam celik. Bulan Ramadhan semakin menutup tirainya. Hari ni dah pun masuk 20 Ramadhan. Ini bermaknya lebih kurang 9/10 hari lagi untuk kita menyambut Hari Lebaran. Sungguh pilu rasa di hati bila mengenangkan yang bulan Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi.

Reflect balik apa yang telah aku kerjakan sepanjang bulan ini, rasanya sangat sedikit amal yang aku buat. Entahlah, mungkin dalam sedar tak sedar. Namun, aku cuba sehabis baik untuk mempertingkatkan amalan aku untuk 10 hari terakhir bulan Ramadhan ini. Semoga kita sama2 memperoleh manfaat dariNya untuk Ramadhan 10 yang terakhir ini. Aminn~



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, August 6, 2012

Beliau masih kebanggaan kami. :') Tahniah Dato Lee Chong Wei.


Assalamualalaikum dan selamat malam

Berlalu sudah debaran perlawanan akhir perseorangan lelaki bagi merebut pingat EMAS di Olimpik London 2012. 

Seperti yang diketahui umum, Dato Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan dengan 21-15,10-21,19-21 pada perlawanan malam ini. Jelas kelihatan muka kekecewaan di wajah Dato Lee Chong Wei sewaktu penyampaian hadiah seperti dalam gambar di atas.

Dan, rasanya air mata lelaki beliau tumpah dek kerana kekalahan ini. Aku, tengok live dekat TV, berteriak, bersorak dan sebagainya. Aku tengok betapa gigihnya beliau dalam perlawanan malam ni. Berusaha sehabis baik untuk menang, namun semua dah ditakdirkan.

Bagi siapa yang tengok masa rubber set tu, time 20-19 points, masa ni DLCW tetap usaha nak naikkan points supaya dapat setaraf dengan Lin Dan. Masa ni aku dah dapat rasakan yang DLCW akan kalah. Bukan mendoakan, cuma situasi masa tu kuat menyatakan begitu. 

Dan saat bulu tangkis tu OUT, yang mana meletakkan Lin Dan sebagai pemenang pingat emas, terduduk DLCW di gelanggangnyaa. Terduduk tidak bergerak, sampai jurulatih datang dan menenangkan beliau. Aku masa ni, memang tak tahan dah ayaq mata. Rasa sayu semacam ja. Taktaulah pasaipa. Mungkin dapat rasa apa yang DLCW rasa kot. Kihkih.

Namun begitu, aku tetap berbangga dengan DATO LEE CHONG WEI kerana mampu meletakkan Malaysia sampai tahap begini. Aku tetap berbangga sebabnya beliau kalah dengan begitu bermaruah sekali. Dan sebagai rakyat Malaysia, semestinya kita juga berbangga dengan beliau atas pencapaian ini. 

Apa yang aku perasan, dengan sukan ni, kita dapat tengok yang seolah-olah rakyat Malaysia bersatu padu dan unite untuk sama-sama dengan DLCW. Itu sesuatu yang baguss.

Apa-apapun, TAHNIAH sekali lagi kepada DLCW atas kejayaan mendapat pingat perak untuk perseorangan lelaki di Olimpik 2012.



-sumber gambar: Facebook dan Twitter-


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, August 4, 2012

Rindu blogging teramat.

Assalamualaikum semua. Selamat pagi.



Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk 15 Ramadhan dah harini. Kejap je rasa kan. Erm, aku masih lagi macam ni. Sihat seperti biasa. Dan sibuk juga seperti biasa. 

Ermm.. Sejak sejak dah masuk belajar balik kan, aku dapat rasa yang aku makin kurang menaip di blog ni. Visitors pun dah makin kurang. Viewers pun dah menjunam. Entahlah, aku bukannya malas. Cuma kadang-kadang tu ada saja halangan untuk aku update ni. Lagipun, aku kenalah dahulukan tanggungjawab aku sebagai pelajar kan. Satu lagi problemnya, tiap kali kalau ada idea nak menaip, mesti internet buat hal. Itu yang kadang2 macam malas tu. 

google
Aku update ni pun sebabnya aku rasaaa rindu sangat dekat blogging ni. Rindu nak taip banyak banyak entry, comment entry orang, blogwalking ke sana ke mari, join segmen itu dan ini. Aish.. Bilalah aku dapat buat semua ni lagi. Mungkin lagi tiga empat bulan kot. Sebab sekarang ni, aku rasa ingin fokus pada belajar dulu. Tapi insyaAllah, ada masa aku akan cuba update lepas ni. Paling kurang pun sehari satu entry. InsyaAllah. :)

Oklah, yang ni je dulu yang aku nak bercerita. Kejap lagi kalau ada lagi yang aku nak update, aku taip kat entry baru. Haha. Misi membanyakkan entry yang ada. Hihi. :) So, babai. Selamat berpuasa dan bersahur. ^^

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Thursday, August 2, 2012

Second baby is coming soon !


In this Holy Month of Ramadhan , we are excited to share you the news ...
It looks like Im going to become a Father for the 2nd time ..
Dr Halina is currently 11 weeks in her pregnancy ...
Do pray for us ....
Love As Always ....
-Dr. Sheikh Muszaphar, 2012-

Congrats to both of you! 
Bella going to have friend after this. Thank God.
May Allah bless your family hereafter. :')

-Alyaa,2012- 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM